Para Pengikut..

Tuesday, 9 June 2015

Kanak-kanak riang.

Salam uollsss..
 
 
My anak buah yang duk Putrajaya ada balik kampung cuti sekolah ni. Yang sulung laki, dua lagi pompuan. Yang pompuan ni suka la datang rumah ai memandangkan rumah sejengkal je dari rumah mak kan. Nampak je kereta saya balik kerja cepat-cepat diorang berlari. Dari jalanraya dah bagi salam..
 
"Assalamualaikummmmmm.....kat pintu belakang yer"
 
Hahaha..Comel sangat. Dua-dua ni cakap banyak sangat. Penat melayan diorang bertanya itu ini terutama yang bongsu umur 4 tahun eh. Hehe. Lupa umur anak sedara.
 
*****
 
Pastu dah dua malam tido rumah saya..Dan diorang ni bersaya-awak dengan saya. Agaknya sebab biasa dengar saya cakap bersaya-awak dengan my kakak (umi diorang). Masa mula-mula diorang sampai rumah saya terus si adik tanya..
"Mana baby awak nya?"
Sambil lari-lari kat ruang tamu. Hahahhaah. Apa umi awak bagitahu neh ha.
 "Baby saya dalam perut lagi la. Mana keluar lagi"
"La....yekerrr" sambil gosok-gosok perut mak sedara dia. Olololo. Suwwetnya.
 
Pastu malam tadi datang tido umah saya lagi. Mula-mula elok je diorang tido dalam bilik tetamu, baring-baring sambil sembang-sembang dua beradik tu. Tiba-tiba adik bangun datang kat saya..
"Boleh tak malam ni kita nak tido dengan awak"
"laaaa..kenapa pulak?takut ker?
"Bilik kita ada spider kat ceiling. Besar sangat"
Omg!!terus ai tergamam. Ai dahlah penakut dengan segala spesis serangga berkaki banyak ni. Terus bukak lampu intai kat ceiling bilik tu.
Cissskek. Anak spider rupanya. Nak gelak ke nak nangis neh.
"Yela-yela, tido bilik saya la"
^__________^
 
 
Pastu sebelum tido tu saya curi-curi dengar diorang sembang. Diorang duk tilik risalah Njoy. Kakak kan dah pandai mengeja.
Kakak : Adik ambik Astro Warna, kakak ambik Astro Ria.
Adik : Ala...adik nak Astro Ria sama macam kakak.
Kakak : Adik ambik Astro Warna la....nanti diorang datang bawak pensil letak kat tv tu boleh lah adik kaler-kaler kat dalam tv.
Adik : Okey. Adik nak kaler. Pensil dia macam mana kakak.
Kakak : Nanti dia hantar la. Adik tunggu la.
 
Adik tak puas hati terus tanya saya " Awak, nanti pensil tu macam mana. Nak kaler macam mana"
 
Krikkrikkrik...
 
Aioolss terus buat-buat khusyuk tengok tv. Habis makencik nak jawab aperrrrr..
 
 
*****
 
Weken lepas ajak bebudak tu jalan-jalan, hantar umi diorang pegi kursus skali.
 
 

 

 
Pastu g jalan-jalan kat Pantai Batu Buruk.






 
Pompuan mana yang gemook sangat tuhhh!!


 
Weehuuuu..suka sekali sekali pekena angin pantai. Next time ada masa kita jalan-jalan lagi yer.
 
 
 


5 comments:

  1. x dpt nak jalan pantai batu buruk ari tu, iza.
    x byk masa...
    next time nak gi dgn anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.next time cr cuti panjang dtg jalan2 cari makan cni tau.hehe.

      Delete
  2. hehe dua tu mmg ckp byk.tp kdg2 adik yg terlebih cakap.. hr tu dia tanya toki.. sehari sblm tu kitorang godek2 album lama ..jumpe la pic kite2 zaman dolu2.. bleh plk mlm tu tgh mkn, fatin tanya ayah, Toki, dulu masa toki muda, muke toki mcm sapa? haha..toki xphm tok tolong translate..haha. berdekah2 sy gelak. toki xjwb..dia pun gelak gak. pastu smlm kat umah, fatin tanya, Ummi, nanti kalu adik dah besar, adik ade bulu ketiak jgk ke? haha .. lawak la adik nih. saya ckp la yer. pastu dia ckp, xnak la ade bulu ketiak. xcantikk... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.mcm2 lah adik ni.

      Delete
  3. hahaha...comel telatah anak buah iza ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...