Para Pengikut..

Sunday 29 November 2015

Update 38 weeks.

Salam uolls.

Aiolls dah 38 weeks dah. Tanda-tanda tu dah ada sikit2. Kaki ni dari hari Selasa lepas lagi dah kembang semangkuk. Sakit pinggang makin kerap terasa. Part tido paling seksa. Mengiring ke kanan ke kena. Kekiri tak kena, menelengtang pun lagi tak kena. Makin kerap pegi toilet sebab nak membuang air. Tapi makan pun masih besar selera. Kahkah.

Bila cakap dah 38weeks terus orang cakap perut kecik. Habis nak besar mana perut saya? Hehe. Sabo je la. Tak kisahlah kecik ke besor asal baby sihat. Keluar la bila awak dah ready nanti yer nak. Mak pasrah menanti hari..

Hari Khamis asben balik Dungun lepas seminggu dia cuti. Tapi sebab risau saya sorang-sorang kat rumah so bawak saya sekali. 2,3 hari ni sakit pinggang menyerang lagi. So hari ni ambik mc. Doc bagi mc dua hari suh rehat kat rumah. Katanya sepatutnya time macam ni dah tak kerja dah. Haha. Ai kan pekerja berdedikasi kunun. Cuti b4 due pun tak apply lagi. Baki cuti pun 15hari lagi wei.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Aamiin..

Monday 23 November 2015

False alarm.

Salam uollsss..
 
 
Rasanya saya dah kena start buat diari neh. Kang tau jela ingatan ni tak berapa nak kuat sangat. So kita catat kat belog ni untuk bacaan dan rujukan akan datang. Eceewahhh.
 
21/11/2015 (Sabtu) - 37 weeks
 
Weekend saya duk umah je tak ke mana-mana pun. Then saya perasan start hari Jumaat ada rasa sakit macam senggugut gitu. Tapi dia datang tak kerap la. Ngilu la jugak rasa. Tapi fikirkan normal la kot kan sebab baby mesti dah turun bawah bila-bila masa je baby bersedia untuk menjenguk donia.
 
Malam - rasa macam kerap pulak sakit. Masa tu tengah santai-santai tengok tv. Masih rileks lagi. Malam tu tak dapat tido. Mengadu jugak kat asben, becoz dia pun dah cuak tengok tiba-tiba saya cakap 'aduhh'. Hee..tindakan refleks bila sakit menyerang. Tido pun tak tau dah - mengiring ke kanan sakit, ke kiri sakit, menelentang pun sakit. Tak sedar jam berapa saya tido.
 
22/11/2015 (Ahad)
 
Subuh - Saya kejut asben kul 5.00 am. Sepatutnya pagi tu dia balik Dungun. Biasa lepas subuh dia terus tolak balik Dungun. Then saya cakap kat asben saya rasa sakit pinggang. Dari kul 5.00 sampai 6.30 pagi tu tak hilang jugak. Tapi takdelah sakit mencucuk-cucuk sangat pun. Asben tak bagi pegi kerja. So, mc la hari Ahad tuh. Asben pon tak jadi lagi balik Dungun.
 
Bila mak mertua tau je kita mc terus call tanya khabar. Mulanya tak nak bagitau kang dia rungsing. Tapi sebab asben pun tak masuk kerja, bagitau je la reason kenapa kan. Terus mil tanya ada kuar pape tanda tak. Kita cakap la takde pun. Pegi klinik doc cek dia cakap baby dah duk kat bawah dah (apa istilah ntah) so bila-bila masa je akan deliver. Neves makkkk. 
 
Malam - terus masukkan semua beg baby, beg saya dan barang--barang len dalam kereta. Heee. Sebelum ni asyik tertangguh je nak sumbat dalam kereta.  Pastu kuar pegi makan chicken chop RM3.90 yang kedainya baru bukak kat area rumah jugak. Heee. Gigih g makan dalam hujan yang maha lebat pulak tuh. Balik makan duk rileks tengok tv sakit menyerang kembali. Rasanya malam tadi kul 1.30am baru dapat tido. Huhuhu. Tu pun asyik terjaga jer.
 
Asben dah mula risau dah. Terus bagitau bos tak dapat balik Dungun lagi. Tengok sehari dua lagi macam mana. Nasib baik bos memahami.
 
23/11/015 (Isnin)
Bangun pagi tadi dah takde rasa sakit pinggang dah. So boleh bekerja macam biasa la nampaknya. Ari ni asben hantar n ambik pegi kerja. Yeayyy ada driver. Eh, tapi kadang-kadang datang jugak rasa sakit ni. Mesti student perasan tiba-tiba muka kita berkerut menahan sakit. Heee..
 
 
P/s : Tak tau bila awak akan menjenguk donia ni wahai anak. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita yer nak.
 
 
 
 


Tuesday 17 November 2015

Throwback zaman UPSR.

Salam uollsss..
 
 
Hari ni keputusan UPSR keluar. Saya ada dua orang anak buah. Yang sorang pompuan dapat 3A, 2B. Yang sorang lagi laki dapat 2A,2B,1C. Alhamdulillah untuk korang anak-anak. Suka tengok kat Fb masing-masing berpelukan dengan anak-anak. Siap anak-anak tunjuk gambo slip lagi ha upload kat fb. Sekarang memang mak ayah kena pegi sekolah eh ambik result anak sekali. Saya tengok siap bawak satu keluarga pon ada. Heee.
 
Kita dulu rileks je kan. Siap ambik result balik rumah jalan kaki. Kuar sekolah sempat beli air soya lagi minum sambil jalan. Haha. Sekolah takdelah jauh dari rumah pun. Tapi sekarang apesal kita tengok macam jarak makin jauh jer. Haha. Saya sekolah dulu takdelah kategori pandai sangat pun. Tak pandai pun tak jugak. Kahkah. Biasa duk kelas ke-2 la dari darjah satu sampai 6. Cuma pernah masa darjah 4 duk kelas 1st. Stress kot masa tu. Sebab semua pandai-pandai. Semua time cikgu tanya soalan je boleh jawab. Kita plak terkebil-kebil senyum simpul tak dapat jawab. Stress dikelilingi orang pandai-pandai. Haha.
 
Masa darjah 6 UPSR tu saya duk kelas ke2. Time result keluar cikgu bagitau ada 3 orang dari kelas kita dapat 5A. owhh. Konfirmlah nama kita tak tersenaraikan. Jangan nak perasan sangat lah. Heee. Pastu cikgu tampal nama dengan result semua kat papan kenyataan. Berebut-rebut student nak tengok. Kita plak jenis low profile. Takpe-takpe korang tengok dulu semua. Kang ramai dah bersurai saya tengok. Yelah. Masing-masing punya perangai lepas tengok result sendiri, nak tengok result girlpreng pulak, result musuh ko, result jirang sekampung ko. Adoilahhh.
 
Kita tak sempat tau pun lagi result then  my friend sound kuat-kuat 'Jahhhhh!!awak dapat 5A!!'
 
OMG!!!!
 
Nak nangis ke nak gembira neh. Kahkah. Poyo. Tapi still tak percaya lah. Tapi syukur jugak. Berkat time rehat jarang sangat pegi kantin tapi banyak habiskan masa kat library jer. Time cikgu ngajar fokus je takde main-main sembang-sembang ke. Dan berkat cikgu-cikgu yang mengajar bagus sangat. Alhamdulillah. Tapi yelah. UPSR bukan penentu sangat pon sebenarnya. Tapi saya tetap bersyukur menjadi diri saya yang sekarang. Ewahhh. Bagi motivasi kat diri sendiri nampaknya. Haha.
 
Daaaa..
 
 


Monday 16 November 2015

Balik rumah mertua.

Salam uollss..
 
Entri takde gambo pon. Saja nak sembang-sembang kosong jer neh.
 
Hari ni tak nampak matahari pun lagi. Hujan je kejap lebat kejap renyai-renyai dari pagi tadi. Nampaknya jemur baju dalam rumah lah kita. Jumaat asben tak balik becoz ada kerja ngan ayah. Sedihnya. Maklumlah nasib orang berpjj. Harap weekend je la dapat jumpa asben. Then malam Jumaat tu asben call. Kita bagitahu la Ahad kita cuti. Eh, rasa macam dah bagitahu je dia ritu. Lupa la tuh.
 
 
Lepas sembang tu, tak sampai 10 minit dia call balik. "Syg kemas baju semua, b datang ambik balik rumah ma eh". Kikiki. Ni mesti bagitahu ma saya cuti Ahad dan-dan ma suruh datang culik saya. Hahaha. Terus kemas baju dengan gumbira. Tunggu punya tunggu kul 11.00 malam baru sampai. Malam tu jugak balik Dungun. Wah..lamanya tak balik. Huhu. Rindu sangat suasana riuh rendah rumah mertua even tak ramai pon ahlinya. Rindu jugak dengar luahan citer mak mertua. Hehe. Dapat jugak jumpa anak buah yang bambam sangat tuh.
 
 
Bila cakap pasal makanan je mesti ma tanya "kak long nak makan ke?" hehe. Takut menantu dia mengidam kan. Cuma dapat la makan jering rebus. Hari tu penah jugak terasa nak makan. Tapi takdelah membuak-buak sangat. Kebetulan balik tu ma duk sembang pasal jering rebus. Kitapun cakap lama tak makan jering rebus. Esoknya terus suruh adik ipar pegi beli. Nasib baik ada jual kat pasar. Heee. Makan pon dua keping jer. So kita pun tak rasa sangat istilah mengidam sangat tu. Odw balik Dungun lalu kat area orang jual jagung-jagung tu asben tanya jugak, "syg tak nak makan jagung ke?" "tak nak" "takde rasa nak makan jagung eh" "tak nak". Eishhh. macam dah kena paksa mengidam nak makan jagung la plak.
 
 
Malam tadi asben hantar balik rumah. Kejap je dapat spend time dengan in law semua. Pasni tak tau bila jumpa. Ntah-ntah jumpa masa nak beranak nanti. Dulu tiap kali weekend kita la selalu balik umah mertua. Sejak tau preggy je memang asben tak bagi drive sorang-sorang. So nak balik tunggu dia datang ambik-hantar la. Kesian pulak. Huhu.
 
 
Btw tengkiu famili mertua. Buat dua hari saya riuh rendah, penuh gelak ketawa. Sakit perut dibuatnya..

Thursday 12 November 2015

Bengkak kaki semasa mengandung.

Salam uollss..
 
 
Hari ni dah 35 weeks 5 days. Lagi 2 hari cukup 36 weeks. Pagi tadi nak pegi kelas rasa kasut ni macam ketat semacam jer. Rupanya kaki dah membengkak. Ai is nebes. Biasa dengar orang cakap kaki bengkak ni tanda nak beranak dah. Terus gugel. Heheh.
 
 
 
 
Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.
 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.
  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan.
 
 
Okey. Pasni bleh try tips atas tu .




Tuesday 3 November 2015

Checklist barang bayi dan ibu untuk dibawa ke hospital.

Salam uollss..
 
Dah sebulan kot eh belog terabai. Singgah sapu sawang skit. Hikss. Alhamdulillah dah 34 minggu dah. Kejapnya masa berlalu. Nebes oiii. Isnin lepas checkup kat KK. Alhamdulillah semua ok doc cakap. Jantina baby pon doc cakap nampak clear sangat. Same result masa checkup 4D ritu. So kita tunggu awak keluar nanti betol tak apa yang terpapar kat mesin tu eh. Heee..
 
 
Nak update apa yang perlu dibawa ke spital hasil gugel sana gugel sini.
 
Senarai barang baby :
  1. Baju + seluar baby (Ada yang cakap bawak 2 pasang je, nurse KD suh bawak 4 pasang. So bawak je la 4 pasang pon)
  2. Booties + mitten (3 pasang)
  3. Towel (2 helai. Ni untuk lap2 mandi tu)
  4. Towel kecik (2 helai)
  5. Blanket (satu ada hood, satu takde. Untuk bedung baby nanti)
  6. Topi (1 je bawak. Standby je. Padahal memang beli 1 ni je. Hahaha)
  7. Barut (3 helai)
  8. Napkin (5 helai)
  9. Diapers (Drypers Newborn. Bawak 5 pcs je dulu)
  10. Wipes
  11. Toiletries
  12. Minyak telon

Senarai barang ibu :
  1. Buku pink
  2. Kad pengenalan
  3. Nursing Bra
  4. Maternity pad
  5. Baju (untuk balik nanti)
  6. Kain batik
  7. Tuala
  8. Telekung
  9. Selipar
  10. Tudung 
  11. Stokin
  12. Sweater
  13. Toiletries
  14. Minyak panas
  15. Disposable panties
  16. Charger & power bank

Ada lagi ke saya tertinggal ha? Hope semuanya dipermudahkan. Aamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...