Para Pengikut..

Monday 28 December 2015

Tujuh hari berlalu.

Bismillahirrahmanirahim.

Hari ni dah 7 hari berlalu. Muhammad Daniel Asyraf, nama diberi buat anakanda mami ngan papa still kat nicu. Semoga terus kuat sayang, mami dan papa akan sentiasa menjenguk sayang, hantar stok susu biar antibodi sayang kuat. Cepat-cepat keluar kerana ramai sangat yang ingin lihat Daniel, sihat dan sembuh.

Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita sayang..

Wednesday 16 December 2015

Terlebih sudah.

Salam uolls.

Update via hp jer neh. Hiks. Hari ni dah lebih 2 hari dari due. Semalam pegi checkup kat klinik kerajaan pulak, jumpa doc. Doc scan Alhamdulilah semua ok, sihat. Berat bby dah 3.2kg lebih. Adoi. Mak terpaksa diet ke camne neh.

Doc bagi tarikh seminggu dari tarikh due. Kalo tak beranak lagi kena menyerah diri pegi HSNZ la jawabnya. Dapat mc sampai hari Khamis.

Malam tadi perut memulas dari kul 9 sampai la kul 11. Then mak mertua ngan asben cakap malam ni da kot nak beranak. Tup tup bangun subuh tadi mak mertua jenguk tanya kita gtau tak sakit da ma. Hehe. Sakit main-main jer.

Cepatla kuar wahai baby. Udah-udahlah la duk berjoget sakan kat dalam tu. Heheh.

Monday 14 December 2015

Update 40weeks.

Salam uolls.

Hari ni 14 Dis. Ngam-ngam tarikh due. Dah 40 minggu 2 hari dah. Cepat masa berlalu. Tapi baby ni tetap tak mau keluar lagi. Best betul awk berjoget sakan dalam perut mak yer nak.

Perut asyik mengeras je terutama time malam. Memulas pun yer jugak. Tapi tak teratur. Pagi then senyap kejap, tengah hari sakit pulak. Then malam time tido tu memang dah tak bleh tido lena la. Kita pun tak sedar kita mengaduh kesakitan tengah-tengah malam. Sampai asben kejut tanya sakit kat mana, sakit sangat ke. Huhu. Nasib baik time ni dah cuti ada umah mertua. Lau sorang-sorang kat umah menangislah di bucu katil. Nasib pjj la katakan.

Hari ni checkup klinik desa. Esok klinik kerajaan plak jumpa doc. Cepat-cepat lah kua nak. Semua orang dah tak sabar tunggu kamu ni nak. Semoga keluar dengan selamat dan sihat yer sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...