Para Pengikut..

Thursday 28 July 2016

Daniel 7 bulan dah.

Salam uollss..

Entri raya kelaut dah nampaknya sebab aiols menyampah sangat hp rosak semua gambo tak sempat backup. Huaawaaaaa..so kita story je la apa yang ada yer. hikss.

Hari ni dah 28hb dah. Sedar tak sedar dah 7bulan lebih dah budak bulat mami. Haha. Kepala je la bulat. Badan tu kurus melidi jer. Haha.

Kuat makan ke si Daniel ni ha?

Masa start 6 bulan tu saya perkenalkan la makanan khusus. 4-day rule tu. Boley gugel yer kawan-kawan. 

Kita takdelah betul-betul ikut rule tu sebenarnya. Derhaka jugak. Haha. Cuma setiap kali bagi makanan baru tu kita pantau tengok kot kulit merah-merah ke, sembelit or cirit ke. Alhamdulillah normal. Mami harap adik ni menurun mami yang makan je semua menda. Haha.

Mula-mula 3 hari pertama kita try buah pea. Yang kaler hijau tu. Stim pear then blend. Campur susu cap original. Haha. Dia makan je la. Tapi makan ikut mood la jugak.

Then 3 hari seterusnya (tak ikut 4 day rule tu) kita stim epal pulak. Epal beli kedai runcit depan opis je. So takdelah manis sangat. Ada rasa masam skit. Haha. Kesian awak dik. Tapi nampak dia suka sangat epal ni. 

Then try bagi pisang. Pisang kan dah lembik. Lenyek2 macam tu je try suap dia refuse. Ok, maybe pisang tu rasa semacam je kan. 

Bila pegi klinik nurse cakap boleh dah try bagi bubur. Kebetulan ada misi yang due beranak dulu lebih-kurang kita, so jumpa dia banyak la duk bertukar-tukar citer pasal anak memasing. hikhik.

Kita beli beras perang. Basuh beras tu, then rendam. Kalau rajin tukar air rendaman tu jugak skali skala. Rendam dalam 24 jam. Tapi kita taklah rendam selama itu. Rendam petang dalam kul 7 pg, then pagi esok kul 6 am kot angkat n tos kan beras. Kemudian sangai nak bagi kering air. Baru boleh blend. Supaya beras tahan lama. Suka beras perang ni sebab wangi sangat bau. Blend kita cap ayam punya. So bila blend tekstur beras tak jadi halus macam tepung tu. Ada jugak ketul2. Tapi bila masak bubur tak la lama sangat. 

Tapi senang je la. Nak masak bubur ambik dua sudu masak buh air dua cawan, then buh sayur,ayam ke. Setakat ni kita dah try :
1. bubur + bilis+carrot
2. bubur+ayam+carrot
3.bubur+bilis+carrot+kurma
4.Bubur+ubi kentang
5.Bubur+labu

Dah masak tu kita blend then tapis.  

Ni Daniel paling suka. Bubur+bilis+ubi kentang+carrot+kurma. Ada rasa manis-manis kan.

Duk rotate yang tu jela. haha. Tengok apa stok yang ada dalam fridge. Tak try lagi bagi brokoli. Nak try jugak. Harap anak mami jadi pencinta sayur macam mami.

Banyak stok barang dapur dah habis ni. Tak sabo nak soping esok. Tak sabo nak masak macam-macam. Even anak mami ni makan ikut mood je tapi tetap gigih nak menyuap. Heeee. Sekarang nak bagi dia ralit skit saya riba dia mngadap tv. So dia duk ralit tengok tv tu mami sua sudu tu dia makan je la. Suka sangat bila anak habis makan.


Hari ni baru start bekalkan bubur kt bs. Hope awak makan banyak dik. Kang stress bs duk menyuap awak tanak makan. Kikiki.

Kita throwback gambo lepas-lepas je la yerr.
Now si Daniel dah nak merangkak. Angkat badan tapi macam tak berani nak langkah tangan tu lagi. Last-last dia ambik keputusan meniarap je. Laju betul. Kejap mami pegi dapur toleh belakang tengok dah kat pintu depan dah. Hahaha.

Hari tu tido keletihan sambil peluk baju mami. Mami dah sebak dah sebab dapat tau kena pergi Shah Alam sehari dua malam.

Then sehari sebelum pergi Shah Alam tiba2 Daniel demam. Macam tau-tau je mami nak tinggal kan. So bos yang baik hati cakap tak payah pergi Shah Alam. Mami pun ambil el pantau budak bulat ni. Nasib baik demam tak lama. Petang tu dah baik demam terus membuas. Takpe dik, biar keluar peluh tu banyak-banyak. Hikss.

Okeyyy. tu je nak story. Gigih ni mami update entri untuk pembaca setia blog mami. Hakhak.


6 comments:

  1. lama aida tak terjah sini, iza.
    daniel da 7 bulan?
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. best ka saat bg baby first solid food ni. kenangan sangat
    besar dah daniel kejap jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..suka tengok muka dia masa 1st time mkn tu =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...