Para Pengikut..

Tuesday, 30 August 2016

Daniel warded!!

Salam uollss..

Saat huru hara mami minggu-minggu lepas bila Daniel kena tahan wad. Sebelum ni Daniel ni kerap la demam. Dalam sebulan 2kali macam tu start 6 bulan. So mami ingatkan biasa je la budak-budak demam kadang tu kira ok la untuk diorang antibodi dorang lawan kuman-kuman jahat. Kadang tu jangkit ngan sesape kan. So mami rileks chill je jeram kepala esok dah ok. 

Then petang Rabu 17 Ogos balik ambik dia kat umah pengasuh nampak tak bermaya je. Pengasuh cakap macam nak demam jer Daniel ni kak. So sah-sah la malam tu terus demam. Mami jeram kepala kerap kali, basahkan badan, malam tu berjaga la mami. Hari Khamis ambik el sebab nampak macam demam tak berapa nak kebah lagi. Malam Khamis tu asben balik. Lega skit ada yang teman kita berjaga. Malam tu tiba-tiba suhu naik sampai 39drjh. Terus bawak pegi klinik 24jam. Masa tu awal pagi kot. Kena neb skali terus ok. Jumaat siang tu dah baik demam. Malam badan panas balik. Sabtu siang badan suhu normal, malam tu kembali panas. Pelik betul demam awak ni dik. Terus risau la mami ni.

Ahad dan Isnin kebetulan apply cuti kunun nak rest. Tapi mami tak sedap hati, Tengahhari Ahad tu bawak Daniel checkup kat hospital. Cerita kat doc pasal history dia terus kena warded. Masa tu my abang n mak hantar pegi hospital. Then kita suh diorang balik lah kesian plak mak tunggu lama-lama. Malam tu baru asben ngan mak mertua datang.

Dulu tengok Daniel penuh wayar di badan tercucuk sana sini masa tu mata dia tertutup. Sekarang nampak dia tengah sihat-sihat tiba-tiba kena cucuk jarum meraung si budak kecik tu. Dengan mami skali nangis. Sedihnya.....sori adik. Mami terpaksa untuk kesihatan adik. Adik kuat mami yakin.

Doc cakap ada sikit jangkitan kuman kat paru-paru dats y la demam on off macam tu, then oksigen pon tak cantik. Terus kena bantuan oksigen, neb then on antibiotik. Warderd petang Ahad sampai la discharge petang Rabu.


Terima kasih famili terutama asben dan mil yang hari-hari datang menemani saya dari tengahhari sampailah guard datang pantau halau pelawat. Kikiki. Terima kasih kawan-kawan terutama opismate yg sangat memahami keadaan saya.

Ceewahhh. Tetiba touching.

Update lagi gambo-gambo hari2 kejadian :

Ni masa 1st day. Senyum memanjang yer awak masa ni nak. 

Nak neb punyalah susah. Meraung tak nak. Bukan sakit pun dik. Tak selesa je skit. Ni curi-curi buat time dia tido je la.

Muka sedih. Masa ni agaknya dia penat sangat kot. Sampaikan Daniel yang seorang budak yang aktif terus tak bermaya nak berdukung je ngan mami.

Sampai tertido papa awak dik.

Bila dah rasa gagah skit mulalah membuas. Sampaikan jarum masuk ubat tu mula-mula doc pasang kt tangan then jarum terkeluar, buh kat kaki pun sama. Last skali cucuk kat tangan balik. Sabar je la mami dik.


Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya. Cuma batuk ada lagi sikit-sikit. Mami doakan semoga Daniel terus dikurniakan kesihatan berpanjangan. Aamiinn.
 




2 comments:

  1. semoga daniel terus sihat dan cergas.aamiin :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...