Para Pengikut..

Tuesday 30 August 2016

Homemade food untuk Daniel : Spiral Tomato Cheese (8 bulan ke atas)

Salam uollss..

Daniel dah 8 bulan lebih. Makin bersemangat waja la kita masak untuk dia. Daniel ni takdelah jenis suka makan pelahap sangat. Haha. Tapi kalo suap tu makan je la. Kalo berenti suap takdelah nangis-nangis. Kadang-kadang sambil dia duk pusing-pusing atas walker tu kita suap sambil kita kemas dapur or masak. Last-last habislah jugak satu mangkuk tu. Start 8 bulan ni tak blend dah bubur dia. Cuma tekstur dia halus la. Coz kita blend dulu beras perang tuh.

Sekarang kita duk rotate je masak guna sayur, ayam, bilis. Sayur pun carrot, brokoli, saderi apa lagi ha? yang tu kot bisa beli. Nanti nak kena variasi lagi la.

Ni resepi kita jumpa kat group Homemade Food kat FB. Tak ingat sape punya resepi la.

Spiral Tomato Cheese (nama mami reka.hakhak)

Ayam, tomato, spiral makaroni ngan cream cheese jenama Tatura.

Mula-mula spiral tu rebus bagi lembut.
Ayam ngan tomato cincang halus masak skali then buh cream cheese. Dah masak sebati blend dengan spiral tu. Yummy Yummy.

Kita test rasa ok la jugak rasa susu kan. Budak-budak suka la. Daniel makan pon habis la kita suap.

 Actually kita pon tak pasti jugak sukatan makanan nak bagi banyak mana kat dia. Tapi biasanya kalau dia dah tutup mulut rapat-rapat tanda tak nak la tu. So, mami la habiskan kalo ada sikit lagi tak habis. Kalau dah makan banyak sampai habis satu mangkuk kita takde tambah-tambah dah la. Cukup la kot dik yer sampai perut tu dah besor dh. Heee.


Biasanya pengasuh suap 3kali. Pagi, tengahhari n petang. Malam kita suap jugak bubur sikit. Atau puri buah ke. Tapi dah makan banyak pon still minum susu banyak budak bulat ni. Semoga membesar dengan lebih sihat lagi anak mami yer.


Tak kisah la orang duk cakap adik ni kecik je tak makan ke. Suka hati la orang nak cakap apa yang penting adik sihat. Kecik besar bukan ukuran.Heee.


Daniel warded!!

Salam uollss..

Saat huru hara mami minggu-minggu lepas bila Daniel kena tahan wad. Sebelum ni Daniel ni kerap la demam. Dalam sebulan 2kali macam tu start 6 bulan. So mami ingatkan biasa je la budak-budak demam kadang tu kira ok la untuk diorang antibodi dorang lawan kuman-kuman jahat. Kadang tu jangkit ngan sesape kan. So mami rileks chill je jeram kepala esok dah ok. 

Then petang Rabu 17 Ogos balik ambik dia kat umah pengasuh nampak tak bermaya je. Pengasuh cakap macam nak demam jer Daniel ni kak. So sah-sah la malam tu terus demam. Mami jeram kepala kerap kali, basahkan badan, malam tu berjaga la mami. Hari Khamis ambik el sebab nampak macam demam tak berapa nak kebah lagi. Malam Khamis tu asben balik. Lega skit ada yang teman kita berjaga. Malam tu tiba-tiba suhu naik sampai 39drjh. Terus bawak pegi klinik 24jam. Masa tu awal pagi kot. Kena neb skali terus ok. Jumaat siang tu dah baik demam. Malam badan panas balik. Sabtu siang badan suhu normal, malam tu kembali panas. Pelik betul demam awak ni dik. Terus risau la mami ni.

Ahad dan Isnin kebetulan apply cuti kunun nak rest. Tapi mami tak sedap hati, Tengahhari Ahad tu bawak Daniel checkup kat hospital. Cerita kat doc pasal history dia terus kena warded. Masa tu my abang n mak hantar pegi hospital. Then kita suh diorang balik lah kesian plak mak tunggu lama-lama. Malam tu baru asben ngan mak mertua datang.

Dulu tengok Daniel penuh wayar di badan tercucuk sana sini masa tu mata dia tertutup. Sekarang nampak dia tengah sihat-sihat tiba-tiba kena cucuk jarum meraung si budak kecik tu. Dengan mami skali nangis. Sedihnya.....sori adik. Mami terpaksa untuk kesihatan adik. Adik kuat mami yakin.

Doc cakap ada sikit jangkitan kuman kat paru-paru dats y la demam on off macam tu, then oksigen pon tak cantik. Terus kena bantuan oksigen, neb then on antibiotik. Warderd petang Ahad sampai la discharge petang Rabu.


Terima kasih famili terutama asben dan mil yang hari-hari datang menemani saya dari tengahhari sampailah guard datang pantau halau pelawat. Kikiki. Terima kasih kawan-kawan terutama opismate yg sangat memahami keadaan saya.

Ceewahhh. Tetiba touching.

Update lagi gambo-gambo hari2 kejadian :

Ni masa 1st day. Senyum memanjang yer awak masa ni nak. 

Nak neb punyalah susah. Meraung tak nak. Bukan sakit pun dik. Tak selesa je skit. Ni curi-curi buat time dia tido je la.

Muka sedih. Masa ni agaknya dia penat sangat kot. Sampaikan Daniel yang seorang budak yang aktif terus tak bermaya nak berdukung je ngan mami.

Sampai tertido papa awak dik.

Bila dah rasa gagah skit mulalah membuas. Sampaikan jarum masuk ubat tu mula-mula doc pasang kt tangan then jarum terkeluar, buh kat kaki pun sama. Last skali cucuk kat tangan balik. Sabar je la mami dik.


Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya. Cuma batuk ada lagi sikit-sikit. Mami doakan semoga Daniel terus dikurniakan kesihatan berpanjangan. Aamiinn.
 




Sunday 14 August 2016

Throwback weekend yang lepas2.

Salam uollss..

Weekend minggu ni super bizi. Hari ni ada audit. So berkampung la kami di opis weekend menyiapkan apa yang patut.

Ni citer minggu lepas-lepas-lepas. 

Keluar beli barang dapur jer pun. Daniel Asyraf suka sangat kalau boleh keluar jenjalan ni. Memang menurun papa ngan mami sangat ni. Haha.

Nak keluar jom praktis stand dulu. Suka sangat kalau dapat stand. Jangan risau la yer mak-mak. Daniel ni papa dia train masa 5 bulan setengah lagi. Suka sangat kalau papa stand macam tu. Mami yang tengok ni nervous kemain.


Haha. Kita pegi Mydin je kot dik. Jangan nak exsaited sangat yer. 1st time papa buh dalam troli. Asal troli berhenti je nangis. Adoi. So papa bawak dia pusing-pusing dalam troli tu tak nak troli berenti. Macam-macam la awak ni dik.



Keluar Mydin je terliur nak makan burger. Singgah A&W beli burger n float. Ok. Durhaka jap papa n mami minum ais. Haha. Takde nak pantang setahun nya mami ni. Start raya dah minum ais. Tapi macam dulu jugak. Bukan hantu ais pon. Still boleh minum tea o panas time lunch di panas yang terik. Haha. Tapi tengok gambo float tu ibarat memanggil-manggil untuk dihirup. kahkah.


Keluar troli dah. Sibuk nak turun bawak. Tunggu la boleh jalan nanti. Jenuh nak mengejor dia neh.


Tolak-tolak muka mami sebab nampak banyak car kat depan. Nak pegi kat car.


Okey. Sampai rumah pegi rumah tok kejap. Kebetulan tok ki baru balik terus letak dalam raga moto. Yang eksaited adalah cermin. Haha.Pantang betul tengok cermin. Nak kiss je manjang. 


Alkisah tu je la dihujung minggu. Setakat ni tak nak bawak lagi adik jalan-jalan kat pantai. Tunggu besar sikit yer dik.  

Minggu ni tak keluar jalan-jalan pun. Kebetulan asben plak sakit mata. So, duk umah je la. Kita plak duk kat opis jer.. Sobsob. Takpe dik, InsyaAllah nextweek kita pegi jalan-jalan yer.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...