Para Pengikut..

Tuesday, 26 September 2017

Berkelah di Hutan Lipur Chemerong

Salam uollss..

Dah seminggu duk tangguh dan peram gambo. Haha. Maklumlah sehari dua keping gambo edit buh copyright. Mana la tak dua tiga minggu baru siap. Bizi betul saya neh. Kiki. Ni kisah weken minggu2 lepas kitorang sekeluarga berkelah di air terjun chemerong. Lamanya tak berkelah kat air terjun. Taun lepas pegi skali masa balik kampung Kelantan. Masa tu saya duk atas batu je tak turun pun sebab Daniel kecik lg masa tu. 6 bulan kot. Sekarang dah besor skit baru la berani nak bawak dia ke pantai ke air terjun macam ni.

Satu famili pegi. Family in law ni keluarga kecik je. Asben ada 5 beradik je. Tiga dah kawin. 2 lagi belum. Ada 2 anak kecik Daniel dan sorang lagi anak buah anak adik ipar. So imagine la kecik je keluarga kami. Sebab tu bila keluar berkelah nak sangat semua join. Kalau tak complete tu alahai tak best lah dia ni takde, dia tu takde...hahahha. Bagusnya kak long. Kalau kak long takde korang berpikiran macam ni jugok ke hahh??hahaha.

Ok. Setelah sesi memujuk ayah akhirnya ayah ikut juga, Wehuuuu. naik 2 buah kereta ngam2 muat satu keluarga kami. Jauh jugak perjalanan sejam lebih jugak lah.

Sampai je turun tangga. Adui dengan banyak barang lagi, Dukung anak lagi. Menggeletar kaki sebab lama dah tak exercise. Sampai je bawah nasib baik weollss datang awal so dapat tempat best. Ada meja kosong. Daniel duk ngan aki dulu yer mami dan yang lain ada plan.


Nilah plannyer...

SUPRISE!!!!! 

HEPI BIRTHDAY NUR DHIA MAISARAH!!! 

Senyap2 beli kek untuk Sarah. Siap sorok kek dalam bakul makanan supaya ibu ayah Sarah tak dapat hidu. Hahah.


Dah setel seprais jomlah turun mandi. Yahoooo. Ya Allah dah berapa kali datang Chemerong ni saya dah nebes nak turun. Sebab air sejuk sangatttt. Korang turun dulu kak Long ambik gambo dulu yer. Alasan. Hahah


Tak kuasa dah saya nak story. Tengok gambar jela yer. hehe.




















Dah puas mandi semua simpan semua barang-barang angkut naik tangga pulak. Ya Allah hai lenguh kaki jangan cakaplah. Sado terus mami dukung Daniel lagi. Nasib baik awak tak berat sangat dik. 9kg je. Hahaha.

Sampai atas rehat kejap tarik nafas ayah plak ajak minum-minum dulu. Singgah kat cafe yang ada kat situ. Minum je pon. 

Pastu nak bergambar kat signboard Hutan Lipur Chemerong. Bukan senang semua ada complete satu famili. Jomlah kita wefie dulu.




Alhamdulillah puas hati semua dapat mandi manda. Next time kita repeat lagi yer.


Wednesday, 20 September 2017

Daniel cakap korea. Hahahah.

Kisah anak cakap korea.

Hari tu Daniel sebut 'nok aik'..banyak kali sebut sambil nangis merengek..Mami ngan papa ni blur la dia nak apa ni dah la nangis.

Papa: Daniel nok air ke?

Bagi air dia nangis tolak. Pastu nangis lg nok aik...nok aik....adududu pening mami dik.

Pastu mami cakap kt papa..

Mami : B,Daniel nok adik kot.

Krikkrikkrik..lalu kami pon bdekah ketawa. eh.eh. dia pon ikot ketawa skali. Kuat pulak tu.hahahahahahhaha. Pastu dia pon terus lupa  nok aikk tu. Maka misteri tu masih tak terjawabla. Hahaha.

Friday, 8 September 2017

Update Daniel Asyraf 1y 8m

Salam uollss..

 Ewah ewahh ahkak ni honeymoon betul yer berzaman bersawang dah belog. Adehh. Ni bersiaran dari umah mil. Ahad ni cuti fwd cuti agong so asben balik ambik kita 2 beranak. Dapat cuti lama skit sini. Next week balik lg. Kiki. Heaven betul cuti bulan 9 ni. Cuti yang sedia ada tu tak terusik sangat. Kahkah. Dah start sem nak cuti pun rasa malas. Sayang keje rupanya saya. Haha.

Nah lama tak jenguk belog kan. Terus nak membebel sini. Macam ramai je baca belog saya. Hai peminat2 follower semua #flipshawl. Hahaha. Ada orang kesah ke kau update ke tak.

 Ok. Dah alang2 update sini meh la kita update story pasal anak. Itulah modal saya nak bercerita sekarang. Daniel dah 1y 8m lebih dah. Cepat sungguh masa kan. Sekarang dah fasa bercakap bahasa korea.

So nak citer pasal words yang dia dah boleh sebut je la. Sejak pandai cakap dia sebut dengan jelas papa dan bah (bas). Masa tu semua kenderaan dia panggil bah. Lepas tu barulah pandai sebut car. Lori tu memang dah berbuih mami betulkan dia tetap sebut bah. Hahaha.nak sebut mami memang tak keluar lagi la. Duk papa papa papa je la.

Kalau sebut "banyaknya car dik"..Terus dia bilang "atu..empat". Yang tu jela. Kalau english lak dia tau ten jer. Hahaha. Perkataan lain yang dia boleh sebut..hurm..

-Air
-Akit (sakit)
-Ompat (lompat)
-Ayi (lari)
-Epok (kopok)
-Ata(Gatal)
-Bak (Susu)
-Apok (Bapok=besar sangat).Pior ganu nim
-Aauu (Tak tahu)
-Nok (Nak)

Ok. Ada lg kot. Cuma tu yang selalu dia duk sebut. Bila ntah mami nak tunggu awak panggil nama mami dik. Hehe. Takpelah. Biar lambat asal cakap lemah lembut, hormat orang tua yer.

Masih lagi fasa membuas yang amat. Kalau pakaikan dia kasut mami kena standby kuasa boboiboy kuasa 5 la untuk pantau dia supaya tak lari jauh. Haha. Memang penat kalau dia main lari2. Redo jela mami dik. Asal awak sihat aktif sokmo yer nak.

Ok bai. Dah kul 11 nak tidokan si budak buas ni dulu. Daaaa.

Wednesday, 19 July 2017

Aidilfitri 2017 - 2 Syawal

Salam uollss.

Haha. Berapa syawal dah hari ni. Baru nak sambung entry raya. Adoi bizinya mami. Pagi raya kedua bertolak balik dari Dungun ke rumah. Tolak awal pagi dalm kul 7.00am macam tu. Sampai rumah mandikan Daniel siap-siap nak pergi open house sepupu.










Balik lepak kat rumah je. Petang kawan baik datang. Datang jumpa sebab nanti diorang nak fly jauh. 

Daniel & Afeeya

Pasni bila pulak la nak jumpa kan kawan-kawan. Tunggu raya macamni la kalau berkesempatan nak jumpa. Semoga persahabatan kiter kekal sampai bila-bila yer.


Monday, 3 July 2017

Aidilfitri 2017- 1 Syawal

Salam aidilfitri uollss.

Tak terlambat rasanya saya nak ucap kan. Thehehe. Maklumlah blog asyik terabai jer. Tapi memandangkan blog ni diari di masa depan mohle kita tempek gambo kat sini.

Taun ni kita #teamrayaumahmertua .haha. sini pon nak hashtag bagai kan. Jumaat dah start cuti. So malam Khamis tu kita gerak balik Dungun umah fil tercinta. Balik lewat jugak sebab kita setelkan rumah dulu. Sapu sampah hampar karpet susun sofa semua. Cuma kuih je tak buh dalam bekas lagi.

Pagi raya pertama mil masak nasi tomato dengan gulai kerutub. Yeke. Haha. Tetiba konfius. Semestinya menu wajib sate,nasi himpit dan kuah kacang. Tiap tahun memang buat sate. Taun ni macam takde gambar sangat lah. Sibuk kat dapur kot eh. Sibuk dengan anak yer jugak plus sibuk sembang dengan sedara kot. Hee.

Taun ni raya bertiga. Daniel dah 1y 6m dah. Tengah nak membuas. Memang takleh duduk diam sangat la dia. Mami pasrah betul pegi raya dia membuas kat rumah orang.

Selamat hari raya b, ampun maaf dipinta.

Fil dengan sepupu-sepupu belah asben.


Fil. Asben yang sulong. Ada lima beradik. 3 dah kawin. Pil ada dua orang cucu je termasuk Daniel. Tahun depan insyaallah bertambah lagi sorang.






Pastu kat group ws famili saya pulak penuh bertalu2 dorang hantar gambo. Famili kitorang memang ramai. Tengok anak-anak buah pun dah tinggi masing-masing. Hope dipanjangkan usia aidilfitri tahun depan pulak. Aamiin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...