Para Pengikut..

Monday 16 January 2017

Resepi nasi ayam izahafizah

Salam uollss.

Kemain bagi tajuk letops. Haha. Sebenarnya nak simpan resepi untuk diri sendiri. Dah nak buat jarang skali. Tiap kali nak masak nasi ayam ko nak gugel dah kenapa kan. Godek la dalam blog sendiri.

Malam tadi masak nasi ayam. Sebenarnya Jumaat lepas dah buat, then ada lagi stok timun, salad kat rumah jadi malam tadi masak jela lagi nasi ayam. Kebetulan asben ada. Kalau tak takde maknanya nak rajin macam ni. Haha plus sekarang mami dah ada helper yang sangat rajin kat dapur. Tak kuasa nak duk dapur kalau helper ni ada. Sibuk nak main periuk kuali nak berdukung tengok mami masak apa. Baik duk depan tv diam-diam. Elok-elok duk main depan tv nampak mami ke dapur terus dia join de club. Malam tadi papa ada rasakan jaga la anak awak yang super aktif tu. Kihkih. Kemain nak tulis resepi pegi membebel seguni ni apa citer ni. Ok. Kita buat ikut step apa yang perlu didahulukan yer.



RESEPI NASI AYAM IZAHAFIZAH

Mula-mula cuci ayam bersih-bersih. Potong ayam asingkan mana nak buh dalam sup potong kecik nak goreng nanti potong biasa. Biasanya part tulang-tulang, kaki, leher tu kita potong kecik campak je dalam sup.

REBUS AYAM
-Ayam yang dipotong
-5 biji bawang putih
-3 biji bawang merah
-2 inci halia
(3 bahan atas ketuk skit dalam lesung)
-1 kiub ayam

Tak perlu tumis pon. Campak je ayam dan bahan tumbuk letak air. Bila ayam masak angkat dan toskan dulu.

Ambik skit air rebusan untuk nasi ayam, sambal dan kuah kicap.

NASI AYAM
4 pot beras (pot kecik).
Basuh beras n tapis

Untuk tumis:
-2 sudu marjerin
-Lemak dan kulit ayam (basuh bersih hiris halus-halus)
-buah pelaga 5 biji
-bunga lawang 5 biji
-kayu manis sebatang
-3 ulas bawang merah (tumbuk)
-3 ulas bawang putih (tumbuk)
-1 inci halia (ketuk)
-Daun pandan dua helai simpul

Tumis bahan-bahan tumis guna marjerin sampai bau menggelorakan perut. Then masukkan beras gaul sebati pastu transfer dalam rice cooker. (Kalau nak tumis dalam rice cooker terus pon boleh. Terpulang)

Then masukkan air rebusan ayam tadi. Buh garam skit gaul-gaul skit ok biarkan dia masak.

SUP
- Air rebusan tadi tambah garam perasa sesedap rasa.
- Dah masak letak daun sup+daun bawang+bawang goreng

Ada orang letak rempah 3,4 beradik tu. Saya tak bubuh pun.

AYAM PERAPAN
-Sos tiram
-Kicap cair
-Kicap manis
-Madu
-Bawang putih 2 ulas, halia skit, garam (tumbuk)
-Gaulkan bersama buh marjerin skit

Saya goreng ayam last skali nak makan ayam panas-panas. Goreng touch n go je takut nanti ayam jadi keras.

KUAH BERLADA
-7 biji lada kecik (pedas gila)
-3-4 biji lada besar
-3 ulas bawang putih
-halia skit je
-Air rebusan ayam

*Blend semua yang atas tu pastu panaskan kuali masak kejap letak garam, gula dan cuka sesedap rasa.

KUAH KICAP
-Ambil lebihan perapan ayam campur dengan air rebusan ayam campur kicap cair n kicap manis. Adjust la rasa dia yer.

Ok dah masak nasi boleh hilang semua dengan timun, tomato dan daun salad. Selamat bersilat di dapur.

Asben n Daniel makan banyak. Tq papa puji nasi ayam ai. Next time ai masak lagi. Kihkih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...