Para Pengikut..

Friday 12 May 2017

Doa melembutkan hati anak.

Salam uollss..

Mami copy dari fb dan tempek sini. Semoga dapat manfaat semua ya.

KUASA YA LATIF PADA ANAK-ANAK, KESANNYA LEBIH HEBAT DARIPADA GUNA ROTAN

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5. Bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat.
Baca doa ini 3x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak/suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah..
Kemudian baca doa NABI DAUD sebanyak 3 kali -
“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...