Pages

Saturday, 24 July 2010

Supaya lelaki tahu

Serius. Lelaki perlu ambil perhatian ini.

1) Kebanyakan perempuan (yang baik-baik sesuai untuk dijadikan calon isteri) sukakan lelaki yang selalu ingatkan untuk solat dan menampakkan lelaki itu seorang yang tak tinggal solat. Solat kan tiang agama. Perempuan akan rasa bangga bila lelaki cakap..
"Jap awak, saya nak solat dulu. nanti kita msg lagi"
Lagi buat hati perempuan kembang bila lelaki cakap..
"Jom solat sama-sama"

2) Juga perempuan suka lelaki yang ambil berat. Walaupun tanpa bertindak.
"Awak takde transport nak balik?Kesiannya. Saya minta maaf, saya tengah sibuk, kalau tak saya dan jemput awak"

3) Juga lelaki yang makan banyak dan kurang bercakap ketika makan dan tidak sukakan pembaziran.
"Takpelah awak tak dapat habiskan, meh saya tolong habiskan"

4) Lelaki yang rapat dengan ibunya. Tapi bukan bermaksud beliau anak emak ok. Perempuan akan kembang hati bila mengetahui lelaki menceritakan perihalnya pada ibunya. Supaya perempuan rasa ada kepentingan terhadap lelaki, bawalah dia apabila anda mahu belikan hadiah hari jadi untuk ibu anda.

5) Juga perempuan suka lelaki yang penyayang terhadap dua iaitu kanak-kanak dan binatang peliharaan. Sebenarnya lelaki yang menjadi abang kesayangan terhadap adik-adiknya adalah lelaki yang sangat penyayang. Sila perasan.

6) Juga perempuan suka bila lelaki tak kisah di ajak window shopping, jalan-jalan di mall, touch & go (belek-belek baju kat kedai dan blah). Bukan tolong bayar barang shoping ok. Itu kaki kikis yang tak perlu dibincangkan disini. Suka bila lelaki komen itu ini..
"Beli la baju bunga-bunga kecil ni, nampak awak kurus sikit"

7) Kadang-kadang perempuan suka lelaki berkereta. Bukan materialistik tapi berkereta nampak lebih sopan berbanding naik motor. Harap paham supaya tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Dan berkereta nampak lebih stabil untuk dinilai oleh keluarga perempuan.

8) Kalau berbual pula,perempuan kurang senang dengan lelaki yang suka bermegah-megah dan ego tak bertempat, bangga diri dan bangga darjat dan bangga pangkat. Huh! Tapi perempuan sukakan lelaki yang suka berkongsi tentang minat dan hobi. Futsal, bola sepak,memancing..walaupun perempuan tidak sukakan itu. Dan perempuan suka bila lelaki ceritakan tentang kawan-kawannya yang baik hati, famili yang penyayang dan masalah di tempat kerja kerana itu membuatkan perempuan rasa ada kepentingan dalam sesebuah relationship.

OK..Cukup tips saya kali ini. Kesimpulannya jangan cuba berlakon jadi watak lain. Kita adalah kita. Kalau sesuatu sikap tidak wujud dalam diri kita cuba wujudkan ia secara semulajadi. Jangan dipaksa ia..=D

Friday, 23 July 2010

Riang hati dikongsi bersama

Mari berbicara dengan gambar..

-Itik dan adik-beradiknya-
Itik pemberian Syahida Akmal sebelum berangkatnya dia menuntut ilmu di Shah Alam. Itik ini sangat comey dan bila menatapnya lama-lama rasa seronok jer macam tengok seorang baby. Kan boleh buat kita seronok dan tenang. Dan hari paling riang bila Sumayyah a.k.a penduduk paling sibuk di bumi SISE picit-picit itik (kamu pun tentu dah terbayangkan bunyi itik mainan) menandakan lunch hour. Dan sangat kelakar ok bila semua penduduk SISE hentikan kerja masing-masing untuk pergi lunch. Hahahaha.-->gelak kelakar sesungguh hati.


-Makanan laju di kedai beraircond sejuk-
Fast food semua orang suka. Kalau diMelayukan menjadi makanan laju. Mungkin laju untuk menyiapkannya. (Jadi salahkan service kalau makanan lambat sampai). Dan lambat-lambat untuk menghabiskannya untuk menikmati keriangan rasa. Wah! kalau makan ketika reunion lagi bertambah-tambah lamanya. Dan kalau makan bersama insan tersayang jangan berlakon watak gadis ayu yang sopan. Makan dengan bersungguh-sungguh. Yang penting perut lapar perlu diisi. Makan jangan pandang belakang atau kiri kanan. Kecuali bila terasa ada yang mencuri. Klik!!



-Drift-
Aktiviti riang untuk yang menyertai dan juga yang menonton. Apa motif riang tengok drift? Ntah! Tiada jawapan pasti. Mungkin bukan keriangan tapi kepuasan. Yes! Puas bila dengar bunyi tayar bergesel dengan jalanraya bila melalui selekoh tajam. Lalala. saya terjemahkan ia seperti drift di lebuhraya lagaknya. Sebenarnya ini drift dalam litar. Drift selamat. Siap pakai helmet ok!


-Gambar seperti beratur tunggu giliran jumpa doktor di klinik desa-
Sedangkan sebenarnya menunggu meeting start. Jadi mari tumbuhkan cambah-cambah keriangan dengan snap-snap gambar skema. Owh! Hp sangat menipu bila gambar jadi terlampau ceria sedangkan realitinya tidak ok!

-Saat wallet menjadi ringan-
Makan ramai-ramai sangat meriangkan. Kumpul semua anak-anak dan makan bersama-sama. Masa inilah peluang bergurau senda dialam nyata. Kerana ada antara mereka bukan dari kelas yang sama. Jadi pelung ini baik untuk bergurau senda selain sakat menyakat di FB. Sebab semua selalu saiko tanya soalan cepu emas..
"Bila nak makan nasi minyak cik??"
Jadi belanja makan nasi supaya lepas ni jangan sibuk-sibuk tanya lagi. Nanti saya belajar masak nasi minyak pastu saya bawak satu periuk untuk kamu semua. Lalala.. 

Saturday, 17 July 2010

bila seni bersua seni

Pelik jer bunyi tajuk entri tu..

Dalam entri sebelum ini saya ada ceritakan perihal jalan-jalan ditempat orang. Dan di Kajang saya tersua dengan sebuah galeri lukisan. Yah! Amat kagum saya. Lama saya berbual-bual dengan pelukis tersebut. Mungkin lebih sesuai saya menyebutnya artist. Yes. Pointillism Artist. Kerana catan yang dihasilkan adalah melalui titik-titik pada kanvas. Hmm. Macam-macam perkara dibualkan. Yang banyaknya saya la yang bertanya beliau itu ini. Owhh.. Sepatutnya kena rakam atau catat laju-laju seperti seorang wartawan. Hee.. Opss. Sebenarnya saya sudah janji untuk promote beliau dalam blog saya. Jadi kalau anda perlukan bakat beliau sila ingatkan beliau bahawa saya sudah post entri mengenai beliau.=). Mungkin kalau anda berminat untuk abadikan potret dalam bentuk pointeruss boleh dengan sukacita. Dan lukisan beliau sangat mengagumkan saya. Bawah ini antara bidang yang beliau kerjakan :

~Oil Painting
~Acrylic
~Water Color
~Potrait
~3D Art
~Classic Craft

ok. Mari menjamu mata pula..lalala..












Friday, 16 July 2010

Contest pertama anjuran cikbelog

dan ada kalanya
kita tersalah langkah
tersilap pilihan
hingga
jalan hidup kita berubah
namun
percayalah..

Tuhan itu  Maha Mengetahui. Segala suratan yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Bila kita putus asa dan kecewa dengan pilihan yang dibuat, sebenarnya Tuhan menguji kita. Dan barangkali pilihan yang dibuat sebenarnya ada kebaikan yang tersembunyi sebaliknya.

percayalah..
Tuhan itu Maha Mengasihi. Diuji kita dengan kekecewaan dan kesilapan dalam menyusuri jalan hidup. Supaya kita tidak leka dengan kebanggaan duniawi. Supaya kita bersyukur dengan nikmatNya. Dan supaya kita terus menyesali kesilapan yang dibuat untuk menebus kekecewaan dan kekhilafan itu.

dan percayalah..
Kesilapan pilihan yang dibuat akan merubah jalan hidup kearah kekecewaan andai kita meletakkan ia dalam perspektif negatif sebaliknya kesilapan yang dibuat andai difikir dari sudut positif akan mengubah jalan hidup ke arah kebahagiaan.

percayalah
pada Tuhan yang SATU.
percayalah
pada kekuasaanNya
dan pastinya kita akan menuju jalan hidup bahagia.
=)


Nukilan saya untuk contest dibawah. Kalau anda comey harus klik.=)


Monday, 12 July 2010

Surat untuk kamu..setelah setengah dekad..

Saya mahu berjiwang malam ini. Jadi biarkan saja saya post entri ini.

Maafkan saya
saya bukan mahukan hadiah handbeg mahal-mahal
bukan jugak mahu kamu belikan wedges yang sangat saya teringin memiliki itu
saya cuma mahu minta maaf
dan berkali-kali maaf

Maafkan saya
bila saya sering merajuk
bila seharian menunggu text kamu tak kunjung menjenguk
bila deringan ke nombor kamu bertukar suara perempuan gedik
berkali-kali
maafkan saya bila saya terus surrender

Maafkan saya
kurang memahami kamu
jarang memahami kamu
sedangkan untuk ketika ini seharusnya saya sudah patut mengenali kamu secukupnya

Maafkan saya
bila saya berfikiran kurang matang
mengepost status di FB
mengandaikan kamu mesin ATM yang bekerja 9am hingga 2-3 am
(dan semalam 4.30am)
kalau kamu ada FB saya tentu takkan sampai hati post status itu
sedangkan saya sedia maklum
kamu buat semua itu untuk saya

Maafkan saya lagi
untuk hari itu
sehingga hari ini saya dihantui rasa bersalah
bila ma kamu meminta maaf
dan memujuk supaya saya tak menyalahi kamu
ya saya sangat terharu
sebak dan menangis dalam hati

Terima kasih kamu
faham perangai saya
sedia menerima keburukan saya
sabar dengan kerenah saya
dan terus sabar untuk setengah dekad kita bersama
semoga kesabaran kamu akan terus jadi milik saya
untuk dekad-dekad yang akan datang..
terima kasih kamu..

ikhlas dari
-saya-

Saturday, 10 July 2010

CONTEST~~Gambar Candid Kamu!

Buat julung-julung kalinya saya dengan berbesar hati menganjurkan ini contest!

Kamu suka ambil gambar? Minat fotografi? Jadi kali ini dengan senang hati saya anjurkan Contest~~Gambar Candid Kamu!. Tak kirala kamu punya sebijik DSLR, camera digital atau camera hp sekalipun semua boleh diterima juin. Jadi baca perihal dibawah untuk sertai contest ini. =)

1.   Sesiapa pun boleh join dengan syarat telah menjadi follower saya dengan rasminya supaya memudahkan  kamu terus ikuti perkembangan contest ini. 
2.   Hanya SATU GAMBAR boleh dipertandingkan untuk satu blog. Kalau kamu ada 10 blog bolehlah pertaruhkan 10 gambar.
3.   Gambar yang dipertaruhkan pula ialah GAMBAR CANDID. Tidak dibenarkan gambar 123 peace, gambar skema atau gambar kelas untuk majalah sekolah.
4.   Hadiah akan dikalungkan untuk seorang pemenang bertuah sahaja.
5.   Sejurus anda post entri berkaitan sila URLkan entri tersebut di ruangan komentar entri ini.
6.   Copy gambar dibawah ke entri anda dan linkkan contest ini diruangan sidebar blog anda.
7.   Sertakan TAJUK gambar candid anda dan ceritakan sedikit CERITA DISEBALIK GAMBAR candid tersebut..=)
8.   Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Ogos 2010





SELAMAT GODEK-GODEK GAMBAR..=)

Friday, 9 July 2010

CONTEST : Lucky Draw by Shasha

Wah..saya ditag oleh MamaRifqy untuk juin ini Lucky Draw.


Anda mahu wang RM50??Cukup untuk beli juadah berbuka puasa nanti selama seminggu. Takpun beli lampu liplap untuk pasang Ramadhan nanti.=). Jadi silalah tanpa segan silu klik banner cun dibawah. Terima kasih cik Shasha yang comey anjurkan contest ini..=)


Jadi kena tag dua penulis blog yang comey jugak.

1. cik ayu yang comel
2. Areda yang comel


ok..DONE!

Wednesday, 7 July 2010

Addict

Entri tentang perkara yang tiba-tiba terlintas difikiran saya. Ini adalah entri yang tidak berkaitan dengan drug addict. Harap maklum.

Kamu pernah tak addict pada sesuatu perkara?OK! Baik saya terangkan definisi addict mengikut kamus fikiran saya. Addict ni umpama suatu keadaan yang memaksa kamu untuk lakukan ia dengan sangat kerap. Ia mungkin objek, keadaan dan manusia dan sebagainya yang buat kamu rasa tak dapat melengkapkan hari kamu tanpanya walaupun cuma untuk sehari.

Kamu pernah tak masa zaman sekolah suka pada seseorang. Suka dalam ertikata addict. Tak lengkap andai kamu tak melihatnya sehari. Sengaja pergi toilet empat kali sehari lalu sebelah kelas dia sedangkan toilet kat belakang kelas kamu pun ada.

Addict dengan futsal atau bola sepak sampaikan rasa lain macam jer andai tak sepak bola untuk sehari. Yang kaki bangku pula mungkin addict dengan games bola sepak. Kalau tak sentuh games tu rasa tak lengkap 24 jam yang dilalui. Kamu memang berpenyakit addict la kalau main games bola masa waktu pejabat.

Addict dengan shopping. Tak kira awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan kamu mesti shopping.

Atau ada juga yang addict dengan makanan. Tiap-tiap hari nak makan nasi lemak Mak Minah seberang jalan. Eh! nasi lemak Mak Minah ni sedap ke? Atau kamu addict dengan anak dara Mak Minah yang ayu. Ada udang sebalik mee rupanya.

Terpulangla pada individu untuk addict terhadap apapun atau sesiapapun. Kadang-kadang ia boleh bagi semangat dan perangsang tapi dalam masa yang sama juga ia/dia boleh melekakan kita. Kan??

Saya sangat addict terhadap sesuatu ini. Hari-hari yang saya lalui tidak lengkap tanpanya. Saya dibesarkan dengannya. Tea O panas..keke.. Betul! Saya bukan bergurau. Dulu saya addict dengan tea O panas buatan mak. Bila dan pandai bancuh sendiri, saya addict dengan tea o panas buatan sendiri. Dan tiap-tiap malam inilah minuman addict saya. Sekian..

Sunday, 4 July 2010

Jalan-jalan merata tempat

Ntah ape-ape tajuk entri kali ni. Tak komersial langsung..

Jam 8.00pm more less..Saya, mak, ayah dan cik driver yang cermat selamat sampai ke bumi kediaman tercinta. Banyak jalan kami tempuhi. Ni 1st time cik driver cermat drive pergi KL. Tiada peta, tiada cps yang ada hanya peta dalam minda bercampur gerak hati dengan bantuan signboard.Haha. Walaupun tersesat jugak. Saya pergi mana??Owhh..Lupa mahu cerita..(eh?ada ke orang diluar laptop sana tanya?)

Sebenarnya matlamat utama mahu hantar adik saya Jojo(glamer la ko name terpampang disini) daftar di UKM,Bangi. Kami bertolak pagi Jumaat jam 4am (kental yer saya dan cik driver cermat bangun jam 3am). Menuju ke Putrajaya rumah my sis. Petang Jumaat saya ikut cik driver cermat pegi UITM Shah Alam untuk survey rumah sewa beliau yang akan ambil master disana. Tidur semalaman di Putrajaya. Hari Sabtu pergi Klang rumah Abg Ngah saya kerana beliau buat majlis kesyukuran dan tahlil pada malam itu. Esoknya barulah bertolak ke Bangi. Fenat ok! sudah lama meninggalkan aktiviti jalan jauh-jauh dan naik turun tangga dalam kampus macam di USM dulu.

Ini Faiz Irfan..sangat nakal dan sentiasa merindui kerenahnya..owhh..

Ini Fatin Hazwani..kecil-kecil dah turun naik tangga campus. Nasib baik kamu ringan je tau. Nanti dah besar masuk U jugak yer..=)