Pages

Saturday, 25 September 2010

Maaf

Bila aku salah tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat kau menangis
Ku tahu kau marah
Ku tahu kau luka
Tapi jangan paksa 'tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah dimatamu
Mungkin aku lemah dimatamu
Tapi tak pernah terpikir kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah dimatamu
Bila aku lemah dimatamu
Ku hanya bisa memohon maaf atas salahku

Ku tahu kau marah
Ku tahu kau luka
Tapi jangan paksa 'tuk berpisah
Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah dimatamu
Mungkin aku lemah dimatamu
Tapi tak pernah terfikir kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah dimatamu
Bila aku lemah dimatamu
Ku hanya bisa memohon maaf atas salahku
ooo..ooo..ooo...


Gambar sekadar hiasan
Lagu Radja yang buat saya feeling habis sampaikan tanpa sedar duk repeat jer lagu ni banyak kali. Kat opis, dalam kereta sampaila kat rumah. Sangat kental ok dengar lagu maaf sambil taip lirik sedangkan bleh jer copy paste kt google. Hehe..

Sunday, 19 September 2010

Episod tentang Eid kali ini.

Syawal ke-9 barulah saya berjaya mengepost ini entri.
Bahang raya makin berkurangan. Esok dah mula kerja. Kembali mengadap meja 'profesor' (sila faham sendiri maksud '....' tersebut.) Oyeah!!

Tahun ini meriah sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya untuk kategori raya versi dewasa maksud saya. Cuma tahun ni keluarga abg ngah dan family tidak beraya di kampung. Al-maklumlah abg long (anak buah yang paling sulong) akan menduduki UPSR. Hari selasa dia dah start kelas tambahan. Jadi tak sempat beraya di kampung.
Pagi raya pertama hujan turun renyai-renyai. Hujan rahmat kata orang. Bila dah agak reda sikit berjalanlah kami ramai-ramai ke rumah sedara mara. Petangnya pula bersalaman dengan tok wan di kampung sebelah. Tahun ni saya pun tak tahu kenapa takde gambar raya pertama. Kenapa eh? Dengan hp saya sendiri pun tiada. Owhh!! Raya kedua pula dengan nekadnya kami (dua kereta) konvoi ke Kemamam. Beraya rumah sedara sebelah mak dan melawat pusara nenda. Perjalanan ambil masa 2 jam setelah ditolak tambah keadaan lalu lintas yang agak sesak. Melawat keluarga di Kemasik, Kijal dan singgah di Paka. Semua sudah berubah. Betapa jarangnya saya ke sana. Sampai terlajak nak cari lorong masuk ke rumah sedara-mara. Adeh. Sampai rumah jam 7 petang. Sampai jer rumah kami disambut oleh tetamu dari nun Kedah sana. Keluarga angkat abang saya dari Kedah sana datang beraya di sini. Sangat terharu kami. Tiga hari jugak lah mereka raya di sini. Sangat kental datang dari ceruk utara sana untuk merasai pengalaman beraya di timur ini. Raya ketiga saya seronok. En.beliau datang beraya. Dan saya ditemani ke reunion kawan-kawan skolah rendah. Yang 12 tahun tidak ketemu. Tapi untuk ke reunion punyalah mencabar. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 20minit menjadi 60minit. Sempat kami berkaraoke bermacam-macam lagu dalam lautan sardin kereta. Reunion dibuat di KFC. Tapi sangat sardin sehingga saya buat keputusan untuk makan tempat lain. Ini 1st time saya hadiri reunion. Best sebenarnya. Jumpa kawan-kawan yang dulunya versi budak-budak sekarang dah bertukar versi dewasa. Balik sempat singgah menyopping lagi. Sampai umah plak En.beliau dipaksa mak ayah untuk makan malam dengan perut yang sedia penuh. Terima kasih yer En.beliau buatkan aidilfitri saya bermakna..=) Raya keempat dihabiskan dirumah saja tunggu tetamu datang, buat air, hidang kueh, kemas rumah (eh. bosannya cerita saya. Jap saya masukkan gambar)




Adik tolong jangan serius sangat ok. Taula saya bg duit raya sikit..

Konvoi raya. Sempat singgah Pantai Kelulut berposing sakan.

B'udang tempura di raya ke-3. Sedap. I LIKE..

~credit to da owner of da pic..
  OK. Raya ke-5, ke-6 dan ke-7. Tahun-tahun sudah mesti saya dah hilang mood beraya ketika ini. Tapi tidak untuk tahun ini. Jadi pergi beraya di rumah kawan, kawan datang beraya dirumah. Tak lupa meraikan nasi minyak opss majlis pernikahan kawan-kawan..Gee n Burhan juga Jijah n Lan. Saya gembira kawan-kawan sekapal ramai dah kawin. Dan bertambah syukur mereka tak menunggu lama untuk dikurniakan rezeki bernyawa. Dan untuk tahun ini juga tahun pertama anak-anak didik beraya di rumah. Riuh rendah bersembang walaupun tidak ramai. Terima kasih semua. Mungkin kerana itu Eid kali ini lebih bermakna. Bila kita 'ketemu' kembali masa lalu terutama yang manis dan indah-indah. (Lagi gambar untuk mengurangkan ngantuk anda menatap diari saya)









Dah. Dah..mungkin entri lepas nie cerita tentang rumah terbuka pula..lalala..