Pages

Friday, 25 February 2011

Bercinta dengan Yang Lebih Berusia

Salam pagi uolls..

Lama dah tak menaip. Pagi nie nak join entry BroFramestone pasal bercinta dengan yang lebih berusia. Korang pernah ke? Kalau pernah jom join sama-sama. Klik jer bawah untuk link ke entry Bro.

 


Opsss..Jangan gosip-gosip sini eh. Yang gadis kecik molek comel lotey itu Yuyu Zulaikha. Sila terjah blog beliau yang sweet macam tuannya. =)

Okeh..Berbalik pada topik kita Bercinta dengan Yang lebih Berusia. Saya pernah jugak sekali. Masa saya 18tahun dan beliau 23tahun. Lima tahun tu kira jarak umur yang jauh jugak la bagi saya. Jadi ini hanyalah pandangan saya.

(1)
Mereka sangat matang (nak dibandingkan yang sebaya/lebih muda). Matang dari aspek cara berfikir. Kalau minta pendapat atau apa-apa nasihat tak pernah sampai bertelagah pendapat. Sebab mereka sangat pandai psiko supaya kita terima pendapat mereka. Tapi memang pendapat mereka bernasla. Maklumlah dah banyak makan garam dari kita.

(2)
Cara nasihat. Masa tu tengah belajar kat matrik. Jadi selalu beliau call dan sepanjang berbual tu memang banyak nasihat diberi. Rasa macam seorang abang bagi nasihat kat adiknya.

(3)
Penampilan. Sebab beliau lebih matang,jadi pemakaian pun matanglah. Kita pun otomatik akan dressup mengikut cara mereka. Memang mereka sangat detail bab pemakaian ni. Nak dating siap tanya 'esok nak keluar awak nak saya pakai macam mana?' haha.

Dan yang paling BEST!!
(4)
BEKERJAYA. Mereka bekerjaya. Jadi sebab masa tu masih belajar jadi banyak dia sponsor. Dan dia kan matang. Semua perkara dia nak settlekan.
'Saya suka awak pakai batik sutera, nampak ayu jer'
'Ala..saya kan belajar,mana ada duit nak beli. Duit nak makan ada la'
'Laa..siapa suruh awak beli. Saya dah beli ni'
(padahal awal-awal dah nampak beliau bawak paper beg ada kain pasang..lalalaa)

okeh. Tu jer la kot Bro yang sempat saya fikir. Heee..

Saturday, 19 February 2011

Hangin betul kat depa buat buah ati saya macam tu!!

Assalamualaikum..

Nasib baik ada ko blog. Dapatla aku kutuk depa belakang-belakang.

Masuk hari ni dah 7 hari hp saya kat kedai servis hp. Minah yang janji itu hari nak call kalau dah siap baiki tak call jugak. Sibuk bergayut dengan boipren agaknya. Dah rindu sangat kat buah ati ku itu terus saya pergi terjah kedai itu untuk tanya dah siap ke belum. Kalau hantar kain pasang dah siap jadi baju agaknya.

"Kak, hp saya dah siap ke?"sambil tunjuk resit jual-beli.
Kak yang dimaksudkan ambil resit terus blah masuk dalam kedai.
"Dah siap"sambil serahkan buah ati saya.
Saya belek-belek. Tekan-tekan keypad. Nampak lain macam la. Macam bukan hp saya punya dah.
"Berapa kak?"
"RM80 dik"..ok.senyap sambil buat muka tak puas hati.
"Mahal sebab kita tukar button sekali" kak tu menjawab bimbang saya terus koyakkan resit agaknya.
Saya bayar dan terus blah.

Dalam kereta saya belek punya belek hp. Geram sangat. Memang mic dah ok ,tapi yang lain pulak rosaknya.. 

1) Keypad longgar. Rasanya kalau hp nie jatuh katil konpem terburai urat perut ia.
2) Bahagian atas pecah. Tapi mereka dengan gaya genius (konon) lekatkan balik. Tapi memang terang tak payah suluh dah nampak kesan pecah.
3) Sekeliling hp kemek. Agaknya ketat sangat nak bukak kot. Tak tahu la diorang guna alat apa. Spanar?Tukul? 
4) Tiba-tiba hp ni slow yang amat. Macam laptop diserang virus.

Okes! Sabar..sabar..Malas dah nak pegi bertekak dengan mereka.

Kemudian dapat mesej dari Kak Siti katanya dah otw ke McD. Saya terus menuju ke McD kat Giant. Makan Spicy Chic McD terus lupakan insiden tadi. Snap gambar berkeping-keping konon nak buat entri bertajuk 'Akhirnya orang mengidam dapat juga apa yang diidamkan'..

Dan petang ini (sekarang) saya sebenarnya excited mahu post entri bertajuk 'Akhirnya orang mengidam dapat juga apa yang diidamkan' sambil upload gambar yang disnap di McD tadi.

Bukak folder Photos dalam hp tengok semua gambar yang diambil tadi takde.
GAMBAR HILANG!!

*sambungan dari list diatas...
5) Snap gambar>bukak folder photos>semua gambar tiada!!

okey!
Saya mahu bom kedai itu. Siapa sokong angkat tangan!

Friday, 18 February 2011

CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL

Join contest lagi. Ni untuk perempuan saja yer. Owner contest ialah KHUMAERA ISMAIL atau nama timang-timangan Miss Librarian.
kalau mahu join contest beliau KLIK SINI!!

Jom join ramai-ramai.
Tarikh tutup 1ST APRIL 2011

HADIAH???
PEMENANG :: RM50 x 1 orang
SAGUHATI :: RM20 X 2 orang

 
Bawah ni gambar yang saya pertaruhkan. 

 
Itu adalah pashmina.
Ada dua jenis material kain. Satu lembut dan satu agak tak lembut. Ala-ala material cotton gitu. Yang saya pakai nie material lembut.
Dari segi color saya suka sebab colornya gabung dark blue dan soft blue. Jadi boleh match in dengan banyak baju lain.
Dari segi material pulak ia sangat lembut. Jadi kalau pakai ia tak nampak serabut even korang lilit macam mana pun. Cuma kena pandai kemaskan la.
Lagi suka kerana harganya murah. Ni saya beli kat pasar malam jer. Tak ingat la harga. Tapi dalam RM15 ke bawah la. 

Okeh. Jadi mahu tag 3 orang kawan blogger.oyeah!



Terima Kaseh Kekawan.

Cerita semalam.

Masuk opis tengok cik yatie khusyuk susun kueh mueh.
'Aik,kenapa banyak kueh nie?' tanya i penuh tanda tanya. Maklumlah i kan busy body. Haha. Ingat mak cik jual kueh mana murah hati sedekahkan kueh banyak2 macam tu.
Cik Yatie pulak teragak-agak nak menjawab..
'Nak wat pot luck' jawab beliau.
'Ok' i jawab pastu blah ke meja i. Agaknya pot luck ngan pelajar dia kot.

Haha.
Tapi yer la....
 Dah selalu dah ada makan-makan kek sambut belated day nie. Dah jadi rutin wajib dah. Jadi tak terkejut sampai pengsan bila Kak Siti datang bawak kek coklat yang sedap menjilat jari.
Maceh kawan-kawan sambut belated day untuk hari kejadian bulan Januari.

Wednesday, 16 February 2011

Budak nakal zaman sekolah.

Assalamualaikum..

Hari ni mood mengimbau kenangan silam. Korang masih ingat ke budak paling nakal zaman korang sekolah dulu? Tahap mana kenakalan dia. Pernah ke dia buat nakal kat korang? Hari ni saya nak cerita tentang dua orang budak nakal zaman sekolah dulu-dulu.

SEKOLAH RENDAH

Sekolah saya dekat jer dengan rumah. Lebih kurang setengah km plus-plus. Kalau jalan kaki dalam 10 minit la. Naik basikal 5 minit sampai dah. Zaman saya sekolah dulu takde la dimanjakan sampai mak ayah hantar atau naik van ke sekolah. Lagipun saya bukan orang senang. Saya dengan kawan-kawan satu kampung jalan kaki ramai-ramai.

Pasal budak nakal nie masa tu saya Darjah 6. Bangunan yang menempatkan kelas saya tiga tingkat. Saya level paling bawah. Level kedua ada library dan bilik muzik. Dan level paling atas ada lagi kelas-kelas darjah 6 yang lain termasuk kelas budak nakal ni. Semua orang kenal dia dan majority semua budak2 perempuan takut dia pasal dia suka kejar budak perempuan dan kalau dapat dia akan peluk!! Waaaaaaaaa.

 Kalau kena kejar memang nangis tak ingatla. Dia nie gemuk dan kalau pandang perempuan suka pandang lama-lama. Jadi nak lintas kelas dia memang automatik jalan laju-laju macam larian jalan kaki. Saya selalu jugak la naik tingkat 3 pasal kawan sekampung saya kelasnya kat situ. Nak tak nak time nak melepak jumpa kawan lintas je la kelas budak nakal tu.

Suatu hari nak dijadikan cerita saya naik tingkat 3. Betul-betul naik tangga paling atas tiba-tiba tersembul budak tu dari pintu kelas dia yang paling hujung. Dia pandang dan kejar. Maakkkk!!! Pusing turun tangga macam kena kejar anjing. Sumpah memang jantung macam nak luruh. Takut sangat. Saya lari masuk library dan dia turut kejar. Pastu main hide and seek dalam library. Mungkin dia bukan jenis ulat buku . Tak sampai satu minit dia berlegar-legar terus dia keluar.

 Saya tunggu sampai ada cikgu nak keluar library terus saya follow cikgu tu. Huhu. Memang menyeramkan la. Baru-baru ni saya ada ternampak budak nakal ni kat pasar. Muka tak berubah. Sebab trauma tak hilang lagi terus saya sembunyi intai dari jauh. Nampak jer dia blah baru saya keluar dari tempat persembunyian. Haha.

SEKOLAH MENENGAH

Sekolah menengah saya sekolah Agama. Ada asrama. Tapi bukan asrama penuh. Ada la sorang mamat nie. Nakalnya ya ampun..Tuhan saja yang tahu. Nakal sekolah menengah ni lain macam la sikit kan. Dia selalu ponteng sekolah, datang lambat, hisap rokok, ponteng zuhur berjemaah..macam-macam lagi la kenakalan yang dia buat.

Nak dijadikan cerita suatu hari saya bawak bekal. Bekal pisang goreng. Then pagi tu semua budak-budak kelas keluar pergi bengkel Kemahiran Hidup. Yer ke?? (tak ingat sangatla saya). Masuk jer kelas lepas waktu Kemahiran Hidup tu saya perasan ada sesuatu atas papan hitam. Siap ada conteng-conteng papan hitam lagi tu.

Korang tahu apa jadi? Budak nakal tu letak bekal pisang goreng saya atas papan hitam. Memang kaw-kaw kena sumpah seranah. Apa dia ingat saya tak cam tulisan dia?
Siap tulis dengan anak panah macam atas tu. Memang geram macam nak baling kasut kat muka dia. Pastu masuk lagi 2-3 orang budak nakal lain sambung menconteng papan hitam. Hape korang ingat tu chat room ke? nasib baik jugak ada hero penyelamat dalam kelas tu. yeay!

okeh. Malas dah mengimbau kenangan. Tapi sebenarnya kenakalan diorang la yang buat saya tersenyum sorang-sorang teringat kenangan dulu-dulu..=)




SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

Join segmen Abg Ben lagi!!


Sape nak join KLIK SINI!!

Monday, 14 February 2011

Fakta Tentang Lelaki - Siri II

..sambung yang INI..

'Fakta Tentang Lelaki'

(6)
Bila lelaki mengatakan 'uuummm' untuk tempoh yang panjang serta sering mengelak saat memerlukan pertolongannya, itu bermakna dia tidak menyukai anda lebih dari teman.

(7)
Bila lelaki mula menyimpan rasa terhadap seorang wanita, maka rasa itu adalah benar meskipun wanita itu tidak cantik di mata orang lain.

(8)
Saat lelaki kononnya meminta anda meninggalkannya atau mahukan masa sendiri, sebenarnya dia mahu anda terus disisinya dan mendengar masalahnya.

(9)
 Lelaki tak seperti wanita. Mereka sukar untuk meletakkan impian dan harapan yang terlalu tinggi untuk dicapai.

(10)
Bila seorang wanita menolak ajakan seorang lelaki dengan mengatakan 'tidak', bagi lelaki wanita itu hanya mengatakan 'cuba lagi esok'!
(11)
 Lelaki paling sukar membuat keputusan yang pantas dan ini jauh berbeza dengan wanita.









Sunday, 13 February 2011

Fakta tentang LELAKI - Siri I

Malam ni susah nak tidur sebab siang tadi dah terlebih tidur. Jadi belek-belek majalah Rapi isu yang lepas-lepas terpakulah pada satu topik yang menarik minat saya untuk baca lagi buat kesekian kali. Mungkin ada yang tak tahu atau tak ambil tahu. Jadi saya mahu kongsi dengan kalian. 

'Fakta Tentang Lelaki' 

(1)
Lelaki sebenarnya tidak sering mencari wanita yang cantik semata-mata untuk dijadikan isteri sebaliknya lebih selesa memilih yang kemas dan berpesonaliti menarik serta pandai membawa diri.

(2)
Lelaki mampu gila bayang hanya dengan senyuman seorang wanita.

(3)
 Jangan suka bercakap tentang bekas teman lelaki anda di hadapannya. Walaupun dia berlagak cool tapi dia sangatlah membenci hal tersebut.

(4)
Lelaki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah bercakap kuat hanya semata-mata mahu menarik perhatian wanita yang disukai.

(5)
Lelaki juga menangis!!!!

Tapi malam ni nak bagi 5  fakta jer dulu. Esok sambung lagi...

Friday, 11 February 2011

Wedding Planner.

Owww...Terpaku saya melihatnya. Santek sungguh.

Pagi tadi seperti yang dijanjikan saya keluar menderap dengan adik angkat, Ila. Mula-mula pergi TTC sebab Ila bagitahu ada pameran pengantin. Jadi pergi ushar-ushar mana tahu dapat sumber inspirasi ke kan. Nak booking melampau la pasal tarikh tunang pun tak tahu lagi inikan pulak tarikh nikah. Haa.

Masuk jer TTC pengsan sekejap tengok pelamin santek kiri kanan. Tersangat santek dan mungkin tersangat mahal. Yela. Dah sewa untuk pemeran mahal haruslah dekorasi pelamin macam artis.



Ada satu pelamin tu kaler biru plus putih. Yer pelamin atas tu la. Santek kan kaler tu. Pelamin nie ala-ala taman laut la. Semua hantaran bermotifkan haiwan dalam laut, penyu, tapak sulaiman, udang dan macam-macam. Kreatif gilak diorang.

Lepas bosan pusing tiga empat kali kat kedai yang sama terus keluar menuju ke pantai batu buruk menghirup udara segar. Lama dah rasa tak lakukan aktiviti kecintaan ni. Borak-borak panjang dengan Ila dan saya dilantik menjadi wedding planner untuk majlis tunang Ila nanti. Haha. Wedding planner bidan terjun.

Jadi bermula hari ini saya akan sediakan checklist untuk majlis tunang klien saya. Hee..








Thursday, 10 February 2011

Header dan kaler background blog.

Boleh tak kalau saya cakap saya dah bosan blog nie kaler hijau. Boleh tak nak tukar kaler lain pulak? Sama jugak dengan header. Errrhhghhh bosan. Tak menarik langsung. Ceh! Macam la dah tukar nanti terus jadi menarik.

Tapi nak tukar kaler background kaler apa?
Nak tukar header gambar apa?
Nak tulisan warna apa?
Style tulisan macam mana pulak?

Pastu saya rasa blog nie macam suram sunyi jer. Kena ada animation skit baru meriah kot. Tapi tak leh over sangat nanti semua pening kepala terus click pangkah.

Dua hari cuti hujung minggu. Jadi saya akan fikir header apa. Ok. Fikir jer. Sebab saya malas nak design. Haha.

Ok. Babai semua.

Monday, 7 February 2011

Resepi untuk orang bujang.

Haha. Nak berangan jadi chef kejap.

Yer penonton sekalian. Bersama saya lagi dalam rancangan 'Resepi untuk Orang Bujang'. Hari ni resepi yang akan saya kongsi dengan bujang-bujang sekalian ialah 'Tumis Ikan semudah ABC'. Jadi sila ke dapur pastikan rumah bujang sekalian ada bahan-bahan berikut :

Ikan (Seboleh-bolehnya ikan selar)
Bawang putih dan bawang merah
Kicap
Sos cili
Cili boh / cili giling tu la
Garam
Air

Ok. Itu saja bahan-bahannya. 

Mula-mula hiris bawang putih + merah dan tumis bersama-sama cili boh. Bila dah naik bau harum tu masukkan air secukup ahli-ahli rumah bujang anda. Kemudian masukkan kicap, sos cili dan garam. Bila dah mendidih masukkan ikan. Pandai-pandai la rasa. Kalau tawar tambah garam. Takkan tu pun chef kena ajar. 
Dah masak hidangkan. Senangkan. Semudah ABC.

Ok!
Nak pergi masak resepi orang bujang kejap.
Babai.


Sunday, 6 February 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


 Bagusla abang Ben ni. Suka dia memeriahkan dunia blog. Jadi mari gegar bersama-sama!

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Mahu gegar juga? Klik HERE!

Saturday, 5 February 2011

Gajah Duduk.

Budak laki kalau tak tau gajah duduk sila tukar fesyen pakai kain batik pulak.

Dulu sementara tunggu konvo saya pernah kerja kat mall. Mula-mula department luggage. Bila masuk musim raya Aidilfitri saya ditukarkan ke department barangan muslimin muslimah. Ada telekong, kain pelikat, kain batik, Al-Quran dan sebagainya.

Macam dah jadi kewajipan kan. Bila tanya jurujual 'barang mana yang paling elok?' mesti mereka terus cadangkan barang yang paling mahal. Jadi mahal = elok. Macam saya la jugak. Bila ada customer datang suruh pilihkan yang mana paling elok terus bagi yang paling mahal (sambil otak ligat berfikir selain mahal apa lagi kelebihan barangan tersebut. Haha)

Tapi hari ini istilah mahal = elok macam agak kurang tepat.

Pagi tadi saya menemani kakak ipar ke Pasar Payang. Macam dah jadi kewajipan beliau tiap kali balik kampung mesti menapak ke Pasar Payang beli kaftan, Batik Sutera, Songket dan lain-lain. Jadi misi hari ini membeli sampin untuk pasukan nasyid. Dan misi saya 'mencapai target setiap bulan satu barangan hantaran' (errrr..tapi tarikh tunang belum ditetapkan. Macam mana tu?)

Sebab tak nak bersesak-sesak jadi jam 8.30 kami sudah sampai ke Pasar Payang. Kental tak? Tapi dah banyak kedai bukak. Dan kedai pertama yang mendapat rezeki adalah kedai saya membeli telekong. Suka. Suka. Kain elok, sulam lawa dan ia betul-betul selesa dipakai. Dan pastinya harga berpatutan. Bila saya tanya yang mana elok sambil ambil telekong dengan sticker harga paling mahal, jurujual tersebut cadangkan yang harga sederhana. Jadi saya simpulkan beliau menjual dengan ikhlas dan semoga rezeki mudah masuk.


Seterusnya ke kedai 'Che. Mungkin kakak ipar selalu borong kat kedai tu. Jadi mak cik tu masih ingat beliau. Saya terus tanya pasal kain pelikat. Yang mana sesuai untuk buat hantaran. Mak cik tu  mencadangkan 7000 benang.

Ini kain pelikat 7000 benang.

 Okay. Hari ni saya ingin mengumumkan. Walaupun saya pernah keje bahagian kain pelikat tapi saya tak tahu kain pelikat ada jenis 7000 benang, 5000 benang dan lain-lain. Haha. Ketawakan diri sendiri. Yang 7000 benang lebih mahal dari 5000 benang & of cos lebih berkualiti. Bila saya tanya 10000 benang pulak beliau cakap better beli 7000 benang. Lebih elok katanya.  Jadi tak semua barang mahal = elok. 

Dalam tin itu kain pelikat 5000 benang.

Jadi hari ni dapat pengetahuan baru.

 Babai.

Naik Pelamin!

Hari ni saya naik pelamin. (eh, sebenarnya semalam. Tapi biasalah malam tadi  taip entri sikit terus menguap, mengantuk terus tido)Tapi bukan pelamin saya. Itu hanyalah pelamin mereka yang saya tumpang bergambar.

 Selamat Pengantin Baru Yana.

Berseri-seri yer muka pengantin. Konvoi dengan opismate empat buah kereta menerjah nasi minyak di rumah Yana. Tapi sebab datang agak lewat pengantin dah buang segala makeup untuk solat. Tapi Yana tetap sweet. Berseri-seri you. Jugak door gift sangat chumel. Macam-macam benda chumel ada dalam paper beg ungu itu. Arghh!tiba-tiba excited mahu survey door gift. Hei, kau ingat kau nak naik pelamin bulan depankah?

Yana, sy pinjam hantaran nak publish sini yer..=)

Tak pasti la yang kuning tu apa. Kuih ke Yana? ke puding? Tapi gubahan sangat kreatif. Siap ada tangkai nanas lagi.

Buah-buahan, kain pasang, kasut & beg.

Pulut kuning.

Selamat kenduri di rumah Yana.

***
Malamnya join sepupu-sepupu berarak mengiringi pengantin lelaki iaitu sepupu saya.


Jadi gadis dulang bidan terjun.


Pheewiittt. Maceh sepupu yang tag saya kat fb. Saya yang bertudung oren. Eh, silap! Itu sedara sebelah rumah. Saya yang kebiru-biruan itu. Tumpang berdebar menerjah rumah pengantin perempuan. Heee.

Waahh. Suratan atau kebetulan? Ini ialah kawan baik saya masa kecil-kecil dulu. Sangat rapat dengan beliau. Kawan bergosip, kawan main masak-masak dan kawan bercerita tentang cinta monyet. Haha.  Bila dah sekolah dan masuk u masing-masing berjauhan. Jumpa pun tepi jalan sempat senyum tanya khabar sepatah dua.
Dan tiba-tiba malam tadi sepupu saya telah berkahwin dengan akak beliau. Hee.
 
***
Ok. Nak pergi kenduri kampung sebelah pulak.
Babai.

Thursday, 3 February 2011

I Lap u Celcom..

'Anda kini blh nikmati 1minggu pggln+SMS percuma ke nombor 8pax/15pax/Teman 20 anda. Terus nikmati lebih ganjaran menarik lagi!

Wow! hari tu baru merungut keciwa tak dapat hadiah hari jadi free sms + call masa birthday lepas. Tiba-tiba hari ni Celcom kotakan janji setelah saya topup non-stop. Terima kasih.

Nak pergi bergayut.
Babai.

Ceritera di Tahun Baru Cina

Silamat hali laya.

Cuti tahun baru cina kali ni ramai betul kawan-kawan bertukar status.
Hari ni majlis Ain. Esok Wanie dan Yana. Lusa pulak Husna. Tu tak campur darab jiran-jiran sekampung. Tapi saya suka pergi majlis kawin. Boleh sibuk menyibuk ushar hantaran diorang. Kot-kot la nak cilok idea gubahan ke, theme color ke, door gift ke. ( Bunyi macam tak sabar nak gubah hantaran sendiri jerk. Heh!)
Tapi hari ni saya menyibukkan diri. Jadi tak berpeluang intai-intai majlis kawin.

*Hari ni jadi surirumah yang berjaya*

Mula-mula pergi pasar. Nak beli ikan, ayam dan sewaktu dengannya. tapi terkejut tengok kat area barang basah (ikan) ada dua gerai jer bukak. Tu pun satu gerai tu hanya tinggal sekilo-dua jer ikan. Adakah semua ikan telah diborong oleh kaum cina untuk aktiviti 'makan besar' mereka? Kental temuramah pak cik tu. Dia cakap stok ikan takde. Jadi, sila ke kedai runcit membeli joran untuk memancing!

Kemudian berhasrat ke pasar raya untuk beli hadiah hari bahagia kawan-kawan. Wah, gila kental. Sampai jer tengok parking kosong. Best2. Orang tak ramai. Takdela nak bersusah payah cari parking kosong. Ok. Dengan megah lalu tepi pasar raya.
 Waaaaaa...patutla parking kosong. Pasar raya tu cina punya. Mestila tutup hari ni!!
(Nasib baik belum masuk parking dan tolak troli)

Seterusnya pergi pasar raya kepunyaan melayu dan borong hadiah tanpa fikir panjang.

Dalam perjalanan balik rumah, adalah mamat tu sorang.
Taula ekzos kereta dia besar. Sengaja la nak vroom vroommm.. Macam kau sorang ade ekzos yer. Pastu lalu jalan kampung habis kereta dipotongnya. Kalah ambulans bawak orang nak beranak. Hape kau ingat nie lebuhraya ke nak drift? dalam empat kereta jugak dipotong termasuk kereta saya sehinggalah saya dah tak nampak kelibat bontot kereta dia. Tup-tup sampai trafic light lampu tengah merah elok-elok jer dia ada situ. Hahaha. Gelak puas hati. Untuk mamat berkereta wira tadi saya ada peribahasa untuk kamu...
'Selaju-laju kau drift, dekat lampu  merah terpaksa berhenti juga'

Babai.

Tuesday, 1 February 2011

Wajah Sempurna Idaman Wanita

Ceewaahh. Tajuk entri sumpah serius giler.

Hari tu saya baca Harian Metro pasal artikel tentang tajuk entri. 'Wajah Sempurna Idaman Wanita'. Lalala. Jom kita review wajah macam manakah idaman wanita.

DUA pakar pembedahan plastik terkemuka di Beverly Hills berkata wajah seorang wanita yang sempurna tahun ini akan mempunyai aset berikut :


Mata seperti Anne Hathaway

 Bibir Scarlett Johansson


Pipi January Jones

Bentuk muka Halle Berry

Hidung seperti Natalie Portman


Lawa kan mereka. Jadi setiap orang ada kecantikan tersendiri anugerah Tuhan. Tak perlu mengubah ciptaan-Nya untuk menjadi yang paling cantik. Kerana kesempurnaan itu hanya milik Dia.
Babai kalian!