Pages

Wednesday, 29 June 2011

KAWAN atau SAHABAT??

Salam uolls.
Ini entri tentang persahabatan.

Mudah ke mencari kawan? Semudah mendapatkan seorang sahabat? Barangkali. Kenapa orang selalu sebut 'awakla sahabat sejati saya'. Jarang yang sebut 'awakla kawan sejati saya'. Kan. Bagi saya sesiapa sahaja boleh jadi kawan kita. Kat mana-mana jumpa, sesiapa-sesiapa pun dalam satu saat sahaja mereka boleh jadi kawan kita. Hari tu masa zaman kegemilangan pergi kerja naik bas ramai jugak saya dapat kawan. Janda anak sorang, pelajar kolej, mak cik yang jual kat Pasar Payang, pak cik guard bank, abang specky yang punya kedai komik, abang repair kasut. Ya. Macam-macam jenis manusia lagi. Dengan drebar bas pun boleh jadi kawan. Tapi bagi saya untuk bersahabat bukan perlukan masa 2-3 saat atau minit. Perlukan masa dan ruang untuk lebih mengenali. Bila sudah serasi ada kimia barulah boleh bergelar SAHABAT.

**Itu bagi sayalah. 

Ada orang cakap berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Juga ada cakap sahabat sejati sukar dicari.
Sukar ke?

Bila dah berSAHABAT pula tentu sukar untuk mencari SAHABAT BAIK. Kadang-kadang kita merasakan kita terpinggir bila tak punya sahabat baik atau kawan yang ramai. Cuba ubah perspektif, bukan kita yang terpinggir tapi mungkin kita yang meminggirkan diri.

Sahabat baik ialah sahabat yang tidak akan membelakangi kita dalam segala hal yang sepatutnya dikongsi bersama.
Sahabat baik juga yang tidak akan sekali-kali cemburu dengan rasa bahagia yang kita miliki tapi gembira bila kita senang hati.
Sahabat baik akan rasa sedih andai kita menangis, malahan akan sama berkongsi airmata.
Juga saat kita gembira sahabat baik akan turut tersenyum, malahan akan sama berkongsi kegembiraan.
Itulah SAHABAT BAIK.

Setiap orang punya kehendak tersendiri untuk menginginkan nilai yang diperlukan dalam diri seorang sahabat.
Kalau kita mahu dapatkan sahabat yang setia, kitalah yang perlu ada nilai itu.
Kalau mahu sahabat yang jujur dan ikhlas, tanamkan nilai itu dalam diri kita.
Dan semua nilai positif yang lain.
What u give u get back.

ok. Sekian.

Wednesday, 22 June 2011

Dia bukan yang terbaik buat saya.

Sedih bila seorang kenalan ceritakan kisah hati yang tragis. Lama mengharap pada seseorang tiba-tiba dapat tahu dia sudah kepunyaan insan lain. Yer.


Saya bukan tak pernah lalui kisah tragis seperti itu. Dan pernah jer saya ceritakan dalam entri yang sudah-sudah. Bila insan yang saya harapkan untuk menjadi imam dalam rumahtangga sekelip mata jer hilang. Menangis berhari-hari. Sampaikan tengok public phone pun sebak dalam hati tika itu. Masa tu syukur dikurniakan roommate yang sangat baik hati, memahami saya. Acap kali dia dengar saya bersuara mengadu saat tekun mengadap buku makroekonomi “Edah, aku tak boleh studi. Aku teringat Salam” Tiba-tiba jer air mata mengalir. Andai saya keseorangan tika itu tentu jiwa sudah tak keruan. Fikiran jadi tak stabil. Jiwa jadi kacau. Alhamdulillah Tuhan kuatkan semangat saya. Saya fikir dari aspek positif. Mungkin dia kena bertugas di luar negara. Tak dapat hantar berita pada saya. Namun sampai sudah langsung tiada berita. Hinggakan saya terfikir bodohnya seorang saya andai terus mengharap pada dia. Dimulut saya berkata “Takpela. Tuhan pisahkan aku dengan dia mungkin kerana dia tak layak untuk jadi imam aku” Yer. Sebut berulang kali walaupun hati ibarat gelas terhempas pada batu. Memang sukar untuk dicantum semula. Memang tak kan dapat. Serahkan kunci pada pemilik lain supaya saya tak terus dibelenggu ingatan kuat buat dia. Saya pahat nota dalam hati. “Andai dia berjaya buat saya lupakan Salam, dia akan terus jadi pemilik kunci hati ini". Terima kasih Tuhan.

Buat kenalan saya..

Saya tahu kamu sedang berduka. Perit menahan rasa gundah. Tapi fikir dari sisi positif. Tuhan rencanakan sesuatu ada hikmah tersembunyi. Kamu teman yang baik. Dan akan berteman dengan seseorang yang baik juga. Dia bukan yang terbaik untuk kamu. Dan satu hari nanti tentunya Tuhan akan pinjamkan kamu seseorang yang terbaik buat kamu. Cinta tak perlu dicari, ia akan datang sendiri.

Monday, 20 June 2011

Anem Arnamee

Wah.
Pagi-pagi lagi dah ada insan yang buat saya senyum memanjang.

Terima kasih Anem Arnamee.
Ingatkan dah habis kisah tentang pertunangan yang lepas. Ingatkan dah basi. Rupanya masih ada yang sudi menulis mengingatkan saya tentang itu.

Terima kasih atas bait-bait indah kamu yang buat saya terharu.
Terima kasih atas persahabatan ini.
Kamu membuat saya terfikir
'ramai orang kata susah untuk mendapatkan sahabat sejati,
tapi tidak bagi saya,
kerana saya telah ketemu kamu'

Terima kasih buat ucapan khusus dengan entri ini :



Sunday, 19 June 2011

Saya suka AYAH menjadi AYAH saya.

Salam uollsss.

Ni kisah semalam-semalam dan hari ini.

Jumaat malam :
Sedang lepak-lepak main game hp saya dengar ayah duk sembang dengan mak. Jadi curi-curi dengar. Haha.
Mak : Esok JKK anjur sukaneka kat padang sekolah. Pergilah tengok. Kot-kot dapat cabutan bertuah.
Ayah : Malas la. Budak-budak je la pergi.
Mak : Dengar kata ada jugak lawan dam aji.
Ayah : (bunyi eksaited) Yer ke? Sukaneka ada jugak ke main dam aji?
Mak : Ada la. Dah tulis dalam kertas tu (pamplet)
Ayah : Malasla..

Ok. Tu je ke? Ingatkan sembang-sembang pasal majlis perkahwinan saya. Haha. Berangan tak hengat!

Sabtu pagi :
Sebab terpaksa harus kerja jadi tak boleh melepak-lepakkan diri di rumah. Tak boleh jugak ke padang tengok orang kampung bersukaneka. Sob sob.Nasib baik masuk kerja 10am. Jadi pagi-pagi tu saya teman mak pergi pasar.

Sampai kat pasar tengok mak macam cari seseorang kat deretan kedai makan.
Mak : Takdok la pulak ayah. Kata pergi pasar.
Saya : Dia pergi rumah kawan dia kot tuh.

Malam pulak balik 2am. Tak terjumpa femili members untuk tanya perkembangan sepanjang hari.
Sobsob..

Ahad pagi :
Hari ni pun kerja lagi. Bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan.

Sebelum pergi kerja jumpa emak. Sembang-sembang kejap.

Mak : Tak nampak ke hadiah ayah?
Saya : Hadiah ape mak?
Mak : Hadiah sukaneka.
Saya : Haha. (Gelak tak hengat). Ayah main sukaneka apa?
Mak : Main dam aji. Dapat nombor dua.
Saya : Ye ke mak? (muka was-was)
Mak : Ye la. Kawan dia ajak pergi tengok. Dia pun join. Dapat nombor dua.

Ok. Bukan ke ayah kata malas pergi??


Tahniah ayah. Menang main dam aji. Hehe.

SELAMAT HARI AYAH.
Moga ayah terus kuat semangat.
Terus dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Terus dipanjangkan umur.
Terus menjadi kebanggaan kami semua.
Kami sayang ayah. =)

Friday, 17 June 2011

A picture of someone you miss

Seperti biasa taknak letak satu. Nak letak banyak-banyak. 
Ada saya kesah?!!
Saya rindu kalian. SANGAT-SANGAT.
Rindu nak bergambar ramai-ramai pakai baju sama. Wuuuu...

Rindu nak jalan-jalan lepak kat Permatang Pelajar. Wuuuwuu..
Rindu nak jalan-jalan sambil dada berdebar-debar bila bertembung ngan biawak kat Tasik Aman. Sobsob.

Rindu belajo kat muzium. Sementara tunggu En.Hasnol men congkak dulu.
Yer. Macam-macam lagi rindu yang ada.
Kalau ia boleh ditimbang tentu mesin penimbang tu rosak akhibat menahan berat yang maha berat.

Sob.Sob..


Gambar ikut suka hati.

Abaikan saja muka yang semakin membulat.






Bukan buat-buat sibuk.
Tapi benar-benar sibuk.


BERUSAHA!!




Wednesday, 15 June 2011

Terima kasih Tuhan.

Salam uollss..

Alhamdulillah. Ayah dah makin sihat. Dah kembali jalankan rutin harian beliau yang lama ditinggalkan.  Entri lepas-lepas (tahun lepas sebenarnya) saya ada kongsikan kisah ayah patah kaki terjatuh di belakang rumah. Ape? Tak tahu? Tak perasan? Hokeh. Sila baca ini dulu KLIK SINI sebelum sambung rentetan kisah sedih tahun ini dalam keluarga kami tentang ayah.

Ayah patah kaki dalam bulan Disember. Masa kat spital tu dah berkira-kira samaada nak masuk besi atau tak. Doktor suruh ayah fikir bincang dengan keluarga. Tapi ayah tak nak masuk besi. Jadi doktor simenkan saja kaki ayah. 


Jadi dalam bulan Januari sampai April ayah harus pergi spital sekali setiap bulan untuk bukak simen dan ganti dengan simen yang ringan sikit. Tak tahu la apa nama saintifiknya. Dalam empat bulan tu ayah memang tak leh jalan. Mengensot jer. Sedih tengok keadaan ayah. Sebab kami faham ayah tak boleh duduk diam. Ada saja kerja nak dibuatnya. 

Bulan April last pergi hospital dan simen dah dibuang semua. Doktor dah nasihatkan ayah belajar jalan guna tongkat. Tapi ayah macam tak yakin jer. Tapi lama-lama tu bila dah yakin barula beliau jalan pelan-pelan. Sedih tengok keadaan ayah.

Tapi orang kata ada hikmah disebalik kesulitan.

Saya dapat rasa saya makin rapat dengan ayah. Sebab nak pergi mana-mana ayah dah tak bawa motor. Saya la yang hantarkan. Pergi rumah kawan dia. Pergi kenduri. Pergi hospital klinik. Bahkan hantarkan pergi kedai kopi. Ok.

Dalam bulan May ayah pergi berubat kat Kelantan. Dengar orang duk cerita pasal tukang urut yang dah ramai sembuhkan orang patah kaki. Tiga kali jugak la ayah pergi urut sana. Alhamdullilah kaki beliau dah semakin ok. Dah tak minta bantuan saya lagi untuk kemana-mana. Kecuali tempat jauh-jauh memang kami tak benarkan ayah pergi sendiri.

Terima kasih Tuhan.
Allah is GREAT!

Wordless Wednesday

Owh. Ingatkan Rabu lepas jer hari gambar tanpa kata-kata. Rupanya setiap Rabu la yer. Ok.



Tuesday, 14 June 2011

Hari yang ke-Enam tahun.

Alhamdulillah.
Enam tahun suda dengan kamu.
Harap jodoh ini berpanjangan yer.


=)


Saturday, 11 June 2011

Hye Saturday

Salam uolls.

Ada tak sesiapa baru balik kenduri angkat tangan macam saya.
Tahniah kawan-kawan yang dah bertukar status.
Maaf pada yang tak berkesempatan pergi.
Doa dari jauh..
**Semoga kalian dipanjangkan jodoh sampai syurga.
Semoga cepat-cepat dikurniakan rezeki bernyawa.
Amin.
Opis mate. Kenduri Khamis yang lalu. Tahniah Kak Mieza.

Kenduri opismate petang tadik. Pinjam pelamin yer kak sya. Thee..

Menemani kawan baek ke Jerteh. Kenduri kawan beliau.

Tema merah hitam.santek jugak.

Pelamin sangkar burung.
 
Beliau make up sangat santek.

Sibuk jugak rasmikan bunga tangan pengantin.

Sibuk nak jugak bergambar dengan pengantin. Padahal bukan fwen of me. Haha.

Inilah dia kawan pengantin. Saya hanyalah kawan kepada kawan pengantin saja. Yang sibuk menyibuk nak bergambar jugak. Sob sob.


Friday, 10 June 2011

Engagement Day.

Yeay..!! Kami dah tunang.

Ma sarung cincin. Muka berdebar takut tak muat pasal masa beli tak test pun di jari saya.

Alhamdulillah.

Sebak salam ngan mak. Terima kaseh mak merestui kami.
Sila muntah. Saya akan upload gambar solo banyak-banyak.

Nah. Ada lagi.

Dan lagi.

Bunga tangan yang direka entah apa-apa.

Hantaran juga yang direka ditiru dalam majalah juga  internet. Lipat-lipat gulung-gulung. Nah. Siap.

Akhirnya kamu separa milik saya.=D

Adik ipar will be. Mak mertua will be.

Anak-anak kesayangan.
Abang yang sangat banyak tolong support.

Anak-anak lagi.

Abang,adik,anak kesayangan.
Bersama retisssss.

Kakak dan kakak ipar.

Kakak ipar yang santek.

Abang yang baek hati.

Abang.. Eh! En.beliau yang juga baek.

Bersama mereka lagi.

Sepupu en.beliau a.k.a kawan saya yang riang ria. Juga yang pertemukan kami.

Kak Ina yang cantik dan baek.

Ok. Ada lagi en.beliau bersama tunangnya.

Nana Liyana yang cantik macam Dato Siti.

Tie kawan yang makeup kan saya. Nak tempah beliau inform saja saya.

Ani wakil noname yang datang dari jauh. Luv u dear!

Oke. Ada lagi??

Nana Liyana lagi.
  
Kakak ipar lagi.

Anak yang sangat chomel.

Kak Ina. Auwww..


Okeh. Versi edit buang masa.

Fuhhh!!penat betol. Dah ini last upload gambo tunang. Penat khau tunggu loading..

Maceh keluarga saya dan keluarga en.beliau merestui hubungan kami sehingga ke ikatan ini.
Maceh kawan-kawan opis mate yang tak putus-putus bagi idea kata-kata semangat.
Kawan-kawan yang jauh yang tak dapat datang tapi kirimkan doa dari jauh. Terima kaseh.
 Saya sayang kalian semua.
Kalian adalah kesayangan-kesayangan saya.

Eh. Lupa pulak.
Buat en.tunang..Mohd Zulriduwan bin Othman.
Maceh sudi terima saya.
Saya heart kamu.
=D