Para Pengikut..

Klik Me =)

Thursday, 29 September 2011

Pelamin - mana satu pilihan hati.




Peewittt. Pelamin dah survey. Tapi masih tak berpuas hati lagi. Nak survey lagi banyak-banyak butik. En.beliau sila melapangkan diri yer.





Saturday, 24 September 2011

Make up cantik di hari persandingan.

Salam uolls.

Eh? Apesal tajuk entri jadi sebegitu rupa?!! Sebenarnya cuma nak kasitau saya dah tempah cik tukang makeup untuk hari persandingan. Booking awal-awal kang tak pasal-pasal b2b lain cop dia dulu melepas saya. Cik tukang makeup ni fren of mine. Saya kenal dia masa kami ambil kursus animasi sama-sama. Sekarang dia jadik freelance makeup untuk dinner, tunang, kawin dan untuk apa saja. (Tetiba promote).

Cuma saya tak pasti lagi tentatif (amik kau perkataan macam majlis annual dinner jer) masa hari kejadian. Mak suh nikah pagi dan sanding lepas zohor. Sambut menantu keesokan harinya (giler rush). Tak pasti lagi macam mana. Kerana belum bincang secara serius dengan pihak en.beliau. Jadi make up bergantung pada tentatif la. Awal lagi kot nak diskus dengan cik tukang make up. Yang pasti i dah book u. =))) (senyum berganda-ganda)


Itu hari saya tunang, cik tukang makeup ni la makeup kan. Natural dan tak over sangat. Senyum berganda-ganda bila ramai orang puji make up dia cantik. Lawa. Thankz babe!



Friday, 23 September 2011

Tafsir mimpi : Mimpi baby

Salam uolls.

Korang mimpi apa malam tadi wei? Saya rasa kerap sangat mimpi baby. Kalau mimpi baby mesti ia akan bersambung-sambung. Mula-mula saya mimpi ada seorang lelaki dia minta saya jaga anak dia. Budak tu baby lagi. Shomel sangat. Saya dakap dia erat-erat. Pastu saya tanya lelaki tu 'Boleh tak saya nak jaga baby ni sampai bila-bila'. Pelik betul.


Baby sekadar hiasan
Tak lama lepas tu mimpi tu bersambung lagi. Dalam 2-3 minggu lepas tu je rasa. Dalam mimpi tu masih ada lelaki tu. Bawak baby yang sama. Tapi kali ni saya tengok dari jauh jer lelaki tu dukung baby tu. Tak pasti pulak kenapa yang tak pergi dukung baby tu.

Lepas tu lama jugak saya tak mimpi yang sama. 2-3 bulan kemudian baru mimpi tu bersambung lagi. Kali nie lelaki tu datang pimpin budak dalam lingkungan 3 tahun. Budak tu berlari-lari datang kat saya terus saya peluk dia. Rasa hepi sangat dalam mimpi tu. Lelaki tu pulak senyum jer.

Pelik. Setiap kali mimpi baby atau budak-budak mesti lelaki tu ada. Awak owner nursery eh?

Malam tadi mimpi baby lagi. Saya nampak baby sedang tido. Adorable. owwwh. Sebelah baby tu ada budak dalam lingkungan umur 3 tahun. Sedang tido jugak. Budak tu pakai baju kurung kaler purple dan pakai tudung renda-renda kaler oren. Sangat shomel. Saya pandang jer. Nak sentuh takut mereka terjaga pulak. Dalam mimpi tu saya pandang sekeliling cari lelaki tu. Tapi dia dah takde.


Terjaga dari tido tengok jam hp pukul 3.25 am.

Sambung tido balik mengharapkan mimpi tu bersambung. Tapi dah tak mimpi lagi.
Pagi tadi terus text my sis sebab selalu kalau mimpi pelik-pelik mesti saya belek buku tafsir mimpi kat rumah dia. Haha. Saiko.

"Malam tadi mimpi baby. Nape maksud?"
Terus my sis reply..

"Mimpi lihat bayi = kejayaan dalam alam percintaan atau kejayaan mendapat sahabat-sahabat setia.
kalau mimpi peluk bayi = mungkin alamat kehampaan hati sedang menunggu"

Entah. Mimpi tu mainan tido jer kan.




Thursday, 22 September 2011

PERSIAPAN kahwin.

Salam uolls.

Owhh.
Pergi kerja-balik kerja-masak-kemas rumah-tengok tv-tido.(ok fine.Kadang2 online). Itulah. Sampai saya tak sedar rupanya saya adalah b2b. Yang majlisnya akan berlangsung SANGAT tak lama lagi. Tapi saya masih rileks macam tiada apa-apa berlaku. Ewah-ewah. Rileks kau yerp!

Sehingga kakak ipar call mak tanya pasal persiapan saya.
PERSIAPAN??PERSIAPAN HAPE WEI? (pertanyaan nak mintak penampo patbelas kali)

Pastu sambil tangan duk kacau-kacau gulai ayam kampung (psst.kacau dengan senduk ok.bukan dengan tangan). Mula la kepala duk tercongak-congak hitung mengira. Yer.
Wahai penduduk sekalian !! Saya akan naik pelamin lebih kurang LIMA BULAN lagi!!
Ulangan !! LIMA BULAN wei.
Errrrr..dan persiapannya adalah ZERO. (perlu ke ulangan?)

Ok fine. Kakak ipar sila baca entri kali ini hokeh.

Baju Nikah
Kain untuk baju nikah dah ada. Kitorang beli dan jadikan hantaran tunang itu hari.
Eh? belum tengok ke? Jap saya godek-godek cari gambar ituhari.


Tak yah clear sangatla. Nanti tak suprise. (bajet Norman Hakim & Memey).
Kain tu kitorang beli sebab ada promosi. Kain lace + kain plain untuk saya + baju melayu en.beliau. Harga RM150. Murah ke? Ntahla. Sebab saya dah ushar-ushar banyak kedai tu yang paling murah. Warna cream. Mula-mula ingat nak beli warna putih. Then en.beliau pulak taknak. Katanya nanti kalau buat baju melayu mesti dia dah tak pakai dah kaler putih lepas pakai masa majlis akad nikah.
U kalau kaler cream ni pun tak pakai jugak siapla. Haha.

Tempah baju nikah : Ada satu kedai ni yang saya memang selalu tempah baju situ. Biasanya saya tempah baju kurung moden. Jadi pelanggan tetapla. Untuk design baju nikah mungkin baju kurung moden. Atau baju kebaya. Belum diputuskan lagi. Nanti saya bincang dengan tailor (ceh.tulis tailor bajet macam kau tempah dengan Rizalman kan. Awwww)

Baju sanding + Pelamin (dan seantero dengannya)


Baju sanding : Gilak la. Tema belum diputuskan lagi. Sekarang duk gaduh-gaduh dengan en.beliau. Sebab beliau nak kaler PINK. PINK hokeh! Saya pun tak tahu siapa yang inspirasikan beliau kaler PINK. Ahad nanti cuti. Jadi kami akan menerjah butik. Try match in dulu kaler PINK tengok sesuai ke tak yer darls. (eh. apesal asyik tercapslock je perkataan PINK?)

Ok.Ok.Fine.
Kita pilih kaler pink. Pink gelap? pink lembut? pink belacan?

Pelamin : Saya sebenarnya tak nak duk atas kerusi yang gedabak besar macam kerusi raja-raja tuh. Kalau boleh nak bangku yang sooo sweet. Boleh empat orang muat-muat duk atas tu. Atau tengah-tengah menyelit anak buah chomellness. Errr. Macam kerusi bawah.

Duk atas tu takla rasa macam persandingan yang skema. Itu gambar masa ada pameran pengantin. Tapi saya lupa nak terjah owner mintak bisnes card. Sekarang saya kehilangan punca kat mana nak cari pelamin seperti itu? Sob!!Sesiapa yang tahu sila inform saya!!

Tapi mak dah pesan awal-awal. Pelamin akan dipasang di luar rumah (outdoor). Sebab rumah saya kecil dan bajet konon-konon orang ramai datang pastu rumahku runtuh. Tetiba terbayang pelamin runtuh macam cerita Erra Fazira berlakon tuh? Cinta Kolestrol eh? Ke hape? Owhh. Mintak jauh. Dan rasanya kalau pelamin outdoor sesuai kerusi gedabak-gedabak. Macam kerusi bawah. Pengsan!

Pelamin outdoor
Hantaran
Persiapan hantaran adalah zero. Tapi jangkaannya paling lewat bulan Disember semua persiapan hantaran akan dilaksanakan. Hantaran tu saya lipat gulung sendiri jer. Macam tunang itu hari. =) Eh. Senarai hantaran pun belum finalised lagi owhh.

Kad kawin
Saya ada ushar-ushar banyak tempat jugak. Ada online shop dan kedai-kedai printing. Kalau boleh nak cari yang berkualiti dengan harga mampu beli. Kata orang buat yang mahal-mahal tip top pun tak guna jugak. At the end dalam tong sampah jugak. Cuma untuk vip harusla bling-bling skit. Atau sembur selori perfume. Sebab kawan-kawan atau sedara mara rapat selalu cakap 'Nanti nak kad wangi tau'. Haaa. I akan kotakan u. Tumpahkan lori perfume kat kad kawin untuk korang. Ahakz.

Doorgift (dan seantero dengannya)
Ramai kawan-kawan cakap kat Terengganu mahal. KL jauh lebih murah. Yer ke? Lepas tu ada lagi duk bahas, kalau pergi KL tolak campur duit tambang minyak makan semua lebih kurang jugak. Tapi alang-alang nak pergi shopping hantaran di sana maybe saya beli sana terus. Lagipun ada kakak yang sudi nak promote i kedai yang harganya murah gitu. Thanks akak sayam. Winkwink..=)

Photographer
Photograper dah tempah. Opismate saya jugak. Senang tak payah nak roger jauh-jauh.=)

Apa lagi yer??

Ok. Malas dah nak fikir yang lain-lain lagi. Nanti ada masa terluang baru saya update lagi. Wakaka.



Wednesday, 21 September 2011

Open House lagi.

Open house disana-sini.









Monday, 19 September 2011

Theme color : Pink [Hot and Blush]

Salam uolls.

Lama dah tak update pasal kawen-kawen kan. Ok. Hari nie ada masa lengang skit ushar-ushar color pink pulak. En.beliau mengigau kot tiba-tiba request nak tema PINK. Ok. Kita cuba tengok cantik tak kaler neh yer darls. Heee.

Eh jap! Pink ada banyak kategori jugak. Ada deep pink, hot pink, blush pink. Oh. macam-macam lagi. Jadi pink mana satu yang santek ya??

Ini blush pink. Pink yang sangat soft. Macam air bandung kurang sirap gitu. Mix dengan color cream tentu nampak lembutnya anda di hari persandinganmu. Ceeewah gitu.















Ini pulak warna-warna hot pink. Pun cantik jugak. Color yang sungguh terang. 
Konta skit dari warna blush atas tu. Sesuai sungguh kalau digandingkan dengan color putih.















Saturday, 17 September 2011

Peribahasa : Orang mengantuk disorongkan camera, Orang batuk disorongkan lemon lime.

Erpp.
Bukan peribahasa tu bunyinya 'Orang mengantuk disorongkan bantal' ke??Kan. Kan. 
Eh. Tapi tu takde kena mengena dengan peribahasa. 
Sebab kalau peribahasa ada maksud kiasan disebaliknya kan.
Ini memang betul-betul. 
Datang opis tapi mata terbayang katil dibilik tidur. Boleh? 
Pastu terbayang lagi karpet depan tv tempat samtai-santai tonton gedik santai.
Pastu terbayang lagi kerusi pemalas kat luar tu tempat rileks-sambil minum tea o panas-sambil jeling jiran sebelah main badminton. Gulp!
Pastu terbayang lagi bangku depan rumah yang jadi tempat gosip-gosip mak cik-mak cik time tunggu penjaja ikan datang pagi hari.
Eh. Banyaknya pastu..

Kesudahannya..
Orang mengantuk disorongkan camera (supaya dapat hilangkan rasa mengantuk)
Orang batuk disorongkan lemon lime (yang bila minum terus rasa tekak macam ada ais nyaman cool fresh mengalir. Ceh!)


Boleh tak saya nak balik rumah SEKARANG?
(pertanyaan nak mintak penampo)


Inilah jadahnya bila 
'orang mengantuk disorongkan camera, orang batuk disorongkan lemon lime'

Sila tonton tanpa rasa segan silu. Saya nak pergi siapkan kerja.








Motif : Tidak bermotif






Thursday, 15 September 2011

Shawl hijau untuk pencinta hijau.

Salam uolls.


Terharu hokeh bila kawan-kawan tahu apa kecintaan i tau. Itu hari Kak Diey pergi Kedah. Then dia belikan i shawl hijau-purple. I loike. Dah la i nie kunun-kunun pencinta shawl kan. Pastu plus i nie memang sudah terang lagi bersuluh pencinta hijau. Tak caya tengok dalam kereta i penuh kaler hijau. (tak beragak betol). Lepas ni nak tukar rim kaler hijau plak. Wakaka.

Errr. Berbalik pada Kak Diey. Kak Diey ni kawan i masa skolah menengah itu hari. Dah panjang jodoh kami Kak Diey dapat keje satu opis ngan i. Kecik dunia kan.

To Kak Diey, mekaseh hadiahkan i shawl nie. Tengok betapa exsaited pakai siap cari kak diey nak bergambar bersama. Theheheee.

Eh. Kak Diey pun ada blog jugak uolls. Sila kelik-kelik blog beliau.

Tuesday, 13 September 2011

Raya oh raya.

Eh. cerita raya dah habis ke? Tak kira lah dah lapuk basi pon tetap nak cerita jugak.

Raya tahun ni buat pertama kali beraya ke rumah blogger. Jumpa lagi bloggers lain disana. Itupun Hafiz Hafizol yang ajak pergi. Gambar-gambar saya cilok dari blog mereka-mereka. Theeee. Sebenarnya kitorang beraya ke rumah Eyda. Dia buat open house. Jumpa la bloggers lain disana.



Peeewit. Dah macam potret famili dah. Heee. Pape pun terima kasih korang-korang. Next time hang out ajak la ahkak jugak. Gedik nak ikut jugak. Haha.

Okeh. Nak kenal diorang-diorang yang hensem dan comey sila kelik-kelik link di bawah.









Saturday, 10 September 2011

Korban lemak di bulan Ramadhan.

Salam uollls.

Sila ambil perhatian.
Saya mengepost entri pada jarum jam ke angka 2.00 am ini ketika masih di opis.
NOTED!


Sebenarnya nak share dengan korang tentang lemak yang terkorban di bulan Ramadhan. Sebulan di bulan Ramadhan langsung tak perasan seluar baju makin longgar. Bila pijak penimbang minggu lalu tengok berat turun 3 kilo. Dah kurus dah saya (bajet macam dulu gemuk jer). Thehee.


Serius mesti korang-korang hepi bila lemak-lemak terkorban. Owhh. Tapi tidak bagi saya. Sayang owhh lemak-lemak neh. Penat saya menternak. Lepas ni harusla berusaha lebih gigih untuk kembali menternak lemak.

Serius. Saya memang tak suka menjadi terlalu kurus like now. Eh! bukan menidakkan ciptaan Tuhan. Saya bersyukur sekurang-kurangnya saya sihat dari penyakit berbahaya kot. Tapi selalu orang akan tanya saya.
"aku tengok kau ni makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. kau ada penyakit je?"
Selalu sangat la orang bertanya soalan spesis itu.
Apa harus saya jawab yer??

Saya makan banyak. Tapi mungkin cara pemakanan yang salah kot sebab tu tak gemuk-gemuk. Atau mungkin dah azali genetik keluarga.

Errrr. Sesiapa yer ada tips untuk tambahkan berat badan. Yang dah cuba dan berjaya. Sila promote pada saya tips yang korang amalkan. Ceeewah. Tetiba cari testimonial. Korang mesti tak percaya kan saya dah kurus tapi comel sekarang.

Tak percaya sila scroll gambar saya. Gambar 1 Syawal.










*










*










*








*










*










*










*











*












*












*












*












*










(sengaja buat korang scroll lama-lama. Haha)











*












*












*











*












*












*












*












*











(ok.ok. saya janji lepas ni terus keluar gambar)


















Saturday, 3 September 2011

Edulfitri 2011

Salam uolls.
Masuk entri pakai baju raya sambil bawak penyapu. Maklumlah blog dah berhabuk bersawang dah seminggu lebih tak jenguk. Maapkan saya. Bizi la kunun menyambut edulfitri kali ni. Kelas khau.

Tahun ni memang dasar raya sakan. Raya sampai negeri sebelah...
Tapi tak berkesempatan ke rumah sebelah. Adeh.

Saya pun tak tahu nak start cerita raya dengan topik apa. Tapi yang pasti tahun nie lain dari yang lain becoz dapat kenal ramai kawan baru..cik abang dan cik kak blogger yang santek hensem, dapat kenal bakal sedara mara (peewit) jugak raya bergusip dengan kawan lama.

Tapi tahun nie sebab sibuk raya atas jalan raya. Banyak rumah tak berkesempatan pergi. Sedih jugak. Raya sekejap sangat. Tup tup dan petang. Dah magrib. Agak-agakla nak beraya umah orang time malam. Orang len pun tahu rehat jugak. Jadi syawal yang masih bersisa nie harap dapat jumpa kawan-kawan lain kerana bersalam time raya sangat tak serupa dengan salam hari biasa-biasa.

Yer. Itu saja laporan dari saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...