Pages

Monday, 20 February 2012

Updated : 17 days to go

Salam uolls.

Haccummmm (bersin) . Sampai bersin masuk entri sendiri. Nak buat macam mana lama sangat blog dibiar berhabuk bersawang. Kering idea dah nak menulis. Sebab fikiran asyik memikirkan macam-macam perkara sampai tiada ruang untuk membebel.

17 hari mencari cinta (ceewah. macam tajuk cerita la pulak. eh, tajuk cerita ke tajuk buku? lantakla)

Cuma nak updated perkara yang belum 100% siap.

1. Baju nikah
Sabtu minggu lepas saya dah terjah kedai tempah baju nikah tu. Baju simple jer. Kurung moden jer. Alhamdulillah baju dah siap. Cuma kain agak longgar skit. Jadi tukang jahit nak baiki lagi. Sabtu ni nak roger akak tu dah siap ke belum. Harap dah siap. 

2. Veil 
Ini lah yang menjadi masalah sekarang. Saya macam nak sewa jer veil. Al maklumlah sangat malas plus tak reti plus takut outcome tak memuaskan jadi baik sewa saja. Cuma nak sewa kalau boleh nak tengok depan mata supaya boleh match in dengan naik nikah tu. Jadi sabtu ni nak tanya Butik Perkahwinan tu boleh tak kalo nak sewa veil sahaja. Harap dapat.

3. Pelamin etc
Sepatutnya Sabtu lepas pergi fitting baju. Tapi my encik tunang pulak sibuk. Saya pulak ada karnival kat opis. Jadi Sabtu ni InsyaAllah kami menerjah Butik Perkahwinan E'wan. Yahooo. Tak sabar nak jumpa kamu. Errr. Bukan kamu en.beliau. Tak sabar nak jumpa baju sanding kita nanti. =p

4. Mini Pelamin
Sebab nikah kat rumah plus pelamin sanding luar rumah jadi kena buat jugak mini pelamin untuk nikah. Yang ni masih kabur-kabur tak tahu nak design yang macam mana becoz sekarang saja ada 5 sketch idea untuk mini pelamin. Sebab tengah meeting pon sempat lagi sketch idea. Fine. Yang penting kena beli dulu material dan bunga untuk deco.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran ada beberapa lagi yang tak settle macam sireh, bunga telur, coklat, cakes. Yang tu lagi dua hari sebelum majlis sempat la nak siapkan.

Deco hantaran untuk en.beliau dah settle.
Cuma deco hantaran untuk diri sendiri tak siap lagi. Almaklumlah pengantin pompuan sendiri yang deco hantaran untuk diri sendiri harusla cerewet sikit. Hahaha.

6. Wedding card
Wedding card dah lama siap. Akhir bulan 12 dah siap. Cuma sekarang baru nak edarkan. Jumaat lepas saya dah ikut mak edar kad kat rumah sedara mara mak, besan dan kawan lama dia. Fine. Mak jumpa kawan zaman sekolah rendah dia. Riuh rendah satu rumah tu diorang duk sembang.

Wedding card untuk anak murid pun dah edarkan. Baru separuh yang datang tuntut card. Haha. Jadi kawan-kawan lain tunggu saya edar dis weekend yer.

7. Deco dalam bilik pengantin
Tadi lunch hour keluar beli frame gambar. Ada sesuatu yang akan dibuat pada frame tersebut. Harap-harap menjadi la yer. Thehee. Tu untuk deco dalam bilik. Bilik dah cat. Mekaseh abang tolong cat. Untung jugak ada ramai abang dan adik laki. Hehe.
Perabot akan sampai akhir bulan nanti. Harap perabot yang diorder tu sampai ikut masa.

8. Dokumen nikah
Alhamdulillah. Semua dah settle. Dah hantar kat pejabat agama. 3 hari sebelum nikah pergi ambil balik dokumen tu semua. Macam-macam hal yang berlaku dalam proses menyiapkan dokumen tu. Dah la en.beliau lain daerah. Jadi prosedur lain sikit. Nama ayah dalam ic saya dan ic ayah pun lain. Kena jumpa pesuruhjaya sumpah lagi. Adoiiii. Sabar jela. Yang penting semua dah settle. Rasa lega sikit disitu.

Ok. Rasanya tu je kot update untuk kali ni. Seminggu sebelum hari kejadian akan updated lagi InsyaAllah kalau berkesempatan. Anyway, sesapa yang tahu kat mana-mana saya boleh rent veil just let me know.
Sob. Sob.




Jom exchange link.

Salam uolls.
Jom exchange link. Nanti senang i nak terjah. Senang nak follow.

=)


Monday, 13 February 2012

Entri GEDIK SANTAI

Salam uolls.

*25 hari lagi sebelum diijabkabulkan.

Gedik santai kan nak countdown segala. Lama dah tak update belog. Maafkan saya belog. Sangat menyibukkan diri dengan hal opis, hal kawen-kawen sehinggakan saya rasa ramai manusia terabai. Ceewah. Terabai la sangat kan.

Ok. Berbalik kepada entri gedik santai.

Semalam en.beliau menemani saya ke Pusat Pakaian Hari-hari. Saya plan nak beli something. Dah muka kami comel macam budak baru lepas SPM kan so sah-sah orang akan ingat kami pakwe-makwe walhal esok lusa dah nak bergelar isteri. Ok. Nak tambah ayat gedik..esok lusa dah nak jadik papa mama seseorang. Fine. Sila menangis terharu. ^_____________^

En.beliau merangkap penasihat fesyen. Dia memang akan ikut saya kesana kemari dalam kedai tu dan akan komen itu ini. (ok. Sebenarnya merangkap tukang komen jugak). Then masa dia berdiri agak jauh dari saya ada la sorang sales girl ni menegur saya ramah.
"Bagusnya pakwe dia sanggup tunggu lama-lama". Aish.budak ni bercakap dengan aku ke. Saya senyum angkat kening. Sebab ingatkan dia sembang dengan kawan dia. Dia pun ulang lagi sambil pandang en.beliau.
"Tu, bagusnya pakwe tunggu pilih baju. Kalau pakwe saya memang tak la"
Haha. Gelak sorang-sorang. Sangat la peramah kan. Sampai komen pakwe sendiri kat kita.

Saya senyum jer (sebenarnya kombang idung). Terus bawak baju blah pergi bayar.

Itulah en.beliau.
Terima kasih kamu merangkap penasihat fesyen saya.
Merangkap tukang komen dan membebel.
Merangkap tukang habiskan makanan sebab tak suka membazir.

dan yang paling penting...


Merangkap tukang buli.

^______________^

Terima kasih sudi singgah dalam hati kita.
Sila duk situ diam-diam jangan keluar sampai bila-bila.
=)




Monday, 6 February 2012

Sepetang di Pantai Tok Jembal


Salam korang..

Wah. Dis weekend sangat sibuk. Pergi kenduri kendara. Kemas rumah. Kemas bilik keluarkan perabot. Nak masuk kan perabot baru. Yeayyy!! Dan cat rumah. Tapi sibuk-sibuk tu sempat lagi hang out dengan rakan-rakan blogger. Ok fine. Semua orang dah panggil saya KAK. Means saya semakin senior (ok. Mengaku je la dah tua. Muahaha)

Lepas asar turun rumah. Tapi hantar adik ipar in future ke ILP dulu. Harusla marah budak-budak len menunggu lama. 1st time makan kat kedai Pok Awang. Sotong celup tepung, udang celup tepung, kopok goreng dan abc. Best jugak. Next time boleh terjah lagi. 

Malas nak cerita panjang lebar. Korang tengok gambar je la yerp.
=)



Eyda, Asma and Azie



Sedap menjilat sudu.






Edie peluk tubuh sejuk sangat kewww?

Tak boleh belah!


Snap by me.

Snap by Edie.

 
Snap by Eyda

Snap by Eyda lagi.

 
Senjakala.

 
Cover album ke hape neh?

 
Auuuwwww..

Bloggers yang hadir :


Ok. Itu saja aktiviti petang kami.
=)


Save the date