Captured by : My Kipas Susah Mati
Pages
▼
Wednesday, 28 March 2012
Review : My simple version of diy HB
Salam uolls.
Kemain kan diy HB. Macam la bombastik sangat. My HB very da simple one. Actually saya dapat dua HB sekali dengan pakej pelaminan tu la. Tapi sebab dah tengok pengantin lain pegang HB tu tru fb. Then saya rasa 'Owwhh..nanti kalau berada dalam genggaman saya pun hasilnya mesti macam ini lah. lohh.'. Jadi kalau nak kelihatan tak sama macam HB orang lain haruslah diy sendirik.
Saya bangga genggam HB sendiri walaupun saya tahu ia tak cantik macam HB orang lain. Sob. Menangis mintak simpati. Dan yang penting HB tu saya guna untuk ketiga-tiga acara. (Akad nikah, sanding & outdoor photoshot) Haha. Ada haku kesah.
Saya bangga genggam HB sendiri walaupun saya tahu ia tak cantik macam HB orang lain. Sob. Menangis mintak simpati. Dan yang penting HB tu saya guna untuk ketiga-tiga acara. (Akad nikah, sanding & outdoor photoshot) Haha. Ada haku kesah.
Ni bunga asal. Bunga ni murah jer. Tak ingat berapa harga. Sengaja saya beli yang ada ruang besar kat tengah-tengah bunga sebab nak ganti stigma dengan brooch. Errr. Stigma eh nama dia. Kan. Saya pilih combination pink ngan putih (tapi takla putih macam baju sekolah tuh). Macam kuning susu gitu la. Becoz nak pakai untuk tiga-tiga event. Jimat uolls.
Weee..Setelah bertungkus lumus (ceh. Macam susah je kan. Padahal semudah ABC je kot). Brooch tu saya beli kat ruang legar Mydin Mall. Ada gerai yang just jual brooch. RM10 5pcs. Saya beli 10pcs. Dats y la HB saya kecik cinonet jer. Muahaha.
Opss. Kat sebelah tu ada satu lagi HB. Yang tu saya saja-saja buat buang masa terluang. Sebab tengok tutorial semudah ABC then try. Tapi sebab material dia kain so malas nak susahkan diri fikir cara terbaik untuk jadikan ia kembang semangkuk. Lepas ni nak buat sepit rambut jual kat kawan-kawan anak buah. Haha.
Asyik-asyik upload gambar ni jer kan. Yeah. Dalam umah lighting agak gelap. Jadi gambar pun ntah hape-hape jer. And then tudung tu menjadikan muka saya bulat. Dan benci sangat tengok. Bye.
Pengantin laki sampai. Terima kasih tukang bawak payung a.k.a student.
Psstt.. HB saya tu tangkai panjang kan. Actually bila dah lilit riben baru sedar ia amat panjang. Dan malas nak bukak balik riben tuh. Muahaha.
Bersama blogger yang datang. Mekasih sayamss. =)
Cepat-cepat. Siapa tak dapat HB dia kena belanja roti tempayan. Errrrr.
Mekasih jugak kawan-kawan yang berebut tak nak sambut HB. Tapi dipaksa berlakon. Haha. Sebab memasing tak nak kawin dulu.
Finally..
Semekar bunga-bunga HB, mekar lagi cinta saya pada kamu.
Mekasih husband.
=)
Owwhh. Sepetang berada dalam rumput sangat menyiksakan.
Next time review pasal outdoor pulak. Daaaa..
Monday, 26 March 2012
Update : Sekitar Majlis Perkahwinan Fizah & Ewan
Salam uolls.
Gambar banyak sangat. Tengok hari-hari pon tak bosan. Heee. Tak sabar tunggu gambar dari OP. Winkwink. Ni gambar-gambar dari student yang snap. Penat hokeh kiri kanan depan belakang panggil 'puan sini', 'puan sini'. Nak snap gambar la kononnya. Gambar dicurik dari fb kalian.
Mekasih student yang snap. Errr. Saya dah bertukar status 'PUAN' tapi kalau still nak panggil 'CIK' pun saya tak kesah. Hehehe.
Mekasih student yang snap. Errr. Saya dah bertukar status 'PUAN' tapi kalau still nak panggil 'CIK' pun saya tak kesah. Hehehe.
Ni tak ingat hadiah dari siapa. Tak sedar jugak bila masa student snap. Muka terkejut jer kan. Haha.
-Me n bridesmaid-
Terima kasih korang. Belum 12 pm lagi dah datang. Sampai petang baru balik. Sungguh terharu.
-Makeup session-
Actually gambar ni dari OP yang ditag kat fb. Thankz OP.
Makan beradap. Haha. Last minit suruh mak sedara masak untuk makan beradap.
Asyik kena candid jer kerjanya.
Awww. Kalau awak baca entri ni sila komen. Awak sangat AYU hari tu taw =)
Makan tak rasa kenyang pon. Sebab nak cover orang amik gambo. Ok. Bye.
Ok dah. Next time lagi gambar lain yer.
Sunday, 25 March 2012
Trip to Cameron Highland
Salam uolls...
Penat. Penat sangat ini hari. Malam tadi balik jer dari honeymoon (konon la kan) terus bersiap. Masak dan makan malam dengan husband then terus dia hantar pergi opis. Gara-gara tak siap lagi kerja. Sob. Sampai subuh jugak la bertapa depan laptop di opis.
Eh, apesal tiba-tiba cerita pasal kerja. Sebenarnya nak cerita pasal honeymoon. Ok. Rasanya ia macam bukan betul-betul punya honeymoon jadi mari namakan ia 'Trip to Cameron Highland' =)
Sangat best! Maklumlah rusa baru masuk kampung. Selama ni mana la kami pernah jejak kaki je tempat sejuk-sejuk gitu. Dah jadi kekasih halal nak pergi mana-mana pon takde orang marah. Kan. Kan. Kan.
Sebenarnya saya belom bersedia nak bukak cerita. Nak pilih-pilih gambar dulu hokeh.
Alamak. Baru sedar gambar kawen pon belum upload lagi. Hadui. Konon sibuk sangat mengalahkan ketua wanita dunia kan.Haha. Ok. Kita jumpa next entry. Daaa..
Thursday, 15 March 2012
Winning cash 500,000 Pounds. Yahooooooo!!!
Salam uolls...
Wah. Apa perasaan korang kalau dapat cash 500 000 pounds. Nak beli apa yer? Buat rumah sebijik. Pastu 2-3 bijik untuk disewakan. Lepas tu ajak mak ayah, mak n ayah mertua, suami dan adik beradik kerjakan haji. Lepas tu beli kereta cash tak payah bayar bulan-bulan. Bayar loan PTPTN. Pergi honeymoon kat Kutub Utara. Beli heli sebijik senang nak pergi kerja tak sangkut jamm. Haha. Banyak la ko punya verangan kan.
Ceritanya pagi-pagi bukak emel dapat la email bertuah ni. From Coca cola.
Coca cola ® /International® Award Promotion
This email address has brought you an unexpected luck,Your e-mail address was selected and confirmed by our co-sponsor Bank Of England, through their latest internet software. You are therefore been approved by Coca cola ® /International® Award Promotion UK the sum of 500,000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).
Haa. Kan. Bertuah tak saya. Tapi sah-sah la ni emel penipu kan. Bila masa la pulak saya join kejadah peraduan coca cola neh. Tak pernah pun. Pastu senang-senang jer Coca cola nak bagi pemenang through emel jer. Tak de ke nak contact by phone ke. Nak datang rumah ke. Kan.
Godek-godek abe google jumpa la blog of scams.
Dah. Toksah nak bikin saya teruja pagi-pagi hari neh. Nak pergi buat keje dulu. Daaaaaa.
Wednesday, 14 March 2012
Wedding review : Akad nikah
Salam uolls.
Haha. Gedik kan nak update entri. Tapi gambar banyak lagi takde. Gambar dari digital cam jer. Macam-macam perkara berlaku masa akad nikah. Berdebar, suka, terharu, rasa tak caya. Part lawak pun ada. Tapi nak describe susah la skit. Kena tengok video la. Haha. Gelak sakan kami tengok video tu. InsyaAllah ada masa saya edit dan upload. Nah! gambo sekeping. Tunggu betul-betul tak sibuk sangat saya story mory panjang lebar. Daaaa.
Monday, 12 March 2012
Alhamdulillah
Salam uolls.
Alhamdulillah sudah sah bergelar isteri kepada Mohd Zulriduwan bin Othman. Rasa lega sangat. Dah jadi kekasih halal. Errr.. Tetiba rasa kekok nak menulis. Tak tahu nak stat dari mana. Tunggu saya dapat idea la untuk story yer. Hee.
cc : Hafizhafizol