Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 29 July 2012

Hikmah disebalik kesakitan.


Salam uolls.

Tuhan tak kan uji kita dengan ujian yang tak termampu untuk kita tempuhi. Kan. Sebenarnya makin sakit ujian yang Tuhan turunkan makin kuat untuk kita tempuh dari aspek fizikal dan mental. Secara psikologi kalau kita diserang deman dan sering bersungut sakitnya, panasnya badan saya, sakitnya kepala saya dan seumpamanya, rasa sakit itu makin menyucuk-nyucuk diri kita. Kesakitan yang kita sebut-sebut itulah menjadi makin sakit buat kita.

Cuba kalau apabila demam kita berdiam diri dan bersyukur Tuhan uji kita dengan sakit yang sedikit berbanding orang lain yang terlantar di hospital berhari-hari, berbulan-bulan. Tentunya kesakitan kecil yang kita alami tidak akan berkesan pada diri. Sedar-sedar dah sembuh dari demam.

Seseorang yang miskin harta sebenarnya adalah seorang yang paling kuat jiwanya. Seseorang yang miskin sentiasa menerima ujian kemiskinan. Tidak ada beras untuk masak nasi, tidak cukup duit untuk beli keperluan dapur inikan pula untuk baiki atap rumah yang bocor. Tidak ada baju yang baru untuk bertukar ganti setiap kali tiba Aidilfitri. Semuanya ditempuh sabar. Andai suatu hari Tuhan uji dengan rumah terbakar sekalipun, semestinya seseorang yang miskin masih mampu membiasakan diri membina kembali rumah sementara walaupun cuma sebesar reban ayam.

Sedangkan seseorang yang kaya raya yang hanya makan nasi bersumberkan beras yang mahal-mahal, yang keperluan dapur memenuhi tiga peti ais, yang rumahnya tersergam dipenuhi 10 buah bilik tidur. Yang setiap kali ke majlis jemputan bajunya ditempah pereka fesyen artis. Mereka tak pernah rasa susah. Dan andai satu hari Tuhan uji dengan kemiskinan tentulah mereka akan rasa sangat SAKIT oleh ujian tersebut.

 Itulah hikmahnya Tuhan memberikan ujian kemiskinan buat seseorang. Supaya mereka sukar merasa SAKIT dengan ujian kesusahan yang Tuhan turunkan.

Bagi pasangan berkasih, tentunya merasa amat sakit apabila pertama kali hati disakiti, ditinggalkan atau dikecewakan. Tentunya kekecewaan kali pertama itu mengundang air mata berhari-hari malah berminggu-minggu untuk kering. Namun, kesakitan itu sebenarnya kekuatan untuk kita menempuh kekecewaan akan datang. Dan seandainya Tuhan uji lagi dengan kekecewaan tentunya rasa sakit itu akan berkurangan dan akhirnya langsung tidak meninggalkan kesan. Jadi seandainya Tuhan uji kita kehilangan seseorang yang kita sayang, sebenarnya Tuhan menguatkan diri kita supaya hati semakin tabah untuk kehilangan yang lebih besar.

Semasa kecil saya akui saya sangat benci ke sekolah. Masa tahun satu hampir setiap hari saya menangis sebelum ke sekolah. Kadangkala sebab tak jumpa sikat pun saya menangis. Saya benci ke sekolah berjalan kaki. Masa tu saya pernah terfikir kan bagus kalau ayah ada kereta supaya saya boleh ke sekolah naik kereta. Sampai sekolah menengah pun saya masih terfikir perkara yang sama. Saya ke sekolah naik basikal. Malah pergi mengaji yang jauhnya 1 km pun naik basikal. Tak pernah dihantar ayah. Bila dah besar mengalah barulah saya faham erti hikmat yang Tuhan berikan. Syukur. Selepas SPM saya sempat bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Saya puas dapat bekerja walaupun dengan gaji yang tak seberapa. Berulang-alik menaiki bas. Saya seronok dapat berdikari sebegitu. Kalaulah saya dilahirkan dalam suasana senang dan kemana pergi dihantar ayah tentunya ayah tak kan lepaskan saya berulang-alik menaiki bas sendirian. Sehingga belajar di matrikulasi dan USM pun hanya dua kali keluarga datang iaitu masa pendaftaran dan semasa konvo. Saya rasa lagi bagus saya boleh berdikari supaya tak menyusahkan sesiapa. Saya tabik lah kepada ibu bapa yang mampu melepaskan anak mereka sendirian pergi kemana-mana kerana kepayahan yang berterusan itu akhirnya akan menyenangkan anak mereka pada masa akan datang. Siapa tahu??

Saturday, 28 July 2012

Tips untuk mengejutkan makhluk yang liat untuk bangun sahur


1. Ayam goreng. Ni untuk makhluk yang suka makan sekaligus suka tidur. Kejut 40kali buat dek je. Apa kata korang ambil seketul ayam goreng letak kat lobang hidung dia. Mesti terus terjaga dengan aroma ayam goreng. Nak nak kalau bagi ayam KFC. Owwhh.


Gambar ehsan : Google


2. Baju raya. Setiap makhluk amat sensitif dengan baju raya. Sebab itulah yang melambangkan korang di hari raya nanti. Kalau baju koyak, sah-sah setiap kali raya berganti orang akan tetap flash back pasal baju koyak korang. Ok. Ini bagi yang liat nak bangun sahur korang jerit agak-agak 2inci dari telinga diorang.
'woi!!baju raya kau terbako woi!!terbako, terbako'. Pasti dia terus bangun terduduk atau lebih parah lagi terus bukak lemari cek baju raya.

Gambar ehsan : Google

3. Ibu Jari Kaki.Orang kata tarik ibu jari kaki pun senang jugak nak bagi makhluk bangun. Korang tarik la kuat-kuat. Bila dia bangun mesti dia tanya korang kan 'kau apehal tarik kaki aku?'
korang jawab la 'tadi mata kau terbeliak kena rasuk. Aku tarik pasal nak buang hantu dalam tubuh kau' nescaya dia dah tak dapat tidur dan terus pergi dapur makan nasi.

Gambar ehsan : Google

4. Penyimpan Mohor. Korang record la pengumumam raya oleh penyimpan mohor tu. Nanti boleh guna untuk kejutkan makhluk susah bangun sahur. Korang play record tu kuat-kuat dekat telinga diorang. Mesti diorang terus bangun kerana ingat dah nak raya. Haha. Kejam kan.



Gambar ehsan : Google

5. Agak-agakla kalau guna cara atas semua tak menjadi jugak. Ni memang spesis makhluk liat yang amat sangat namanya. Jadi kalau semua cara tak menjadi jugak korang jirus diorang dengan sebaldi air. Kalau secawan kot tak berkesan jugak. Mandi atas katil la jawabnya.

Kalau tak berkesan jugak...Tak payah kejut terus. Biar sahur telan air liur saja. Liat betul nak bangun. Ishk. Isk. isk.

Thursday, 26 July 2012

Menang explorace!!

Salam uolls.

Muahaha. Kemain tajuk kan. Macam menang peraduan Akar Kayu Berkuasa (Power Root) je lagaknya. Ok. Sebenarnya hari Rabu lepas saya mengiringi anak-anak main explorace. (Cerita dah basi. Asyik tertangguh dalam draft). Mula-mula memang ingatkan iring je. Tup-tup dah kena join skali dah. Best jugak. Lama dah rasa tak berexplorace berkereta. Dah la dengan anak-anak. Suka lah dapat tengok diorang eksaited nak selesaikan task. (Macam tak jer. Rasanya macam saya jer yang terlebih eksaited. Muahaha)

*********

Ok. Mari saya perkenalkan ahli kumpulan RIMA BEKENG (HARIMAU GARANG). Lima orang termasuk saya (Saya dibelakang camera. Bye)


Jadi explorace berkereta haruslah ada kereta kan. Nak bawak lori susah pulak nak menyelit-nyelit. Theheehe. Then sebab saya kan pemandu berhemah bawak kereta kalah mak-mak yang tampal stiker ‘baby on board’ so saya paksa Nurul bawak kereta dia dan pandu sendiri. Kejam tak. Haha. Tapi serius tak sia-sia sebab Nurul bawak kereta macam bawak motor. Fine Nurul. Nasib baik saya tak pengsan ketakutan. Dasyatnya metafora. Haha.


Acara menampal sticker pun bermula. Owner kereta ragu-ragu nak tampal kat mana sticker tu takut melekat tak leh nak cabut. Muahaha.

Peewittt.

Task pertama adalah di A&W. Ceh. Mati-mati ingatkan kena breakfast kat A&W hingga licin. Haruslah tak sampai 1 minit dah settle task sebab perut lapar sangat. Rupanya penjaga checkpoint duk belakang bangunan A&W dekat dengan pantai. Dan rupa-rupanya lagi kami kena bikin wau dan terbangkan wau. Wah. Jam 9.30 pagi nak terbangkan wau. Ada angin ke tak ahkak oiiii.


Peeewitt. Teknik buat wau adalah ekor harus panjang. Siap jer wau Intan si kecik molek berlari naikkan wau. Ewah-ewah, elok-elok je angin sepoi-sepoi datang. Wau terbang dengan bergaya (sori tiada gambar sebagai bukti. Heeee). Alhamdulillah. Lega.

Kemudian task kedua kena menuju ke Kay Tee Craft. Owhh. Bayangkan explorace seluruh Bandar Kuala Terengganu berapa kedai craft yang ada ha? Lepas call gps bergerak dapatla agak kat area Pasar Payang. Jadi kami pun menerjah. Nurul bawak slow jer coz nak toleh kiri kanan. Rupanya Kay Tee Craft tu sebelah Bazaar Warisan. Dekat Bukit Puteri tu ha. Dah acap kali lalu jalan batu bata tu tapi tak perasan la pulak nama kedai tu. Task kat sini kami perlu create nama program explorace ni pada kraftangan yang diberi. Ni serah pada anak-anak la buat. Cik jadi pemerhati ok. Ewah-ewah. CIK hokeh. Ulangi CIK.




Task ketiga paling menarik. Naik bot nambang menuju Seberang Takir untuk ke kedai kerepok Hajah Kamariah. Masa kecil-kecil dulu selalu jugak naik bot penambang. Lama dah tak naik. Masa tu bayar 50sen aje. Sekarang murah jugak.

Jeti bot penambang bersebelahan Pasar Payang.

Dalam sampul checkpoint terdapat RM10. Tambang bot RM1 seorang untuk satu hala. Ngam-ngam la duit poket yang diberi. Nak beli gula-gula tak dapat larh. =p

Peeewit. Yang baju oren dan tudung oren tu ahli kumpulan jugak. Tapi sesat pakai baju tak ikut tema.
Jangan merokok. Pakai life jacket.

Anak panah menunjukkan jeti tempat kami nak tuju. Jeti Seberang Takir.

Finally dah sampai. Baik naik bot la dari naik kereta. Sekejap yang amat.

Hye Mak Cik Kamariah. Yer yer je Mak Cik ni nama Kamariah.

Pengalaman pertama buat kopok. Ceh. Bukan buat sangat kot. Sebenarnya just 'gentel' kepok.


Lama jugak tunggu kopok siap direbus. Sebab kena bawak kopok sebagai bukti kami berjaya settle kan task ni. Dah tentulah tak boleh makan lagi kopok tu.

Bawah : Yang berasap-asap tu tempat rebus kopok.


Kedai keropok Hajah Kamariah. Best keropok ni. Korang try la. Pegi ke alamat yang tertera. Kalau melalui jalan darat konpem saya sesat sebab tak kenal jalan. Kalau melalui bot penambang senang saja. Dari jeti pun dah nampak kedai mak cik Kamariah ni. 




Ahli-ahli kumpulan Rima Bekeng. Tapi sorang sesat pakai baju tema kelaut.

Kopok-kopok. Sape nak beli!!


Cari benda tersembunyi : Seorang mak cik

Kombang idung bila abg yang keje situ cakap kopok group kami comel-comel. Thehehe.
Ada jugak kopok comel kan. 

Kopok Rima Bekeng. Muahaha.

Dah masak kopok bergegas la kami kembali ke jeti. Tapi hampa tengok takde pun bot menanti. Terpaksa la tunggu bot yang sampai ke seberang tu patah balik. Sambil-sambil tu sempat lagi kami makan nugget goreng yang saya bawak. Tunggu bot penambang sambil makan nugget. Kherlas gitu.

Tengok. Seluar kat bahagian lutut tu dah comot sangat duk mengetel kopok punya pasal.

Next checkpoint adalah di Kompleks Nor Arfa Batik. Dah tentulah kena mengecat batik kan. Nasib baik kecik je yang nak dicat tu. Nasib la diorang tak suruh cat kain sepanjang 4 meter.

Peralatan-peralatan untuk mengecat.


Dengar dulu penerangan dari abang Apis yang jaga situ.


Theee. Suka sangat. Berebut masing-masing nak mengecat.


Dan hasilnya...





Taraaaaaa...






*





*




*








Kemudian kena lap-lap pulak biar kering sikit.


Kemudian kena keringkan guna hair dryer pulak.


Seterusnya kena carik tempat bedil diletupkan untuk menandakan waktu berbuka. Kalau korang pernah datang Terengganu time Ramadhan mesti biasa dengar bunyi bedil kan. Tambah-tambah kalau berada area bandar Kuala Terengganu. Lokasinya adalah Bukit Puteri. Semput hokeh naik tangga. Task atas ni mudah je. Just kena jawab beberapa soalan yang jawapannya kena cari di sekitar Bukit Puteri.


Ok. Cuba teka mana next check point?


Masjid Kristal

Ni pintu masuk ke Taman Tamadun Islam.


Parking betul-betul depan Masjid Kristal cari orang pakai baju biru.


Checkpoint ni pun mudah je. Kena cantumkan puzzle kemudian kena tahu masjid yg dicantumkan tu apa nama dan berada di negara mana.




Finally!!!!!


Bawak puzzle yang dh siap carik sesiapa yang confirm tahu nama masjid tu. ok.

" Ini Masjid Muhammad Ali terletak di Mesir"

Dapat next checkpoint. Badan dah penat sangat dah nie. Berlari-lari anak sambil baca checkpoint.


YEAYYYYY!!


Rupa-rupanya ni adalah last checkpoint. Bergegas-gegas balik untuk serahkan semua task yang dibuat tadik. Dada dah berdebar-debar takut kami kumpulan last sampai. Tapi berserah je la. Walaupun kalau kami kalah kami syukur banyak sangat pengalaman kami tempuhi. Ewah-ewahhhhh.


Dah sampai serahkan semua task tadi dan tunggu majlis penyampaian hadiah..


Dan...




Wahh.. Sungguh tak sangka..







Kami dapat jugak nombor!!!!








Saja nak kasi suspens kan.





Mula-mula emcee dah announce semua saguhati. Wah!Wah kembang semangkuk kejap takde lagi group kami neh.







Kemudian tinggal hadiah Johan dan Naib Johan.






Dan emcee announce kumpulan Johan dulu iaitu kumpulan...








RIMA BEKENG!!!aummmmmm..



Eksaited sangat. Walaupun semua peserta bidan terjun. Last minute join. Tak sangka jadik JOHAN.

Tahniah semua peserta Rima Bekeng. Tahniah diri sendiri. Ehemmm.

Alhamdulillah =)


Monday, 23 July 2012

Wajam slim vs wajah berisi

Salam uolls.


Semalam godek-godek lappy jumpa gambar zaman remaja riang ria dulu. Kemudian tengok pulak gambar zaman kedewasaan sekarang. Fuyooo. Pipi ibarat disuntik lemak. Membesar dengan bersungguh-sungguh menjadi sebentuk bola. Tahniah. Haha.




Tuesday, 10 July 2012

Terima kasih Nuffnang

Salam uolls.

Wah. Tak sangka walaupun blog saya sekadar dipinggiran jer. Walaupun cerita yang saya tulis ntah hape-hape. Walaupun tak ramai atau takde follower setia tapi Nuffnang yang baik hati tetap bagi ganjaran.


Tak paham jugak sebenarnya walaupun dia dah bagitahu kat situ. Buffered earnings tu amenda sebenarnya? Terima kasih bufferd earnings jugak. Ada dua iklan bertempek kat halaman blog iaitu Libresse dan Kose. Walaupun tak banyak tapi bertambah la jugak duit dalam tabung Nuffnang ku. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Korang rajin-rajin la klik iklan kat blog saya yer. Pastu inform la kat saya nanti saya klik pulak iklan kat laman belog awak. *Tagih simpati.


Kepada Nuffnang terima kasih daun keladi.
 Next time bagi banyak-banyak lagi.
Thehehe. 

Sunday, 8 July 2012

Bercakap pasal hobi.


Salam uolls.


Zaman kanak-kanak (Sekolah rendah)

Membaca / menulis

Bila ditanya dalam kelas pasal hobi, majoriti kawan-kawan sekelas akan angkat tangan untuk hobi membaca atau menonton tv. Masa sekolah rendah saya agak 'gila' membaca. Walaupun tak pernah menang anugerah Nilam. Kalau nak dibandingkan pergi ke kantin atau ke library masa rehat, saya banyak habiskan masa di library. Tambah-tambah buku siri penyiasatan atau misteri. Mesti saya akan habiskan semua buku yang disenaraikan di belakang kulit buku.

Kemudian, mungkin sebab suka membaca, muncul pulak hobi baru iaitu menulis. Saya masih ingat cikgu BM saya masa tahun 6. Cikgu Fazlida. Beliau sangat lembut-baik-dan penyayang. Selalu dia puji kalau saya buat karangan. *Ewah-ewah. Dan paling best kalau kena buat karangan sambung cerita atau berbentuk cereka. Hehe. 2,3 muka surat tak tamat lagi. Tapi masa ni tak pernah pun terfikir untuk hasilkan novel atau sekurang-kurangnya cerpen.

Dengar radio.*Kherlass tak hobi dengar radio. Muahaha.

Masa sekolah rendah saya dan abang suka dengar radio. Paling kitorang suka adalah Radio Muzik yang ada Carta Hit. Kental kitorang jadikan buku log besar tu sebagai diari carta hit. Setiap minggu pukul 9 malam hari Sabtu kitorang akan duk rapat-rapat dengan radio dan tulis laju-laju carta lagu tersebut dari lagu terakhir sampai lagu pertama. Siap salin lirik lagu lagi hokeh. Masa tu tak pandai pun lagi pasal internet. Tak tahu pun kewujudan google boleh cari je lirik kat internet tanpa perlu susah-susah dengar bait lagu dan salin laju-laju. Haha. Eh. Tu kira hobi jugak ke korang?? Masa ni saya dah gilew dengan kumpulan Spider. Radio pulak duk kat dapur. So, kalau duk dalam bilik dengar lagu Abang Tam nyanyi berlari keluar bilik terjah radio kat dapur. Rapatkan telinga 2 inci kat radio. Haha. Saiko. Padahal duk dalam bilik pun dengar je radio tuh.

Bermain.

Kira bermain ni termasuk dalam kategori hobi jugak kan. Sebabnya ia adalah rutin wajib yang akan dilakukan setiap hari. Malam hari pun main. Pendek kata zaman kanak-kanak saya lebih suka bermain dari tonton tv. Siang hari main galah panjang, main kejar-kejar, hide n seek, main bola, lompat-lompat, lari-lari. Adeh. Macam-macam lagi. Nak tulis pun tak reti. *Tapi main masak-masak jarang. Lorh!. Malam hari pulak sebab adik beradik ramai jadi takde masalah nak memeriahkan permainan. Main tudung botol, carom, batu selambut, kadang-kadang kitorang main harta karun. Sampai panjat dinding uolls nak sorok harta karun. Kejadah betul.

Dah meningkat remaja sikit (Sekolah menengah)

Masuk sekolah menengah hobi membaca tu diteruskan jugak. Suka jugak terjah library pinjam buku. Kemudian mungkin bila fikiran dah banyak sangat dengan idea-idea dari pelbagai novel jadi bermulalah hobi menulis. Saya mula tulis cerpen. Haha. Bila baca balik tak sangka tu idea penulisan saya. Masa tu komputer takde lagi. Jadi tulis cerpen dalam buku log. Idea menulis tu datang tak kira masa. Kadang-kadang cikgu tengah mengajar kat depan tiba-tiba idea datang. Tulis dulu kat buku teks then balik hostel sambung tulis cerpen. Adalah dalam lima cerpen yang saya tulis *Ceh. Takdelah banyak sangat kan.

Masa sekolah menengah saya suka luahkan sesuatu pada buku. Kadang-kadang buku tu design elok-elok untuk jadikan buku autograph, suh kawan-kawan tulis autograph last-last sebab bnyak ruang kosong terus coret apa-apa. Hee. Bila baca balik boleh lah mengimbau kenangan zaman cinta monyet. *Konon lah kan.

Ini adalah sebahagian dari kononya diari lah. Pasni nak selongkar lagi rasanya banyak lagi diari-diari kecil.


Bila habis SPM saya kerja kat kedai buku. Jadi bertambah-tambahlah minat membaca dan menulis makin menebal. Time bosan takde customer curik-curik baca novel. Heee. Tu pun kalau shift malam larh. Sampai akhirnya saya hasilkan sebuah cerita panjang bertaip bertajuk Rindu Semalam. Masa tu printer pun dah ada kat rumah. Jadi taip dan print sekali. Sampai sekarang saya simpan lagi tulisan nih.

*InsyaAllah saya akan review kemudian pasal hasil tulisan saya. (Bajet ada orang nak tahu kan. Muahaha)

Dah betul-betul remaja (Zaman university)


Masuk zaman u dah kurang skit membaca sebab duk focus on design. Tapi saya masih menulis. Menulis diari lah. Dah tak menulis carpen dah. Then masa kat u lah sorang adik angkat a.k.a kawan baik perkenalkan saya pada blog. Saya mula start tulis blog tahun 2006. Haha. Kalau baca balik entri dulu-dulu rasa macam hampeh je. Ada yang saya bahasakan diri aku, kemudian ada bahasakan diri dengan nama. Dan sekarang lebih selesa dengan ‘saya’. Tapi dalam duk meluahkan rasa di blog saya masih setia dengan diari. Tapi diari tu lebih kepada belanjawan keluar-masuk dan jugak perkara-perkara penting yang berlaku dalam kehidupan jer. Ahakz.

Dah dewasa (Zaman kerja)

Alhamdulliah masih terus menulis. Walaupun menulis perkara-perkara yang gedik, yang mengada-ngada, yang menceritakan kisah saya sahaja tapi saya tak kisah. Sebab blog adalah diari saya versi digital. Kemudian sebab sekarang dah didedahkan dengar dunia it yang melampaui jangkauan kaki melangkah, jadi suka jugak melayari internet. Kira hobi jugak lah kan. Bagus jugak ada blog neh. Boleh blogwalking baca pendapat dan kisah suka duka mereka di luar sana. Sekurang-kurangnya kita tahu saat kita gembira ada yang sama-sama mendoakan kegembiraan kita berpanjangan dan saat kita berduka ada yang sama-sama berkongsi air mata.

Ok. Korang pulak macam mana? Hobi korang berubah-ubah tak?

Wednesday, 4 July 2012

Perubahan lepas kawin.


Salam uolls.
Saya perasan ada dua perubahan yang agak ketara pada diri saya berlaku lepas kawin. Rasanya ia bukan betul-betul  lepas kawin, tapi beberapa bulan sebelum kawin .Tapi lepas kawin menjadi-jadi pulak. Adeh.


1. Takut guruh+kilat+petir dan seumpamanya.


Kalau setakat bunyi guruh tu sayup kedengaran xde la takut pun. Tapi kalau guruh tu kuat disertai pulak kilat dan petir terus menjerit. Atau rasa nak menyorok bawah meja. Atau nk tutup tingkap bagi takde langsung biasan kilat nampak dimata. Tapi masih boleh dengar pulak. Ok. Sampai tutup telinga dengan bantal, mata pejam rapat-rapat. Tiba-tiba rasa macam ia adalah penyakit yang sangat dasyat. Atau adakah saya kembali kepada seorang kanak-kanak yang sentiasa takut petir. Tapi saya tak nangis. Fine. Hari tu satu malam tu petir sangat kuat. Rasa macam nak tercabut atap dibuatnya. Apalagi terus saya menjerit kuat-kuat. Nasib masa tu hero saya ada. Thehehe. Tapi kesian en.beliau. Dia cakap masa tu berdebar gilew ingat kan isteri dia histeria. Rupanya takut PETIR!!dang!!

2. Tak boleh tengok mayat kucing dijalanan.


Kalau dulu ternampak si kucing mati kemalangan saya masih boleh gagahkan diri tengok kondisi kucing sambil duk ulang-ulang 'siannya kucing tu' sampailah kelibat hilang dimata. And now rasa macam dah tak mampu tengok. Kalau dari jauh nampak bergolek kucing dilangar lari mesti pandang arah lain. Sangat bahaya tengah drive pulak tu. Ok. Kadang-kadang jeling sebelah sampai ekor mata pun tak kan nampak kondisi kucing tu. Ia bukan seperti perasaan geli tengok keadaan kucing tersebut tapi mungkin rasa tak sanggup atau simpati melampaui batas sampai dah tak sanggup nak tengok. Tapi memang la. Kita sebenarnya tak digalakkan sangat tengok mayat kan. Jadi saya harapkan lepas ni takde lagi kekejaman tu dinampakkan dimata saya.

Ok. Tu la dua perubahan selain perubahan pertambahan berat. Tapi en.beliau jangan risau. Setakat ni penimbang maintain takat 50kg. Makan sikit berat turun 49kg. Kalau makan banyak berat tak naik pulak. Naik pun sampai 50kg jer. Sekarang kalau makan banyak akan ada bisikan-bisikan kecil mengusik 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.' FINE!!

Monday, 2 July 2012

Lori rempuh roundabout

Salam uolls.

Malam tadi ayah balik lewat. Kemudian terdengar beliau duk story sumthing kat mak. Panjang bunyi ceritanya. Macam ada kes serius jer.

Then bangun pagi tadi tanya lah mak ayah cerita apa malam tadi.

Rupanya ayah cakap malam tadi heboh lah kampug sebelah. Pekan Batu 6. Katanya ada sorang mamat ni problem mental. Dia bawak lari lori trelar dari Sungai Tong rempuh bulatan kat Pekan Batu 6 tu. Waallaha'lam la cerita asal tu macam mana tak tahu la. Tapi ayah memang ada kat tempat kejadian malam tadi. 

Kemudian pagi tadi gerak ke tempat kerja tengok jam kat bulatan tu. Patutlah. Jam sebab manusia duk perlahankan kereta tengok rempuhan tu. Tengok kondisi lori macam tak selamat si pembawa lori. Tapi ayah cakap dia sempat terjun. Siap bawak lari motor pulak lepas rempuhan lori tuh. Sabar jela.

Tak tahu lah pucuk pangkal cerita macam mana. Tunggu berita tv or surat khabar la jawabnya. Hmm. Tapi kadang-kadang berita surat khabar pun bukan boleh percaya. Biasanya dua surat khabar akan laporkan fakta yang agak berbeza.Tak tahu yang mana betul.



^______^

Menghabiskan sisa Jun 2012.


Salam uolls.

Tiga hari cuti. Heaven. Sebab en.beliau ada depan mata. Boleh berebut cermin dalam bilik. Boleh buat air Nescafe untuk beliau. Boleh hidang nasi untuk beliau. Boleh masak untuk beliau. Ok. Baik. Saya berhenti sekarang sebelum korang cakap saya mengada-ngada.

Tapi serius. Mungkin yang mengalami nasib berPJJ macam saya jugak akan rasa sungguh tak best bila en.suami tiada berhampiran. Rasa macam kosong kan. Rasa macam beliau dah bawak sekali semangat saya. Jadi jangan heran lah kalau nampak saya macam orang yang takde semangat jer. Wuwuwuu. OVERnyaaaa!!!

Tapi weekend ni semangat saya muncul semula. Nasib baik en.beliau balik dengan membawa sekali semangat saya. Mula-mula dengan semangatnya serahkan kad nikah kat en.beliau. Dah berbuih mulut beliau sebenarnya suruh saya ambil kad tu kat pejabat agama. Maklumlah isteri super duper sibuk *konon* nak ambik kad tu. Akhirnya terlangsai hutang. Jadi tak takut sangat kalau nak check in kemana-mana dengan adanya bukti itu.Pheewiitt. Jangan main-main korang. Macam artis Syarifah Zarina Langit ke7 tu. Berdua-duaan dengan suami kat hotel pun kena tangkap basah. Haru betul.


Nah. Satu untuk awak, satu untuk saya. Pasni kalau ada mamat over ramah tegur jawab jer macam ni “Nak berkenalan eh bang. Ini kad saya. Ada sekeping jer. Kalau abang nak saya potostat la” sambil tunjuk kad nikah bangga. ^____^

Macam biasa lah. Aktiviti wajib kalau en.beliau datang Terengganu adalah memenuhi isi perut kegemaran en.beliau. Kay-ep-cee a.k.a KFC. Meminat tegar ayam goreng. Saya lebih prefer McD sebab i kan peminat tegar Spicy Chicken Mc Deluxe. Tapi ikut je la selera beliau kan. Ada Flaming Crunch. Tapi tengok kondisi ayam tu takdelah flaming crunch sangat seperti visual tu. Tapi best la jugak. Rasa kruk-kruk je*rangup*


Ofcoz ada jugak Cheezy wedges. Kegemaran kami berdua. Nyummm.


Sebab dah nekad nak elak minum air bergas jadik saya order milo ais. Semoga jiwa kental untuk mendisiplinkan diri.


Sengaja-kan awak zoom gambar air coke tu nak bagi air liuq saya meleleh. Huaaaa. Ok. Milo ais lagi bessssttt.

 Yippie. Muka dah makin bulat. Sila jangan salahkan saya.

******
Kemudian dah makan makanan omputih kita ke makanan melayu pulak. (ini cerita keesokan harinya)


Kedai makan Pok Awang. Diperkenalkan oleh adik-adik saya (rujuk entri ini). Ada ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung dan makanan bergoreng lain. Keropok sini best *promote*

Minum air nyior. Eh, ABC pun best kat sini tau.

Kitorang order keropok dua ringgit plus sotong celup tepung tiga ringgit. Saya tak boleh makan udang. So, baik tak payah beli nanti kang saya terliur tengok awak makan sampai udang pun masuk mimpi.




******

Ok. Last. Suasana yang sering kelihatan bila en.beliau ada. Isteri akan siap dulu masa tu suami baru nak pacakkan rambut. Bersiap mengalahkan pompuan tau. Bye!!



P/S : Saya harap suatu hari nanti tulisan-tulisan saya akan jadi semangat awak bila saya dah tiada =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...