Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 31 October 2012

Aidil Adha kali ini.

Salam uolls.

Aidiladha kali ini pertama kali menyambut di Dungun a.k.a umah mertua. Pertama kali menyambut sebagai suami isteri (sopan ok). Pertama kali terasa kemeriahan Aidiladha. Mekasih. Sebelum tido masing-masing dah nekad nak bangun jam 5 pagi nak bakar sate. Malamnya mak mertua dah masak kuah kacang dan rebus nasi impit. So, sate je la tinggal nak bakar. Syok sangat tido jam 6 pagi baru masing-masing bangun. 1st time bakar sate hokeh. Best jugak. So, next raya tak nak tempah dah sate. Nak bakar sendiri je. Dengan nilai modal yang sama namun kuantiti yang berbeza.







 
Hee. Pastu tibe-tiba saya peminat sosej ni cakap "Bestnya kalau ada sosej. Boleh makan sosej". Mengidam ke hape? Then adik ipar bagitau ada je sosej dalam fridge. Hiks. Suka-suka. Dah settle bakar sate bakar sosej pulak. Dan opkos la yang paling banyak menghabiskan sosej adalah saya. Hahaha *Gelak jahat!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI!!
(ewah-ewah. baru nak ucap. Aidiladha dah berlalu seminggu dahhh)

Selain masak kuah kacang nasi impit. Mak mertua masak nasi tomato jugak. Tapi sebab entah kenapa hari raya ni saya langsung tak berselera nak makan. Makan sate sikit makan sosej banyak. Tu je la. Nasi langsung tak sentuh. Tak berselera konon.


 Kemudian kami beraya ke rumah nenek en.beliau (mok). Ramai la yang berkumpul umah mok. Mak sedara dan sepupu-sepupu en.beliau. Maklumlah hari Sabtu diorang akan korbankan lembu untuk kenduri arwah. Ramaila yang balik. Ramai jugak yang baru mengenali saya.
 "Yer. Saya binik Iwan" (jawab nada sopan santun)

Kemudian nak dijadikan cerita cuaca masa tu agak panas. So, sorang anak sepupu en.beliau pon cakaplah. Best jugak kalau mandi sungai neh. Wah. Wah. Dah tahu laki saya hantu air terjun. Laju lah decide nak pergi mandi air terjun. Apa lagi JOM BERCHEMERONGGG!!..*Baca 'Jom mandi air terjun chemerongg'


Jalan ke Air Terjun Chemerong yang berbukit-bersimpang siur-berhutan dikiri kanan jalan.

Sape nampak apa yang saya nampak??Air terjun!!!

Ada jalan tengah baiki pulak. Berbatu-batu la jawabnya.

Adik-adik ipar =)


Hari raya kan. Konpemla sunyi-sepi. Best jugak. Parking pon kosong jer. Taklah berebut tempat mandi nanti =)

Dari atas tebing. Eksaited!!

 Air sejuk sangat!!I kan takleh sejuk-sejuk so banyak bertapa atas batu saja. Ahakz.

Ada kemudahan bilik air untuk tukar baju dan mandi. Masa kami datang dis time tak ramai orang. Jadi masuk je terus dapat masuk bilik persalinan. Kalo sebelum ni mesti terpaksa menunggu line clear dulu. Sob.

Ada playground. Tapi macam basi jer. Agak-agaknya budak-budak dah penat mandi air terjun kot jadi playground dipandang takde makna jer =)

Sementara tunggu yang lain tukar baju jom kita amik gambo dulu. Nasiblah dapat kakak ipar yang suka bergambo kan. Eh. Adik-adik ipar pun suka bergambo jugak. Haha.


Adik bongsu en.beliau. Suka sangat dia ni mandi air terjun. Kalo jalan dia paling depan sebab eksaited nak mandi kan.


Rasanya dah tiga kali kot pegi mandi Air Terjun Chemerong neh. Tapi tetap rasa tak puas. Rasa nak pegi lagi next time. Pegi ramai-ramai meriah sikit kan =)








Monday, 29 October 2012

Meet Anem Arnamee

Salam uolls.

Hari tu Anem ada mesej bagitahu nak datang Terengganu. Mula-mula eksaited sebab dah lama sangat dah tak jumpa. Kita kawen pun Anem tak dapat datang. Tapi tak mau eksaited sangat. Sebab perpisahan dan pertemuan kita hanya rancang. Yang tentukan jadi ke tak Tuhan.

Tup-tup 23 Oktober Anem mesej ada Terengganu dah. Weeee. Silalah perasaan eksaited datang sekarang jugakk.

Tapi sedih jugak dapat jumpa sekejap. Tupon jumpa depan opis saya jer. Kesian Anem. Saya tak dapat hidangkan kuih-muih, air tea o pun takde. Tapi sempat jugak lepas winduuuu =)




Mekasih. Dah tujuh bulan kawen masih dapat hadiah kawen eh. Heeee...

Suke. Suke. Kaler kecintaan + design kecintaan. =)

Mekasih Anem. Hope lepas ni bila-bila dapat jumpa lagik. =)

Thursday, 25 October 2012

Feedback dari Nuffnang

Salam uollsss..

Ari tu masa mula-mula berbelog (zaman anak dara-remaja riang ria gitu) tak tahu pon kewujudan Nuffnang. Apekah. Eh. Jap. Adakah masa tu dah wujud Nuffnang? Memang langsung tak tahu. Blog adalah 'diari versi online'. Kan. Konon-konon lah. Sepatutnya ia ditulis 'diari yang sebenarnya bukan diari'. Kenapa? Sebabnya diari kita takkan bagi orang lain baca. Sorok dalam laci. Kunci laci sorok disebalik lipatan baju-baju. Atau kalau tak kongsi bilik dengan orang lain boleh simpan je bawah bantal kan. Sebabnya dalam diari tu kadang-kadang ada mukasurat yang poyo-poyo sikit. Yang versi perahsantan sikit.

Khamis
10.00am
Dalam library (meja yang biasa aku study)

Aku tak pasti ni kebetulan atau disengajakan. Tadi ehem-ehem datang kat meja aku kemudian tanya sambil bagi senyuman yang sungguh manis kat aku
'U cari buku tu kat rak mana?'
Terasa dunia ni aku yang punya..


EHEM.EHEM.
Sila pulang ke dunia nyata sekarang!!

Kenapa begitu jiwang contoh diari atas tuh??

Macam tu la. Ada ke dalam diari versi online ni mereka-mereka tulis macam tuh? Haha. Takde dah kot eh. 

Apa sebenarnya yang saya nak simpulkan?Hah??

Ok. Sebenarnya pasal Nuffnang. Lama-kelamaan bila tau kewujudan Nuffnang terus la jadik rakan Nuffnang kan. Sambil-sambil berbelog boleh menjana pendapatan. Konon jela. Padahal belog sekadar di pinggiran je kot. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Last-last bukit telah wujud. Terus try cash out. Kemudian tunggu feedback takde langsung. *Nangis tekup muka kat bantal*. Lagilah terasa sekadar dipinggiran. Wuuuwuu.

Kemudian tergerak hati la nak tanya pihak Nuffnang. Sebenarnya dalam masa yang sama nak tengok diorang balas tak komen si sekadar dipinggiran ni kan.

Kemudian try la SEND TICKET. Keesokannya dapat emel dari Nuffnang.

Hikss. Terima kasih atas feedback korang =)
^______^

Wednesday, 24 October 2012

Baju dinner tema FUTURISTIK

Salam uollsss.
Hoi. Hoi. Dah nak masuk bulan November dah. Bulan Disember ada Annual Dinner. Tema FUTURISTIK. Sampai ke sudah i tak dapat buat keputusan nak pakai baju apa.

Buat outfit sekali pakai sampai bila-bila. Ceewah. Trademark ke hoi? Betulla. Tak boleh bazir. Kalau boleh pilih outfit yang boleh pakai next time, next event. Takla baju jadi hiasan dalam lemari jer.

(eh.eh.ayat atas macam familiar jer kan. Dasar pemalas. Copypaste ayat dinner taun lepas.Ahakz)


Dan tahun ni dengan tema FUTURISTIK.


Apesal la bagi tema yang sangat la SENANG untuk carik outfit kan. So, kesimpulannya confirm pakai outfit yang paling tidak menepati tema. Kecuali kalau berani bergaya seperti gambar-gambar google dibawah..
 
Tadaaaaaa...
 













KAU MAMPUUU???


Musim AES

Salam uollss.

Dialog sebelum dan selepas wujudnya AES.

Carian Gooogle

Lokasi : Trafik light dimerata-rata tempat terutama yang dipasang camera AES

Dulu-dulu
"Owwhh. Nak merah dah. Sempat lagi neh. Sempat lagi!!
Dusyummm (bunyi minyak ditekan sekuat hati)
Fuhh!!lega aku. Nasib baik sempat pecut.
Padan muka orang belakang"

Sekarang
"Owwhh. Nak merah dah. Tak sempat dah neh. Tak sempat!!
Syrekkkk (bunyi brek ditekan sekuat hati)
Fuhh!!lega aku. Nasib baik sempat brek.
Padan muka orang depan"


Kuning tu BERSEDIA UNTUK BERHENTI kan???
ke BERSEDIA UNTUK MEMECUT???

^________^



Monday, 22 October 2012

Team Building @ Bukit Keluang Beach Resort

Salam uolsss.

Terrajin pulak hari ni kan. Nak share ngan korang pasal Bukit Keluang Beach Resort neh. Ok lah kalo nak buat family day, nak g honeymoon ke3 pon ok kot sebab suasananya yang damai. Penuh kehijauan. Tapi jauh dari bandar. Yang penting dekat dengan pantai. So, nak ketenangan boleh la datang. Tiba-tiba terpromotelah pulak kan.

 Bertolak dari opis jam 3.30pm lebih kurang. Sampai sana dekat-dekat nak masuk jam 6. So dua jam lebih lah perjalanan. Tu pun sebab dari opis tadi kat bandar jam sebab gov balik keje dat time.
Jalan sesak la sikit kan.

Sampai je letak bag semua pegi minum petang dulu plus dapat kunci bilik. Satu rumah ada 3 orang. Jugak ada rumah yang ada 2 bilik untuk 6 orang. Saya dapat chalet untuk 3 orang.

Selesa. I loike. Satu lagi sebab ada banyak cermin. Heee. Dasar pompuan kan.


 Lampu romantika malaya betul. Jadik ambil gambar petang-petang hari sangatla macam malam hari.
Sadis betul.



 Bilik air ok jugak. Sebab ada heater untuk spesis tak leh mandi sejuk-sejuk macam i kan.




 Ini adalah dewan makan. Besar. Cuma sori to say makanan agak menghampakan lah.

*Yang paling kiri model keropok moni

Dalam dewan dah standby gula-gula. Bajet ngantuk kan. Tapi sebab speaker sangat la kelakar semua orang energy level tinggi-tinggi.
^______^

 Ini sarapan pagi keesokan harinya. Nasi putih + gulai kuning (Pagi-pagi dah sarapan heavy okeh)

Tag nama menggunakan masking tape.

 Ada perhiasan-perhiasan ala-ala klasik. Macam zaman dolu-dolu. Macam muzium la pulak. Yang saya duduk tu adalah buaian. Kretip kan.

 Motip dia nie nak enterprem jugak. Balm haruslah ada untuk saat-saat yang tidak diduga kan.


 Apesal gambar makanan jer konpem ada. Padahal awal-awal dah komen makanan kurang menyedapkan.

Chalet dikelilingi pokok-pokok menghijau.

Bilik kami. Room 111.




Ini makan last day disini. Try nasi kuning pulak. 

Yang bestnya ada mesin ABC. Bestnya kalau ada kat rumah kan.






Kami check out jam 12.30. Tapi sebab bas sampai around 2.00pm. Pegi sembahyang dulu di Madrasah Hamzah.


Sampai rumah dalam kul 4.00pm. Habis lenguh satu badan. Akhibat kurang excercise kan.Best jugak Team Building kali ni. Cuma aktiviti lasak-lasak takde la kan. Kalo ada pon best jugak macam flying fox ke, jungle tracking ke macam team building kat Agro Resort hari tu.

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...