Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 31 December 2012

KFC Shrimp...

Salam uollsss..

Eh. Belog dah makin berhabuk bersawang neh. Nak buat macam mana. Tuan belog agak malas plus takdak idea sangat nak menaip. Nak bersembang. Nak bercerita. Ok. Mari sembang apa saja.

Eh. Buat pengetahuan semua. 2-3 hari ni matahari  mula menyinari bumi Terengganu. Tapi hari ni yakni sebelum masuk ke tahun 2013 hujan kembali turun. Langit kembali gelap. Agaknya tanah rendah yang dah mula surut air kembali naik. Agaknya mangsa banjir yang dah pulang ke rumah membersihkan rumah masing-masing akan bersedia untuk banjir sekali lagi. Kesiannya..

Ok. Stop dulu cakap pasal hujan-banjir ni.


 

Sekarang biasalah mood en.beliau suka makan lewat-lewat malam. So, malam hari tu kitorang pegilah KFC. Niat di hati nak makan nasi ayam sebab lapar sangat. Tapi habis la pulak.

Eh. Tiba-tiba tengok udang yang display tu sangatlah mengiurkan. So order la set yang ada spicy shrimp tu. Tak seindah rupa yang display pon. Takpe. Kita rasa dulu. Rasa pon so-so je. Jadi better beli udang kat pasar. Buat udang celup tepung. Lagi bestttt.




*




*




*


Nah! amik udang 3 ekor. Nak makan sangat kan.


 En.beliau yang sukeee sangat dengan ayam KFC neh.

Puan isteri yang asyik tak dapat habiskan ayam goreng. Nasib baik ada yang boleh tolong habiskan. Membazir amalan syaiton. Kan.

Eh. Eh. Sehari lepas tu balik Dungun keluar lagi makan KFC dengan mak mertua dan adik ipar. Muka pon dah makin membulat dengan jayanya. Tahniah.



Monday, 24 December 2012

Musim tengkujuh...


Salam uoolsssss..

Hujan tak henti-henti. Dah 3-4 hari tak nampak matahari. Tipu. Nampak sekejap je. Setengah jam macam tu je. Kemudian awan gelap dah mula menutupi matahari. So, Ahad dan Isnin memang matahari tak kelihatan. Langit memang gelap. Hujan kadang-kadang lebat, kemudian renyai sekejap pastu lebat semula. Kadang-kadang hujan lebat tu diiringi angin kencang. Ewah-ewah. Dah jadi pelapor berita di musim tengkujuh pulak yer.

Semalam pulak tiba-tiba blackout. Around 1.30 pm macam tu la. Tunggu sampai 3.00 petang tande letrik lagi. Terpaksa tunda exam ke petang Ahad minggu depan. Duk dalam gelap tanpa aircond di opis. Sampai la jam 6.00 petang takde letrik. Agaknya ada pokok tumbang terkena wayar kot. Kot je la.

Balik keje pulak ofcos la kalau hujan dan jammed memang sahabat baik kan. Masa yang biasanya diperuntukkan 15 minit untuk balik rumah jadi 1 jam. Ok. Fine.


Gambar atas jam 6.19 petang. Gelap sangat macam dah malam kan.

Sampai simpang nak masuk rumah pulak tengok jalan dah dinaiki air sikit. Kawasan tu macam rendah sikit tapi kereta masih boleh lalu. Depan rumah pulak air dan melimpah. Semua selipar-selipar terpaksa letak kat tangga atas sikit. Kot tak esok lusa entah ke mata selipar di hanyutkan air.

Malam tadi tido tak lena. Bukan malam tadi jer. Malam-malam di musim tengkujuh selalunya saya sentiasa terjaga di tengah malam. Risau takut air naik terpaksa bawak keluar kereta parking kat luar jalan besar sana. Tapi rasanya dah 3 tahun air tak naik sampai jalan depan rumah tu. Cuma tengkujuh tahun ni agak 'lain' dari tahun sebelumnya.

Harap banjir tak sampai melimpah jalan nak masuk ke rumah saya. Amin..






Tuesday, 18 December 2012

Saje-saje sembang..

Salam uollsss...

Haaa.. nampak kan. Kalau spesis-spesis tajuk macam tu menandakan takde idea nak menulis. Tapi tetap nak gedik-gedik post entri.

Bosan.

Dua hari yang membosankan. Sebab en.beliau ke Kota Bharu. So, takde geng untuk sembang, kongsi masalah, mengadu itu ini. Takde geng untuk keluar malam-malam pusing-pusing. Takde geng jugak untuk makan sate. Bosannya...

Hujan, jam dan eksiden.

Lately hujan kembali membasahi bumi Terengganu. Semalam siap banjir kilat lagi kat bandar ni. Pastu ada kereta terbabas atas divider agaknya sebab mengelak lopak air atas jalan. Atau mungkin sebab bawak kereta terlampau laju. Nak kejar thumbprint kot. Haha. Datang keje asyik terkejar-kejar je. Tambah2 kalau time jammed. So sekarang turun awal lagi daripada kebiasaan.

Eksiden tu memanglah musibah atau ujian untuk semua. Jugak hikmah untuk yang mengalami dan yang turut merasai. Supaya lebih berhati-hati di lain hari. Sampai sekarang kalau nak masuk kiri atau kanan saya akan toleh cermin 2,3 kali. Sebabnya masih terbayang-bayang kemalangan dulu. Sampai en.beliau tegur..tengok sekali pun dah cukup. Lantaklah. Kita yang bawak kereta. Keyakinan ada pada diri kita yang memandu. Bukan pada orang lain yang jadik penumpang kan.

Tabiat makan.

Sekarang tabiat makan en.beliau dah mula berubah. Yang pastinya dia memang jenis tak breakfast. Makan tengahhari kemudian lewat malam ajak keluar makan lagi. Owwhh. Sangat tak elok tabiat tu. Rasanya dah banyak kali keluar jam 1am semata-mata nak makan ayam KFC. Atau keluar jam 12 ke atas untuk makan apa yang dia terasa nak makan. Diet kemana, kurus kemana...

Rumah sewa.
Plan untuk move to rumah sewa pada bulan Januari 2013. Harap Tuhan permudahkan urusan kami. Sekarang rumahnya dah ada. Cuma owner rumah ni tak muncul-muncul. Lalang sampai ke pinggang dah. So cari backup rumah lain. Owner dah ada. Cuma rumahnya jauh la pulak dari tempat keje saya. Walaupun dekat dengan tempat keje en.beliau tapi susah untuk saya pulak. Sepatutnya bila ada komitmen untuk rumah sewa kena kurangkan komitmen lain. Harap Tuhan permudahkan urusan kami. Amin..

Pokok bercahaya.
Kat Terengganu pun ada pokok bercahaya macam i-city tu. Tapi takde la meriah macam i-city. Takde la kena bayar macam i-city. Beli jajan dan 100Plus parking tepi pokok bercahaya makan sambil menghirup udara malam.
Tapi masa ni tengah hujan renyai-renyai. Ada satu kapel tu siap tangkap gambar peluk-peluk tiang pokok lagi. Baru dalam hati terdetik nak bergambo di luar jugak. Tiba-tiba en.beliau cakap.."Berani sungguh diorang bergambo tengah-tengah hujan. Dah tahu pokok bercahaya tu pasti ada arus elektrik"..Saya senyap jer. Ok. Fine. Sila ambik gambo dari dalam kereta saja.

^______________^





Cepatlah kamu balik. Nak ajak pusing-pusing lagi.

Thursday, 13 December 2012

Annual Dinner MSU/PTPL 2012 - Ocean Futuristic

 Salam uolsssss..

Tema kali ni Ocean Futuristic. Dibuat di salah satu tempat di Kuala Lumpur. Nanti nak citer satu kisah sadis yang kami lalui. Tapi jom cuci mata dulu. Wink. Wink.



























Ok. Ok. Now nak citer..

Ikutkan satu list atas tu kitorang miss satu menu iaitu Baked Tiger Prawns with Oats. Bila jeling meja sebelah tengok diorang duk makan udang. So kitorang tanya la waiter yang jaga tu (eh, boleh ke nak panggil waiter?) then dia cakap sori cik, termiss menu tu. Nanti dia tanya orang dalam. So kitorang tunggu punya tunggu tetap tak datang. Makanan pun biasa-biasa je. Tetiba budak waiter tadi datang bawak survey form. Eh. Eh. Dia ni kenapa? Kitorang just bagitahu kitorang tak dapat prawn tu. Apesal sampai nak ada survey bagai kan. So, buat endah tak endah je kat form tu. Dia datang balik tilik form yang kosong tu kemudian datang balik bawak pen. Sabooo jela...

Kalau dah rasa servis tu tak memuaskan mintak maaf la bagi kitorang lega sikit. Ni nak senyum pun payah. Kitorang tak makan orang lorrr.





Wednesday, 12 December 2012

Pertama kali.

Salam uolss..


Wah. Wah. Lama tak update entri kan. Tup tup terus keluar tajuk yang menjadi tanda tanya. Pertama kali apa wei? Hiks. Ok. Kesian korang kan sebab lama tak membaca coretan saya. Ewah. Bajet ramai kan orang nak baca coretan saya. Eh. Eh. Peminat setia saya Hafiz Hafizol siap tanya okeh bila nak up entri baru. Sori peminat setia. I bizi lately okeh.

Haha. Berbalik pasal tajuk entri. Sebenarnya minggu lepas saya dan kawan-kawan opismate seramai 4 orang termasuk saya gamble ke KL. Pertama kali drive sendiri tanpa en.beliau. Dan itu kali ke-3 TAY ke KL. Gud job sayang. Awal-awal lagi kitorang plan dah nak gamble ngan kereta sebab senang nak kesana kemari. Dan boleh spent time banyak masa sikit untuk jalan-jalan cuci mata.

Mula-mula en.beliau macam berat hati jugak nak lepaskan TAY dan tuan TAY ke KL. Dahlah semua perempuan. Tapi lepas pujuk-pujuk sikit. Dia rela lepaskan kami pergi berempat. Hiks. Saya sentiasa percaya pada hati saya. Kalau saya rasa berdebar-debar mesti ada yang tak kena dan akan membuatkan saya berfikir beberapa kali untuk buat sesuatu perkara. Tapi untuk perkara ini hati langsung tidak berdebar. Terima kasih hati.

Kami bertolak lepas Subuh hari Selasa.

Berenti Masjid Geliga kat Kemaman untuk breakfast. Dila dah beli roti canai, Yani goreng nugget dan saya goreng keropok.

Sesiapa yang membuat kebajikan sekalipun sebesar zarah akan diperlihatkan.

Nuget paling laris. Lepas ni kalo nak travel bolehlah bawak nuget.

Mekasih Dila belikan roti canai. Kenyang sampai Shah Alam tau.



Peewit. Makan kenyang-kenyang. Lepas ni tak payah berenti RnR dah. Jimat masa. Konon la kan.


Hujan lebat. Langit gelap.


Yeay. Dah sampai hotel walaupun sesat jugak. Hee. Biasalah kan. Dah namapun gamble. Sesat tu perkara biasa la (sedapkan hati)

Hotel tempat kami menginap. Good Hope. Kami sewa satu bilik je. Muat la kami yang kecik-kecik ni tido untuk satu katil tu.




Kami tido Good Hope untuk dua malam jer. Sebab time training opis book Hotel Laman Seri. Hotel ni luas gilew. Ada dua katil besar gabak.


Selesa sangat tido sini. Sebab tido lewat dan bangun awal jadi rasa tiada utiliti tido yang sebenarnya. Nak beli comforter yang lembut macam tu jugakkkkk.

Luas..Nak bawak famili tido memang sesuai.

Kami training sampai hari Jumaat. Malam Jumaat saya follow abang pegi umah akak di Putrajaya. Tido di Putrajaya satu malam. Hari Sabtu tolak balik Terengganu.



Alhamdulillah. Sampai Terengganu jam 5.00 petang. Terima kasih Tuhan selamatkan perjalanan kami.

^____________^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...