Pages

Wednesday, 27 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Tuesday, 26 November 2013

Cerita seram.

Salam uollss.

Saya ni suka jugak tonton citer seram. Cerita hantu ke atau yang sewaktu dengannya lah. Tapi stok-stok citer zombie ganas cincang mencincang tu aiolls tutup mata dengan tangan la. Memang takot nak tengok. Time nak sampai part kejam je tutup muka pastu dah takde sibuk tanya asben apa berlaku tadi? Dia bunuh ke? Huahaaha. Nak tau sangat kan. Tengoknya takooot.

En.beliau ni hobinya suka tonton muvie, so aiolls ni terpaksa la berhobikan mengumpul filem-filem untuk dia tengok. Isteri mithali sangat. Haha. Kadang-kadang sampai kul 2-3 pagi dia tengok muvie. Hari tu tengok citer Highland Tower. Mak aih. Seram tak hingat. Pastu mula lah takot nak pegi toilet *_____*. Takot nak pegi dapur!!

Malam ni dia bukak citer seram lagi. Sinister ke hape ntah tajuk dia. Takde la seram sangat. Bagi tiga bintang je keseraman tu. Pastu time nak kuar scene seram terkejut terus menyorok belakang suami itew. "Takutnyaaaa , janganlah keluar rumah, cepat-cepat masuk dalam rumah". Haha, kau dah kenapa mengalahkan pengarah pulak. Pastu asben pandang pelik.

"Dia berlakon je la. Dia keluar rumah tu penuh orang dengan camera man, pelakon lain, pengarah semua ada. Tu pun nak takottt" 

Choiii betol asben ai. Ai baru nak feeling takot menyorok belakang dia. Hahhaha.


Sunday, 24 November 2013

Entri membuang rasa lapar.

Salam uollss..

Laparnya. Dah telan roti ngan Dutch Lady Chocolate pon still lapar ni. Kau dah kenapa perut oii. Buang tebiat eh. Hari Ahad penat skit sebab kelas pack. Huhu. Berkejar kesinun berkejar kesini. Huhu lagi. Nasib baik bawak bekal siap-siap. So takde lah nak bazir masa pegi tapau makanan pulak. 3-4 hari ni rasa mood kelaut sangat. Masak pon takde semangat sangat. Tapi bab makan tu semangat jer. Lol!

Masak malam pon ala kadar je sebab now asben asyik balik lewat je dan dah makan siap-siap kat luar. So, kita yang makan sorang ni makan je apa yang ada, selera tekak sendiri kan, rebus telur makan ngan kicap pun sodap. Pastu godek-godek hp ada gambar-gambar makanan yang diambil masa mood ok lagi minggu lepas.












Erkk. Alhamdulillah. Kenyang tengok makanan. Thehehe.


Wednesday, 20 November 2013

Rumah untuk disewa.

Salam uollss.


Ehemmm. Entri ni agak panjang nak membebel. Hope korang sudi mendengar luahan masalah saya. Hikhik.

Dua-tiga hari saya gigih angkut sepupu en.beliau dan suaminya untuk carik rumah sewa. Sebab diorang duk sekampung ngan kami, dah masuk 9 tahun menetap situ haruslah dia banyak kenal warga kampung tuh. Kalau korang perasan saya pernah cerita rumah yang saya sewa ni ada beberapa kelemahan yang kami rasa tak bleh bla lah. Huhu. Maybe bagi korang kelemahan tu biasa-biasa jer kan setiap rumah sewa pasti ada kelemahan masing-masing. Tapi tak kisah kami cari rumah yang menyenangkan kami kan. Kami yang bayor sewa haruslah berbaloi kannnn.

Rumah saya duduk ni rumah kedai. Bawah kedai runcit rumah saya kat atas. Mula-mula nak cerita dulu pasal kelebihan rumah ni.

KELEBIHAN

1. Penyewa - Penyewa rumah ni adalah seorang pak cik yang sangat baik hati. Dia ada satu lot kedai dua tingkat, kat bawah dia bukak kedai runcit kitorang sewa di atas. Pak cik ni memang baik dan kadang-kadang kalau bayar sewa lambat skit pon dia tak kesah sangat. Bil api air kitorang pon dia tolong bayarkan, maksudnya kami bagi duit dia pegi bayar sebab katanya kami ni sibuk takut takde masa nak pegi bayar.
See, baik kan.

2.Kemudahan & Prasarana #sangatcikguBMgunayatprasaranahaha -  Okey. Sebab bawah tu ada kedai runcit, jadi sangat senang aiolls nak beli pape. Kejap-kejap garam takde tengah-tengah singgang atas dapur tu, turun kejap beli garam. Kat situ dekat jugak ngan kedai peralatan dapur dan rumah. Ada jugak cyber cafe. Siap ada spa lagi. Tapi tak penah pergi pon.

Yang penting ada WIFI FREE. Hehe. Dapat wifi KTW (Kampung Tanpa Wayar).

Okey. ada lagi ke kelebihan???

3.Saiz rumah - Rumah ni bentuk memanjang. Sangat besar dan luas. Tak larat aiolls nak menyapu. Lagi-lagi kalau nak mop lantai. Haduii, berpeluh tau kalau menyapu satu rumah. Kalau hp dalam bilik dan saya kat dapur konfirm tak dengar la bunyik hp tuh kan. Eh, macam kelemahan jer. Haha. Tapi baguslah rumah besar kan. Kalau orang ramai-ramai nak datang senang. Tapi ramai ke orang datang rumah kau Kak Jah??

KELEMAHAN

1. Tiada laman -  Yer, dulu saya sangat menginginkan rumah yang ada laman. Sebab saya plan nak bercucuk tanam konon, daun pandan, serai ke, kunyit, halia, lengkuas. Haha. En.beliau pon memahami hasrat hati saya. Tapi sebab tergesa-gesa sangat nak duk rumah sewa kan. Konon nak duk sementara hambik ko dah nak masuk setahun dah pon.

2. Tangga - Ada tangga sebab tingkat atas kan , takkan nak naik lif pulak. Jadi penat sangat turun naik. Tambah-tambah bila balik shopping barang dapur dua-tiga kali angkut. Pastu kalau teman en.beliau baiki kereta dia kat bawah. Kejap-kejap nak spanar, kejap-kejap mintak lampu suluh. Kalau berat badan ai turun takpe jugak kan. Ni makin naik ada lahhh.

3. Tiada balkoni - Dah nama kedai kan, sah-sah takde balkoni pon. So, kitorang ada satu bilik untuk jadikan tempat jemur baju. Satu bilik jadikan stor dan satu bilik tidur kitorang, jadi takde pun bilik khusus untuk tetamu kan. Sadis sangat.

4. Siaran TV - Tak tahu lah sebab kawasan atau memang tv kitorang tak support arial kecik. TV3 langsung tak boleh tengok Yang paling jelas hanya TV9 dan TV Hijrah. Yang lain tu mati hidup segan tak mahu. Eh, macam salah jer. Heheh.

5. Dapur - Dapur saya walaupun luas hingga boleh memuatkan 10 orang chef mungkin tapi tingkap dapur tu tinggi dari atas sampai kat sinki. Pastu dari hujung dinding sana sampai hujung sini kan. Kalau hari cuti saya masuk dapur waktu tertentu saja sebab panas sangat pancaran matahari.

6. Bil letrik dan air - Sebab rumah ni adalah rumah kedai, jadi tarif letrik dan air pon tak sama macam rumah biasa. Bil air biasanya RM15 ke atas pastu yang tension bil letrik la pernah sampai mencecah RM60. Huwaaaaa. 


*****

Pastu kan pastu kan nak cerita kisah seram tau...

Masa keluar ngan sepupu en beliau tu  adalah dia cakap ada satu rumah ni cantik sangat. Dah la cantik, besar pulak tuh. Eksaited la pegi tengok. Bayangkan harga sewa rumah tu RM250 je tau. Pastu bawak la sepupu en.beliau ke kawasan tu. Masuk satu lorong kiri kana semua rumah batu besar dalam pagar. Eh, tiba-tiba dada saya berdegup kenyang terus bulu roma meremang. TIBA-TIBA je kan. Sebab saya ternampak satu rumah kosong tepi jalan tu la tetiba je berdebar. Pastu en.beliau tanya la Abang Nazri (sepupu en.beliau) mana satu rumah yang dia maksudkan. 

Rupanya rumah yang buat saya berdebar dan meremang bulu roma tiba-tiba tu lah rumah yang Abang Nazri maksudkan.  Okeyy. Terus tak jadi lah nak sewa rumah tu. Perasaan berdebar tu punya kuat sampai kat luar jalan besar baru hilang tau.

Tapi bila en.beliau tanya kawan dia Ki memang Ki pon tak syorkan rumah tu. Macam ada sesuatu yang en beliau sembunyikan dari saya. Takpe, lebih baik tak tahu daripada tahu dan menjadi igauan. Kikikikikiki (bunyi gelak serammm)

Tuesday, 19 November 2013

Misi : Vakum satu rumah.

Salam uollss.
Semalam balik rumah tengok karpet rumah kita licin okey. Rupanya en.beliau yang vakum. Rajinnya awak hasben!!Hehe. Dalam ruang tamu ada dua karpet. Satu kat kusyen beli masa nak duk rumah sewa satu lagi karpet dalam bilik saya masa duk rumah mak. Bawak jugak sebab sentimental value sangat karpet tuh. Heheheh.

Cerewet skit la kalau hampar kapet neh. Asyik kena clear je kan. Aiolls ni dahlah TERSANGAT rajin kan. Kalau rajin seminggu sekali sapu, kalau kurang rajin dua minggu sekali, kalau tak rajin ada la sebulan sekali. Thehehe. Sampai penyapu pon dah rosak duk sental karpet *_____*. Kena beli penyapu yang sesuailahhh.

Rumah kitorang takde pon vakum. Tu en.beliau pinjam vakum bos dia. Macam best jer ada vakum comel kecik macam tu. Sape tau berapa harga dia? Hikhik.

Saya rasa saya ni macam tak suka la vakum, sebab bunyi bising. En beliau macam memahami je saya, dia yang vakum semua. Heyyy sampai kat dinding kat tile dia vakum. Lepas perasaan ke bang? Haha.

Pastu sambil vakum tu sambil membebel. Vakum karpet dia membebel, vakum kusyen dia membebel, pastu vakum dalam kereta pon lagi banyak dia membebel. Hehehe. Senyum je la. Dah tau kereta tu ai tau naik jer kan. Huhuhuhu.

Mekasih hasben meringankan keje ai. Pasni boleh la pinjam lagi eh bos en.beliau. Hehehe. 

Hari tu sebelum beli karpet saya terfikir jugak susah nak handle, tapi sebab berkenan corak dia bulat-bulat tu, matching plak dengan sarung kusyen tuh. Even color tak matching tapi dah kata berkenan kan. En. beliau biasanya dia sokong je saya bab-bab dalam rumah & dapur neh.

Takdelah licin bersih clear sangat pon kan. Tapi ok lah kan. Nasib baik tak snap pic sebelum dan selepas. Kalau tak pengsan korang tengok pic sebelum. Hahah.



Sunday, 17 November 2013

Kenduri kawen opismate.














Salam uollss..

Semalam pegi kenduri opismate. Lama dah tak pegi kenduri opismate neh. Asyik ada kekangan je kan.
Suka tengok baju pengantin =)

Takde pape nak cerita la. Tengok gambar je la eh =)









Comey je diorang neh beratur ikut ketinggian. hehe.







Eh, bdw suka tau deco kipas ngan doily paper neh. Saya plan nak deco jugak untuk adik ipar kawen nanti. Hope berjaya. Heheh.


Dah tu jer pon nak story. Daaaaa...

Ragam kanak-kanak.

Salam uollss.

Hari Jumaat my opismate datang rumah, datang dengan suami dan heroes. Wahhh sekejap masa berlalu. Rasanya macam baru je melawat Shauqi masa dia kecik hari tu, sekarang Saiful pulak ada. Hero u dah bertambah Kak Siti, hero i ni lambat benor, mummy tak sabar okeyy.
Saifullah sampai je terus mata tu kuyu jer. Terus tido. Tak sempat ambik gambar masa mata dia boolat. Hehee. Pastu bila dia terjaga letak atas riba aunty terus nangis. Tak cukup empuk eh ribaan aunty dik. Heheh.


Shauqi plak sampai je mata tu terus terpaku kat kereta en.beliau yang display atas rak tv. En.beliau hari tu masa hobi dia tengah menggila kat kereta tu main jugak sekejap. Pastu dah bosan simpan je atas tu. Nak beli sangat kan. Bazir duit jer tau. Grrrrr.

Mula-mula Shauqi tengok je, makin lama makin dekat, pastu tangan tu slow-slow gosok kereta. Hehe. Comel sangat gelagat tu aihhh. Pastu tengok kaum mak bapak rancak sembang dia pon main tolak-tolak atas rak tu. 



Pastu terus angkut kereta tu bawak turun bawah. Hehe. Ibu ayah dia cakap baru je balik dari pasaraya beli mainan lori. Dah namanya kanak-kanak kan. Haruslah dia berkenan je. Bukan dia fikir pon dah ada banyak ke, biarlah yang penting dia hepi kan.


Suka bila ada orang datang rumah. Meriah je, kalau tak ai kebosanan kat rumah. Lain kali datang lagi eh kawan-kawan =)


Wednesday, 13 November 2013

Weekend di rumah mertua.

Salam uollss.

Weekend yang lalu balik rumah mil. Asalnya kitorang plan nak ke Kuantan sebab sepupu en.beliau kawin. Tapi sebab takde orang jaga rumah so saya ngan en.beliau lah jaga rumah. Tak masak sangat pon sebab mil dah masak banyak, jadik panaskan jer. Hehe #nakcarikminyakpontakjumpa. Haha. Macam mana nak masak kan. Cari peralatan sambil tutup mata kan macam mana nak jumpa. Hahaha. So, lepak rumah mil je sambil tengok tv pastu bukak lappy siapkan kerja rumah. Bosan sangat kalau mil ngan adik-ipar semua takde. Wuuuuuu.

Pastu petang Jumaat ada adik ipar yang laki jaga rumah, so kitorang keluar jejalan ambik angin.

Dah takde koje kan. Semua menda nak snap. Kau dah kenapa.


Macam biasa la kalau pegi pantai haruslah singgah basahkan tekak dengan abc eskrem. Saya je la makan. En.beliau kan tak minum ais, so asyik duk order necsafe o panas je la.


 Tercerah la pulak gambar akhibat efek sinaran mentari kan. Thehehe. Eh, tudung tu suka sangat, lembut je, sejuk je pakai. Adik ipar hadiahkan kat kita. Suka suka suka. Pasni nak ajak dia pegi borong kaler lain pulak. Heeeeee.


Kat rumah ma ada banyak katalog, dari barang dapur sampailah katalog baju. So, kalau bosan aiolls akan belek-belek katalog, kalau dorang berkenan mesti tulis nama kat situ. So, hari tu ma pon suruh saya tulis nama sekali kat mana yang berkenan. Ma nak belanja kerrr??hehehe.


Aiolls pantang tengok kaler hijau terus berangan diri ini pakai beg tu pegi keja. Heee. Tapi asyik hijau jer kan. So, en.beliau cakap pliss la carik kaler lain pulak. Okey. baiklahhh.


Saya jenis simple orangnya, kalau pilih handbeg pon pilih yang simple jer, Suka hbeg tu sangat. Dalam gambar macam kaler jingga kan. Tapi dia tulis kaler pink. So, dan-dan aiolls tulis nama k.long situ. Haha.


Pastu belek-belek tengok yang ma dan adik ipar cop. Heyyy, 5-6 biji beg kot masing-masing cop. Muahaha.


Warna hijau lagik. Tapi yang ni ma cop. Cantik ma. Silakan beli okey. Nanti menantu balik tak nak bawak  handbeg konon-konon terlupa, pastu nak pinjam handbeg ma itueww. =p

Barang dapur periuk semua pun ada, pinggan mangkuk pon ada. Tapi aiolls rasa macam tak penting sangat. Semua dah ada cukup. Kalau nak beli pon bukan keperluan tapi lebih kepada kehendak kan. So, tak nak bazir duit. Ewahhh..motivasi diri nampak.

Tapi bukak je katalog cadar-cadar ni terus motivasi melayang entah ke mana. Hehehe. Yang mana berkenan di mata terus cop tulis nama. Heehehe. nak belinya entah bila, yang penting kita cop dulu boleh. Haha.



Huhu. Sekejap je balik rumah mil. Tak puas pon rasa. Next time nak cuti seminggu balik rumah mil boleyyy? Kau ingat opis tu bapak kau punyer kerrr?? 

Tuesday, 12 November 2013

Tam Spider reply komen?

Salam uollss..

Lama tak bersiaran kan. Weekend balik rumah mak mertua pastu masuk kerja terus membizikan diri. Balik kerja malam tak larat dah nak bukak lappy.

Stress jugak dengan hp ni. Nak update blog via hp pon susah benor nak upload gambar kan. Terus masukkan wish list nak beli hp yang sesuai skit untuk update blog. Thehehe. Wish list untuk tahun depan la. Hp saya pliss jangan merajuk lagi tau. Apapun awak tetap yang terbaik untuk saya. #tetiba. 

Apapun tetap boleh bw dengan senang hati. Pastu kan, hari tu saya ada lah post pasal Tam Spider kan dalam ENTRI INI. Eh, eh tengok-tengok ada orang komen!! TAM SPIDERRRR!!

Tapi dada ni tak berdegup kencang pon. Biasa-biasa jew kan. So saya anggap ada la tu tangan nakal yang gatal saja nak test kita. Kan. Kan.

Baik ngaku CEPATTTT!!!


Saya tengok kat Search keyword tu ada orang google pasal 'Gambar Terbaru Anak Tam Spider'. So ada kemungkinan orang tu jumpa page saya dan gatal tangan nak nyamar jadi Abang Tam kiterrr. =p


Tak percaya tak percaya pon tetap screen capture kan. Muahaha.

Tak kisah lah siapapun dia even dia memang sebenar-benar Abang Tam atau dia hanya seorang yang bertangan gatal saya tetap nak ucap TQ sebab menaikkan pageview saya. Kehkehkeh.


Kemudian nak cerita yang malam tu tengok Muzik-Muzik Semi Final. Masa tu saya duk sorang umah mak mertua. Duk kat dapur basuh pinggan sebab masa tu tengah iklan kan. Pastu macam familiar je intro muzik tu, macam best jer. Thehehe. Terus berlari masuk ruang tamu dengan tangan bersabun tinggal semua pinggan mangkuk kat sinki. Nasib baik mak mertua takdekan. Hehehee.



Yup. Itulah saya. Dari zaman kanak-kanak lagi masa start minat Spider dengar je lagu kat radio mesti gegas-gegas ke dapur nak dengar lebih jelas. Sebab radio kat dapur. Pahadal duk dalam bilik tu dengar jer. Hahaha. Terutama lagu Relaku Pujuk. Sebab lagu tu ada kenangan sangat kan.