Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 24 February 2013

Terima Kasih Tuhanku..

Tuhanku...
Andainya kesakitan ini bisa menghapuskan dosa-dosa ku aku terima seadanya YaAllah.
Cuma ku mohon padaMu agar engkau kuatkan semangatku untuk menerimanya seikhlas hati
dan kuatkan imanku agar aku terus bisa sujud padaMu..

Ameen.





Thursday, 21 February 2013

Tropicana Twister.

Salam uollss.

Tropicana Twister ni best kan. Rasa sweet sour gitu.

Selalunya mata sentiasa bergayut oleh syaitonn. Setiap hari pasti terlelap mungkin sebab letih sangat kot. Letih fikiran dan emosi. Tapi pagi tadi beli Twister ni terus mata segar bugar. Mencatat rekod tidak terlelap. Ewahh. Rekod la sangat kan.


Alkisahnya di sebuah kedai menjual Twister.

Saya jenguk-jenguk dalam fridge kedai tu ada dua botol twister yang duk bersebelahan. Satu botol berharga RM2.60. Satu botol lagi berharga RM3.00. Saya bawak duit cukup-cukup RM3. Berlenggang kangkung tanpa bawak wallet.
Terus saya terpikir kalau ada dua harga yang tak sama baik amik harga yang lagi murah kan. Hikss.
Bawak botol Twister berharga RM2.60 ke kaunter.

Abang kaunter scan harga..
"Tiga ringgit kak"
Saya tunjuk botol kat dia.."Ni tulis RM2.60"
"Eh,yeke kak. Takpelah" Dia pulangkan baki 40sen kat saya.

Hehehe..So, moral of the story kalau ada barang sama dengan harga yang berbeza sila ambik harga yang lebih murah. Tapi hanya boleh praktik di kedai-kedai kecik sahaja. Heee. 


Wednesday, 20 February 2013

Camping at Air Terjun Chemerong.

Salam uollss..

Entri ini untuk aktiviti cuti CNY yang lepas. Semuanya dirancang saat-saat akhir. Asalnya kawan en.beliau ajak pegi Cameron nak release tension katanya. Ai dalam hati sangat-sangat melonjak keriangan. Tapi al-maklumlah bajet tak menyebelahi. So, pegi release tension di tempat yang dekat saja. Tapi menarik hati. Melonjak keriangan dengan suasana yang super nyaman dan menenangkan.
Auuwww. Bermadah pujangga gituee..

Here we go...Air Terjun Chemerong. Ehem. Kalau korang godek-godek entri yang lepas saya dah pernah dah datang sini. Tempat yang tak pernah mengecewakan. Sangat kagum dengan kuasa Tuhan mencipta suasana yang indah sebegitu rupa. Subhanallah.

Kitorang bertolak pagi. Takdelah pagi sangat pon. Around 10am kot. Masa tu langit macam terkandung air dah. Tapi teruskan jugak lah. See gambar atas tu nampak air terjun. Nampak tak? Tak nampak sila pakai kanta. 

Dah sedia maklum hari cuti umum opcos la ramai orang kan. Kitorang selamba jer parking block kereta orang lain. Nak wat macamne dah parking sardin sangat kan. Sampai je jumpa pegawai yang handle pasal camping neh. Dapat harga RM2 untuk satu kepala. Cari tapak yang sesuai.

Ni area camping. Sini mini air terjun khusus untuk kanak-kanak jer mandi. Yang untuk dewasa punya sebelah sana. Tapi kali ni takde gambar sebab tak bawak hp n kamera pon mandi ke sana.


Pegawai tu cadangkan kami bina tapak sini. Sebab tempat tu dah dibuat khusus untuk khemah. So kalau tido badan tak bertilamkan akar-akar pokok. Tapi tempat tu tak best sangat. Sebab jauh dari air mengalir. Susah nak pantau anak-anak main air. So, kalau boleh nak dirikan khemah di gigi air terjun. Senang nak basuh pinggan mangkuk periuk, senang nak pantau anak-anak. Ewahh demand kau yerk.

So, pusing-pusing area tuh. Masa camping ni ada satu keluarga besar camping jugak. Family day. Dorang punya khemah sangat lah banyak macam perkhemahan pengakap lagaknya. Siap ada pertandingan karaoke lagi tuh.

Kemudian dah cop tapak pegi angkut beg dan barang masing-masing.
Hover. Macam nak daki gunung dah laki ai.



Amna anak umi yang sangat rajin. Rebut-rebut nak tolong umi angkat barang..

Weeee..Dah jumpa tapak yang sesuai. Betul-betul dekat gigi air. Bukak pintu khemah terjun dalam air. **errr..air untuk kanak-kanak saja.

Tak sempat menyempat tukar baju. Terus turun tangkap ikan.

Kebetulan pulak ada unggun api kat situ. Maybe orang sebelum kitorang bbq situ kot. Set up betul-betul jadikan tungku untuk masak. Carik kayu api jom...

Sementara kaum laki siap bina khemah, yang pompuan tanak nasi untuk makan tengahhari. Kaum kanak-kanak dah terjun air dah.


Bestnya. Rendam kaki dalam air terjun yang mengalir rasa hilang semua stresssss
(stress banyak sebab tu banyak ssss)

En.beliau dan mula berjinak-jinak tanak nasi. Eh, lepas ni kalau saya outstation awak boleh masak sendiri kat rumah eh. Heeeee..

Nasi dah masak jom goreng ayam pulak. Tungku ada satu je. So kena masak bergilir-gilir hokeh. Menu hari ni adalah nasi putih +ayam masak merah +telur dadar. Heaven!!


Kanak-kanak suka sangat mandi manda sampai bibir biru pun tanak naik lagi.


Amna anak umi..^__________^


Malam. Bertuah badan rezeki kami camping kat tapak tuh. Coz jiran khemah kitorang baik sangat. Siap bagi pinjam lampu lagi.

Makan malam adalah meggi. Sedapnyerrr. Makan meggi masa perut kelaparan adalah sangat nyummmyyy.


Malam tu takde aktiviti sangat pun. Budak-budak tido awal sebab penat sangat mandi. Actually semua kot mau tidur awal sebab penat. En.beliau pulak mancing dulu. Mancing kat area kanak-kanak mandi tadi. Banyak ikan duk berenang-renang dalam tuh. Just for fun jer.


En.beliau dapat dua ekor ikan. Weee. Then lepaskan balik ikan tuh. Tak kan nak gulai kot kan.


Siang hari aktiviti santai. Pagi tu terus masak nasi berlauk. Masak lauk sardin + telur dadar.Hujan turun membasahi bumi. So, nak mandi sejuk sangat air terjun tuh. Duk termenung je tengok air mengalir.
Damai. Nyaman. Tenang.








Kedinginan yang masih terasa.

Lepas makan kemas-kemas khemah terus pulang. Singgah tepi jalan snap potret keluarga. Theeee..




Sunday, 17 February 2013

Kanak-kanak riang in da house!!

Salam uollss..

Hari tu akak n famili datang umah. Bawak anak teruna dan anak-anak dara sampai riuh satu umah i yang kecik tuh. Best sekali sekala dengar suara kanak-kanak menjerit dalam rumah.
Eh, kalau hari-hari iolls lagi suka kan. 


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...