Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 31 March 2013

Lunch hari ini.

Salam uollss.

Pagi tadi malas sangat nak masak untuk bawak bekal. Pastu baru teringat dalam peti ais ada lebihan mihun semalam. LEBIHAN MIHUN SEMALAM okeh. Ni kes masak mihun pastu saya makan sorang. Haruslah berlebih-lebihan kan. En.beliau pulak jarang breakfast so, jadi breakfast peti ais la jawabnya. Nasib baik ok lagi. So, panaskan bawak gi opis. Ingat nak makan lunch tapi takut basi pulak. So, makan untuk breakfast la jawabnya. Tengahhari beli kat kedai depan opis.

Nak makan nasi kenyang sudey. Jadi beli laksa penang jer.
Laksa Penang = RM2.50


Pastu batuk-batuk neh tak bley la minum ais kan. Minum air barli suam jer.
Air Barli = RM1.00


Mempelam ni tawar. Boleh la makan. Kalau masam tiga hari sengal gigi hilang kan.
Mempelam = RM2.30

Kuih muih.
Cream Puff. RM1 = 4 biji

Total lunch = RM6.80
Fuh. Lunch hari ni cukup rasa ada. Masam +Manis+Tawar+Pedas.
K.Bye!


Saturday, 30 March 2013

Sepetang dengan macam-macam gelagat

Salam uollss.

Hari ni adalah hari membeli-belah. Beli barang-barang dapur aiolls. Biar penuh stok untuk sebulan. Baru puas hati saya kan. Eh, bencik betul kalau ke pasaraya time weekend. Parking ya ampun. Dengan gelagat macam-macam isi kepala. Yang nak cepat sangat-sangat sampai tak sempat menyempat nak masuk parking nasib baik tak langgar bontot kereta kiteww. Sabor pok cik! Yang nak lambat sangat-sangat pon ada sampai bawak kereta 20km/j. Kalau kereta tu ada sticker L saya boleh terima lagik. Haruslah en.beliau membebel kan. Sabor jela.


Kemudian balik beli-belah singgah rumah mak. Makan pisang goreng-sembang-sembang petang-gossip time-minum tea o panas. Owhh..rasanya satu jam tak cukup.

Nak balik je mesti ketiga-tiga ekor ni menyibuk atas jalan raya, takpun lepak bawah kereta. Langsung tak takut bunyik enjin. Kena usung bawak lari jauh sikit pastu naik kereta cepat-cepat pergi sebelum mereka datang balik. Suka benor lepak bawah kereta tau.

Ini mak dorang. Ayah jumpa kat pasar. Pastu ambik bawak balik rumah. Lahir lah dua ekor anak yang sangatlah buas. Eh, namanya kucing kan haruslah buas. Takkan nak duk diam macam siput pulak kan.



 Eh, meaw, tu santan la bukan keropok!


Dah lama tak ke Kedai Dua Ringgit. En.beliau ajak pegi katanya nak carik wax tayar kereta. Tup-tup habis jugak RM38 ringgit beli itu ini. Danger betul kedai RM2 neh. Bawak RM10 pon tak cukup.

Eh, ternampak asam neh. Terliur aiollss. Terus angkut.


Lepastu en.beliau bersungut perut lapar. Tak tau nak makan apa. Terus terpikir nasi minyak kat area rumah sewa tuh. Nasi minyak mabeles. Dah dua kali pegi tapi nasi minyak habis. Yelah terjah jam 10 malam kan. Hari ni jam 7.00 dah pegi. Yeayy. Dapat jugak makan.

Alhamdulillah kenyang.


Eh, hari ni Sabtu kan. Maknanya esok dah ari AHAD lah!!!

Ikan bakar oh ikan bakar.

Salam uollsss..

Alkisahnya itu hari  kan mengikut plan en.beliau dan rerakannya untuk camping. Camping kat pantai. Eh, agak-agak jadi ke nak camping? Kat pantai pulak tu. Melekit-lekit la kena wap air pantai jawabnya. Huhu. Macam biasa, kawan en.beliau yang sponsor semua. Kitorang bawak tenaga saja. Mekasih. Semoga murah rezeki Abang Ki  tau.


So, di malam yang sepi kami menerjah Pantai Tok Jembal. Masa ni around 10.00 malam la.
Pusing-pusing cari lokasi yang strategik barulah berenti parking.
Parking bawak pokok yang ada tebing batu-batuan tu. Ari tu pantai tu terhakis. Kemudian diorang letak batu-batu besar nak elak hakisan lagi. Best jugak duk kat pantai neh. Angin sepoi-sepoi jer. Nyamuk pun takde. Bulan plak tengah mengambang elok kan.
 
Bagus jugak ada batu-batuan tu so, bakar ikan atas batu tuh. Eh, kami pinjam tiang bendera tu wat sangkut mentol lampu. Boleh kan? Muahahaaha.
Ni kira adik beradik ikan pari. Rasanya tawar sikit la. Kalau isi ikan pari manis skit. Tak ingat pulak apa nama ikan neh. Tapi cicah ngan air asam. Owhhh. Sangat lah mabeless.

Banyak jugak kami bakar ikan dat nite. Penuh satu bekas merah gambar bawah tuh. Macam-macam jenis ikan pulak ada. Ada jugak yang tekak tak bleh terima. So, opkos la my asben yang habiskan. Muahaha.


Nak jugak bakar ikan kan. Tapi aiolls bab-bab bakar ikan ni fail sikit lah. Haha. Sori yer. Makan ikan bakar memang terror..bab bakar fail!.Aiolss nak jadi tukang ambik gambar jer boleyy??


Ni baru lah betul tukang bakar. Suka sangat dia neh bab-bab bakar neh.
Kena lah kontra kan. Ngehngeh.


Saya hanya berjaya habiskan empat ekor ikan. Plus siang hari dah penat kat opis kan (ehem.penat menunggu) jadi jam 12.00 tu rasa badan dah lenguh sangat yang amat. So, duk je melepak tengok diorang bakar. Budak-budak pon dah landing atas tikar.


Jam 3.00 am jugak kitorang balik. So kesimpulannya tak camping pon kat sini kan. DUk sini 2-3 jam pun badan dah melekit-lekit kan. Balik je la jawabnya.

=)



Eskrem = Ubat sakit tekak

Salam uollss..


Eh, iyeiye jer kan cakap eskrem tu ubat sakit tekak. Marah dokter baru tahu kan. Hari ni saya rasa pelik semacam jer. Ditambah pulak cuaca yang sangat panas rasa pening kepala + panas badan. Eh, tapi bila sentuh tekak ni ok jer. Tak panas pun. Cuma panas dalam la. Makan pun tak selera dah. Jam 4.00 petang baru makan nasi. Tu pun makan terpaksa kan.

Kemudian duk khusyuk tengok Galaksi malam tadi en.beliau call suruh bersiap nak ajak keluar.

"PEGI BELI ESKREM"


Haha. Fine.

Eskrem kedai runcit bawah tu tak menarik sangat lah. Takde coklat + vanila.



Mekasih asben. Tapi sakit tekak tak hilang jugak. Wuuuuu.


Friday, 29 March 2013

Style makan burger.

Salam uollss.


Eh,macam mana korang punya style makan burger ha? Ada tak macam saya? Makan roti 2 keping atas bawah tu dulu kemudian baru makan kepingan ayam. Nyumnyum. En.beliau cakap kalau makan macam tu baik tak payah makan burger kan. Eh, ai punya perut la kan. Sukati la nak makan style macam mana pun kan. Yang penting perut kenyang. Blurp. Alhamdulilah.



##Entri nak post malam tadi via henfon. Tapi intenet hp tu macam siput je kan. nak uplod pic fail memanjang.Adeh..


Thursday, 28 March 2013

Makan-makan tyme!

Salam uollss..

Hari tu kat opis wat makan-makan. Masing-masing setiap jabatan bawak makanan masing-masing. Ala-ala pot luck la kan.

Koktel. Ni jabatan kami yang bawak. Rasa jugak segelas koktel.

Rojak buah. Sedap jugak. Tapi saya rasa mempelam tu je. Masam gileww. Nyum. Nyum. Makan satu hiris jer. Sebabnya takut gigi sengal sampai tiga hari kan. Eh, over gigi ni tau.

Air asam boi. Sedapnya. Masam manis gitueww. 3-4 gelas kot minum. Haha.


Pulut panggang. Tak sempat rasa jugak. Sebab makanan lain dah penuh perut kan.


Mihun goreng Singapore katanya. Nyumnyum. Sedapnya. nak gugel resepi lah!!
Tu ayam bakar dan sosej bakar kaum-kaum adam yang bakar. Tapi aiolls makan sosej jer.
Perut penuh. Bye.


Kuah rojak? eh, kuah rojak ke namanya? Pekat likat ai like. Eh, tapi tak makan jugak.
Nanti nak terjah cari brand ni.


Buah pauh yang masam itu. Owh. Masih terasa masamnya.



Jelly kelapa. Pon tak sempat nak rasa.



Eh, gambar spageti takde lah. Yang penting spegeti tu sedap yang amat. Bye!!





Tuesday, 26 March 2013

Camping lagi??!!

Salam uollss..

Malam tadi tiba-tiba en.beliau cakap..

"Malam esok balik kerja siap-siap barang untuk camping deh"
"Camping? Kali ni kat mana pulak neh?!!"
"Camping kat pantai jer. Dirikan khemah, unggun api, bbq dan lain-lain"
"Malam esok maksudnya malam SELASA??..waaa..hari RABU kerjalah."
"Takpelah. Kul 5.00 am kita balik la rumah"

Adoilah korang neh. Tau lah musim cuti sekolah tapi saya tak cuti. Waaaaa.

Tapi best jugak camping..Huhu..Rindu Chemerong!!




Sunday, 24 March 2013

Weekend lagi..

Salam uollss..

Eh, setiap minggu ke kena up entri pasal weekend ni ha?

Dis week kawan saya merangkap jiran sebelah umah kawin. So, malam Khamis en.beliau hantar balik umah mak. Nak meraikan majlis akad nikah beliau. Inilah kawan sejak dari kanak-kanak, main masak sama-sama, pegi sekolah jalan kaki sama-sama, pegi tuisyen malam naik basikal sama-sama. Now dah kawin dah. Cepatnya masa berlalu. Rindu zaman kanak-kanak dolu-dolu ^_______^

Malam Khamis tido umah mak. Heaven boleh tengok TV3. Almaklumlah umah kita sampai ke sudah tak dapat siaran TV3 yang clear. Wuhuhu..Hari Jumaat sebab takde aktiviti sangat jadi balik ke rumah sendiri sebab nak mengemas umah. Start jam 3 ptg sampai lah jam 7 ptg saya mengerjakan rumah. Penat gileww kot. Sambil bukak You Tube link ke tibi. So, mari kita karaoke!! Adalah lebih 10 buah lagu jugak tuh. Nampaknya kena beli mic dah neh. Muahaha.


Kemudian dah habis mengemas standby untuk masak makan malam barulah asben balik dari rumah kawan dia. Suruh bersiap sebab nak pegi makan malam kat rumah kawan dia. Eh, tau-tau je aiolls penat nak masak. Eh, sebenarnya malas jugak nak pegi sebab dah tau konfirm akan jadi Cinderella, kul 12 baru balik. Tapi kesian lah kat en.beliau. Time kawan-kawan tanya "kenapa tak bawak 'orang rumah' sekali" macam-macam alasan diberinya sedangkan saya yang malas nak pergi. Sob.
En.beliau pulak cakap 'anak kita pon ada'..saja nak bagi aiolls pergi dengan hati yang ikhlas kan.
Terus hepi. Rindu anak umi =)


Sampai je budak-budak tengah main. Main titik-titik. Macamne eh, nak explain. Korang pun sure pernah memenuhkan buku latihan matematik korang dengan macam-macam permainan kan. 
Diorang pun tanya la "Umi masa kecik umi main ape je"
So, terus ajar diorang main SOS. Eh, pun tak tau nak explain macamne. Suka sangat diorang dapat game terbaru. Terpaksalah umi flash back balik game yang umi main zaman kanak-kanak dulu nak bagi idea kat diorang.



Ok. Dah bosan main diorang suruh umi bagi test pulak. Test matematik. Muahaha. Layan jela.

Cepat jawab. Cikgu bagi masa 10 minit okeh. haha. 

Amna anak umi in da house yeayy!!

Then ikan pari bakar dah siap terus makan nasi. Ampunkan saya bang letak gambar neh. Ahakz. Awak tak baca belog saya kan.

En.beliau kan tak makan ikan pari. Jadi kami ambik ikan neh. Tak tau apa nama spesis nih. Tapi rasanya sangat manis. Fresh gitu. Sebenarnya kawan en.beliau baru balik dari laut. Banyak jugak ikan yang diorang dapat. So, bakar ikan tu semua.

Dah makan layan tv jer. Amna tak boleh tengok umi santai-santai atas kusyen.
Mesti datang nak baring kat riba umi.


Me and Amna.

Amna : Umi sebab pe umi sokmo (selalu) ikut papa. Papa pakai hijau umi pun pakai hijau.
Umi : **Speechless**

Pastu layan dia duk bercerita pasal sekolah. Pasal kawan dia, pasal cikgu sekolah. Macam-macam lagi lah.


Pastu bila perasan umi ambik gambar terus smile. Suka sangat bergambar dia neh. Siap posing macam-macam aksi. Amna oh Amna..





Here we go. Dua-dua sebenarnya suka bergambo. Berphotogedix. Ahakz. Even masa ni dah 11.10 pm. Jam atas tu betul ok. Mata diorang ni segar lagi. Aiollss ni mata dan nak kuyu dah.


Haha. Ini buktinya!!

Ok. Macam sudah dijangka. Menjadi Cinderella lagi. Jam 12 malam baru lah balik rumah. Tapi Cinderella ni versi kasut tak tercabut atas tangga pon kan.

Hari Sabtu pulak en.beliau keje. Waaa. Dah lah dia janji nak bawak kita pegi kenduri skulmate. Sedeynya tak dapat pegi. TAY cepatlah sembuh. I need u.Sobsob.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...