Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 31 July 2013

Berbuka dengan Nasi Kerabu di Bazar Taman Syahbandar

Salam uollss.

Motif bagi tajuk detail sangat kan. Tak perlu cerita pape orang dah paham entri dengan hanya baca tajuk. Hiks.. Okey nak cerita hari tu saya mengidam sangat nak makan nasi kerabu. Ehem. Janganlah salah paham. Asal sebut mengidam je mesti fikir arah lain kan. Okey teringin nak makan nasi kerabu. Tapi dengan syarat nak makan nasi kerabu tu kat luar bukan kat rumah. Now teringin siap ada syarat bagai kan. Haha.

Saya kan dah bagitahu azam kali ni tak nak membazir beli belah di bazar. Tapi ada kala teringin pergi jugak. Macam hari tu berbuka dengan opismate. Beli makanan kat bazar pastu berbuka di taman. Masa tu bayangkan kami sampai lewat, dengan jam lagi, parking jauh jalan kaki nak menangis okey terbayangkan periuk nasi kerabu licin. Bayangan menjadi kenyataan. Empat gerai nasi kerabu licin. Sudahnya beli nasi beriani yang takde rasa pape. Sedeh sangat.

Kemudian nekad nak pegi lagi. Bukan senang nak set up masa dengan orang paling sibuk ni semata-mata nak ajak berbuka kat luar kan. Hehe. Sibuk sangat kononnya. Jadi kami menerjah jugak weekend yang lalu. Datang awal sikit takut kempunan lagi kan. Jumpa je gerai pertama terus beli.

Nasib baik rasa nasi ni adalah tidak menghampakan.

Hamboi. Mula-mula janji nak beli nasi kerabu je. Pastu beli murtabak jer. Kemudian masuk je bazar tu nampak itu sedap, nampak ini sedap. #Hoii kau mengalahkan orang puasa jer kannnn. Nafsu positif berbisik kecil. Hehe.


Siap beli dan balah terus menuju ke Taman. Makan kat taman. Lupa bawak tikar atau surat khabar pulak. Takpe kita landing atas simen ni suda. Ala-ala musafir di Aidilfitri gitu.
Kitorang berdua tak minum ais. Saya baru sekali minum ais dibulan Ramadhan ni. Tahniah diri sendiri yang kental menahan nafsu ais. En.beliau lagi la tak minum langsung kan. Jadi kita beli air soya suam.

Bau murtabak yang menusuk hidungku. Terus beli murtabak sebijik. Tupun makan tak sampai suku. Bungkus bawak balik rumah la jawabnya.

Kemudian ni adalah feveret en.beliau. Sedeh sangat awak ni ayam bertulang tu pun makan kan. Aiolss dah bosan tengok ayam ni. Hari-hari kot menu kita ayam kan. Macam mana nak kurus neh. Hakhak.


Dengar jer bunyi bedil terus makan. Sedap jugak nasi ni. Alhamdulillah nasi kerabu pertama di bulan Ramadhan. Pasni tak kisah la tak dapat makan pon. Kempunan dah hilang dah.

Muka kelegaan sangaaaatttt kannn.




Saturday, 27 July 2013

Popia Sira Perisa Kari

Salam uollss.

Hari ni Sabtu. Bosan duk kat rumah sorang-sorang. Mulalah nak beraksi kan. Eh, beraksi macam pelik je bunyik kan. Hewhew. Beraksi di dapur jer. Seminggu lepas kot saya beli kulit popia tu. Tersadai je dalam peti ais. Ingat nak goreng popia tapi bila nak buat tu asyik bahan tak cukup je kan. (alasan je sebenarnya. hehe). Lalu gigih la nak buat popia nestum tuh. Ramai jer orang jual kan. Tapi sebab saya nak try buat sendiri. Tak pernah pon orang rasa air tangan saya membuat popia neh. Hampoiii air tangan la sangat kan.

Tapi nestum takdepon. Dan malasnya nak bersiap bagai turun ke kedai. Lalu kita tukar la plan buat popia sira. Bagitau en.beliau. Dia pon setuju je sebab dia tak pernah makan dan nak tengok sendiri macam mana bentuknya. Eh, rupanya en.beliau baru tahu popia goreng tu orang buat guna kulit popia ni je buh bahan-bahan gulung lipat goreng. Boleh pulak dia ingat susah nak buat popia goreng tuh. Hakhak. Kesian. (eh,korang paham ke cerita saya neh?)

Ok dah. Jom kita ke dapur. Ewah ajak ke dapur macam kau jadi pengacara ketuk-ketuk ramadhan kan. haha. En.beliau cadang letak serbuk kari ngan daun kari. Dia imagine rasa dia sedap skit kalau rasa kari. Alahai. Okey aiolls ikut je kalau tak sedap salah awak okey.

Kita takde guna lidi ke apa ke untuk gulung popia ni. Guna jari pon boleh je. Jadi almaklumlah ada yang besar kecik sederhana. Variasi saiz gituew.


Ni la rupa popia yang kita beli last week. Saiz kecik. jenuh la nak gulung kan. Kalau beli saiz besar boleh banyak sikit.


Lepas tu goreng popia ni. Eh, ni kejap bagi resepi kejap takde resepi kan.

Ok. Ok. Kita bagi resepi mudah senang ringkas ini.

Kemudian goreng sambal pulak. Senang je macam buat sambal-sambal lain jugak.

1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak.
2. Masukkan bawang besar + bawang putih yang dikisar.
3. Tumis lagi sampai harum semerbak.
4. Versi saya letak kari kan, so buh la serbuk kari yang dibancuh dengan air panas.
5. Letak daun kari sikit nak bagi bau kari kan.
6. Jangan lupa perasa garam dan gula. Gula kena lebih sikit. Kalau suka letak perasa lain macam ajinomoto ngan kiub ikan bilis tu silakan.
7. Ok. Agak-agak dah sesedap rasa bolehlah sebatikan popia tadi bersama-sama sambal tu.
8. Jangan lupa masukkan la ikan bilis yang digoreng garing. Lagi best kalau buh kacang tanah yang dah digoreng dan bijan. Tapi dua-dua tu saya takde so letak ikan bilis pon dah memadai.

Ehem. Cili kisar tu tak pedas sangat pon. Kalau nak bagi pedas skit tumbuk cili padi dua biji tumis sekali la. Jangan la banyak sangat. Karang habis orang datang beraya kat rumah sakit perut. Hehehe.

Okey siap. Angkat tunggu sejuk sikit kemudian letak dalam bekas kedap udara.


Ala..penat duk menggulung tadi banyak tu je yang dapatnya. Dah la tak tau sempat nak makan untuk raya tak ni. Karang bosan tengok tv terus duk mengunyah kan. Ok. Jadi saya berazam untuk buat lagi sampai penuh bekas tu. K. Bye.



Friday, 26 July 2013

Rezeki di bulan Ramadhan. Menang dua Giveaway =)

Salam uollss.

Hari tu kan saya gigih join Giveaway. Saja nak memeriahkan acara. Takde nak mengharap sangat sebab sebelum ni banyak kali join contest n giveaway tu pun baru sekali menang.




Hehe. Tu je satu-satunya contest yang saya menang.


Kemudian menang Giveaway pulak.

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Number bertuah adalah 187
Dapat topup RM10. Yeayyy. RM10 tu tahan seminggu dua jugak la kan. Hehe. 

Kemudian join pulak Giveaway dari Emas Putih neh.
GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Jeng jeng jeng..

Number bertuah adalah 276 dan hadiah saya ditaja oleh Fiey Ahmad.


Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan =)







Iklan Raya PETRONAS 2013 : Jahit


Salam uollss..

Biasanya tiap-tiap tahun mesti menanti-nanti iklan raya Petronas. Sebab iklan diorang very da tacing. Terus termengalir air mata tersentuh ini. Ewahhh. Emosi betol. Tapi rumah aiolls ni  tak dapat siaran TV3. Godek-godek Youtube jumpa lah iklan raya neh. Eh korang , iklan ni ke kuar kat tv3 sekarang eh?


Tersentuh hati kan. Tacing habesss. Eh, ke aiolss je sorang-sorang tacing neh.

Wednesday, 24 July 2013

Berebut nak raya di kampung masing-masing.

Salam uollss.


Eh, tajuk entri tu tak berkait dengan kitorang tau. Pon nak bagitahu kan. Kitorang ok jer. Open minded gitu. Tapi lagi bagus kalau raya 1st tu kat umah saya dulu kan awak. Haha. Open la sangat kan. Ini kali ke-2 kami beraya sebagai suami isteri yang sah disisi agama.



Dan YES!. Alhamdulillah dapat en.beliau yang super tak kisah nak raya mana dulu. Even dia anak sulong anak manja ma nya. Dan dia pon Alhamdulillah jugak kot dapat puan isteri yang ikut je kemana dia nak beraya. Nak jugak kan. Haha. Tapi yang susahnya adalah bila masing-masing selalu takde kata putus macam tahun lepas punya cerita. Awal lagi konon-konon dah plan nak raya kat kampung siapa dulu kan. Rasanya dalam sebulan kahwin tu pon ada kot kami diskus. Gilew kau masa tu kawin kan bulan MAC. Haha. Nampak tak semangat disitu.

Saya : Kita nak raya mana dulu tahun ni b?
Dia : Tak kisah la mana-mana pon. Syg rasa mana dulu?
Saya : Tak kisah la. Syg ikut jer mana-mana pun.
Dia : B pun tak kisah. Boleh belaka.

Lalu?? Kita nak raya kat mana??Kita pegi raya ke Kuala Lumpur jer la nakkkk. Haha. Motif kan.

Begitula. Tapi akhirnya kami berjaya membulat keputusan.

Raya Pertama : Kampung saya
Raya Kedua - Raya Keempat : Raya di kampung en.beliau di Air Lanas Kelantan (sebelah emaknya)
Raya Kelima & Raya Keenam - Raya dikampung en.beliau di Bachok Kelantan (sebelah ayahnya)

Kemudian barulah balik kampung saya pulak.

Buat pengetahuan korang family en.beliau duk daerah Dungun. Saya pulak Kuala Terengganu. Dalam satu jam sampailah kalau tak jem kan.

Alkisahnya tahun ni pon sama. Awal-awal tahun hari tu saya dah tanya tahun ni nak raya kat mana kan. Macam biasa jugakkah boleh copypaste je perbualan kami kat atas tu. Tapi dalam bulan puasa ni barulah kami membulat tekad.


Raya Pertama : Beraya di Dungun. Sepanjang puasa ni kami tak sempat balik berbuka bersama famili in law jadi dua hari sebelum raya InsyaAllah dah balik ke Dungun. (Eheemm. Tapi sebenarnya saya harap lepas berbuka baru bertolak balik Dungun sebabnya abang kakak dan anak-anak buah sampai petang itu. Nak sangat berbuka ramai-ramai dengan dengan diorang)


Raya Kedua - Raya Kelima : Balik ke Kuala Terengganu di rumah saya la pulak kan. Tapi tahun ni dah duk rumah sewa. Mungkin tak tidur rumah mak pun. Tidur rumah sendiri suda. Raya ketiga ayah buat kenduri arwah kat rumah. Sebab tu raya kedua dah balik Kuala Terengganu. nak tolong apa-apa yang patut kan.


Raya Keenam & Raya Ketujuh - Saya dah masuk kerja dah. Tak perlu la nak bold kan. Haha.

Raya Kelapan - Raya Kesepuluh - Beraya di Dungun. Amboi raya sakan nampaknya. Haha. Balik ke Dungun semula sebabnya adik ipar bertunang hari Jumaat itu.

Mula-mula mak mertua plan nak balik kampung di Kelantan. Tapi macam tak jadi je. Takpela ma. Nanti raya haji kita balik okey.



Ecece. Ni raya tahun lepas tema GREY. Taun ni en.beliau nak pakai baju nikah dia jer kaler CREAM tu. Famili mil pulak tema kaler MAROON. Jadi aiolls terpaksa bergabung kaler MAROON + CREAM. Hikss.

Okey tu jer. Buat korang selamat membuat keputusan untuk beraya di mana. Heee..

=)







Monday, 22 July 2013

SEGMEN : BLOGLIST BESDAY GURL

Salam uollss..

Jom join segmen. Segmen ni ditaja oleh Ayu sempena besday beliau. Tq Ayu invite kita join =)


Nak join sila klik -----> SINI



Tarikh tutup adalah 22.7.2013 iaitu hari ni kan.

Tapi sebelum jam 11.00 malam. So sempat lagi sapa nak join neh!




Sunday, 21 July 2013

Ramadhan ke-7 hingga ke-11

Salam uollss.


Hari ni adalah entri edisi bumper. Mari kita rojak lima hari yang telah dilalui hingga hari ini.

07 Ramadhan.

Sahur kadang-kadang datang mood takde selera nak makan nasi berlauk tapi tetap nak makan nasi untuk tenaga sepanjang hari. Ewahh. Macam la kau keja buruh binaan kan. Jadi goreng nasi saja.



Berbuka kat rumah mak. Kat rumah mak hp duk sorok dalam handbeg jer tak keluarkan pon. Cari nahas snap gambo makanan depan ayahanda. Hehe.

08 Ramadhan

Sahur hari ni en.beliau beli nasi lemak. So aiolls tak payah masak. Yeayyy!!

Petang untuk berbuka teringin nak makan mihun goreng sebab teringat mihun goreng tom yam putih yang mak mertua masak itu hari. En.beliau pun suka. So balik kerja singgah beli perencah tom yam putih. Ktung ktang ktung ktang siap la juadah untuk berbuka yang super simple. Tapi tetap tak dapat menandingi kesedapan air tangan mak mertua.


09 Ramadhan

Bangun kul 4.00 am buntu tak tahu nak masak apa. Keluarkan semua stok ayam ikan udang dari peti ais. Tiba-tiba en.beliau rekues nak makan ayam goreng kunyit jer. Makan dengan nasi panas-panas alahai sedapnyer. 

 
Kegemaran kami sekarang neh. Kalau takde idea nak masak apa, tak tahu nak makan apa lastly bikin ayam goreng kunyit jer berselera jugak anak tekak ni ha.


Ulam-ulaman.


Buat sambal kicap feveret en.beliau.
 Ramuannya kicap pekat + kicap manis + garam sikit + gula sikit +hirisan cili + hirisan bawang merah kemudian perah sikit jus limau nipis.
Kurma jangan dilupa. Seyes saya sebenarnya kurang sikit kurma sebab kadang-kadang rasa manisnya sampai ngilu gigi. Ai is bergigi sensitif uollss. Tapi sebab kurma ni sebaik-baik makanan kan tetap makan jugak at least sebijik. Nasib baik en.beliau ni suka kurma, nak habis dah pon dalam kotak tuh =)


Berbuka pulak uolls. Saya tak tahu la ni apa nama resepinya. Konon-konon gulai lemak ala-ala kuah ikan percik boley??


Kita takde pemanggang ajaib tue (asben sila baca ayat depan tu banyak-banyak kali okeyy). Nasib baik ada pan tak ajaib. Boleh la nak panggang pon kan.

Makan nasi dengan lauk gulai atas tadi sangat menggoda okey dengan budu neh.


Ulam timun lagi. Ni sesi nak habiskan stok timun sebelum ia rosak neh.


Dan jugak terung goreng.


10 Ramadhan

Hari ni Jumaat dan sangat heaven boleh rehat-rehat di rumah. Bersenang lenang lupakan semua kerja lain yang menimbun itu kan. Tapi baju menimbun dalam bakul jangan dilupa okeyy. Haks. Ada banyak masa jadi mari kita bikin menu yang paling mengambil masa yang lama. Owhh. Ini bagi saya lah kan.

Ralit duk susun ulam konon nak deco sangat kan. Pastu eh, apesal banyak sangat ulam neh? aku ada empat orang anak kew? Ngehngeh.








Kalau buat nasi ayam jer mesti sang suami makan bertambah.
Si isteri tersenyum megah.
(ewah,ewah siap pantun dua kerat bagai)

Okes. Alhamdulillah hari ni da 12 Ramadhan pun. Tunggu minggu depan pulak baru rojak lagi entri. Muahaha.





Saturday, 20 July 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Salam uollss..

Okey. Ni pulak Giveaway Ramadhan Raya by Emas Putih.

Nak JOIN??Klik HERE


Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Hadiah:
Top Referral - RM50
85 Hadiah untuk dimenangi

Nak tengok list hadiah boleh klik ---->  SENARAI HADIAH!!

Lumayan uollls. Jom join ramai-ramai =)



I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Salam uollss..


Now mood bergiveaway sangat meninggi. Ada jer giveaway bertempek kat blog mana-mana laju jer saya nak join kan. Theehe. Ni adalah Giveaway dari si cantik molek Nisakay. Masa kawin hari tu si Nisakay ni ada datang wedding saya. Hikss. Tapi tak ingat nak snap pic guna camera saya. Guna camera Nisa je. Ntah Nisa ingat ke tak ntah. Hee..Ok. Siapa nak join jom. Sehari je lagi due date neh. Macam-macam sponsor ada tau.

Klik url dibawah untuk join!



Wish me luck!

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan keenam.

Salam uollss.


Eh, gigihla pulak nak update hampir setiap hari di bulan Ramadhan kan. Tapi hari ni dah Ramadhan ke-8 baru gigih nak update dua hari lepas punya. Terhegeh-hegeh btol ahkak neh. Sekarang waktu bangun sahur makin hari makin lewat la. Hari 1st bangun jam 4 terus bergegas ke dapur. Semangat ahkak. Tapi semalam 4.40 baru bangun. Jam bunyi setiap 10minit boleh pulak buat-buat tak tahu kan. Haha.

Macam kenal je masak lemak cili padi udang tu kan. Muahaha. Yes betol. Tu adalah semalam punya. Sebab kuah banyak lagi tapi udang dah tinggal sikit jadi tambah je lagi udang beberapa ekor. Nah. Tak perlu masak kuah lain lagi. Nampak tak SANGAT rajin disitu kannn.

 Pastu masak kerang berlada. Pedasnya ya ampunn.

Okey tu je lauk untuk sahur. Sebab lewat da tak dang dah goreng sayur sekali. Biasanya jam 5.10 pagi saya pastikan dah mengadap makanan dah.

Tengahhari kat opis macam biasa msj en.beliau tanya nak makan apa. Beliau cakap bosan nak makan nasi so nak makan apa saja selain nasi berlauk. Ok beres bos. So, decide nak masak mee kari. En.beliau setuju jer. Terus duk terbayang-bayang bahan-bahan cukup lengkap tak. Takpe la yang takde kita masak simple jer kan. 




Nyum. Nyum. Bertambah-tambah la pulak makan mee kari ni kan.
 

Lepastu sebelum tido makan lagi habiskan mee yang ada. Mee sebungkus tu kami makan berdua okey. Tapi sesuai la. Kuantiti sekarang dah tak sebanyak dulu. Dulu boleh makan 4-5 orang kan. Now kalau ada 4-5 orang kena beli dua bungkus lah.


Ok. Macam biasalah jangan harapkan resepi disini yer. Nak resepi sila tanya incik Gugel. Muahaha.



Monday, 15 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Kerinchi | MyKeledek | Fanpage
Alycia | Fanpage
Aida Hanafiah
Amir Rofie | Google+
Chekgu Skolah | Fanpage
Anastasyea | Google+
Sha Dhira | Fanpage
Rafina Mimi | Fanpage
Paly | Fanpage
Dayang Deno | Fanpage
Cikgu Kaca Mata | Fanpage
Ieta | Fanpage
Deq'Nyss | Google+
Keyme Keymo | Google+
Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
1 x Glutaking bernilai RM 150
1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
1 x Teddy Bear bernilai RM 100
2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
1 x Wang Tunai RM 50
1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
3 x Doodle bernilai RM 10
2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
9 x Topup bernilai RM 10
4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

    jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

    Sunday, 14 July 2013

    Ramadhan ke-5 dah.

    Salam uollss..

    Wah. Sekejap masa berlalu. Dah 5 Ramadhan pun hari ni. Dah lima hari dah berpuasa. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan kan. Hari pertama Ramadhan berbuka dirumah mak. Semua abang-abang yang keje Terengganu ni ada kat rumah. Meriah uolls. Tu tak campur yang duk jauh-jauh lagi. Kalau jauh maunya tak muat dapur tu kan. Kang ada yang terpaksa makan kat ruang tamu. Hehheh. Biasanya kalau kat rumah mak beliau akan masak dua makanan utama. Nasi adalah kewajiban dan akan disertakan dengan makanan utama lain macam bubur lambuk, mee rebus atau lain-lain (Motif sampai sertakan contoh kan) Tapi jarangla buka puasa dengan nasi. Biasanya makan menu utama kedua tu plus kuih-muih. Balik tarawih baru bedal nasi pulak. Sahur biasanya makan nasi jer.

    Kat rumah mak penuh dengan kuih muih jer. Bayangkan adik dan abang yang ada time weekend sekarang tiga orang. Setiap orang mesti akan beli sekurang-kurangnya dua jenis kuih. Pastu ayah pulak bawak balik tiga-empat kuih. Kalau akak dan anak-anak nya buka sekali mesti anak buah tu pun beli kuih jugak. Aduhaiii. Boleh bukak gerai jual kuih pulak kita kannnn. kadang-kadang bukan beli pun, tapi orang bagi jer kan. Alhamdulillah la. Tapi banyak-banyak jadi membazir pulak. Okey. Sukanya membebel dia ni kan. Sampai ke blog pun boleh lagi membebel. Haha.

    2 Ramadhan.

    Puasa kedua puasa kat rumah la pulak kita. Kat opis lagi dah buntu nak masak apa kan. Kalau tanya en.beliau lagi la buntu dia neh. Tiba-tiba ting mentol lampu atas kepala ni menyala. Plan la nak buat Kuew Tiaw Ladna (macam tu ke eja?). Dalam peti ais ada ayam, bunga kobis, sawi. Balik je terus singgah kedai bawah nak beli kuew tiaw. Carrot pulak takde. So, kita campak je sayur yang ada kan.

    En.beliau keluar beli kuih-muih. Boleh plak dia beli dua jenis kuih bernilai RM2 setiap satu. Orang laki kan. Asal beli jer. Kita ni kalau beli mesti duk berkira-kira habis ke tak. Makan ke tak. Beli seringgit tu pun kadang-kadang tak makan.
    Kuih ni tak tahu apa nama. Seringgit 3 bijik. Dapat la 6 bijik. Besar gabak pulak tuh. Sedap rasanya. Dua bijik je berjaya habiskan. Takpelah hari 1st beli kuih kan. Eksaited katanya. Haha.
    Yang sebelah kiri tu saya beli kat sebelah opis. Yang sebelah kanan tu en.beliau beli. Ok. Dia nie sukati jer nak beli. Kuih tu dah tak macam rupa kuih gulung dah. Nasib baik rasa tak kelaut. Separuh je habis kan.

    Inilah dia kuew tiaw ladna versi tak cukup bahan. Tapi habis jugak sebungkus kuew tiaw tuh kan. Bertambah gak masing-masing makan.

    3 Ramadhan

    Petang tu berbuka di rumah mak lagi. Sekali lagi mak masak bubur lambuk. Terbaek la mak. Baru lima hari dah makan dua kali bubur lambuk.  Hehe.
    4 Ramadhan

    Sahur tu makan udang goreng kunyit. Saya kan tak boleh sangat makan udang kan. Jadi ini goreng 6 ekor jer untuk en.beliau.

    Sardin. Teringin nak makan sardin kan. Singgah pasaraya beli sardin. En.beliau pulak tak makan. Jadi ai makan sorang je okeyy.
    Sayur wajib la ada kan. Ini kobis goreng sos tiram iaitu sayur goreng paling simple di abad ini. Haha. Masa kecik saya kurang makan sayur. Dah besar ni suka pulak. Kadang-kadang ratah sayur macam tu jer.

    5 Ramadhan

    Pon seperti selalunya masak dulu siap-siap sebelum tido. Udang ada lagi, jadi jom kita buat udang masak lemak cili padi. Saya suka masak lemak udang. Mungkin rasa kuahnya yang manis. Tapi tulah. Nak makan udang takut sakit menyerang kembali kan. Kadang-kadang kalau teringin makan jugak sakit pon. AAK.

    Kemudian en.beliau datang dengan lenggang lenggoknya. Belek-belek kat dapur jumpa tiga ekor ikan masin. Terus dia cakap nak makan sambal ikan masin. Tapi agaknya kesian tengok aiolls duk mengacau masak lemak udang tu terus dia ambik kuali goreng ikan dan tumbuk. Gud job asben. Terima kasih kerana meringankan beban saya. Hehe. sambal ikan masin ni resepi en.beliau. Tak tahu la dia dapat sumber inspirasi dari mana kan. Senang jer uolls.

    Goreng ikan masin kemudian tumbuk la ikan masin tu bersama cili padi. Weolls suka pedas jadi taruk banyak sikit.Tak payah letak garam sebab dah masin kan. Cuma tambah gula sikit.

    Sedapnya!!

    Dua-dua resepi kat atas tu masak pada malam hari. Esoknya bangun jam 4.30 pagi goreng ikan pulak. Ikan takleh goreng awal-awal. Nanti rasanya dah tak best. Tak fresh kan.

    Rasa macam tak lengkap kalau takde sayur kan. Goreng la sedikit sawi. Banyak-banyak kang tak habis pulak kan.

    Ok. Sekejap kan masa berlalu. Tadi buka puasa kat bandar kat Taman Shahbandar. Beli makanan untuk buka kat bazaar kemudian makan kat taman.

    Alhamdulillah. Semoga Tuhan terus kurniakan kita kesihatan untuk meneruskan puasa pada kali ini. Amin.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...