Pages

Thursday 2 October 2014

Trip to Penang (Day 3) - Line Clear, Jeruk Pak Ali & Fort Cornwallis

Salam uolllss..

Baca dulu :
Day One
Day Two

Lama betul terperam dalam draf neh. Hehe. Nak buat camno tuan rumah bizi sangat. Hiks. Okey. Hari ketiga ni hari last kat Georgetown. So haruslah buat aktivi yang jadi kenangan sampai bila-bila. Ecewahhh.

Bergambar dalam hotel sekeping. Suh abang keje hotel snapkan.




Pagi tu plan jalan kaki cari makan dulu. Memang kitorang selalu jalan kaki je pon. Nak ke jeti pon jalan kaki dari Lebuh Chulia. Jauh jugak. Jenuh berjalan. Tapi sebab ramai-ramai tak la rasa lenguh sangat. Asal jumpa sesuatu yang menarik je berenti ambik gambo.

So, gambo dalam ni banyak dari koleksi anak-anak je. Ampunkan saya anak-anak yer. Hehe.
Breakfast kat line clear. 



Macam biasa menu breakfast hari-hari di sini.


Tengok peta dulu nak ke mana hari neh.


Ni dulu destinasi kita okey. Mencarik jeruk kat Jalan Chowrasta.  Bestnya. Saya ni hantu jugak jeruk ni especeli jeruk pelam. la. Tapi sekarang ni cuba untuk kurangkan la. Tak elok sangat makan jeruk banyak-banyak kan.


Arghhhh. Sedapnya. Sedapnya. Kecur ayak liur.



Okey. jadi model jeruk kejap. Muahaha.


Kat Jalan Chowrasta ni ok la nak beli jeruk. Coz orang melayu kita yang buat. Sebab ada jugak kes jeruk ni orang bukan muslim yang buat. Nak beli better beli direct dari kedai muslim.



********


Ok. Sebab berat sangat jeruk ni kitorang hantar balik hotel dulu, check out siap-siap. Nasib baik hotel benarkan kitorang simpan beg kat bawah tu. So, tinggalkan beg baju semua keluar menderap lagi.

  

Mula-mula ke Fort  Cornwallis. Pastu asal jumpa dinding cantik mesti nak bergambo. Haha. Eh, cantikkan wallpaper tu. Letak dalam rumah pon cantik gak tuh. Heee.


Tak tau sapa mamarazikan gambo nie. Ceh. Macam serius je diskus ngan penjaga pintu. Heee.

  
 Banyak dah berubah Fort Cornwallis ni. Dulu zaman belajar penah beberapa kali masuk sini. 

Asal jumpa dahan pokok mati mesti nak snap gambo.

Tolongggg...daku dipenjara. Haha..


Posing sakan korang yerppp!!


Macam-macam pose dah ni, nak terbang ada, nak lontar peluru ada. Haha.

Bergambo luar pagar pulek. Siap parking camera atas jalan hokeyyy.



Okeyyy. Penatnya tapi suka sangat jalan-jalan cenggini.

Pasni kita menuju ke Interactive Museum pulak. Jumpa part last nanti hokeyyy.





2 comments:

  1. bestnya kak. sy tak sempat nak g interactive museum tu. hukhuk

    ReplyDelete
  2. Asma : best2 asma.macam2 ada tau. takpe setakat penang tu next time leh g lagi.hehe..

    ReplyDelete