Para Pengikut..

Klik Me =)

Saturday, 26 April 2014

Ketupat sotong ala Kelantan.

Salam uolls..

Semalam mak mertua masak ketupat sotong. Lama dah tak makan. Ayah beli sotong kat pasar. Besar dan gebu...ketupat sotong versi Kelantan ni dia buh gula melaka, kaler hitam. Biasa kalau mak saya masak yang warna putih. Dua-dua saya suka. Terus tanya ma resepi nanti nak buat bagi mak rasa versi Kelantan pulak.

Resepi ketupat sotong versi Kelantan.

Beras pulut
Santan
Sotong
Garam
Lidi nak cucuk sotong
Gula melaka
Bunga cengkih & daun pandan 3 helai

Mula-mula rendam beras pulut dengan santan. Nak bagi lembut skit beras tu. Rendam dalam 1 jam macam tu je. Kemudian sumbat beras dalam sotong. Jangan banyak sangat nanti keras patah pulak gigi. Haha. Kemudian tutup ngan kepala sotong tu, pastu cucuk lidi. Kami cucuk dua lidi.

Kemudian masak sotong tu. Letak santan lagi. Pastikan masa letak sotong tu dalam periuk takde sisa-sisa beras kt luar sotong. Kang melekat-lekat pulak.

Tunggu sampai mendidih, cucuk sotong tu kalau nasi dah masak letakkan gula melaka. Agak-agak la nak letak. Jangan banyak sangat. Jangan sikit sangat. Simpul daun pandan tiga helai dan masukkan sekali. Letak garam sikit dan bunga cengkih 5 biji.

Masak lagi sampai kuah jadi pekat. Ok. Dah masak dah boleh makan.

Thursday, 24 April 2014

WeChat penghubung PJJ

Salam uolls.

Dalam banyak-banyak media komunikasi ni wechat paling win la kalau bab sembang ngan en.beliau. Kadang-kadang tak perlu nak tulis panjang-panjang sayacintaawaksetulusjiwaragasaya pun. Haha. Just dapat emoticon love pun hati dah kembang semangkuk. Hahaha. Kadang-kadang sampai sejam duk main balas membalas emoticon. Kau dah kenapa kan.

Kalau tiba-tiba tersalah watsap pun eh tiba-tiba pegi reply kat wechat. Hee. Tengkiu wechat atas emoticon yang comel-comel itu.

Rindunya kat mak mertua. Bukak kurungan anak dia sekali tutup kurangan. Hahaha. Esok petang balik Dungun. Wehuuuu..

Wednesday, 23 April 2014

BBQ @ Lagoon Kuala Ibai

Salam uollss..

Macam biasalah aiolls cerita basi tak habis-habis. Bhahaaha. Hari tu dengan opismate dan student kitorang berbbq. Kat Lagoon Kuala Ibai. Dulu pernah gak bbq sini tapi ni kawasan lain skit. Sampai sesat nak cari port diorang neh. Tapi yang pastinya suasana sangat tenang. Cheewahhh.

Sampai je tengok diorang dah bakar ayam. Nyummy sangat.



Weollss. Ewwahh. Rileks nampak. 

Lambat jugak nak tunggu ayam masak semua, jadi makan dulu. Tempah bihun goreng dengan student.

Ni Naimah yang buatkan. Sedapnyaa. Berkali-kali aiolls tambah. Sampai kenyang makan salad neh bihun goreng pon tak makan.

Sedapnya, diorang ni perap ngan sos barbeque je pon.  

Sosej, kecintaan turun temurun. Dari zaman kecik sampai skolah sampai masuk u sampai jadi isteri orang ni ha, aiolls memang suka sangat sosej. Sampai dah jadi peniaga roti sosej. Bhahaha.

Okeyy. Tak sah tak bergambo kat jambatan gantung kan =)

Saturday, 19 April 2014

Resepi Laksa Terengganu Izahafizah

Salam uolls.
Semalam balik rumah mak. Ayah beli laksa. Nyumm. Lama betul tak makan laksa. Biasanya ayah beli laksa kat pasar. Mak buatkan kuah dan ulam ulam semua.
Hari ni nak rehat kat rumah je, jadi mak bekal kan la laksa. Nampaknya kuah kena masak sendiri la. Tengok ada jambu golok. Jadikan ulam makan ngan laksa best jugak neh. Hehehe. Semua ambik umah mak, nyior, cili, limau nipis dan jambu golok. Ikan ada lagi dalam fridge.
Senang je nak buat kuah laksa. Biasanya kami buat laksa putih.
Resepi laksa kuah putih.
1 sudu lada hitam.
3 biji bawang merah.
2 ekor ikan yang dah direbus. Biasanya ikan selayang
Tumbuk la lada hitam sampai lumat, kemudian masukkan bawang tumbuk lagi, then ikan. Tumbuk sebati ketiga2 bahan atas tu.
Masakkan santan kemudian masukkan bahan tumbuk tadi. Kacau sampai mendidih. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
Untuk ulam pulak macam-macam boleh dijadikan ulam. Biasanya ulam kitorang makan adalah jambu golok, timun, daun2 ulam yang kutip keliling rumah. Tak tau pe nama saintifik. Hehe. Kemudian makan laksa ni yang paling wajib adalah belacan dan cili. Tumbuk cili buh garam sikit. Ermm dapnye

Thursday, 17 April 2014

Gambar penuh kontroversi

Salam uollss.
Blackout la pulok hari ni. So pegi menumpang department orang lain. Huhuhu.
Hari tu saya post sekeping gambar masa pegi bbq with student. Masa post tak perasan pulak gambar tu. Bila dah masuk dalam fb n ig ada la kawan2 wassap and pm tanya.
"Awak nampak berisi la. Ada apa-apa ke?"
"Dah preggy ke awk?Alhamdulilah"
Terus rasa macam owh, alah, hurmm, errr..terus delete kat fb. Kat ig masih ada.
Yang sebetulnya ia tidaklah seperti yang anda nampak, ingatkan atau bayangkan. Saya masih belum punya rezeki yang diidamkan dua tahun itu. Mungkin efek lighting, angin atau baju sendiri.
Terima kasih kawan-kawan yang bertanya, itu tanda anda sangat care tentang hal saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda, rezeki saya juga.
Aamiin.

Sunday, 13 April 2014

Handbag.

Hari tu kan aiols citer pasal umah mak mertua ni selalu ada katalog. Handbag, kasut dan sebagainya. Pastu sambil tengok tv ke selalu la duk belek katalog. Jumpa kasut ke handbag yang berkenan terus tulis nama kat situ.

Hehe. Saja je konon. Bukan niat nak membeli sangat.

Tapi sejak en.beliau dah ada kat sana ma selalu la hint."Fizah cop la mana yang berkenan. Nanti ma belikan. Kita suruh tokey bayar" sambil jeling kat en.beliau. Hehehe.

Hari tu beria ma bagitahu ma dah order handbag yang kita cop. Ai is alamak, handbag mana satu neh. Rasa macam banyak je tulis nama. Yang main-main tulis pun ada.
"Ma dah tunjuk kat Iwan, dia kata lawa" fuhhh. Lega.

Yang penting suami berkenan, itulah yang kita mahukan. Cheewah. Padahal kalau suami tak berkenan pun pujuk jugak sampai beliau tukar fikiran. Kikiki.

Tadi saya dah dalam kereta nak gerak balik KT ma berlari masuk umah suruh tunggu dulu. Rupanya handbag dah sampai. Owhh. Baru teringat handbag ni yang sy tick nama Kak Long kat katalog.

Dah jiwa mak-mak rasa diriku beli handbeg stok bleh letak baju pampes anak. Kikiki.

Thursday, 10 April 2014

Hang out bersama famili mertua.

Salam uollss.

Dah shopping baju raya ker? heheehe. Eh, puasa tu dah habis ganti ke sibuk ngan baju raya tuh. Hahaha. Tahun ni raya pertama plannya di rumah mak saya. Raya kedua balik rumah mertua. Jadi jom kita beli kain pasang boria untuk raya kedua. Nasib baik la ada lagi tukang jahit nak ambik. Hantar kat bakal biras untuk jahitkan. Buat mini kurung jer. So, berborialah kita raya kedua yer.

Hari Sabtu kitorang yang pompuan ni kuar jalan-jalan, shopping. En.beliau kerja. Takpe jugak. Bebas sikit kami yang perempuan neh. Hehe. Masak siap-siap untuk makan tengah hari then keluar. Ma survey langsir. Alamak. Aiolls pon baru teringat nak kena beli langsir jugak untuk rumah sewa.


Lepas siap shopping baju raya ma ajak pegi KFC. Ma nak belanja. Yeayyyy. Ma cakap "Takpelah Kak Long dah belanja baju raya, ma belanja KFC pulak" Tengkiu ma. Lepak-lepak KFC pulak.


Hehehe. Comelnya ma ngan Ateh.

Kak Long ngan Kak. Ehemm. Dua-dua dah unavailable.


Ko dah kenapa kan. Makan bege jer mesti habiskan roti dulu baru makan part daging. Heee..Terasa nikmatnya lah makan style macam tuh.

All of us. 

Terima kasih korang luangkan masa dengan Kak Long, sudi layan kerenah Kak Long. Heee. Alhamdulillah, even taun ni berPJJ tapi rasa hepi sangat sebab dapat jumpa famili mertua olwez. Dapat gembirakan mereka. Kan, korang gembira Kak Long balik kan. Thehehe #moodperasan

Wednesday, 9 April 2014

Kenduri kawin opismate.

Salam uollss..

Weekend lepas pegi kenduri opismate, Kak Amy kat Pasir Mas, Kelate. Pegi bertiga dengan opismate. Kitorang kira terjah jer neh. Tiga-tiga buta jalan. Muahaha.


 Aiollss macam biasa la. Asal jumpa pokok mati jer mesti teruja nak ambik gambar. Nasib la jadi co-pilot. Kalau drive sorang-sorang pun boleh jer berenti tepi jalan nak snap gambo. Heheehe.




Jom selfie dulu kekawan =). Ni bukan selfie dah ni ambik gambar berjemaah neh. 

Sampai je suasana tak sibuk pun lagi. Kak Amy dah selamat nikah dah. Kitorang makan kenyang-kenyang dulu baru naik bilik pengantin.

Makan beradap. Kak Amy sanding berdua ngan Kak Long dia.

Masuk bilik tengok pengantin pon tak siap lagi. Sanding jam 2.00 petang. Banyak masa jugak kitorang lepak-lepak dalam bilik pengantin.




Kak Da. Wah teringat plak kenangan ngan awok Syapida. Windunya pada kenangan-kenangan itu. Sobsobsob. 

Tak lama lagi Jaa pulak naik pelamin. Kemudian kita tunggu turn Naimah pulak. Heee.

Asal ada cermin kan. Semua muka nak sumbat dalam cermin. Haha.

Suka sangat pelamin awak Kak Amy. Putih bersih suci jer.

Assalamualaikum cinta.

Adik Kak Amy bizi susun meja makan beradap. 

Alhamdulillah dah selamat awak Kak Amy.

Sedapnya. Melting tengok stoberi.

Rindu jugak Yani. Sobsobsob.

Bunga tangan awak cantik la Kak Amy.

Tunggu punya tunggu pengantin laki dah sampai. Saya pulak yang nebes. Heheehe.

Tahniah Kak Amy dah ada suami untuk salam. Hehehee.

Tahniah Kak Amy.
Moga Allah panjangkan jodoh awak dengan suami terchenta.
 Moga jodoh awak sampai anak-cucu-akhir hayat-sampai syurga.
Moga Allah murahkan rezeki awak dan suami sentiasa.
Rezeki dalam apa jua bentuk, apa jua perkara.
Aamiin. Aamiin. Aamiin.


Tuesday, 8 April 2014

Lipas terbang.

Salam uollss.

Tadi terbaca kat FB abg Ben post pasal lipas terbang ni ha.


Ya Allah hai. Saya ni memang tahap jumpa lipas terbang ni lari lintang pukang la. Ko duk kat ruang tamu aku lari ke dapur, ko datang dapur aku lari masuk bilik. Hahah. Dah macam lari dari orang dah.

Sekarang kan duk dengan anak buah. Aiolls ingatkan dia ni pemberani, rupanya takut jugak. Sespesis mak sedara jugak lah. Satu malam tu ada la sekor lipas ni merayap kat dinding rumah. Saya dah jeling semacam dah. Ingatkan lipas yang merayap biasa tu jer. Anak buah pun jeling jer. Eh eh tup-tup dia tebang. Serentak kitorang menjerit macam nampak pocong. Dua-dua beranak lari masuk dapur. Hahahaha.

Pastu sampai bila nak lari-lari. Dah la rumah kecik jer. Lari pun sempat je dia kejar. Haha. Konon-konon saya ni berani la ambik penyapu. Tapi asal nampak je lipas tu macam nak terbangkan sayap terus penyapu ntah kemana, saya ntah kemana. Hahahaha lagi la. 

Last -last lipas tu masuk bawah kusyen. Ahh sudahhhh. Tak tenteram la tido malam ni. Pastu saya sound la kat area dia masuk tu. Khas ditujukan untuk dia la "Kalau mu lipas baik mu lari jauh-jauh sebelum kitorang bunuh mu sebab mu mengancam kesihatan kitorang". Hahaha. Anak buah dah gelak-gelak dah.Tapi lepas cakap macam tu sampai hari ni tak nampak dah kelibat lipas tu. Agaknya dia penat kot main kejar-kejar ngan kitorang ataupun memang dia paham la yang kitorang ni penakut yang amat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...