Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 28 May 2014

Nikmat.

Salam uollss.

Pagi tadi dengar Tanyalah Ustaz. Topik hari ni pasal KUFUR NIKMAT. Kebetulan hari ni ustaz best yang bagi kuliah. Tapi tak ingat nama ustaz tu. Itulah cara kita nak sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada setiap perancangan yang Allah bagi ialah sentiasa dengar kuliah agama. #nasihatuntukdirisendirijugak

Dalam kuliah tadi ustaz ada cakap pasal nikmat ni. Dia banyak highlight dalam kehidupan berumahtangga la. Jangan kita menafikan 10 kebaikan suami dengan 1 kesalahan yang dia buat. Contohnya jangan sebab suami tak belikan hadiah anniversary terus kita tuduh dia tak hargai kita, tak cakna dengan kita. Sedangkan suami tu banyak berkorban dah untuk kita. Contoh saya reka neh. hehehe. Cuba lah bersyukur Tuhan dah bagi kita suami. Ada orang lain umur 40 pun belum dipertemukan jodoh.

Sama lah macam zuriat. Yes, yang ini nak highlight besar-besar. Khas untuk diri sendiri jugak. Jangan sebab kita takde zuriat lagi kita duk sedih-sedih mengenangkan nasib diri. Cuba fikir orang lain yang ada anak tapi dapat suami yang tak bertanggungjawab, contoh tak bagi nafkah ke, pukul anak isteri ke, atau dapat mak mertua yang tak suka kita ke. Kan. Sentiasa muhasabah diri dan bersangka baik dengan Allah. Apa yang Allah bagi, apa yang Allah lambatkan dan apa yang Allah tak bagi ada sebab-sebabnya.

Barulah kita akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Lagi ustaz cakap kita selalu mintak apa yang kita mahu, tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu. Yang ni pandai-pandai la muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dapat yang kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita.

Ciri-ciri orang yang kufur nikmat :
1. Sombong
2. Sentiasa melihat kekurangan
3. Miskin jiwa (sentiasa tak puas hati dengan orang)
4. Malas beribadat

Satu lagi kalau kita nak jadi orang yang sentiasa besyukur jangan tengok orang di atas kita, 
tapi tengok orang di bawah kita. Contohnya kalau kita rasa kita ni miskin pakai kereta second hand, kereta pulak asyik rosak jer sentiasa, cuba tengok orang lain yang tak mampu pakai kereta, pakai moto jer. Hari hujan habis basah lencun.

Kalau kita belum punya isteri atau suami tengok orang lain yang ada suami atau isteri tapi asyik tak sehaluan akhirnya bercerai.

Kalau belum punya anak, bukan kita jer. Mungkin kita belum punya anak tapi kita dan suami Alhamdulillah sihat. Mungkin ada di luar yang belum punya anak kerana ada penyakit atau memang tidak berpelung untuk ada anak dari rahim sendiri selamanya. Nauzubillah.

Kalau kita asyik stress dengan kerja. Fikirlah ada orang lain yang berapa kali tukar kerja kerana pelbagai masalah. Syukurlah.

Dan sebagainya lagi kan. Kadang-kadang kita tahu cuma kita perlu bertenang sekejap dan bermuhasabah diri semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dengan nikmat.

Jom sama-sama 
=)

Monday, 26 May 2014

Kedai hiasan vantage & English style di Romantika Home Mart, Paka, Terengganu

Salam uollsss..

Hari tu kan masa odw pegi makan nasi kukus sedap kat Kerteh tu saya nampak la kedai Romantika Home Mart kat Paka. Saya ni sebenarnya lama sangat dah mengidam nak masuk ke kedai tu. Cuma tak berkesempatan jer. Plannya nak cari hiasan dinding untuk rumah kecil kita. Pastu beria la ajak en.beliau singgah balik makan nasi kukus nanti. 


Balik makan kitorang kena u-turn untuk ke kedai ni. Suka suka suka. Tengkiu sangat asben layan isterimu yang mengidam ni. Haha. Ada jugak mengidam nak window shopping eh. Nasib baik asben ni suka je window shopping. Layan je la okey.

Masuk ke dalam kedai tu terus diriku meroyan. "eh, cantiknya " "eh, lawonya" "wah, lama dah saya cari yang macam gini, macam gitu" "nanti saya nak beli la yang ni" Pastu dah tak keruan. Masuk lorong ni tak kena, masuk lorong tu tak kena. Hahaha. Asben pon bersuara.
"Tak leh bawak bini aku masuk kedai macam ni, jadi gilewww bini aku"

Kahkahkah. 

Do i care. Ok byebye asben, u pegi sana i pegi sini nanti kita jumpa kat kereta. Muahaha. Tapi asyik kena panggil jer untuk tanya pendapat coz asben berkenan nak beli jam dinding. Hishhh. pasni ai kena terjah seorang diri supaya tiada gangguan. Haha.

Dalam ni memang design vantage and english style la. Dua tingkat. Atas ada bunga-bungaan. Bawah tu ada perhiasan macam vase, jam dinding, macam-macam yang nak gantung kat dinding la. Ada jugak barang-barang kat dapur- set gelas, cawan, dulang macam-macam lagi lah.

Cantik-cantik sangat sampai saya pon tak ingat nak snap gambo. Takut jugak. Biasanya kedai macam ni tak dibenarkan snap picture. Kang tak pasal-pasal kena sound kan.


Tapi english style ni ada yang berkenan ada yang kurang berkenan. Macam saya ni sebenarnya untuk hiasan perabot-perabot lebih prefer modern. Kalau untuk hiasan kecik-kecik tu boleh la english style.

  Naik tingkat atas ada bunga banyaknyerrrr. Ada jugak frame gambo kanvas corak bunga-bungaan. Macam-macam saiz ada. Harga pon mampu milik lah. Tak sabarnya minggu depan nak terjah lagi beli frame.


Okey, nanti kita pergi lagi kita snap gambo banyak-banyak ok. Ceh, macam ada orang kisah kan ko ambik gambo banyak ke sikit. Hehehehee.

Sunday, 25 May 2014

Review : Nasi kukus sedap di Kerteh, Terengganu

Salam uollss..


Wahh..rajin pulek aiolls nak review hari neh. Hehe. Actually hari Jumaat petang yang lepas kita keluar ngan asben. Jarang sangat dapat berdua ngan dia siang hari. Bosan sangat kot. Biasa dia ada jer aktiviti lain, kita hang out ngan mak mertua dan adik-adik ipar jer pon. Huhu.

Keluar pon tak tau nak pegi mana. Pusing kat pantai pusing kat taman then decide nak makan. Perut dah berdondang sayang neh. Masa tu dah jam 4.00 petang kot. Sebab breakfast lewat tadi tak makan la lunch. Tetiba asben cakap "Jom pegi makan nasi kukus". Yeayyyy. Aiolls suka sangat nasi kukus tau. Tambah-tambah kalau kuah pekat. Syoknya makan.

Dari Dungun terjah ke Kerteh semata-mata nak makan nasi kukus. Takde lah jauh sangat pon kan. Dalam 15 minit jer pon. Kedai ni asben jugak yang kenalkan pada saya. Dulu masa kapel kalau pegi dating sampai ke Mesra Mall kitorang mesti singgah makan nasi kukus Kerteh ni. Even harga agaklah mahal tapi sebab rasa dia yang sedap kaww tu apa ada kesah kan. Asben plak memang suka benor makan ayam goreng.

Okeyy. Meh nak bagi peta lokasi eh. Kedai ni dekat dengan MCD Kerteh. Kalau dari Dungun jumpa traffic light sebelum MCD Kerteh tu kena U-Turn.

MCD (dalam bulatan) dah nampak dari jauh kan. So, sesiap la masuk line kanan untuk u-turn. kehkeh. Pon nak bagitau kan.

Sementara lampu nak bertukar hijau tu bolehlah kita selfie barang sekeping-dua. haha. Mekasih lighting yang terlampau cerah menjadikan muka iollss bercahaya gitewwww. Muahahah.


Lepas u-turn tu takdelah jauh sangat pun. Dalam 200 - 300 m macam tu je kot. Kedai ni takde signboard pon. Pastu bukan tepi jalan sangat. Dulu saya parking kat sebelah kedai tu jer. Tengok hari tu sebelah tu ada construction nak buat apa entah. So parking depan kedai je lah.

Sebelah kanan seberang jalan akan nampak masjid kubah biru. Eh, tak perasan pulak apa nama masjid. Sapa tau bagitau okey.

Kedai ni betul-betul bertentangan dengan masjid.

Harap maklum gambar dari dalam kereta. Hewhew. Itulah kedainya. Lama tak terjah kan. Pagar dah cat baru. Dulu macam ada je signboard. Now dah buang eh. Ke dah tukar owner. Entah. Yang pasti rasa masih sedap macam dulu.


Sedapnya sedapnya sedapnya.


Ayam pon besar-besar gedabak. Siap makan ngan nasi makan cicah ngan sos cili pulak. Suka sangat la en.beliau dia kan hantu ayam.


Minum tea o panas baru lah kena dengan nasi kukus.


En.beliau dah ada kegemaran baru. Sekarang jarang dah minum nescafe panas. Selalu order tea o limau panas. Wahhh. Nak kempiskan perut nampak. Tercabar ai neh. Muahaha.


 Harga bagi TEA O + TEA O LIMAU + NASI KUKUS 2 SET = RM18.00

So, macam mana. Ok ke harga tu korang??

Okeyy. Tu jer review aiolls. Hope membantu korang yang datang Terengganu nak cari makan best. Plus kedai ni pun bukak hari Jumaat.



Friday, 23 May 2014

Sporting ke tak?

Salam korang..

Tetiba bagi title bertanda soal kan. Hehehe. Tak tau nak tulis tajuk apa. Kang tulis tajuk jadi panjang berjela-jela pulak.

Title : Korang sporting ke tak kalau suami ajak keluar lepak dengan kawan-kawan dia?

Hahahaha.

Okey. Malam ni sembang-sembang kosong jer okey. Just nak share pasal sporting atau tak.

Lately sejak berpjj Dungun-Kuala Trg ni sayalah yang selalu balik Dungun. Dan biasalah balik time weekend kan. Time tu jugak lah en.beliau nak date dengan kawan itu, date dengan sepupu ini. Dan biasanya saya diheret sekali la. Dah kita pun jumpa dia seminggu sekali, tak kan kita balik dia keluar kita duk terperuk kat rumah je kan. Ikut je la mana dia pergi. Bukan dia ajak pegi karoke, main snuker pun. Just lepak kat taman sembang-sembang ngan kawan dia, takpun lepak kedai makan. Macam tu jer pun rutinnya.

Banyak kali jugak la time keluar ngan kawan-kawan dia saya sorang je isteri yang ada. Ada jugak yang dah beristeri tapi tak bawak pun isteri dia. Ai is rasa serba tak kena pulak..lalu hati kecil berbisik.

-kang kawan-kawan dia cakap mengadanya bini Iwan, keluar minum pun nak ikut.
-kang kawan dia rasa tak selesa nak sembang pape
-kang kawan dia cakap macam dia sorang ada isteri nak jugak bawak isteri dia.

Huhuhu.syaiton berbisik jahat sekali.

Bila suarakan kat en.beliau marahlah dia coz pikir macam tu. Padahal kawan dia marah kot tak ajak isteri sekali. Jumpa dah jarang pastu bila balik nak tinggal kan pulak. Kikiki. Sori kawan-kawan en.beliau. Sekarang dah rasa lega. Sebenarnya saya  bukan kuat sembang orangnya. Tambah-tambah orang yang tak kenal rapat. Tambah-tambah lagi dengan lelaki kan. Kalau keluar pun sekadar nak hormat permintaan en.beliau. Saya dengar dorang sembang sambil fb,ig,main game. Pastu dengar part lawak-lawak join gelak jugak. Gitewww.

Eh, dulu saya pernah merajuk. En.beliau nak keluar ngan kawan dia. Dia beria la ajak saya tak nak keluar. Pastu sendiri sentap. Hantar msj berbau emosi. En.beliau tak layan, balik lewat pulak tu. Arghhh. Lagi la sentap mak. Pastu dia balik dah lewat pagi paksa saya suh keluar jugak. Nangis-nangis la dalam kereta kena bebel dek suami. Haha. Padan muka. Tapi itu dulu lah. Masa mula-mula kawin macam tak bleh terima hakikat skit bila dia keluar ngan kawan-kawan. Jeles kot ngan kawan-kawan dia. Bhahaha. Childishnya masa tu.

Tapi bila saya fikir balik dalam hal sahabat ni en.beliau tak pernah halang la saya. Dia tak kisah pun kalau saya keluar ngan kawan-kawan nak pegi mana-mana. Macam nak pergi kenduri kawan rapat saya kawin. Dia tak nak join pun sebab nak saya berlama-lamaan dengan kawan-kawan. Cuma kalau takde kawan teman terpaksa jugak ajak dia. hehehe. Dia pun tak kisah hari raya saya ajak pergi raya rumah kawan itu, kawan ini, dia ikut je pun even tak kenal kawan-kawan saya. Sebab tu dia nak saya pun tak kisah.

En.beliau ni ada geng kampung dia yang sangat rapat la. Dari zaman sekolah lagi sentiasa bersama. Bila dengar diorang duk cerita nostalgia dulu-dulu gelak guling-guling la kita. Respek jugak la kat diorang masih kekalkan keakraban. Kawan-kawan pun mulut boleh tahan riuh, pedas berapi. Kira geng-geng hati kental tahan kutukan. Kalau kau jenis jiwa mudah sentap gud bye la. Hahaha. Tula en.beliau cakap kawan-kawan dia susah nak ajak isteri takut ada yang sentap dengar lawak melampau diorang. Tapi ada aiolls kesah. Sukati la korang nak sembang apa. Aiols sibuk bina benteng tak nak bagi zombi masuk rumah ni. #plantsvszombies.

Bhahahaha.

Thursday, 22 May 2014

Buat yang sentiasa cakna

Salam uolls..

Maha Kuasa Allah..Sedangkan Mariam yang tak punya suami pun Allah kurniakan zuriat.
Kita pula pertikaikan...
"dia dah kawin, bila lah giliran aku"
"dia dah ada anak, aku ni ntah bila"
Namun jarang sangat kita cakap "dia dah meninggal, aku ni ntah esok lusa"
Sedangkan kuasa Allah tak pernah terawal tak pernah terlewat  mengikut saat dan masa yang telah ditetapkanNya.
Yang paling perit bila orang lain yang mula bertanya dan terus menerus bersuara. Bukan mereka tak tahu rezeki ditangan Tuhan. Bukan mereka tak ingat akan hikmah bagi orang yang sabar. Tapi mungkin niat untuk cakna.

Terima kasih bagi yang sentiasa cakna. Semoga Allah merahmati hidup kalian.

Sunday, 18 May 2014

Kisah tong gas

Salam uolls..
Akhirnya gas kat dapur habis jugak. Risau sangat gas ni lama tak habis-habis. Eh,gas tak habis pun nak risau kan. Risau sebab pertama kali gas habis kat rumah sewa 2nd ni. Mana nak tuju nak pegi beli. Nak kena angkut berdua ngan anak sedara tu ke. Huwaaa. Pasal gas pun boleh seteress tau tak.
Pertama kali beli gas bulan Januari 2013 masa kitorang start menyewa rumah 1st dulu. Eksaited kemain dapat beli tong gas. Ialah tong gas ni ibarat tiang dalam sesebuah dapur. Perkara yang terpenting la katakan.
Kemudian bulan Jun 2013 gas habis. Kemain ingat tau. Haha. Masa tu en.beliau ada. Dia la yang angkut bawak turun. Beli kat kedai tingkat bawah tu je pun.
Kemudian Januari 2014 berpindah ke rumah 2nd ni. Still tong gas yang sama tidak berganti. Akhirnya semalam habis jua. Kiranya nak masuk setahun jugak la kan. Eh, ye ke idok ni asben?? Ke awak pernah beli tong gas tanpa pengetahuan sy?
Tadi balik kerja plannya lepas maghrib nak ajak anak sedara pegi beli gas. Tunggu kat dapur kot-kot ada yang lalu lalang boleh tanya kat mana ada jual tong gas.
Tiba-tiba tuan rumah lalu nak pegi masjid. Terus tanya tuan rumah. Dan-dan dia pegi rumah sebelah mintak tolong ngan cucu dia.
Alhamduliah. Dapat jiran yang sangat concern, baik hati. Yeay dah dapat masak lagi.

Saturday, 17 May 2014

Hadiah hari guru.haha.

Salam uolls..
Dah kenapa awal-awal tajuk dah gelak kan. Haha.
Hujung minggu ni plannya tak nak pun balik Dungun. Tapi ada la seseorang tu beria call suruh kita balik. Hehe. Alasan baik punya. Padahal kalau ikutkan hari-hari nak balik. Muahaha.
Sampai je rumah, en.beliau terus bawak lari kereta kita. Nak bawak pegi baiki katanya. Tak habis-habis lagi baiki.
Balik je dia ajak masuk dalam kereta. Yeayy. Kereta dapat gadjet baru. Tq asben!!! Asben ni dia tak update sangat gadjet-gadjet teknologi mobile dan sewaktu dengannya. Tapi sebut pasal kereta ni memang tak pernah kalah la. Sampai kita yang dulu tak tau sangat pasal kereta pun dah berjangkit dengan dia.
Nampak keta kaler cantik je terus snap gambo, nampak rim lawo je jatuh cinta. Tapi nak isi angin tayar serah kat asben. Bhahaha.
Tq sangat asben. Jaga kereta saya macam kereta awak. Beli perfume kereta saya bila perfume habis, bawak kereta saya pegi basuh kat car wash. Tolong pam tayar sentiasa. Tolong isi minyak sentiasa. Hahaha. Dan tak lupa tolong membebel pasal kereta sentiasa. Hahaha.
Pastu tanya en.beliau..
"Ni hadiah sempena hari ibu ke b"
"Tak lah. Sempena hari guru. B kan anak murid syg"
Kahkah. Terima kasih again asben. Moga Allah murahkan rezeki awak sentiasa. Aamiin.

Monday, 12 May 2014

1st Give Away by Mieyza Roslan

Salam uollss..

Jom join GA.



2. Copy banner dan link kan ke blog ini.

3. Buat entry dengan tajuk 1st GA by Mieyza Roslan.

4. Tinggalkan link entry di ruangan komen, ya.
Hadiah:
1. Hadiah utama kasi surprise sikit, hadiah MISTERI bernilai RM 50.

2. 3 Hadiah saguhati berupa kredit telefon bernilai RM 30, RM 20, dan RM 10

Cepat-cepat. Tarikh tutup hb Jun nanti =)

Thursday, 8 May 2014

Fitnah

Salam uolls.

Hari ni aku geram sangat. Geram,marah,stress,sedih pun ada. Tak pasal dah ber-aku kan. Tapi yela. Kalau ber-saya tak nampak sangat aku betul2 marah. Kahkah.

Banyak kali dah dengar dia mengata aku ngan hubby macam2. Tapi aku rileks je. Siap nasihat kat hubby jangan layan, nanti kita pun jadi bodoh macam dia.

Pelik gak apa yang dia benci sangat kitorang sampai nak fitnah macam2 kan. Takpelah. Asal kan kau rasa kau bahagia kat dunia ni takpela. Kat akhirat pun aku doakan kau bahagia jugak lah.

Kesian kat kau, kesian sebab macam takde perkara baik kau nak cakap kan. Uish. Aku pulak terjebak mengata kau kat sini.

Ok. Last but not least, terima kasih banyak2 untuk kau. Kitorang tak pernah menyesal pun kenal kau. Bersyukur ada Tuhan bagi kitorang kuat untuk mendepani orang macam kau.

Buat en.beliau, terima kasih banyak2 selalu ada terutama saat saya sedih. Huhu. Terkejut dia dengar isteri nangis dan2 nak balik malam ni.kehkeh.

Wednesday, 7 May 2014

Belajar jahit manik

Salam uolls..

Macam mana dengan baju raya?korang dah tempah ke. Dah jahit ke? ke beli ready made je. Saya raya tahun ni pakai baju tahun lepas je pun. Tahun lepas tempah baju last minit. Tak sempat tailor jahit. Tak sempat pakai raya pun. Pastu kita asyik duk try je pakai baju tu. Nasib la tailor jahit besar skit. Muat sampai hari ni. Tapi baju tu plain color. Kasi tempek lace ngan manik la bagi ceria skit. Ewahhhh. Macam la kau pandai sangat nak jahit manik ni.

Manik tu semua bukan saya beli pun. Hari tu ada beberapa helai baju yang ada manik kat lengan, badan semua. Pastu getah kat tangan tu longgar, semua dah tak dapat pakai. So daripada membazir, saya cabut la manik-manik tu semua.

Lalu seorang saya gigih la duk asingkan manik dalam tupperware kecik. Dapat doorgift kawin. Ada berguna jugak la. Heeee.

Harap-harap saya gigih la jahit lace manik ni semua. Jadi lepas subuh ada jugak aktiviti nak dibuat daripada tido kan.

Bercanda di pesisiran pantai.

 Salam uollss..

Dua kali weekend berturut-turut balik umah mertua. Nasib baik la umah mak dekat jer. So weekdays balik kerja balik rumah mak dulu. Sembang-sembang kadang-kadang makan nasi dulu sepinggan baru balik rumah sendiri. Haha. Dasar anak rajin masak kan. Heeee..Patotlah membesar dengan jayanya kan.

Duk rumah mertua memang tak menang kaki. Kesana-kesini berjalan jer kerjanya. Siang bawak mak mertua  dan adik ipar jalan-jalan pegi shoping barang dapur, window shoping dan agenda wajib hirup udara pantai. Umah fil ni dekat je ngan pantai, tak sampai 10 minit je kot. Kebetulan plak adik ipar kerja kat UITM betul-betul mengadap pantai, jadi memang akan selalu hantar dan ambik dia kat kerja.

Dan agenda utama minggu ni adalah adik ipar yang bongsu tu nak main layang-layang. So, layankan je lah dia kan. Kang majuk susah. Theheee.

 

Cuaca panas sangat. Sampai daun pokok pon banyak dah kuning dah kering.




Okey..layang-layang dah naik. Main lah puas-puas yer adik.

Eh, jatuh la pulak. Ni nak salah tangan ke nak salahkan angin ni ha.

Tengok layang-layang sambil tido. Kau mampu. Theee..Kak Long je yang maintain. Hehe.

Dah kenapa muka ku dan muka ma macam gitu. Hehe.

But first let us take a selfie.

Air tawarnya. Rasa macam air masak berkaler yang sejuk jer.


Photoshot Ateh. Heee. Ni memang hantu ambik gambar neh.

Bergambo kat pokok nyior pulak. 

Haha. Tensen adik asal datang jer kat kitorang kena ambik gambo. Hehe. Sori adik.


Okey, ni hari lain pulak. Adik kemain bawak layang-layang lain pulak.

Suka tengok pantai, ombak..tenang jer..

Budak besar nak main jugak layang-layang. Masa kecik tak puas main eh. Heeee..

Okeyyy..last but not least.

Tuesday, 6 May 2014

Puasa bulan Rejab.

Salam uollss..

Semalam pakat dengan anak buah nak puasa. Pastu dah terbayang-bayang mee dalam fridge. So, goreng mee la kita. Hari tu masa kat rumah fil ma masak mee goreng basah. Ya Allah hai teringat-teringat okey. Terus nak buat mee goreng basah. Pukul 5.00 petang msj siap-siap kat anak buah suruh dia keluarkan ayam dan mee. 

Balik keje kul 6.00 petang terus ktung ktang kat dapur. Ngam-ngam siap goreng mee bunyi azan. Penuh pinggan dua-dua ni makan. Heee. Macam mana la lemak tak berkembang dengan jayanya kann.


Satu bungkus okey aiolls masak. Haha. Sebab mee tu dah beberapa hari kot dalam fridge. Kalau masak separuh bimbang nanti sampai membeku mee tu. Bhahaha. Belajar dari pengalaman okey.

Kemudian pagi tadi konon nak bangun sahur pulak. Bangun 5.30 am. Elok-elok tengah makan siap jerang air nak buat tea o panas tiba-tiba bunyi azan. Huwaaaaaa. Ni nak teruskan puasa ke tak neh. Hahaha. Terus telan mee dalam mulut. Takpe la. Kita sambung puasa sunat Rejab esok plak yer.


Hari ni tetiba terasa nak makan nasi berlauk. Pegi kedai seberang jalan opis. Ni la lauk yang biasa aiollss tapau. Sekarang kan banyak bawak bekal. Jarang da nak tapau nasi berlauk.

Nasi putih
Ayam goreng berempah
Kuah gulai terung
Ulam-ulam
Curik cili dalam kuah singgang


Tak lupa jugak tea peng yang kawww.


Heeee. Sori kekawan yang berpuasa. Terliur pulak nanti. Heee..
 Selamat berpuasa dan selamat berbuka =)

Monday, 5 May 2014

Suami mengidam.

Salam uollss.

Kalau balik Dungun biasanya tiap-tiap malam adalah turn kami berdua keluar. Sori adik-adik tak dibenarkan ikut. Bagi lah can kak long kawasan nak bermanjew dengan abg korang. Seminggu tak jumpa okey. Korang dah hari-hari jumpa abg. Bhahaha.

Malam jarang makan kat umah. Biasa kitorang makan kat luar je. Kadang-kadang kalau dah kenyang beli kudapan je ngan nescafe makan kat taman, sambil sembang pasal masa depan. Ceewah. Haha.

Tapi macam dah takde idea sangat tau nak carik kedai makan ni. So, sentiasa terjah kedai '1st time makan' la. Kalau ok baru kita terjah 2nd n 3rd pulak. Kesian betol kitorang.

Hari tu tak semena-mena en.beliau cakap rasa loya la, mual la. Tak nak makan nasi, tak nak makan masakan berkuah. Lor,habis tu nak makan apa?? Ni kes makan tak teratur la. Dia jarang breakfast yang betul-betul pagi. Breakfast dia jam 11am, kadang2 tengahhari baru breakfast. Dah skip lunch. Malam baru makan. Kadang2 kalau makan petang, terus tak makan malam. Patutla perut tu masuk angin, mual loya macam2 la.

Tetiba en.beliau cakap "rasa nak makan chicken chop la". Amboi. Terus la aiols cakap dia mengidam. Hehehe. So, pegi Mama Papa Chop Steak, ok jugak chicken chop dia, order hash brown jugak. Nyum nyum makan panas2.

Thursday, 1 May 2014

Permainan indoor zaman kanak2 dulu

Salam uolls..

Ni bersiaran dari Dataran Merdeka, Dungun. Penuh padat sini ha, dengan kelab kereta wira, myvi, budak2 moto. Eh, kelab lori pun ada. Tak nak kalah. Haha.

Eh, nak stori pasal permainan ni ha. Tadi bosan sangat kat umah. Mula-mula adik ipar ajak main kad. Eh, sori la dik, tak mencabar minda langsung. Terus teringat permainan zaman kanak-kanak dulu.

Adik-adik beradik aiolls ramai. Jadi masa kecik nak main satu-satu games indoor kena yang boleh libatkan ramai. Kang ada yang merajuk, nangis termasuklah saya. Bhahha. Indoor ni main time malam takpun musim tengkujuh mak tak bagi main hujan duk dalam rumah bosan so macam-macam games la main. Biasanya kitorang main batu seremban, tutup botol, main khemah2, karom. Yang paling rare sekali main harta karun, sampai dalam periuk mak sorokkan harta karun. Haha. Sambil menangis la carik. Macam-macam lagi la.

Lalu tadi tercetus la idea main ngan adik ipar. Ni yang biasa main jugak masa kanak2 dulu, tak tau apa nama tapi kitorang panggil 'main nama negeri'. Mungkin salah satu part adalah nama negeri. Sure korang pun biasa main kan. Pilih huruf awalan pastu fikirla adjad tu untuk negeri, benda, binatang, buah apa. Sama tak ngan korang main??

Tapi ngan adik ipar tahun tiga tu saya pilih buah, benda dan binatang je. Kang negeri bertahun fikir tak dapat jawapan. Hehehe. Bagus jugak, dapat improve ejaan dan idea dia jugak.

Elok-elok main je tak habis satu mukasurat pun lagi nampak dia dah lain. Hehehe. Bosan la tu. Pastu muka mencuka masuk bilik hempas pintu. Dia sempat cakap "tak aci la kak long pilih huruf susah, kak long takpela cikgu" LOL..

Hehe. Biasalah kanak-kanak tak leh lama-lama kan bosan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...