Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 27 August 2014

Outing with kesayangans di Pantai Teluk Bidara, Dungun

 Salam uollllssss...

Ni story minggu-minggu lepas punya. Balik Dungun tumpang opismate. Kereta tak ok lagi sampai bila bila. So no more kak long jadik drebar okey. Nasib baik mak mertua pandai drive. Nak kena booking kereta pulak ngan ayah mertua. Kang ayah bawak kereta g memana hancur berkecai impian nak kuar jejalan. Hehee. Nak naik kereta en.beliau maklumlah kereta orang muda. Tapi salute gak mil ni boleh drive auto dan manual. Tak macam menantu ni auto je. Bagi manual tak bergerak la jawabnya. Huhuhu. 

Yeayyy, Ateh nak belanja. Adik ipar dapat first salary so nak belanja weollss. Try makan kat Marrybrown yang baru bukak kat Dungun.


Kak Long konon berpantang minum ais. Muahaha. Tapi datang je hot coffee ya ampun pahitnya. Siap mintak tambah sugar lagi pon pahit lagi. Ok. Bye. Telan laju-laju. Dah orang belanja tak sampai hati tak habiskan. Wuhuhu.




Kemudian jalan-jalan ke pantai pulak. Aktiviti wajib kan. Wajib la pergi.  Kali ni pergi Pantai Teluk Bidara pulak. Jarang kot datang pantai ni. Tapi biasa ngan asben selalu je singgah. Cuma tak singgah lama-lama la. Sebab tak meriah sangat pon kat sini.


Tapi permandangan cantik. Shot gambo wedding kat sini pon orite gak neh. Hehe. Maksud aiolls wedding adik-adik ipar okey.









Bestnya tengok bebudak mandi manda.



Pastu ada gua. Alang-alang dah lalu masuk la kat gua. Tak pernah masuk pon sebelum neh.


Gua ni takde la dalam sangat pon. Jenguk kat pintu depan dan nampak pintu belakang. Heee..


Lepas melepasi gua sampai la tempat batu-batu ni. Cantiknyaaaaaa..







Penat sangat dah adik bongsu ngan mil. Kitorang ni tak habis-habis lagi posing. Siap stand camera atas batu okey. Set timer..1,2,3 smileeeee...Pening dah mil. Dapat anak kaki bergambo. Dapat menantu pon 2x5 jer. Hehe.



Ada budak merajuk. Nak mandi ma tak bagi. Camno nak mandi baju persalinan pon tak bawak. Tapi kalau dia cakap nak kena nak jugak la. Suka hati la dik. Mandi sampai puas yerrr..



Dah lewat petang jom pulang...=)



Tuesday, 26 August 2014

Asben mengamuk.

Salam uollsss..


Rindunya my blog. Rindu jugak nak bw. Apekan daya diriku sangat membizikan diri. Huaaaa. Plus mood kelaut dalam sangat sekarang neh. Sobsobs. Tapi tak best pulak bila entri lama je bersarang. Nak jugak post entri baru. Hehehe. Banyak nak abadikan memori disini..kisah kuar ngedate ngan famili in law, kisah open house kat opis lagik. Macam-macam. Huhuhu. 

Okeyy. Ni nak citer pasal my asben. Hari tu kitorang kuar dating. Ehem.ehem. Tak tau nak pegi mana, macam biasa tempat biasa la kat pantai, kat taman, kat pantai balik. Bosan betol tak tau nak g menderap kat mana. Lepak pantai je la.
 
Tengah syok duk sembang tiba-tiba angin bertiup jugak la kan. Pastu ada pulak daun nyior ni asyik melibas je muka kitorang. Kuat sangat kot angin. Haha. Saja je aiollss nak tengok tahap kesabaran dia kan. Sekali - dua kali - tiga kali daun nyior tu membelai kat muka.


Pastu tiba-tiba asben bangun terus ditariknya pelepah nyior tu. Tapi tak dapat cabut la. Tarik sampai terkulai daun nyior tu dibuatnya. Terus lah aiolls gelak panjang. Dengan daun nyior pon nak mengamuk. Haha.

Nampak tak, terkulai daun pelepah nyior tu dibuatnya. Haha.

Asben : Puas hati aku kau tak kacau aku lagi. 


Pastu ada la pulak kucing sekor datang duk mengiau manja. Haha. Ni lagi nak tambahkan keamukan. Tapi nasib baik la kucing tu muka kesian sangat. Terus tak jadi nak marah. Kitorang pon kebetulan takde makan pape pon. Tak dapat la nak pass kat awak kucing.


Sedih sangat awak. Hilang mak eh?


Sampai senget ko nak gambo berdua punya pasal.


Pastu tak tau dah nak g mana. Jalan tengok bebudak mancing pulak.



Dah lewat petang jom balik asben. Tengkiu luangkan masa ngan puan isteri. Hikhik.



Tuesday, 19 August 2014

Open house lagi wei. Gemuklah aiolls pasni.

Salam uollss..

Selagi tak habis syawal kan banyak lah open house. Ni pun yang opis punya jer. Alhamdulillah kenyang aiolls sehari. Kalau ada open house tak yah pikir nak beli apa dah lunch nanti. Dah la asyik buntu je tak tau nak makan apa tengah hari kan.

Hari tu open house dak2 DKE. Even sikit tetamu dan jemputan tapi makanan tetap sedap menjilat sudu. Haha. Tapi serius la memang sedap even student je yang masak pun. Malu aiolls. Hahah.














Hehehe. Tak mampu nak citer dah. Next time tempek open house lain pulak.Daaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...