Pages

Thursday, 28 May 2015

Lapar tak bleh blah.

Salam uollss..

Mungkin sebab tak alahan jadi saya asyik lapar je rasa. Pagi kalau dah breakfast kat rumah, dalam kul 10 kang lapar balik. Kadang-kadang saya abaikan je rasa lapar tu. Tak pun minum air masak. Kurangla rasa lapar. Nanti kan kul 12pm memang perut mencucuk gila lapar. Lunch makan awal la. Biasanya tapau nasi berlauk.

Balik kerja karang dalam kereta dah berdondang sayang dah perut neh. Kalau dulu bleh je skip dinner or makan roti biskut ke. Now dah tak bleh. Nak nasi jugak. Balik keje dah lewat, kadang jam 7.00 malam baru sampai rumah. Lepas isyak baru nak start masak. Dan terjadila makan lewat malam. Sampai kadang kul 10.00 malam baru makan nasi. Pastu nak tak nak kena la exercise skit. Nyapu rumah ke, jogging setempat ke. Hehe. Kul 11 dah ngantuk..dulu bleh lah berjaga sampai kul 12.00, kul 1.00 pagi. Sekarang kena paksa diri tido awal, nak bangun awal masak breakfast pulak..

Okey tu je nak membebel..daaaa..
Semoga awak sihat sejahtera kat dalam yer..

Tuesday, 26 May 2015

Suprise birthday gift for u, asben (Entri tertangguh)

Salam uolllsss..
 
Entri yang telah lama terperam kat draf. Selalunya saya menaip kat Bloggeroid jadikan draf. Then bukak lappy baru masukkan gambar. Leceh je nak edit kat hp gambar neh. So, selalu tulis tarikh supaya kita tak lupa. InsyaAllah dijadikan kenangan seusia hidup. Aiollss kan cepat pelupa. Heheeh.
 
******************************************************************************
 
 
17 April 2015/Jumaat
Asben biasanya bertolak dari Dungun jam 5.00 pagi. Dalam 6.00 pagi sampai la. 1 jam je perjalanan. Sampai je rumah saya cakaplah dah ada hadiah untuk birthday dia esok. Siap tanya nak sekarang ke nak jam 12.00 malam nanti. Hahaha. Bila dia cakap tak kisah nak bagi bila terus kita lari masuk bilik. Ambik upt tunjuk kat asben. Dia muka blur2. "eh,apa ni syg,b tak faham neh" sambil sengih-sengih kerang busuk buat-buat tak paham eh.hehe. Terangkan kat asben terus dia ucap syukur, Alhamdulillah.
Bleh plak asben cakap "Tulah yang syg duk nangis-nangis sangat nak tu, Dia tahu la masa yang sesuai nak bagi kat kita" Huwaaaaa..sapa suruh nangis. Kan dah kena perli.
 
Hurm..mula-mula kita plan nak tunjuk clear blue kat asben, tibe-tiba tengok kosong kat screen tu. Haha. Rupanya dia muncul sekejap jer eh. Tak sampai sehari pon. So tunjuk UPT je kat dia, yang clear tu nasib baik kita sempat ambik gambo.
 

18 April 2015/Sabtu
Hari ni asben cuti. Owh. Hari ni besday asben. Tapi takde hadiah eh asben. Ni perkhabaran gembira ni kira hadiah la eh. Hehe. So ajak dia g cek kat klinik. Doc tanya dah cek upt ke. Kita bgtau dah 2x cek upt positif, then cek guna clear blue pregnant. So terus doc scan. Doc cakap dah ada,tapi tak clear sangat. Doc kata mungkin terlalu awal. So dia suh datang 2 minggu lagi.

Asben punyala berjaga-jaga. Nak minum air 100plus pun tak boleh. Nak makan megi sup pun tak boleh. Eh,boleh tapi tak leh buh rempah megi tu. Hurm. Pasni dia tak bagi drive balik umah mil lagi awal-awal ni. Huwaaaa,dahla kita cuti 5 hari minggu depan. Terperap kat umah la jawabnya.

Hope lagi dua minggu nampak tanda-tanda kewujudan awak baby. Mommy can't wait.


25 April 2015/Sabtu

Selepas seminggu...

Asben ambik cuti hari ni. Kesian pulak baru minggu lepas cuti dua hari. Eh,tapi kita tak paksa pun. Dah sukarela nak cuti kan. Pastu alang-alang dia cuti kita ajak la pegi klinik. Tak sabar menyabar. Bukan doc cakap lagi dua minggu ke? Ni baru seminggu. Hehe. Actually kita ada gugel. Ramai mommy cakap pegi scan 7weeks dah nampak kantung. Then kawan-kawan pun cakap macam tu. So pegi klinik yang kawan-kawan kita pegi cek tu. Doc cakap tak payah cek upt la. Dia scan terus. Kejap je doc scan dah nampak da. Cepat-cepat asben jenguk tengok. Hehe. Kita pun tak nampak jelas sangat sebenarnya. Takpela asalkan doc dah confirmkan awak wujud dalam rahim mommy, barulah mommy rasa lega. Huhu. Doc cakap mesin scan klinik dia tak canggih sangat. Tapi dia tetap bersungguh nak print. Tq doc. Scan je la, coz asid folic da dapat minggu lepas..

Hope awak sihat-sihat aje yer baby. Semoga membesar bak wira!!
 
 
 

Sunday, 24 May 2015

Pelan-pelan kayuh

Salam uollss..
 
 
Hurm..penat tak hilang lagi. Sakit belakang, lenguh bahu. Awal-awal dah masuk tidur penat n letih sangat. Bila entah nak habis kemas neh. Semalam pegi rumah sewa lama. Ambik saki-baki barang yang masih ada then nyapu semua bagi clear skit terus serah kunci kat tuan rumah. Settle dah rumah sewa lama.
 
Rumah baru ni pon tinggal nak kemaskan barang-barang kat dapur dan sikit lagi barang-barang macam-macam. Kali ni takde nak simpan-simpan jadikan kenangan dah. Menyemak jer. Kira buang terus mana yang tak guna. Heee.
 
Ni gambo malam Khamis kot eh. Masa barang semua sampai. Ambik, semua nak sumbat dalam bakul, dalam beg, paper beg, storage box tu sampai dua orang kena angkat. Apa ntah berat sangat. Heheh.
 
 

 
Malam Khamis tu asben ngan sepupu tido lewat. Dah subuh tu tak tido lagi. Apa ntah dibuatnya. Bangun tido tengok tv dah settle pasang semua. Dapat lah layan Upin Ipin sambil kemas baju. Haha.

 
Malam Jumaat asben ajak keluar makan kat luar. Ajak anak buah n adik sekali yang banyak tolong saya dari petang Khamis lagi kat rumah sewa lama tuh. Thanks asben.

 
Hari Sabtu ajak adik keluar pegi pasar raya penuhkan stok rumah kita n rumah mak yang dah habis.

 
Hari ni dah start kerja. Adus, ni sempat ke tak nak kemas kan semua barang nih. Jumaat ni mak mertua ngan adik-adik ipar datang haruslah kena clear skit mana yang berlonggok-longgok tuh.
 
Chaiyok-chaiyokkkk..


Friday, 22 May 2015

Maka, misi pindah rumah pun bermula.

Salam uollss..

Malam tadi asben dan sepupu balik naik van ayah. Van ayah ni lebar dan panjang. So asben budjet semua perabot boleh la muat dalam van. 2,3 hari sebelum tu saya dah start lipat baju semua letak dalam beg, bakul dan plastik.

Bakul - baju penting, baju kurung pakai pegi kerja, baju tido dan harian jugak baju untuk keluar pg mana-mana. Senang la nanti settlekan bakul dulu.

Beg - Baju yang penting tak penting sangat la. Ada pun ok,takde pun ok je. Termasuk baju cecantik pakai pegi dinner, raya dan blink2. So takpela nak kemaskan kemudian sikit.

Plastik - Ni tak penting sangat la. Termasuk baju harian yang dah buruk, baju opis yang dah tak muat dan t shirt yang ketat semua. Tak nak pakai dah. Kita buh je dulu dalam stor. Nanti free asingkan semua untuk sumbang kat orang atau bagi adik. Maklumlah adik n anak buah dah sebesar saiz kita dah. Konfirm la tak muat baju2 kita.

Malam tadi 4 kali jugak asben dan sepupu ulang alik umah baru dan lama. Tak jauh pun. 10minit je. Alhamdulilah semua muat masuk van. Perabot dah letak tempat masing-masing dah. Tinggal kita je nak kena kemaskan baju-baju dan barang-barang kat dapur. Pheww penatnya. Masuk dapur blur kejap tak tau nak susun kat mane. So tinggalkan dulu dapur tu kita kemas baju masuk lemari.

Chaiyok chaiyok!!

Wednesday, 20 May 2015

Settle satu hal.

Salam uollss.

Hehe. Semua menda nak catat kat cini. Sebagai kenangan dan ingatan di masa depan kononnya.

Tadi lepas isyak pegi rumah tuan rumah a.k.a my kazen. Bincang hal rumah. Mintak izin nak masukkan barang-barang awal sikit. So ada lagi sikit-sikit yang sepupu nak baiki tu macam nak pasang kipas kat stor n baiki sinki tersumbat bleh je time kita dah masuk nanti.

Sekarang tengah cat balik dalam rumah. Lagi 2,3 hari siap la abang cakap. Abang je pun yang catnya. Jumaat ni asben balik bleh angkut semua perabot. Yang kecik-kecik mintak tolong adik n anak buah angkut ngan kereta. Malam esok nak tak nak kena pegi mop rumah. Malam je la free kan. Siang saya keje, adik ngan anak buah sekolah pulak.

Tadi jumpa sepupu terus settlekan depo semua. Tanak pening kepala da fikir. Pening bab nak kemas rumah je la. Tak leh buat keje berat-berat, tapi kena settlekan jugak awal-awal. Nanti nak puasa lagi la penat kan.

So akhir bulan ni mak mertua,adik-adik ipar datang blehlah rasmi tido rumah sewa baru. Wehuuu.

Semoga Allah permudahkan. Aamiin..

Monday, 18 May 2015

Kisah rumah sewa.

Salam uollss..

Masuk kali ni kali ketiga pindah rumah. Rumah ketiga ni dekat ngan rumah mak. Kira kalau mak nak panggil kita pun,laung dari umah mak pun kita boleh dengar dah. Haha. Over. Nak bagitahu dekatnya kan. Alhamdulilah rezeki dapat umah ni. Umah my cousin je pun. Kebetulan penyewa keluar jadi terus dia cop untuk saya coz dulu pernah tanya pasal umah tu. Mahal RM150 dari rumah sewa sekarang. Takpela. Berkorban skit. Maybe ni rezeki anak. Elok-elok tau je preggy terus adik bagitau mak sedara tanya kita jadi tak nak duk umah ni. Senang la pape dekat ngan umah mak. Nak lawat mak hari-hari pun takde masalah.

Mula-mula kita macam 50-50 jugak. Asben biasa la dia, ikut syg la b ok je. Tu jela ayat dia. Kebetulan weekend lepas balik umah mak, asben pun ajak abg pegi tengok dalam rumah. Eksaited sangat asben. Rumah besar, dapur pun besar. Parking berbumbung. Petang tu terus confirm kan ngan sepupu. InsyaAllah akhir bulan ni start duk situ. Penat pulak nak mengemas,mengangkut segala mak nenek. Tapi asben dah pesan siap-siap jangan angkat berat-berat. So kita dah plan nak ajak adik ngan anak buah tolong angkat. Kita tukang kemas-kemas je. Muahaha.

Hurm, aritu pegi umah sedara dia cakap la kat kita "kenapa susah-susah nak duk umah sewa,duk je la umah mak besar gedabak tu. Duit sewa tu bleh simpan buat rumah". Kita senyum jela. Sebelum kawin lagi memang dah plan ngan asben kawin nanti kita akan duk sendiri. Even pjj pun kita nak ada rumah sendiri, privasi sendiri. Biarlah umah sewa pun. Dah 26 tahun duk ngan mak. Tak kan dah kawin pun still duk ngan mak lagi. Nanti ada anak nak duk ngan mak lagi jugak ke?? Hurm. Nak je kita tanya sedara tu habis anak dia yg dah kawin dah ada anak tu yang still duduk ngan dia tu banyak mana dah duit dia kumpul nak buat rumah. Ke dah dirikan rumah?? hahaha. Soalan dalam hati je la. Mak mertua pon memang pesan siap-siap duk umah sendiri belajar berdikari. Kalau kita pindah balik Dungun pon mak mertua cakap jangan duk ngan ma yer, cari rumah sewa sendiri. Heheheh. Alhamdulillah duk umah sewa ni pelan-pelan beli perabut rumah, kelengkapan rumah. Nanti dah pindah umah sendiri tak la banyak sangat nak dibeli. Duk umah mak masa bujang dulu pon ada jugak kita beli mesin basuh, almari kat dapur, rak buku semua. Then dah pindah takkan nak angkut semua tu kan. Buruk siku la. So duk umah sewa masa ni pelan-pelan kumpul perkakas rumah.

Tak kisahla kan. Ada pro n kontra. Masing-masing ada pendapat sendiri. Mak pun tak kisah kita nak duk mana. Tapi elok jugak kita ada umah sendiri. Kita keluarga besar okey. Balik raya penuh rumah mak tak muat bilik. Pasni adik beradik jangan risau, boleh check in umah saya jugak okey. Hikhik.
 
Nanti nak jumpa sepupu nak mintak masuk barang-barang awal skit. Yela, asben ku ni weekend baru ada, weekend ni plan nak angkut semua perabot. Nanti akhir bulan kebetulan mak mertua, adik-adik ipar, sepupu asben ramai nak datang bleh terus tido rumah sewa baru.
 
Semoga Allah permudahkan. Aamiin.....

Thursday, 14 May 2015

1st checkup at KKBT

Salam uollsss..
 
Lamanya tak mencoret disini. Bukan bizi sangat pon tapi macam takde mood je nak berbelog. Bukak draf je, tutup balik. Bukak je tutup balik. Ni rasanyya dah ada 6 draf tak publish-publish lagi. Tunggulah bila kerajinan tu datang saya publish. Huhuhu...
 
11.05.2015 (Isnin)
Isnin lepas saya pergi KK buat buku merah. Hikhikhik. Yer uollsss. Alhamdulillah dah ada rezeki lepas tiga tahun menunggu akhirnya Allah bagi rezeki di tahun ketiga neh. Ada kawan-kawan cakap awal betol pegi buat buku merah. Haha.
 
Pertama sebabnya next week bizi dengan exam segala hal, so taknak kacau weekdays saya.
Kedua sebabnya kita langsung takde simpton-simpton mual,loya, pening, rasa nak muntah dan sebagainya tu. Eh, bukan tak bersyukur cuma kita tetiba rasa takut plak. Habis tanya kawan-kawan yang dah preggy tu pengalaman morning sickness diorang. So, kita decide pegi KK awal la. Bila cerita kat nurse dia gelak pulak. Orang tak nak morning sickness awak nak pulak eh. Hahaha. Yela. Atas penerimaan badan seseorang la kan. Setakat ni 9 minggu takde rasa loya, mual lagi. Masih gagah memasak di dapur dan membuat rutin harian seperti biasa. Terima kasih Allah permudahkan.
 
Hari Isnin tu saya ambik cuti, sebab 1st time check up kan. Tak tahu habis kul berapa. Jadi pagi tu saya masak breakfast siap-siap la. Takut lapar pulak menunggu kan. Goreng mee. Siap bertambah-tambah lagi makan. Kul 9.00 lebih sampai klinik terus pergi kat kaunter. Nebes pon ada. 1st time pegi KK sorang-sorang neh. Rasa macam semua mak cik-mak cik atas kerusi tu pandang semacam je. Kau dah kenapa mak cik. Tak makan pagi ke. Ke muka saya macam budak sekolah sangat. Hahaha.
 
Tanya kat kaunter pendaftaran, then terus pegi daftar kat tempat yang dia cakap tuh. Kena daftar ikut zon kampung tertentu. Zon kampung saya hari Isnin dan Rabu. Timbang berat dan ukur tinggi. Berat ai 56.7 dan tinggi 156cm. Statik jela berat. Selama ni timbang 55 or 56. Hope pasni awak naik yer berat. Makan berselera je kerjanya neh.

Then tunggu nurse tulis buku merah. Nak tau detail pasal kita. Tempat kerja asben, sejarah penyakit parents, penyakit yang kita ada. Semua story kat nurse tu.
Lepas tu ambik darah nak tau hb berapa.
Then pegi kat makmal untuk test urine
Sepatutnya kena test jugak urine asben, tapi dia tak datang kan. So nurse cakap next time jela.
 

Dah dapat result urine test baru masuk bilik pemeriksaan jumpa nurse lain pulak. Dia cek body. Leher, br*** nak cek ada ketulan x, perut, betis, kaki. Alhamdulillah. Nurse kat KKBT ni ramah sangat. Riuh rendah dalam tu. Macam-macam la nurse nasihat. Macam nasihat mak,mil, adik beradik & kawan-kawan jugak. Nurse bagi garam iodin eh. Pasni kena tukar garam masakan kat rumah lah. Lama jugak la sembang ngan nurse Mimi ni. Siap story pasal anak dia lagi, share pengalaman dia. Kita pon macam-macam tanya. Malu bertanya sesat jalan. Kikiki.

Then jumpa doc untuk scan. Dah nampak jantung baby kelip-kelip. Pastu doc decide tarikh untuk minum air gula awal bulan Julai nanti. Macam mana la rasa dia kan. Gerun pulak kita.

Settle kat doc jumpa nurse Mimi tadi balik. Set tarikh untuk next checkup. Sebulan akan datang. Nurse dah pesan siap-siap hb kena naik coz hb kita ngam-ngam 11 je. Takleh skip ubat yer.
 

Dah settle tu pegi kaunter farmasi ambik ubat. 4 jenis ubat kena makan. So settle untuk 1st check up. Hope pasni Allah permudahkan segala urusan. Semoga awak membesar dengan sihat yer baby.