Para Pengikut..

Klik Me =)

Thursday, 29 January 2015

Resepi Mee goreng simple dan sedap

Salam uolls..






Saya dah jarang masak mee. Duk berdua ngan anak buah ni beli mee je mesti ada balance pastu jadi keras. Pastu masuk tong sampah. Selalu macam tu sampai kita pun fed up dah nak masak mee. Hehe. Panjang punya alasan. Dah la tajuk sengaja puji mee sendiri sedap. Bhahaha.

Pastu dua-tiga hari lepas saya teringin sangat nak makan mee goreng letak fish cake perah asam limau. Ya Allah terbayang-bayang sangat dalam minda ni. Lalu kebetulan pegi pasaraya belikan barang dapur terus beli mee sekali. Sedapnya. Mee goreng memang peberet kita. Kalau bihun goreng tu kureng sikit.

Malam tadi goreng la mee tu. Goreng sebungkus terus. Lebihan banyak tu pagi tadi anak buah dan saya panaskan bawal bekal.

Resepi mee goreng simple je. Nak masak pun mudah sangat haih. Tiada alasan sangat tau cakap kat mak mertua tak pandai masak. Ewahhh.


Resepi mee goreng mudah dan sedap

Bawang putih 5 ulas ketuk n cincang halus-halus.
Cili kisar. Lebih kurang 1 senduk.
Ayam dan fish cake. Potong kecik2.
Sayur. Saya suka letak kobis.
Cili hiris (kalau suka pedas macam saya)
Kicap, sos cili dan sos tomato.
Garam dan perasa.

1. Mula-mula tumiskan cili kisar dan bawang putih. Agak-agak la masa tu. Jangan kejap sangat jangan lama sangat.
2. Letak sos cili, sos tomato, garam dan bahan perasa.
3. Kemudian masukkan ayam n fish cake sampai masak. Kalau kering sangat buh air sikit.
4. Kemudian masukkan sayur. Jangan lama sangat nanti sayur layu pulak hilang habis khasiat. Ekeke. 5. Boleh lah nak rasa pun. Kalau dah ok letak mee, curah kicap gaul sebati sampai mee masak.

Tadaaa..siap dah. Makan panas-panas perah asam limau. Sedapnya. Tambah sepinggan lagi boleh??

Wednesday, 28 January 2015

Botol air baru lagi.

Salam uollss..
 
Semalam pergi beli barang dapur umah mak. Pastu ternampak la botol air ni comel nya. Hehe. Padahal dah dua bijik botol air kaler hijau plain tu. Lately asyik terlupa je bawak air datang opis. Elok buh air dalam botol pastu tertinggal kat dapur la, atas meja lah. Kadang-kadang botol tu tertinggal kat opis. Adeh. Faktor usia betul neh.
 
Konon dengan botol baru ni sentiasa teringat la nak bawak air pegi opis. Thehe. Yang penting kaler kecintaan aiolls.
 
 

Tuesday, 27 January 2015

Sape yang stress sebenarnya???

Salam uollss..
 
 
Hari ni kita makan simple je. Pagi tadi breakfast panaskan nasi goreng lebihan jualan untuk budak-budak sekolah tu (biasa kita goreng nasi malam). Pastu sempat bakar daging burger dua slice pagi tadi. So bawak bekal makan lunch. Tu je. Malam ni dinner nak makan roti je kot eh.
 
Ni gara-gara berat badan naik bertubi-tubi lately. Makan takdelah banyak pon. Tapi berat ni tiap kali timbang je mesti naik. Ker penimbang rosak?? Banyak dah stok-stok baju pegi opis tak muat. Bungkus dalam plastik nak pass kat anak buah. Yang masih baru boleh oter lagi bagi mak dia oter lah. Ni macam duk repeat baju sama je pegi opis. Huwaaaaaaa...
 
Dah lah hari tu asben buli teruk. Jahat betul. Siap compare lengan kita dengan lengan dia. Pastu cakap sama je saiz. Eh helllooooo, lengan awak tu 2x ganda kita tau. Pastu cakap dagu kita dah tak nampak dah tertutup dengan pipi. Gulppp. Eh, tak puas hati lagi buli isteri dia gemuk siap sarung kan cincin kawin dia kat jari kita. Nahhhhhh!!terus muat takde nak gelongsor lagi cincin tu. Huwaaaaaa lagi..
 
Tadi asben call kita mengadu la lapar hari ni makan nasi goreng sikit pastu burger dua keping jer. Boleh tak dia cakap "Bagus,bagus. Malam ni jangan makan, minum air jer okeyy". Kejam betul. haha.
 
Asben kalau cakap pasal kenaikan berat kita mesti macam risau je, macam stress jer. Haha. Bila kita tanya "Kalau sayang jadi gemuk macam mana??" dia akan cakap "Kena lah diet, jaga makan, jangan makan banyak-banyak, kena banyak senam, ni duk opis sehari dalam aircond, balik rumah rehat je macam mana berat tu tak naik" hahah. Mesti nak elak dari menjawab soalan tu.
 
Pasrah je lah asben yer kalau isteri awak jadi gemuk.
 
Nahh ambik sekeping gambo muka yang membulat dengan jayanya.
 


Catatan duka pemergian arwah abang ipar ke rahmatullah.

Salam uollss..
 
Lama tak mencoret disini. Hurmm..Seminggu berlalu macam-macam kisah terjadi. Kisah suka dan duka. Semoga jadi memori sampai bila-bila.
 
20 Januari 2015 (Selasa)
 
Betul-betul sehari lepas ulang tahun saya meningkat usia berlaku kisah duka dalam keluarga kami. 2-3 hari kebelakangan ni rasa sangat mengantuk. Sampai satu tahap saya tertidur dalam kelas masa tunggu student siapkan latihan. Allah. Ngantuk teramat sangat. Balik rumah saya dah malas nak menyinggah kemana-mana walaupun tahu kat dapur tu banyak stok barang kena beli. Tapi makan je lah apa yang ada pon. Balik rumah lepas Isyak baring tengok drama terus tertido. Biasa saya tido jam 12.00 malam paling lewat pon 1.00 am . Atau paling awal pun 11.00 pm macam tu la. Hurm.
 
Pagi 20 Januari 2015 saya terlewat bangun. Rushing pergi kerja. Dengan perangai iron baju waktu pagi nak pegi kerja memang agak kelam kabut lah jawabnya. Tengah bersiap dalam bilik dengar hp berdering. Mula-mula ingatkan student yang col. Takpelah, kalau urgent dia call la sekali lagi. Nah betul pon. Cepat-cepat angkat call.
 
"Jah, Abang Faris dah takde"
 
Allahhh..
 
Luluh hati. Masa tu dalam fikiran terbayang my sis dan anak-anak. Arwah abang ipar mengidap jantung dan buah pinggang. Memang dah kerap kali berulang-alik ke hospital. Namun rencana Allah tak siapa tahu. Arwah meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Masih belum tahu erti "Abah dah meninggal", masih belum mengerti kubur tempat dibacakan surah Yassin tu tempatnya terpisah jasad mereka dengan abah di dunia ini selamanya, Allah besarnya dugaanMu.
 
Arwah selamat dikebumikan di Putrajaya pada waktu petang 20 Januari . Saya pulak dapat cuti dua hari. Nasib baik bos baik hati bagi cuti kat kita. Even tak sempat jumpa arwah, nak jugak jumpa kakak, tenangkan dia, sekurang-kurangnya dia tau dia masih ada famili tempat bergantung harap.
 
Balik opis terus pergi beli tiket untuk abang nak naik Putrajaya malam tu. Kita pulak naik pagi esok dengan asben. Lepas hantar abang kat terminal bas terus pecut balik Dungun. Jam 9.30pm kot tolak dari Kuala Terengganu. 1st time drive malam lewat-lewat macam tu lepas trauma eksiden dulu. Pagi esok bertolak ke Putrajaya. Sempat la dua malam tahlil, sempat jugak pegi sedekahkan surah Yassin di kubur arwah. Semoga arwah tenang disana.Aamiin...
 
 
Buat kakak kesayanganku, Allah pinjamkan hakNya pada kita kerana kasihNya dan Allah ambil balik hakNya jugak kerana kasihNya. Saya tahu awak seorang yang tabah. Semoga terus dikuatkan semangat untuk mendidik anak-anak menyambung keturunan arwah menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan risau famili sentiasa disisi dan Allah sentiasa ada =)
 
 
 
 
 


Monday, 19 January 2015

Keputusan AJL 29

Salam uollss..
 
Malam tadi Anugerah Juara Lagu, saya tak tengok 100% pon. Sempat tengok pembukaan M Nasir nyanyi tu je. Then kita keluar hantar mak stesen bus. Mak nak ke Putrajaya tengok anak-anak cucu dia. Masuk kereta dengar live dr Era.Fm pulak.
 
Dan pemenangnya adalah sangat di luar jangkaan saya.
 
Juara
 JOE FLIZZOW & SONA ONE - APA KHABAR
 
 
Memartabatkan rap di Malaysia. Salute la. Lagu ni best kan.
 
Naib Juara
SHILA AMZAH - MASIH AKU CINTA 
 
Sori. Kita tak suka sangat lagu ni. Tapi tetap ada aura tersendiri kan.
 
Tempat ketiga
DAYANG NURFAIZAH - DI PINTU SYURGA 
 
Dayang mantap sangat suara. Menghayati sangat lagu.
 
Vokal Terbaik
 
DAYANG NURFAIZAH - DI PINTU SYURGA 
 
Sesuai sangat bagi kat Dayang. Ai setuju.
 
Persembahan Terbaik
 MOJO - ROMANCINTA
 
Ni yang orang duk citer pasal persembahan dia yang menghayati lagu sangat, feeling sangat even dia kelainan upaya. Tapi saya tak sempat tengok pon. Dengar suara je. Mati-mati ingat suara Aweera. Eh, bukan ke Aweera tak nyanyi. Terus berteka-teki dalam diri kan.
 
 
Tahniah semuanya. Tahniah kerana mewarnai industri hiburan di Malaysia.


http://www.anugerahjuaralagu.com/

Sunday, 18 January 2015

Senarai Finalis dan Ramalan Anugerah Juara Lagu ke-29 by Izafiza

Salam uollss..
 
 
Saya pon nak jugak buat ramalan. Kita tak pernah miss la dengan Anugerah Juara Lagu. Yang penting sebab ia seusia umur kita. Nanti lepas habis AJL malam ni lepas kul 12.00 am tu sebelum tido jangan lupa wish besday saya. Muahaha.
 
FINALIS AJL 29
 
ALYAH - SEPARUH NYAWA
 YUNA - LELAKI
DATUK HATTAN & WARIS - GADIS JOLOBU
STACY-GILALAH
SHILA AMZAH - MASIH AKU CINTA
MOJO - ROMANCINTA
 JOE FLIZZOW & SONA ONE - APA KHABAR
INDAH RUHAILA - PERCAYALAH
HAZAMA - MALAIKAT
HAFIZ - MATAHARI
BUNKFACE & AMY SEARCH - RENTAK LAGUKU
 DAYANG NURFAIZAH - DI PINTU SYURGA
 
RAMALAN IZAFIZA
 
Juara
 ALYAH - SEPARUH NYAWA
 
Suka sangat lagu ni. So, suka hati kita lah nak ramal juara pun kan. Lagu yang aktif di tv sebagai muzik latar especeli cerita Satu Hari di TV9. Lagu ni meruntun kalbu sangat. Hope sangat Separuh Nyawa menang.
Naib Juara
DAYANG NURFAIZAH - DI PINTU SYURGA
 
Ni pon berhantu jugak sebenarnya. Tapi kita lebih suka suara Alyah. Hehe.
Tempat ketiga
DATUK HATTAN & WARIS - GADIS JOLOBU
 
Best lagu ni. Even kita bukan orang nogori 9 pon kita gigih jugak nyanyi lagu ni dalam kereta walaupun lirik kelaut. Haha.
Vokal Terbaik
 ALYAH - SEPARUH NYAWA
 
Hafiz vokal mantap jugak kan. Takpelah nak jugak Alyah menang. Haha.
 
Persembahan Terbaik
 HAFIZ - MATAHARI
 
Suka tengok vc Matahari. Hope Hafiz ajak adik Qis naik stage skali dan persembahkan persembahan menarik batal titiskan air mata aiollss macam lagu Awan Nano.
 
Tetiba nak review balik AJL 28 dulu tuh. Rupanya yang 28 pon ramalan saya Alyah menang. Tapi tak pon. Sobsob. Chaiyok2 Alyah.
 
http://www.anugerahjuaralagu.com/

Thursday, 15 January 2015

WISHLIST 2015

Salam uollss..

Untuk tahun 2015 ni banyak benda yang saya plan nak beli. So, kita share sini la supaya kita sendiri tak lupa. Hehe.


Mesin Jahit
(sumber Lazada)

Nak sangat sebiji mesin jahit mini tu. Kelip-kelip mata tengok kat Lazada. Harga pon bukan mahal sangat pon. Hari tu dah pernah survey kedai elektrik. Ada yang mahal, ada yang murah. Siap tokey nak bagi bayar bulan-bulan lagi. Nak sangat belajo jahit. Cikgu tukang jahit dah ada. Ceewaahh.Jangan beli nanti jadi tempat tinggal labah-labah sudah.
 
Oven
(sumber Panasonic)
 
Ni wishlist dari tahun 2014 lagi sampai sekarang tak tertunai lagi. Hope tahun ni dapat beli oven. Nak sangat buat kek. Tengok resepi macam senang je kan. Kita asyik duk buat kek puding gula hangus tu je sampai ke sudah.Tahun lepas siap pinjam oven dengan mak mertua lagi konon nak buat biskut raya. Sempat jugak buat biskut raya 2-3 jenis ngan kek pisang.
 
Almari dapur
Memandangkan kita masih duk rumah sewa kejadahnya kita nak upah orang pasang kabinet kan. Over sangat ni haih. Haha. Jadi kita nak sangat almari untuk letak segala pinggan mangkuk tu. Hari tu masa cik ti mengganas ada jugak dia rosakkan kotak-kotak barangan kaca hadiah kahwin. So, kalau ada almari tu kita nak buh barangan kaca tu semua dalam tu. Tapi asben cakap tak payah beli lagi la. Nanti nak pindah lagi susah nak angkut almari banyak-banyak. Dah la dapur cinonet je. Pastu dia bagi choice, nak meja makan ke almari dapur tu. Tak tahu antara dua.
 
Meja Makan

(sumber Ikea barulah semangat sikit tengok.hehe)

Haha, tak tahu antara dua kan, mari masukkan dua-dua dalam wishlist. Lantaklah dapur jadi sempit pun asben. Setakat nak berzumba kat dapur tu muat lagi. Haha. Tapi nak meja kecik je pon. Yang muat untuk empat orang ok dah. Sampai sekarang kita makan depan tv atas meja kopi tu lagi. Keke. Kalau ramai skit orang hampar tikar makan bersilalah jawabnya.
 
Langsir
(sumber Ikea. Cantiknya corak polkadot neh)

Kiki. Langsir ni pon konon dari tahun lepas lagi nak beli. Pastu pindah rumah terkubur sekejap keinginan tu. Ni datang balik keinginan. Nak langsir kaler hijau. Biar sejuk je mata memandang dalam rumah (biarlah rumah kau panas pun kan). Sekarang duk pakai langsir belas insan dari rumah mak kita lagi.
 
Ni jelah kot wishlist yang besar-besar, yang lain kecik-kecik tu tak payah la nak tulis kat sini. Menyemak je. Haha. (Nampak sangat banyak wishlist)

 


Monday, 12 January 2015

1st weekend di tahun baru.

Salam uollss..


Cerita basi seperti sediakala. Hakhak. Ada haku kesah basi ke tak sukatilah nak update pong. Heee. Hari tu kan dapat voucer Zalora, belikan handbeg untuk isteri dan jam tangan untuk suami. Eh, ada yang tanya macam mana saya dapat voucer Zalora tuh. Tu rezeki la kot. Team Zalora emel saya dapat invitation to collaborate dengan Zalora Malaysia. So, dia offer la voucer RM100. Alhamdulillah rezeki. Hikss. Kita pon selalu je intai-intai Zalora. Ada yang berkenan jer masuk dalam list. Sampai penuh emel kita dengan promo-promo.

Takut nak belikan jam tangan buat seorang suami yang cerewet. Tapi beli jugak, biarpun dia dah ada macam-macam koleksi jam tangan. Jadi nak bagi nampak spesel skit terus wrap. haha. Gdex hantar kat opis hari Khamis. Petang Khamis terus balik jumpa asben. So, masa rehat tu carik kertas n riben wrap la. Heheh. Ni tak tau lah hadiah besday ke enibesari ke ntah lah.

Lepas dia siap kerja masuk bilik mandi kita pon letak atas katil. Ecewahh. Suka sangat. Sempat lagi keluar bilik show off kat adik n mak mertua. Haha. Hadiah ni tak seberapa pon asben dibandingkan kasih sayang saya. Ehemm. Sakit tekak pulak kita = P
 
 
Dah cerita pasal asben kang ada pulak cik anon jeles. Haha. Okey. Hari Sabtu keluar ngan mak mertua & adik-adik ipar. Settlekan dulu apa yang perlu disettlekan.
 
 
Kemudian macam biasa ke pantai la kita. Cuaca cerah je. Cuma laut bergelora sangat.
 
 
 
 
Adik ipar n mil kesayangan.

 
Mak mertua kesayangan.

 
Adik bongsu kesayangan. Ni tak cukup korum ni. Sorang lagi adik ipar keje tak dapat join sekali.

 
Pastu pegi Pantai UITM tengok ada orang main bot guna remote control tu. So, lepak dulu la tengok. Macam menarik jugak bot laju.





Lepak sampai lewat petang. Pastu terus balik rumah. Ni dua minggu tak balik jumpa mil ni. Rindunyaaa. Cepatlah weekend =)


Manisnya Cinta.

Salam uolllss..
 
 
Malam tadi tengok cerita Manisnya Cinta di Cappadocia. Manis sangat tau. Tapi benci sangat pasal bazirkan air mata kita. Nasib baik tengok sorang-sorang. Nangis sedu-sedan orang tak nampak. Haha.
 
Suka sangat tengok Fazura, sweet je. Baju dia pakai pon semua cantik-cantik. Terus follow sponsor baju. Hakhak. Okey nanti balik nak ajak asben tengok pulak. Kita tengok dia nak bagi berapa bintang coz kita bagi lima bintang..heheheh..
 

Thursday, 8 January 2015

Mulut tu nak kena cili ker??

Salam uolls.

Hujung minggu yang lalu balik umah mil. Haha. Eh kita letak gambo with mil kat fb ada pulak yang tanya "asyik gambo ngan mil je,ngan mak sendiri xde gambo pun".heh.cili mulut tu baru tau. Mak kita shy shy cat. Jarang sangat la nak bergambo pun.

Dan ada jugak yang cakap "dia ni asyik balik umah mil je, umah mak tak balik pun" hey nak kena cili jugak eh bibir munggil tu. Umah mak kita 10 minit je dari rumah. Balik kerja pun kita selalu je pegi umah mak. Dan bergilir-gilir tiap ujung minggu rumah mak and mil okey. Even umah mak 10 minit je dari umah time weekend pun kita selalu tido umah mak..awak ni pasang kamera kat kaki kita ke ha?ke ada bela hantu raya konon tau sangat aktiviti kita kemana kita pergi. Habis stok cili kita pegi cilikan mulut awak. Membazir betul.

Macam ni lah nasib pjj kan. Tapi macam ustaz duk sebut selalu, kalau kita nak ikhlas dalam bersyukur tengok orang yang kurang nasib dari kita. Memang sedih hidup pjj. Kadang seminggu, kadang dua minggu tak jumpa. Tapi ada kawan saya tu suami keje kat Sarawak, tunggu cuti sekolah baru dapat jumpa. Jauh beribu batu. Syukurlah. Allah tetapkan rezeki kita macam ni..

Update via mobile takde gambo. Daa..

Wednesday, 7 January 2015

Alfatihah.

Salam uollss.
 
Tadi dapat panggilan dari mak. Mak bagitahu tuan rumah saya dah takde. Mak pun tak tahu sangat pun bila dia meninggal, jam berapa, bila kebumikan. Mak pun tak kenal informer yang datang tu. Tapi tuan rumah memang ada bau-bau bacang jugak dengan ayah.
 
Terkejut jugak sebenarnya. Baru hari Isnin saya pegi rumah beliau. Niatnya nak bayar duit sewa rumah. Masa tu beliau baring je. Menantu beliau cakap tok (tuan rumah) tak boleh bercakap dah, tapi dengar lagi apa kita cakap, paham lagi apa kita cakap. Tak makan dah. Minum pun sikit.
Masa kita salam tu pun rasa lain macam jugak. Perasaan yang sama masa salam dengan arwah nenek (belah mak) sebelum arwah pergi. Tapi kita abaikan perasaan tu. Tak nak fikir bukan-bukan.
 
Arwah tok (tuan rumah) baik hati sangat. Kita start menyewa bln januari 2014. So dah setahun dah menyewa situ. Tiap kali pegi bayar sewa rumah mesti dia ajak masuk minum air hidangkan kuih ke biskut ke. Kalau tak masuk dia beria-ria jugak masuk. Dengar dia bercerita. Biasanya pasal penyakit dia la, kena pegi spital, kena makan ubat. Tapi kita dengar je la. Angguk-angguk kadang mencelah jugak.  Kalau bayar sewa awal skit mesti dia cakap tak payah gaduh2 la, tak cukup bulan pun lg.
 
Huhu. Baiknya beliau..
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh..aamiin..

Wordless Wednesday.

Salam uollss..
 


Thursday, 1 January 2015

Bye 2014, Welcome 2015

Salam uolls.
 
Sekejapnya masa berlalu kan. Alhamdulilah, even 2014 banyak duka, namun masih kuat untuk mengharunginya.
 
Januari 2014
Bermulanya hidup baru dirumah sewa baru. Alhamdulilah even rumah kecik dari umah lama tapi syukur sangat punya kejiranan yang sangat baik,peramah,bertanggungjawab terutama tuan rumah sendiri. Rasa selamat jugak la memandangkan kita berpjj ngan asben. Tapi nasib baik ada anak buah teman duk sekali. Tak la bosan sangat. Januari bulan saya dilahirkan. 19 Januari, cepat set alarm kat phone tu. kikiki.
 
Mac 2014
9 Mac Wedding Anniversary. Konon nak buat suprise kat asben kan. Haha. Suprise tak jadi. Nak tau godek-godek la sendiri. haha.
 
 
Kemudian berkumpul sanak saudara belah mak di Lepar Hilir Gambang kenduri sepupu. Hepi sangat dapat kumpul ramai-ramai.
 

 
Jun 2014
Dah janji ngan asben setiap tahun nak jugak jalan-jalan negeri lain. So kumpul duit dapat pegi kemana-mana-jalan-jalan-shopping hilangkan stress (terapi sangat neh. Haha) Same goes to asben. Kalau window shopping satu mall tu dia nak jelajah kalau boleh. Haha. Dis year shopping kat Kuantan jela. Tido kat sana. Kira honeymoon la eh asben. Haha. Shopping, jalan-jalan, lepak-lepak, tengok wayang..Hurmm..taun ni nak kemana plak yer asben???
 

Bulan ni jugak bulan penuh duka. Odw balik dari umah mil ke opis saya eksiden. Kereta berpusing 2-3 kali. Alhamdulilah Allah masih bagi peluang mengecap nikmat bernafas.
 
Julai 2014
Ramadhan. Sedih sangat jarang balik umah mil sebab kereta tersadai kat bengkel.
Photoshot raya with student.

 
Ogos 2014
Aidilfiri. Raya pertama umah mak. Raya kedua zuuup balik umah mil. Nasib baik sebelah daerah je.



 
September 2014
Trip to Penang dengan my fren dan student. Ni kenangan paling indah kot untuk tahun 2014. Rindunya nak pegi Penang lagi bolehh??
 
Oktober 2014
 
Aidiladha di rumah mil.
 
 
November 2014
Berulang alik ke Kuantan setiap hujung minggu untuk settle kan urusan kereta. Alhamdulilah selesai even banyak benor masalah keta ni. Pasrah je la. Asalkan ada keta nak bergerak kemana-mana. Huhu.
 
Disember 2014
1st time travel ke KL with asben. Pegi ke umah abg bawak mak n adik. Pasni nak travel ke utara pulak la.hee..

 
 
 
Alhamdulillah. Segala ujian di tahun 2014 sangat membuatkan saya makin kuat. Dan masa tu la kita sedar betapa Allah sayangnya pada kita dan menghantar orang yang baik, yang menyayangi kita untuk menjaga kita. Terima kasih Allah.
 
Semoga tahun 2015 saya semakin kuat untuk mengharungi segala pahit getir hidup. Ecewahhh. Semoga terus dipanjangkan jodoh bersama suami tersayang. Semoga beroleh rezeki zuriat untuk tahun ketiga ini. Aamiin.
 
Terimalah sekeping gambar di tahun baru. Dulu nak sangat berazamkan 'naik berat badan'. Nahh ambik setelah beberapa tahun barulah azam tersebut terlaksana. Sekarang takkan nak berazam 'turunkan berat' pulak kan. Pasrah je la aiollss..(ayat sedapkan hati sendiri).
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...