Para Pengikut..

Klik Me =)

Thursday, 24 September 2015

Salam Aidiladha.

Salam uolls..

Salam aidiladha semua. Tahun ni raya umah sendiri je. Maybe tak balik rumah mertua pun. Tanya asben pagi raya nak makan apa. Macam biasalah ayat dia 'masak la apa-apa pun'. Buntula kita. Then terbayang nasi minyak ayam masak merah. Sedapnya. Tapi tak pernah pun masak nasi minyak. So saya gugel je la. Tengok macam-macam versi ada. Campur cedok situ sikit, sini sikit.



Masak 4pot setengah. Dah plan nak hantar rumah mak jugak. Harap saya berdua ngan asben nak makan memang tak habis la. Pinjam rice cooker mak. Rice cooker kat rumah ni lama sangat da tak guna untuk tanak nasi. Biasa guna untuk kukus puding karamel je.



Ayam masak merah. Sekor je ayam.



Sambal belacan ngan acar timun jangan dilupa.



Alhamdulilah. Asben makan siap tambah lagi. Even kita rasa macam tawar je nasi. Mak, adik pun cakap tawar. Hehe. Takpe pasni bleh adjust lagi.

Tuesday, 22 September 2015

Scan 4D & jantina baby =)

Salam uollss..

***Lama terperam dalam draf. Hari ni godek2 draf rupanya ada entri neh. Ni dipanggil diari throwback la eh.hehe..
 
29 Ogos 2015 - Sabtu
 
Minggu ni week ke 24. Ari tu saya dah ushar klinik kat area Kuala Terengganu ni untuk scan baby. Kebetulan hari Sabtu asben mintak cuti. Kebetulan pulak ada klinik ni bagi diskaun untuk scan 4D. Untuk scan 4D black & white RM50 je. Kalau nak kaler kena tambah RM20. Agak jauh jugak klinik ni dengan rumah kami. Takpelah jauh pun asalkan servis baik. Opismate pon dah pergi sini dan cakap doktor baik hati peramah sangat.
 
So, hari Sabtu tu kitorang geraklah dalam kul 10.15am. Sampai je ngam-ngam kul 10.45. Pergi daftar then minum pagi kat kedai makan sebelah klinik. Doktor datang kul 11.00am. Tapi takdelah lama pun tunggu turn.
 
Doktor Karimah ni baik sangat. Peramah sangat. Alhamdulillah semua ok. Air ketuban normal, saiz, berat, tinggi baby pon normal. Tu je yang penting. Suka tengok gelagat baby. Duk tenyeh-tenyeh mata dia, tutup muka dia, tendang-menendang, duduk bersila pon ada. Aktif sangat awak ni sayang. Hehehe.
 
Pastu nak tengok jantina tersembunyi disebalik tali pusat la pulak. Doktor pujuk-pujuk baby cakap 'tunjuklah baby, ayah ngan mama awak datang nak tengok ni' hehe, comel je doktor pujuk. Pastu saya kena mengiring kekiri, mengiring ke kanan pulak nak bagi baby berubah posisi akhirnya nampak jugak. Tapi wallahua'lam la kan. Semua kuasa Allah. Ada orang scan tengok jantina gegirl, tup-tup kuar boboy. Ada jugak scan nampak belalai baby, kuar-kuar gegirl. Tak kisahlah. Asalkan awak sihat baby.  
 
 
Perut berdondang sayang dah. Tapi asben nak isteri dia masak jugak. So, terus balik rumah lah jawabnya. Plan nak cari barang baby sikit-sikit tak sempat la nak balik kemas baju coz nak balik umah mertua plak karang.
 
 
Sampai rumah masak-masak makan lunch pon dah kul 3.00 petang. Then kemas baju, sempat pegi kebun belakang rumah mak kejap kait rambutan untuk bawak balik umah mertua. Lepas maghrib tolak balik Dungun. Dalam kereta tiba-tiba je asben bukak topik nama anak. Padahal selama ni kita duk buat list cadangkan nama itu ini dia cakap tak kisah pun, eh tup-tup dia plak beria-ria cakap nama itu cantik, suka nama ini, nak nama itu, nak nama ini. Fine asben. Mak pasrah!
 
 
 


Thursday, 17 September 2015

Welcome to the world, baby!

Salam uolls..

Hari Selasa lepas bizi sangat kat opis. Pagi tu dapat msj dari mil yang biras kita masuk spital HSNZ. Tengahhari tak sempat mencelah nak pegi lawat. So petang tu balik kerja singah pegi hospital. Dapat jumpa biras. Masa tu bukaan baru 3cm. Sian sangat tengok dia menanggung sakit. Then habis waktu melawat kita balik rumah.
 
Mil pun ikut sekali tido kat rumah kita. Ma dah tak lena tido. Maklumlah nak dapat cucu sulong kan. Nebes dia bukan main lagi. Samalah saya pun. Asyik terjaga jer. Kejap-kejap ma col tanya adik ipar macam mana perkembangan. Kul 4 pagi adik ipar bagitau bukaan dah 6cm dan biras dan dibawa masuk ke labour room.
 
Saya ngan ma dah tak boleh tido dah. Duk sembang-sembang then belum subuh lagi dah siap iron baju semua. Tak sempat breakfast kat rumah pun. Sampai je adik ipar bagitahu kul 11 pagi nanti boleh beranak. Dan Alhamdulilah, kul 10.30 lebih baby menjenguk dunia.
 
Lega sangat. Ma lagilah nebes. Cucu sulung katakan. Pasni kita tukar title jadi mak long la. Tahniah adik ipar dan biras. Dapat baby girl. Tengok orang duk riba baby, nyusu baby terasa eksited pulak. Tapi malam tadi duk sembang ngan ma pasal deliver ni tetiba nebes plak. Huhu. Hope baby inside sihat hendaknya sampai waktu yang sepatutnya awak menjenguk dunia. Nanti dapat jumpa kazen awak. Hehehe.
 

Sunday, 13 September 2015

Siapa paling kuat daya ingatan?

Salam uollss..
 
 
Dah kenapa tajuk entri macam pakar motivasi bertanya soalan pulak. Haha.  Saja sembang-sembang takda topik nak sembang. Biasanya yang susah nak ingat tarikh-tarikh penting ni laki la kan. Besday isteri pon tak ingat, anniversary pon tak ingat.

Kitorang laki bini ni ada satu habit suka sembang-sembang. Kadang sampai 2-3 pagi kot duk menyembang jer kerja. Macam-macam topik lah. Agaknya habit orang pjj macam tu kot eh. Hehe. Pastu mula lah throwback dari zaman 10 tahun lepas, zaman mula-mula kenal. Zaman pergi dating masing-masing naik bas. Sadisnya. Haha. Sanggup naik bas bersesak dengan orang ramai, panas lagi. Balik pulak kena awal nak kejar bas last. Kang tak sempat bas merana lah kau tak dapat balik. Memori betul.

Pastu malam tadi bukak topik throwback lagi..

Mula-mula cerita pasal bestnya kalau dapat pegi pulau. Cerita la Apihapijol pegi pulau best. Then kitorang pon terus terpikir macam mana orang pulau dapat sumber letrik ha?? Pastu melalut cerita pasal dia pegi La Hot Spring kolam air panas kat Setiu ke mana ntah. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat)

Masa tu kakak saya kawin, so dia tak dapat datang kenduri sebab pegi La Hot Spring tu la. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat.) Tak kan nak tanya masa kakak saya kawin kita dah kenal eh???

Pastu dia cakap kakak saya adalah keluarga saya yang 1st dia kenal. Masa tu kakak ngan saya pergi bandar cari kasut. So, dia join sekali. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat.)

Then bukak cerita dia datang umah saya dengan ayah dan mak angkat dia. (Okeyyy...again!!!bila tu saya langsung tak ingat).

Apa ni..apa ni.. semua menda tak ingat ni....lost memory betul..huwaaaaa..So kesimpulannya saya mengakui memang daya ingatan dah semakin luput. Memang tarikh-tarikh keramat tu saya ingat jer dan asben memang susah nak ingat. Tapi bab-bab peristiwa biasanya dia ingat satu persatu. Kita pon buat-buat angguk je padahal dalam fikiran bermacam-macam persoalan berlegar-legar di kepala. "Bila kejadian tu? tolong ingatlah lagi sampai memori saya datang balik boleh?"

Kena masuk mesin masa Doreamon nampaknya neh. Huuhuhu.



Persiapan barangan si adik baby - Part 1

Salam uollss..
 
Alhamdulillah dah masuk week ke 26. Dua minggu lagi cukuplah 7 bulan. Semoga Allah berikan kesihatan kepada diri ini. Huhu. Isnin lepas pegi checkup misi cakap dah boleh start belikan barang baby. Misi siap explain apa keperluan untuk bawak pegi spital. Katanya kena standby becoz ada yang week 28 dah deliver. Gulp. Tapi misi kata kes jarang-jarang berlaku lah. Huhu.Yang penting kita standby je la dulu yer. Kita gugel pon ada yang dah start shopping masa 6 bulan. So kita pon start jugak la beli skit-skit. Lama-lama jadi bukit yer. Heheh.

Kat area Terengganu ni susah la nak jumpa ekspo barangan bayi ke berpusu-pusu orang menerjah dapat beli murah-murah. Even dah banyak pasaraya khusus untuk barangan bayi dan kanak-kanak tapi kena survey jugak tengok harga kan. Ada yang berbeza harga sampai 2x ganda. Untuk shopping barang baby part 1 ni saya beli yang betul-betul basic. Paling penting untuk sediakan bawak pegi spital nanti. Eh, macam awal je plan neh. Huhu. Takpa la yang penting kita merancang kan. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Eceeewahhh. Insap sangat. Ni kira baru sesi nak panaskan enjin atau kita panggil warming up la. Hehe.
 
 
Baju dan seluar
Sarung tangan dan kaki
Hood blanket
Napkin
Tuala
Baby wipes
 
Beli baju macam-macam brand, macam-macam harga dan macam-macam saiz jugak. Asben kan suka kaler pink. Asal nampak baju pink terus angkat tayang kat ai. Hehe. Takpelah. Jantina tunggu baby kuar nanti baru konfirm eh. So tak payah nak ngade-ngade sangat beli baju pink renda-renda eh. Tapi ai beli jugak towel kaler pink untuk puaskan hati dia. Hehehehe.
 
Beli barang sikit secotet tu je pun dan berapa habis campur gst lagi. Huhu. Takpelah demimu baby. So, next-next-next weekend kita soping lagi yer. Macam ni lah gaya pjj. 
 
 
 
 
 

Monday, 7 September 2015

Makanan pantang larang orang tua-tua semasa mengandung.

Salam uollss..
 
Nak membebel kejap yer blog.
 
Ibu yang preggy ni mesti korang biasa jumpa orang tua-tua larang makan itu ini, buat itu ini kan. Korang sebulatnya terima ke? ke buat-buat tak endah jer??
 
Saya selalu jumpa pendapat orang tua yang tak sama. Sini cakap tak boleh makan, sana cakap boleh jer. Lastly kita akan percaya mak ngan mak mertua jer. Bila kita makan masak lemak jantung pisang ada yang cakap orang mengandung tak boleh makan. Owhhh.. Yeke. Padahal kita makan kat rumah mak kot. Mak yang masakkan. Kalau tak mesti mak dah larang makan kan. Then tanya mak sebenarnya boleh makan tak. Mak siap kata dulu kalau mengandung memang kerap makan sebab jantung pisang baik untuk perbanyakkan susu ibu. Thehe. Dan dan kita gugel terus 'khasiat jantung pisang untuk ibu hamil'. Nah betul pon cakap boleh melancarkan pengaliran susu ibu. See, internet dihujung jari kan. Tapi nak gugel pon tengok jugak link tu dari mana. Pastikan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai lah.
 
Then hari tu jumpa sedara asben, lama tak jumpa last jumpa masa raya. Jumpa tu macam-macam la beliau nasihatkan saya jangan makan itu jangan makan ini. Dengan alasan-alasan lagi kenapa tak boleh makan. Tuptup beliau cakap pucuk midin pon tak boleh makan. Pucuk midin ni macam pucuk paku tu la tapi kaler merah-coklat tu. Uishhh. Tak boleh makan ke kita tanya balik konfius. 'Jangan makan nanti takut jatuh (gugur)'. Gulp. Telan liur. Kita ni selalu je makan. Bukan hari-hari tapi weekend je mesti makan umah mak. Asben pun suka. Selalu jugak masak lemak pucuk midin time asben balik. Kita pon angguk je la pasrah.
 
 
 
Tanya mak pulak mak cakap ok je. Orang dulu-dulu kalau takde lauk nak masak pegi cari pucuk midin ni la jadikan lauk. Kadang-kadang hari-hari makan. Mak anak 12 orang semua selamat Alhamdulillah. Minggu lepas mak carik lagi pucuk midin keliling rumah. Campur dengan daun-daun lain jugak tak tahu apa nama saintifiknya. Kali ni mak carik daun cekur manis banyak-banyak sampai nampak daun cekur manis tu jer dalam periuk. Mak kata elok untuk HB rendah macam ai ni la. Saya pun terus la gugel. Internet di hujung jari katakan. Gugel khasiat pucuk midin dan daun cekur manis. Terbukti la ada khasiat-khasiatnya tersendiri kan. Kadang-kadang apa yang orang tua cakap ni kita tak boleh bulat-bulat dengar, kena kaji jugak, tanya banyak pendapat jugak. Mungkin apa yang mereka tau tu terjadi secara kebetulan.
 
Macam nenas dan tebu. Ada orang cakap bila kandungan dah 7 bulan ke atas boleh je nak makan nenas, minum air tebu. Tapi jangan terlampau-lampau banyak la kan. Kita sendiri memang tak pernah sentuh la sepanjang preggy terutama nenas dah bertahun tak makan kot. Start kawin memang tak pernah makan. Kadang-kadang kalau pegi kenduri diorang buat acar nenas + timun memang kita tak usik terus. Mungkin sebab dah terbiasa tak makan jadi tak kisah pon kalau tak makan.
 
So, bergantung la atas pendapat masing-masing.
Yang penting kena hormat pendapat dan pandangan orang. Peace yooo!
 
 
P/S: Tadi checkup Alhamdulillah hb makin naik. Tak tau la sebab makan daun cekur manis kot eh.

Sunday, 6 September 2015

Si bulat kesayangan kami.

Salam uollss..
 
Jumaat Sabtu lepak-lepak rumah mak jer. Asben tak balik coz baru je Rabu lepas balik Dungun. So, minggu ni kebosanan sangat. Breakfast kat rumah mak. Lunch pon rumah mak. Dinner makan siap-siap petang tu. So dapur tak berasap sangat 2 hari neh. Hiksss.
 
Ni si bulat kucing kesayangan semua orang kat rumah mak tuh. Mentang-mentang awak bulat bulu lebat rendang tak berbuah je semua orang sayang la yer. Hehe.
 






 
Semoga sihat selalu Bulat dan terus menceriakan hari-hari kami =)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...