Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 13 April 2016

Mami yang excited.

Salam uolls..

Tadi 10.50pm tadi Daniel dah boleh meniarap da. Yeay. Mami plak excited. Sebelum ni dia meniarap pastu terkial2 tangan tertindih. Tadi mami perati je dia angkat kepala then tarik tangan. Yeay. Gud job anak mami!!

Sebenarnya mami ada sedikit kerisauan. Doc selalu cakap mami n papa kena bersedia dan bersabar kerana mungkin perkembangan Daniel lambat berbanding budak lain. Hurmm. Mami selalu biar je cakap doc dibawa angin jauh2. Mami percaya adik budak kuat semangat!!

Semoga Allah bagi kekuatan dan kesabaran untuk mami dan papa sepanjang membesarkan Daniel.

Daniel dah pandai meniarap dah!

Salam uollss..

Lama dah sunyi sepi. Hehe. Kejap je masa berlalu kan. Diam tak diam Daniel dah 3 bulan lebih da. Dah nak meniarap pun anak mami. Chaiyok2 dik. Sekarang tok jaga Daniel sementara. Nanti start bulan 5 hantar kat pengasuh pulak. Pengasuh dekat je ngan rumah. Hope anak mami behave kat rumah pengasuh nanti.  Hari tu tengah khusyuk mami duk kat dapur tiba-tiba dengar Daniel nangis. Cepat-cepat meluru ke ruang tamu. Tengok rupanya tangan dia tertindih masa meniarap tu. Belum pandai lagi nak angkat tangan yer dik. Takpe, slow n steady okey dik.

Sekarang nak tinggalkan dia time dia tengah main-main sorang-sorang pon risau la. Dah pandai nak meniarap ni. Tunggu dia tido baru pegi toilet. Huhuhu.  Tok cakap siang dia tak tido sangat. Rumah tok kan macam-macam binatang ada. Kejap bunyi ayam berkokok, kejap bunyi lembu, kambing, angsa..hahahah. Tak tido lena sangat la si budak boolat tu. Heee. Malam je kul 8-8.30 dah start tido. Bagi minum susu dulu kenyang-kenyang kang kul 12.00 baru dia bangun nak menyusu lagi.  Biasanya 2-3 kali la dia bagi isyarat nak nyusu. Haha. Mata pejam rapat tapi gelisah semacam jer. Mami terjaga tengok jam..owhhh..lapar la neh..heee.

Membebel pun kencang je sekarang. Pagi-pagi mami akan mandikan dulu sebelum hantar rumah tok. Lepas mandi semantara mami bersiap tu kalau dia tak sambung tido laju la mulut dia potpetpotpet. Riuh satu rumah. Mula-mula ingatkan dia nangis, mami pegi jenguk intai rupanya duk membebel sorang-sorang. hahha. Mami ni kuat membebel ke masa ngandungkan adik ha?heeeeee.

Alhamdulillah anak mami behave sangat. Senang nak jaga. Semoga membesar dengan sihat anak mami. Jadi anak soleh yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...