Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 21 September 2016

Aidiladha 2016

Salam uollss..
Aidiladha taun ni kat umah sendiri jer. Dan takde nak berbaju raya la yer. Kita pakai baju tshirt je hari raya. Hahaha. Biasanya Aidiladha kampung saya takdelah meriah sangat pon. Yang bezanya adalah nanti ada orang datang rumah hantar daging. Kiki.

Budak boolat mami ni nak masuk 9 bulan dah. Aktif ya amatttt. Cepat lah boleh berjalan berlari nak. Mami tak sabo nak kejor awak. Haha.


Eh apeni gambar berterabur. Ni hari apa entah. Daniel tido rumah tok ada buai. Seronok la yer tido dalam buai tu sampai dua jam tido. Lena sangat. Ramai pulak kakak-kakak sepupu dia balik. Asal buai bergerak je terus dorang ayun balik. Sampai 2 jam tido. hehee.


Ok. Ni kot raya Aidiladha 1st. Lama tak stand dik. Nampak macam nak joget-joget pun ada Daniel neh. Haha.


Eh, ni macam nak mengeliat pulak.


Raya 1st saya masak mee kari. Rekues by asben. Beli mee 3 bungkus je. Ngam-ngam habis ajak semua adik beradik makan kat rumah.


Raya ke2 buat korban lembu ayah. Dua bahagian daging untuk akikah Daniel. Tiap kali kenduri ayah, mak ngan adik-beradik je yang masak. Ditolong oleh jiran sebelah rumah. Alhamdulillah gulai lauk semua ngam-ngam je. Takdelah membazir.


Auuucakkk. Hehe. Bangun tido muka mamai-mamai lagi. Konpius nak sambung tido ke nak bangun dah. Haha.


Saya perah santan. Haha. Pastu g siang daging, kupas bawang. Ramai anak-anak buah dah besar jadi anak dara. Harap diorang je ramai-ramai pakat kupas bawang semua.



With adik ipar dan biras. Mak ayah mertua tak dapat datang. Gambo tak banyak sangat pon. Mami sibuk duk kelek anak. Haha.

Alhamdulillah. Dah selesai akikah Muhammad Daniel Asyraf bin Mohd Zulriduwan.

Tuesday, 20 September 2016

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

Salam uollsss..

Lama tak join giveaway.


cepat ada masa lagi nak join. klik link bawah..

Thursday, 15 September 2016

Homemade food Daniel (8m3w)

Salam uollss.

Saya kan perasan sangat kalau Daniel ni suka bubur letak bilis. Kalau letak ayam semata-mata dia takde la eksited sangat. Kalau buh bilis jugak mesti nak nganga mulut tu tak henti-henti. Tapi kalau takde bilis tetap makan jugak. Cuma nak habis tu lambat benor la. Dah pusing 10 round dengan walker dia sambil suap makan pon tak habis-habis lagi. Kahkah.

Ni perkenalkan sayur baru kat Daniel..kacang buncis dan ubi keledek. Best buh ubi keledek tu rasa lemak berkrim gitu. Macam rasa kentang jugak. Kentang Daniel dah biasa makan dah.

Bubur beras perang
Kacang buncis
Sawi (daun jer)
Ubi keledek
Isi ayam

Masukkan dalam periuk masak sekali. Nak ada rasa masin-masin skit buh serbuk bilis. Masa ni kita tak sempat blend bilis, so buh ayam jer.

Blend bubur sebab ubi keledek tu lambat skit nak hancur even dah masak. 

Friday, 9 September 2016

Resepi from FB : Homemade baby food sedap sangat2 neh. (Part 1)

Salam uollss..

Kat fb tu saya selalu je duk share resepi pastu save resepi tu konon2nya. Then nak cari balik terlupa atau tak tau ntah mana hilang post tu. So, saya share sini semoga bermanfaat untuk kita semua mak-mak. 

Kita tak tau nak kredit kat sapa neh. Jumpa kat page merata2 yang dicopy dari sapa2. Hope dihalalkan perkongsian ni yer =)

 Tumiskan olive oil 
Masukkan ikan salmon,labu dan brokoli..
kemudian masukkan sedikit air susu.
Kacau sehingga masak.
Dalam masa yang sama,rebus pasta sehingga kembang.
Kemudian masukkan pasta rebus ,salmon dan sedikit cheese di dalam blender dan blend

 Bubur nasi + kentang + carrot + brokoli + kacang buncis + ikan bilis

 Bubur nasi campur labu,ayam dan brokoli

 Bubur nasi + ikan bilis + japanese sweet potato + carrot + kacang peas
 Bubur nasi + ikan tenggiri + japanese sweet potato + carrot + sawi +kurma

Tuesday, 6 September 2016

Mengemas stor.

Salam uoollss..

Weekend hari tu hari Sabtu beria la saya mengemas stor. Stor tu tak nampak rupa stor dah. Rupa rumah cikti pun yer. Haha. Nak masuk pun takut. Nak snap gambo pon segan. Banyak barang asben la berlonggok-longgok, berplastik-plastik. Kita ni takdelah beria nak angkat berat-berat tu. So mintak tolong anak buah keluarkan semua menda alah tuh letak kat dapur. Sapu n mop dalam bilik stor. Then duk bertapa kat dapur kita kemas barang asingkan masuk kotak n plastik then label. Ni pon kita plan nak beli storage atau rak ke baru nampak organize skit. Eewahh. Tak tau la bila semangat tu nak datang. Haha.

Ni pun dari pagi sampai ke petang duk sort barang semua. Rehat kejap tengah hari melayan budak boolat mami kemudian sambung balik. Petang baru settle. Lega rasa. Baru la rasa selamat je masuk stor. Kalo tak selalu terbayang cikti ada menyorok dalam plastik ke mana-mana. Scary betol.
Jumpa karpet dalam kotak. Sayang pulak apesal ntah kita pegi lipat karpet tu terus jadi warna tak sekata macam tu. Nak buang sayang pulak. Letak je la dalam stor. 

Ok tu jela. Pasni nak gigihkan diri organize baju-baju Daniel dalam laci pulak. Hope mami gigih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...