Pages

Thursday, 19 January 2017

Suprise birthday

Salam uollss.

Kemain. Sehari dua entri. Haha. Saja test publish guna web kt hp ni. Biasa guna apps bloggeroid ke apa ntah. Tapi macam cerewet kuar gambar gabak besar. Nak kena adjust gambar plak. Rupanya bleh je guna web kt mobile ni. Yeayyyyy.

Tadi staff bahagian account call suruh saya turun ada masalah pasal payment student. Ai yang jujur nerd ni turun bertapa sebelah dia tengok pc. Apa masalah ntah kan. Pastu pintu sebelah tu terbuka dua ketul manusia datang bawak bunga dan kek.

Olololo. Ai is terharu sangat. Nak nangis air mata tak kuar. Haha. Speechless sangat. Tq my bff kak siti tak pernah lupa sambut besday kita. Tq jugak student yang sangat baik. Ya allah semoga murah selalu rezeki mereka ya allah.

Actually baru plan nak angkut Daniel pegi sr sebab lama dah teringin nak makan kek sr. Lama sangat dah kot tak makan. Kiki. Kak ct u macam boleh baca fikiran ai kan. Hari kenyang makan kek.



Pastu sekarang kita plak kecelaruan identiti. Nak makan nasi ke tak ni. Macam kenyang je makan kek. Tapi nak tunggu kul 6 lambat plak kang lapo acanerrr. 


31 tahun dah mami kau dik

Salam uollss.

Hari ni 19 Januari 2017. Cepat sungguh masa ni berlalu. Rasa baru je meningkat umur ke 3series. Eh ni dah 31 dah. Tapi saya tetap anggap umur masih lagi 25 boleh. Haha. Teringat tahun lepas masa ni tengah berpantang. Takde kek besday tahun lepas. Masa tu masih berulang alik melawat anak soleh mami kat nicu. Alhamdulillah tahun ni anak mami dah setahun lebih. Dah pandai berjalan berlari. Cepat sangat rasa masa berlalu. Esok lusa dah umur 40 wei. Adeh.

Semoga dengan pertambahan umur ni makin mematangkan fikiran saya,menguatkan hati saya, memperbanyakkan kesabaran dalam diri ini. Semoga Allah bagi kekuatan untuk saya menempuh hari-hari mendatang. Semoga yang indah-indah akan terus menyinari saya disepanjang usia baru ni.

Ceeewah kemain wish untuk diri sendiri. Tqvm kawan-kawan. Awal-awal pagi bukak ws penuh noti wish. Grup opismate,grup bff,grup family. Terima kasih semuanya. Di fb pun sama.

Eh. Paling terharu tahun ni bff akak yang paling comel edit sesuatu. Ololo touching sangat rasa. Tqvm anem. Semoga allah murahkan rezeki awak sentiasa. Share sini supaya sentiasa jadi ingatan.


Eh. Azam tahun ni nak aktif berblog balik. Semoga kerajinan tu datang. Haha. Tadi konon nak throwback post tahun lepas. Hampeh 25 post je kot sepanjang tahun 2016. Gelak kat diri sendiri jela. Tahun ni pliss rajin skit menulis tu yerr.

Monday, 16 January 2017

Resepi nasi ayam izahafizah

Salam uollss.

Kemain bagi tajuk letops. Haha. Sebenarnya nak simpan resepi untuk diri sendiri. Dah nak buat jarang skali. Tiap kali nak masak nasi ayam ko nak gugel dah kenapa kan. Godek la dalam blog sendiri.

Malam tadi masak nasi ayam. Sebenarnya Jumaat lepas dah buat, then ada lagi stok timun, salad kat rumah jadi malam tadi masak jela lagi nasi ayam. Kebetulan asben ada. Kalau tak takde maknanya nak rajin macam ni. Haha plus sekarang mami dah ada helper yang sangat rajin kat dapur. Tak kuasa nak duk dapur kalau helper ni ada. Sibuk nak main periuk kuali nak berdukung tengok mami masak apa. Baik duk depan tv diam-diam. Elok-elok duk main depan tv nampak mami ke dapur terus dia join de club. Malam tadi papa ada rasakan jaga la anak awak yang super aktif tu. Kihkih. Kemain nak tulis resepi pegi membebel seguni ni apa citer ni. Ok. Kita buat ikut step apa yang perlu didahulukan yer.



RESEPI NASI AYAM IZAHAFIZAH

Mula-mula cuci ayam bersih-bersih. Potong ayam asingkan mana nak buh dalam sup potong kecik nak goreng nanti potong biasa. Biasanya part tulang-tulang, kaki, leher tu kita potong kecik campak je dalam sup.

REBUS AYAM
-Ayam yang dipotong
-5 biji bawang putih
-3 biji bawang merah
-2 inci halia
(3 bahan atas ketuk skit dalam lesung)
-1 kiub ayam

Tak perlu tumis pon. Campak je ayam dan bahan tumbuk letak air. Bila ayam masak angkat dan toskan dulu.

Ambik skit air rebusan untuk nasi ayam, sambal dan kuah kicap.

NASI AYAM
4 pot beras (pot kecik).
Basuh beras n tapis

Untuk tumis:
-2 sudu marjerin
-Lemak dan kulit ayam (basuh bersih hiris halus-halus)
-buah pelaga 5 biji
-bunga lawang 5 biji
-kayu manis sebatang
-3 ulas bawang merah (tumbuk)
-3 ulas bawang putih (tumbuk)
-1 inci halia (ketuk)
-Daun pandan dua helai simpul

Tumis bahan-bahan tumis guna marjerin sampai bau menggelorakan perut. Then masukkan beras gaul sebati pastu transfer dalam rice cooker. (Kalau nak tumis dalam rice cooker terus pon boleh. Terpulang)

Then masukkan air rebusan ayam tadi. Buh garam skit gaul-gaul skit ok biarkan dia masak.

SUP
- Air rebusan tadi tambah garam perasa sesedap rasa.
- Dah masak letak daun sup+daun bawang+bawang goreng

Ada orang letak rempah 3,4 beradik tu. Saya tak bubuh pun.

AYAM PERAPAN
-Sos tiram
-Kicap cair
-Kicap manis
-Madu
-Bawang putih 2 ulas, halia skit, garam (tumbuk)
-Gaulkan bersama buh marjerin skit

Saya goreng ayam last skali nak makan ayam panas-panas. Goreng touch n go je takut nanti ayam jadi keras.

KUAH BERLADA
-7 biji lada kecik (pedas gila)
-3-4 biji lada besar
-3 ulas bawang putih
-halia skit je
-Air rebusan ayam

*Blend semua yang atas tu pastu panaskan kuali masak kejap letak garam, gula dan cuka sesedap rasa.

KUAH KICAP
-Ambil lebihan perapan ayam campur dengan air rebusan ayam campur kicap cair n kicap manis. Adjust la rasa dia yer.

Ok dah masak nasi boleh hilang semua dengan timun, tomato dan daun salad. Selamat bersilat di dapur.

Asben n Daniel makan banyak. Tq papa puji nasi ayam ai. Next time ai masak lagi. Kihkih.

Sunday, 15 January 2017

Eksaited nya Daniel jumpa cermin besor.

Salam uollss..

Ni citer Sabtu minggu lepas. Throwback jela kerja mami kau dik. Haha. Teman asben survey kasut. SURVEY katanya. Kita tengok yer apa jadi lepas ni. Haha.

Mula-mula pergi terjah kedai-kedai depan Giant tu. Tak jumpa la yang dia berkenan. Ada patern sport shoes je. Pastu beria la dia tunjuk kasut ni cantik, sandal ni cantik. Untuk ai bukan untuk dia. Haha. Tadi kata nak survey untuk diri sendiri kan. Dah agak dah. Ni lah skill dia. Nanti dia akan rasa bersalah kalau beli kasut untuk diri sendiri je. So beli jugak untuk anak isteri. Tq asben. Kita macam dah rasa kena paksa memilih je ni. Haha. Kita dah la cerewet.

Pusing-pusing jumpa la sandal budak comel sangat. Sarung kat kaki Daniel besor skit. Tapi ok lah boleh pakai lama. Terus bagi dia pakai. Kebetulan kasut yang ada semua dah tak muat. Prewalker kot. Daniel kan dah bleh jalan so cari kasut yang tapaknya kukuh skit.

Pastu jalan-jalan lagi masuk satu kedai ni asben suh la test kasut tu, sandal ni. Kiki. Boleh tak dia cakap belilah, nanti kang menyesal. Haha. Baiklah asben. Terus beli satu sandal. Pakai g keja je kot. Sekarang musim hujan ni pakai sandal je senang. Xde heels pon. Senang nak lari dukung anak. Haha. Kesian pulak. Cakap nak survey kasut dia,alih-alih beli untuk anak isteri. Untuk diri sendiri takde. So jomlah ke bandar pulak.
Pergi kedai kasut. Dah jumpa yang berkenan. Tapi saiz pulak takde. Sian asben frust. Then pergi kedai kasut tu cawangan lain pulak. Ada patern lain. Cantik jugak. Suka. Asben ni jenis cerewet jugak. Tapi apapun dia memang akan ikut pendapat kita. Kalau cakap tak cantik bagi kita memang dia teragak-agak nak beli even dia berkenan. So kalau nampak dia suka kita angguk jela setuju walaupun kita tak berkenan. Kesian pulak. Dia yang nak pakai bukan kita kan. Hehehe.
Daniel Asyraf first time jumpa cermin besar gedabak macam ni. Eksaited sangat dia. Berapa kali ntah pegi kiss diri sendiri. Haha. Nanti mami beli cermin besar buh dalam rumah yer dik. Eh..tapi budak-budak kan memang suka cermin. Macam terover eksaited je tengok muka sendiri dalam tu. Hehe.

Akhirnya jumpa kasut sandal untuk 3 beranak. Tq asben. Moga murah rezeki sentiasa.

Wednesday, 4 January 2017

Balik kampung hari tu.

Salam uollss..

Haha. Semua pos nak throwback ni kan. Sekarang musim tengkujuh. Ada sesetengah tempat dah naik air. Hope tak lah seteruk sebelum ni. Harap bertabah yer semua mangsa banjir. Saya risau jugak kadang-kadang. Depan rumah ada padang. Kalau penuh air kat padang tu melimpah atas jalan depan rumah silap haribulan air boleh masuk rumah. Kalau hujan lebat tak henti-henti ai memang rasa seram sejuk je. Huhu.

Okey. Weekend lepas balik rumah mil. Macam biasa la asben memang tak benarkan lagi dua beranak ni balik sendiri. So,bertabahlah lah papa ambik kitorang drive balik Dungun then dua hari kemudian hantar kami balik. Yer, papa kan seorang yang tabah. Kalau tak memang dah surrender bagi mami drive sendiri. Kiki
Takut anak nangis tengah-tengah jalan katanya. Macamne nak handle. Yelah papa. Menurut perintahh.

Balik hujan renyai kemudian lebat. Perut lapor singgah kedai makan. Makan dulu masa ni hujan tengah lebat yang amat.


Ampun. Curi gambo ig je. Hakhak.

Balik kampung duk lepak kat rumah je la. Dah hujan-hujan nak kemana je kita selain mereput dirumah. Ahad tu cuaca elok skit so jomlah kita keluar. Konon nak g playground. Ambik kau baru main buai laju-laju kejap hujan dah turun. Berteduh bawah pondok kejap. Tengok hujan macam takde gaya nak berenti terus balik rumah.
Daniel memang jarang sangat kot saya bawak dia outdoor. Biasa kalau pegi pun pusing-pusing duk dalam kereta je. Bleh bilang je berapa kali melainkan pegi pasoraya. Yelah memang tak nak lagi memandangkan kita tau history dia. Doc pun selalu pesan kat kitorang. Ni dah masuk setahun baru slow2 nak dedahkan dia dengan outdoor. Pegi pantai lagilah tak pernah. Nak bagi main pasir-pasir tu semua memang taklah. Sebab tu buh dalam buaian pon muka cuak je. Pastu semua benda kat playground tu dia takut. Haha. Takpela dik. Pelan-pelan kayuh. Tak lari ke mana playground tu. Nanti kita pegi main lagi. Hiks.


Tak dapat lepak lama-lama sini. Takpelah anak-anak. Lain kali cuaca elok kita pergi playground lagi yer.