Pages

Monday, 13 February 2017

Throwback setahun yang lalu.

Salam uollss.

Sekarang fb ada function throwback balik apa yang berlaku tarikh yang sama tahun-tahun yang lepas. Menggamit memori sangat kan. Kebetulan kuar gambar ni terus rasa arghhhh..cepatnya masa berlalu..


Masa ni rasa nak bawak Daniel balik umah tokmi. 1st time travel balik Dungun. Ye kot eh. Ai is lupa. Urat banyak putus. Kahkah.

Sekarang dah setahun lebih ni ya allah hai. Memang mencabar lemak mami betul. Betul-betul kurus mami tak perlu bersenam dik. Haha. Asal bukak je pintu laju dia berlari keluar. Stok keluar terus lari-lari anak takde nak jalan santai-santai. Hari tu saya jemur baju kat parking kereta tu. Bagi dia pakai selipar konon. Tak sempat nak jemur baju selai pon dia dah lari keluar sampai kat jalan depan rumah. Adussss. Sabar jelah. Depan rumah tu jalan. Jalan kecik je tapi ada je kereta lalu lalang sebab jiran kita tu bukak bengkel kereta kat rumah. So ada je kereta keluar masuk. Nak keluar jemur baju memang kena tunggu time dia tido atau ada orang kat umah. 

Akal pon dah makin panjang. Dah pandai nangis kalau kita rampas apa-apa kat tangan dia, dah pandai cebik dan nangis meraung kalau mami marah. Haha. Mami marah manja-manja je dik. Kadang tu suka tengok dia cebik macam tu. Hehehe. Jahat betul mak buli anak. Dulu kalau tengok offline vid kt youtube dia redho je bila habis list vid. Sekarang dah pandai jerit. Panggil mami konon. Pastu mami datang dia tunjuk kat hp. Hai lah anak. Mami memang tak ajor sangat dia tengok vid. Kalau bagi time terdesak sangat. Bila nak suap makanan dia tak nak terus bukak chu chu tv pandai la nak panjat atas riba. Time dia ralit tula suap dia makan. Makan pon. Saja je.

Sekarang suka benor dia tampar muka orang. Ya allah even tangan tu kecik tapi perit jugak bila kena tampar. Saya ada terbaca dia cakap budak ni tampar sebab dia nak belai tapi tak pandai nak kawal tangan tu jadi tampar. Bila tengok cara Daniel ni macam sengaja pulak. Bila kita jerit sakit dia gelak-gelak pulak. Adoi. So kita pon ajar la suh dia belai muka,ucap-usap muka. Memang kena bertabah la. 

Apa lagi yer perkembangan dia setahun lebih ni. Hurmmm. Takpelah next time mami story lagi. Bye korang..

Thursday, 9 February 2017

Resepi nasi minyak ayam masak kurma - mudah dan cepat

Salam uollss..

Pagi tadi masak nasi minyak. Cewaah. Kesian jugak Daniel sebenarnya. Saya ni macam takde variasi sangat bagi bekal dia. Kalau nasi goreng tu seminggu adalah dalam 3 kali. Haha. Harap adik tak bosan lah. Cuma pelbagaikan resepi. Kadang-kadang buh telur, then buh ayam, then bilis. Alhamdulillah berat pon dah semakin naik. Hope next week pegi klinik timbang naik lagi yer dik. Doktor pon cakap kalau buat nasi goreng ok lah sebab dalam tu kita campur semua nutrisi dari sayur ikan or ayam. Eh. mami ni suka membebel betul. Cakap nak bagi resepi nasi minyak je. Ni dah separuh mukasurat membebel apa kes?? heeee.

Untuk simpanan sendiri jela next time mami godek belog sendiri je cari resepi =)

NASI MINYAK AYAM MASAK KURMA.
(ni sukatan saya sikit je untuk saya dan anak je)

Nasi Minyak Simple
Nasi 1 pot kecik
Susu cair sikit
Bawang merah 2 ulas - hiris kecil
Bawang putih 2 ulas - hiris kecil
Halia setengah inci - hiris kecil
Rempah 4 sekawan
Daun pandan 1 helai
Marjerin 2 sb

Basuh beras dan toskan.
Masukkan marjerin, tumis bahan hiris kecil kemudian masukkan rempah sekawan dan daun pandan.
Gaul sekali ngan nasi kejap kemudian transfer masuk periuk lektrik tu. (tadi saya tumis dalam kuali.heee). Masukkan susu cair anggaran 1 senduk macam tulah. kemudian tambah air sampai sukatan tu cukup.
Tambah garam sikit je.
Kacau skit.
Tinggal kan nasi tu jangan plak lupa on plug yer =p.

Ayam Masak Kurma

Ayam (3 ketul je)
Santan Kotak (separuh kotak)
Rempah kurma (2 sb) - campur air skit supa tak berketul2
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1inci
Ubi kentang - potong 4

Bawang dan halia blend kemudian tumis dengan sikit minyak.
Masukkan rempah yang gaul air tadi.
Masukkan ayam dan air.
Ayam masak masukkan ubi kentang dan santan.
Buh gula dan garam.
Dah masak angkat =)

Kebetulan ada timun batang so kita buat acar mentah sikit.

Timun + cuka +garam+gula+cili padi+bawang merah.

Gaul sebati. Okey. Tuje. Sambal tak sempat buat. Rushing pack bekal untuk Daniel dan mami. Esok kot repeat masak lagi. Asben ada best lah masak sedap-sedap =)



Monday, 6 February 2017

Outdoor photoshot di Pantai Tanjung Jara Dungun

Salam uollss..

Hari tu kita join adik ipar punya outdoor photoshot. Saja menggedik. Kahkah. Kebetulan Isnin tu cuti lagi so petang tu lepas asar gerak ke pantai tanjung jara. Biasa jugak tengok pengantin ambik gambo kat batu2 macam ni. Ingatkan kat mana. Rupanya pantai tanjung jara. Tapi tak pernah lah kita jejak kaki ke sini. Adik ipar cakap jauh dari parking kereta nak menuju ke batu-batuan tu. So mil awal2 surrender tak nak join. Ok. Kita gigih la dengan adik ipar dengan budak kecik cinonet tu nak pegi jugak. Adoiiii. Penat mak nak berdukung dia dari kereta sampai kat batuan tu. Last2 bukak sliper berkaki ayam je jalan atas pasir tu. Memang jauh dari parking nak ke batu-batuan tu.

Tapi berbaloi sebab view cantik sangat. Pantai situ pon bersih je. Nak mandi-mandi kat kawasan cetek kat batuan tu pun air jernih. Next time boleh ajak daniel mandi situ. Anak mami ni 1st time kot dibawak ke pantai main lari2 atas pasir. Eksaited sangat la dia. Risau jugak sebenarnya. Petang tu nampak dia dah selsema. Balik rumah lepas mandi terus sapu minyak seluruh badan. Nasib tak melarat selsema n demam. Tau la pantai tu angin sejuk debu pasir berterbangan pulak kan. Nasib baik jugak mami ni jarang bawak dia mandi manda pantai semua. So dia nampak air wat dek jer. Nasib tak mengamuk nak main air. Kiki. Biasalah budak baru dapat kaki. Nak lari2 jela kerjanya. Orang pegang tangan tu beria2 dia lepaskan tangan. Nak lari sendiri. Sabor jelah mak nakkk.


Pastu tiap kali jatuh atas pasir tu terus genggam pasir. Skali mami pandang tengok pasir tu dah kat muluttt!!!! Redho jelah mak nak. Berapa kali entah awak makan pasir. Adui. Tak taulah sampai bila fasa mengutip masuk mulut ni akan berakhir.





Main kejor2 dengan kak maisarah sepupu dia. Geram mami tengok maisarah pakai gaun ni. Aduiiii. Pasni adik daniel pompuan la pulak yer. Hakhak. Semudah itu ko rekues yer mami oii.



Pengantin bizi photoshot kitorang pon acah2 jugak la. Jangan lupa nantikan lagu single dari kami. Hahaha.


Mami, cikteh, daniel


Acah2 tengok laut. Abaikan baju kain berterbangan ditiup angin. Kuat sangat angin sini. Heeee.


Anak mami yang super aktif. I love you nak. 


Kejap je duk atas mami, pastu jerit nak turunnnn!!!


Ngan cikteh pulak. Cikteh tu kenapa tiba2 atas kepala ada ribbon comel.


Tensen betol ambik gambo kat pantai ni. Haha.


Ada la sekeping yang nampak helok skit kan. Yang lain kelaut semuanya. Bukan senang nak bergambo dengan anak teruna aktif mami neh. Haha.


Nasib ada along layan ambik gambo kami. Kahkah. Layankan aje laaaa.


Last but not least..gambo pengantin dari kejauhan dah lah. Kiki.


Tak sabo tengok gambo dari op. Mesti cecantik view situ. Eh. Ahkak dah kenapa mengalahkan pengantin pulak nehhh.

Okeh. Tu je gambar2 menggedik di pantai. Bye uollss.

Sunday, 5 February 2017

Wedding adik ipar - Salma & Tajol

Salam uollss..

Ni terobek wedding adik ipar akhir bulan lepas. Biasalah aiolss cerita dah basi baru nak update kan. Haha.

Malam Khamis akad nikah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Even fil keluarga kecik tak ramai sedara mara datang tolong sebab masing-masing jauh. Sian pulak. Datang makan raikan majlis udahlah yer. Walaupun setakat kami2 yang seketul dua ni alhamdulillah lancar je semuanya. Fil pon ni 1st time buat kenduri  besar-besaran macam ni. Masa saya dulu buat sambut menantu kat rumah saya terus. Tak payah sedara nak datang 2,3 kali kan.

Yang paling jadi perhatian ofcoz budak kecik cinonet ni. Cucu tokmi n aki. Mami pun tak dapat nak tolong sangat bila ada handbeg bergerak ni. Kehkeh. Nasib baik la anak teruna ai ni ok je ngan siapa2 yang melayan dia. So boleh mami lari situ sini sekejap. Thehe.

With biras dan adik ipar. Lepas ni turn ateh pulak. Biras n ateh ni la yang banyak sangat tolong gubah hantaran,siapkan doorgift,deco situ sini. Jahitkan baju2 kitorang pon biras yang jahit. Alhamdulillah.






Selamat dah kak dan tajol. Olohh. Rupanya takde bergambo dengan pengantin masa akad nikah. Ke ada dengan op kot eh. Masa akad nikah kitorang sibuk duk hidang makan kt luar. Tak tau hp mami ngan sape.


Cantik sangat my sis. Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya kak dapat berjodohan dengan lelaki terbaik untuk kak. Semoga Tajol dapat jaga kak dengan sebaiknya. Semoga ikatan korang berkekalan sampai ke akhir usia. Aamiin..



With kazen husband Areda. Kawan dari zaman matrik. Yang kenalkan kita dengan asben. Sekarang masing-masing dah kawin anak sorang 😘



Hari Jumaat esoknya majlis persandingan. Gambo dah merata-rata tak ikut time ni. Heee. Nak bergambo bersama sekeluarga bukan senang kan. Tunggu raya pulak baru dapat macam ni. Kiki.




Tok asben. Kitorang panggil mok. 



Menggedik-gedik dengan biras dan adik ipor. Pengantin makan beradap kot masa ni. Tunggu gambo cantik dari op kite tempek pulak sini sebagai kenangan di masa depan. Ceewahh.


Dengan kawan-kawan adik ipor.


Budak nakal mami. Nakal pon mami sayang ketat-ketat 😍





Okeh. Tu sedikit gambo majlis ritu. Alhamdulillah lagi semua berjalan lancar. Tunggu majlis sambut menantu kak & Tajol 18hb nanti pulak.