Pages

Thursday, 24 May 2018

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

Salam uollss..

Jom join giveaway Ramadhan by aerilhassan. Klik banner bawah untuk join. Syarat mudah je tau.


Jom sama-sama kita support giveaway blogger dan meriahkan giveaway ni =)

Sunday, 20 May 2018

Salam Ramadhan Kareem

Salam uollss.

Selamat menyambut Ramadhan 1439. Sekejapnya masa kan. Dah 4 ramadhan. Alhamdulillah masih lagi mengekalkan niat untuk bulan puasa tahun ni 1.nak elak tido selepas sahur dan lepas subuh 2.nak kurangkan post menu makanan di ig dan fb. Haha. Kat blog jela update. Tetap nak ada kenangan di bulan ramadhan kan.

1 Ramadhan.

Ada stok ayam je dalam fridge. So masak paprik jela simple dan cepat. Saya balik kerja 5.30 petang. Nasib baik la pagi sebelum pergi opis dah keluarkan ayam kat tempat beku tu letak bawah. Cepat sikit defrost. Tumbuk sambal belacan then ada telur masin mak mertua bagi haritu. Kurma tu kat opis ada hamba allah sedekahkan. Semoga murah rezeki yer. Eh kuih hijau tu apa nama eh adik ipar kirim. Sedap. Rajin uolls yer. Haha. Pastu mak hantar semangkuk bubur lambuk. Juadah wajib hari pertama puasa mak mesti buat bubur lambuk. Asben sampai dalam kul 7.00. Hidang semua sempatlah berbuka sekali.


2 Ramadhan.

Pagi tu pergi pasar cari stok barang basah. Beli ayam dan sayur2. Dua bekas yang tak pernah kosong ialah bekas cili dan sayur. Kita memang hantu pedas. Cili wajib ada. Kiki. Sayur wajib sawi, kobis dan carrot. Senang nak masak bekal untuk Daniel boleh guna sayur2 tu.


Balik pasar goreng jemput pisang untuk budak kecik tak poser ni ha. Nampak Daniel ni banyak main je. Makan tu payah benor. Mami tak tau la nak buat macam mana bagi dia berselera makan.  Kat rumah boleh la nak kawal dia kurangkan susu supaya dia lapar then bagi makan. Takpe la dik. Kurus ke asal awak sihat sentiasa yer.


Hari Jumaat la boleh masak banyak2 sikit sebab cuti kan. Awal-awal dah masuk dapur. Hehe. Punyalah excited nak masak kan. Siap masak asben ajak pegi bazar. Daniel pulak tido. Jam 6 tu kejut dia. Nasib baik tak ngamuk. Yelah mana nak ngamuk dapat naik moto suka lah dia kan.


Tart 3 ketul beli kat pasar pagi tu untuk Daniel. 2 ketul dia habiskan. Suka yer tart.

Murtabak, popia dan kebab beli kat bazar.

Mak masak nekbat. Menu rasmi orang ganu time puasa. 

Lauk pauk saya masak kari ikan tongkol, kacang panjang goreng dengan ati dan pedal ayam, ikan goreng dan sambal belacan.

Dah macam 4,5 orang kan dalam rumah ni. Hakikatnya kami berdua jer bukak puasa. Nasib semua habis takde bazir2.

3 Ramadhan.

Pagi saya kerja balik jam 1 baru setelkan hal dapur. 


Untuk lauk nasi saya masak ikan siakap masak 3 rasa. Tq mil selalu bagi ikan. Nak makan sorang memang tak la sebab besar. Makan berdua pon penat nak habiskan. Pastu goreng ayam berempah. Perap ayam tu dari tengahhari baru sedap. Asben memang suka ayam. Tak jemu makan ayam. Kita ni kadang-kadang tekak dah tak boleh terima ayam.

Saya terasa nak makan nasi dengan budu. Nasib ada lagi belen kari semalam. Panaskan la makan dengan budu dan ulam. Sambal belacan untuk asben.

Kuih bakar 2 layer saya buat. Haha. Sebab ada santan dan gandum tak tau nak buat kuih apa. Nasib la ada jugak rasa kuih bakar. 

Pastu petang asben keluar cari kuih ngan Daniel. Beli ketupat palas dan ayam teng. 1st time try. Rasa macam ayam pusing tu jer cuma dia bakar dalam tin.

Dah cukuplah update untuk 3 hari puasa. Haha. Hari ni kita berbuka sorang2. Takdenya meriah atas meja makan tu.

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Korang upload la menu ngan resepi sekali boleh kita tiru yer. Haha.

Friday, 18 May 2018

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

Salam uollss. 

Jom join giveaway lagi. Giveaway ni dianjukan oleh blog ShuhaidaSaad. 
Klik banner bawah untuk join yer =)



Thursday, 17 May 2018

Majlis kesyukuran dan tahlil

Salam uollss..

Ni ayah punya plan. Tiba-tiba dia nak buat majlis tahlil kat rumah. Mak pulak tak sihat sangat. Mula-mula mak keberatan jugak, tapi nak buat macammana kuasa veto ditangan ayah. Haha. Alhamdulillah semua adik beradik 12 orang balik hari tu. Walaupun tak complete ada abang bawak anak sorang jer tak bawak semua ahli keluarga dan ada anak-anak buah yang kerja tak dapat cuti. Takpelah. Tetap ayah tersenyum jer sepanjang hari bila nampak semua anak-anak ada depan mata, bergotong royong siapkan makanan untuk tetamu.


Tetamu pun tak ramai, ayah panggil jiran-jiran and anak beranak yang tinggal dekat-dekat kampung sini jer. Tunggu raya la pulak baru boleh jumpa sepupu jauh-jauh.
Siblings. Ni tak cukup semua. Kemana entah. Ada kat luar layan tetamu, ada dimana-mana. Haha. Adik beradik ramai macamni lah. Nak capture gambar sekali takde masa yang sesuai. Raya pon tak berpeluang nak kumpul 12 beradik. Saya keluarga besar. 12 beradik dengan mak ayah yang sama plus 22 cucu termasuk anak saya. Haha. Sekali berkumpul riuh la rumah. Tapi ramai adik-beradik dan anak saudara kerja dan belajar kat luar..Putrajaya, Selangor..Tunggu aidilfitri nanti dapat kumpul ramai-ramai lagi. Seronok =)


Emak sayang dengan adik laki bongsu.


My fav abang =)


Masak nasi lauk gulai daging, goreng ayam, ikan masin, sambal belacan, buah timuncina dengan laksa terengganu kuah merah. Kenyang semua tetamu. Makanan pun ngam-ngam je habis. Alhamdulillah.




My fav adik laki and anak kesayangan i Daniel =)

Tak banyak gambar sebab sibuk kat dapur. Sampai sakit pinggang malam tu sebab berdiri lama. Lama kan tak buat makan-makan rumah mak. Ayah rindu tetamu datang ramai2 meriah rumah. Tunggu la ada adik beradik yang kawin nanti kita kenduri lagi yer.hihihi.

Monday, 7 May 2018

Menang dua giveaway dari blogger.

Salam uollss..

Alhamdulillah bulan April menang dua giveaway. Saya suka join giveaway ni. Suka support blogger ga. Tapi tulah kadang kesibukan kerja buatkan blog kita berhabuk bersawang jer. Nak blogwalking pon tak sempat. Ada masa free boleh la mencelah join giveaway.

Join giveaaway by Farhanajafri dapat cash =)

http://www.farhanajafri.com/2018/03/cash-giveaway-by-farhanajafri.html


Pastu join pulak giveaway dari Lea Azleeya dapat hadiah dapat sponsor.




Hari ni hadiah sampai. Weehuuuu Sambal Garing Che Nor. Malam ni nak rasmi makan ngan nasi panas-panas =)



Ada num contact sponsor Sambal Garing Che Nor.

KAK ATIE
019-4732728
Fb:Inspirasi Azatie


Tqvm. Semoga murah rezeki =)

Korang follow blog diorang yer sebab diorang selalu join giveaway best-best tau =)





Saturday, 5 May 2018

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

Salam uollss..

Jom join giveaway. Kali ni oleh cikgu kita cekgunorazimah.

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah




Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

Menang contest Lazada lagi. Tqvm Lazada.

Salam uollss..

Alhamdulillah semalam dapat emel dari team Lazada saya menang 3rd prize. Ni contest sempena Lazada 6th birthday. Tak sangka sangat terpilih jugak even 3rd prize. Sebab kita sedar view tak ramai pun baca. Sobsob. Mungkin rezeki la tu. Sebab tak tahu Lazada pilih pemenang macam mana.

Tapi sebab memang suka tau contest Lazada ni. Sebab boleh berangan nak beli itu ini. Haha. Lazada punya style contest biasanya sama jer tema dia. So kita bebas bercerita nak beli apa sahaja berdasarkan situasi yang Lazada mahupun.


Hope ada lagi contest Lazada next time. Kebetulan ada idea dan kelapangan boleh lah nak mencoret idea. Kiki.

Wednesday, 2 May 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Salam uollss..

Jom lah join giveaway. Kita support blogger buat giveaway. Kali ni dari blog www.siqahiqa.com. Giveaway ni berlangsung sampai 13 May 2018. Ada masa banyak lagi tau untuk korang join support jugak.

Syarat-syarat pun simple jer. Cepat terjah giveaway ni, Klik banner bawah okey.


Suka sangat blog Siqahiqa ni tau. Sebab gambar-gambar yang dia letak dalam blog semua cantik-cantik. Gambar memang memainkan peranan penting kan. Bagi impak yang besar untuk tarik perhatian audiens. Ceewahh. Hehe.