Salam uollss.
Selamat menyambut Ramadhan 1439. Sekejapnya masa kan. Dah 4 ramadhan. Alhamdulillah masih lagi mengekalkan niat untuk bulan puasa tahun ni 1.nak elak tido selepas sahur dan lepas subuh 2.nak kurangkan post menu makanan di ig dan fb. Haha. Kat blog jela update. Tetap nak ada kenangan di bulan ramadhan kan.
1 Ramadhan.
Ada stok ayam je dalam fridge. So masak paprik jela simple dan cepat. Saya balik kerja 5.30 petang. Nasib baik la pagi sebelum pergi opis dah keluarkan ayam kat tempat beku tu letak bawah. Cepat sikit defrost. Tumbuk sambal belacan then ada telur masin mak mertua bagi haritu. Kurma tu kat opis ada hamba allah sedekahkan. Semoga murah rezeki yer. Eh kuih hijau tu apa nama eh adik ipar kirim. Sedap. Rajin uolls yer. Haha. Pastu mak hantar semangkuk bubur lambuk. Juadah wajib hari pertama puasa mak mesti buat bubur lambuk. Asben sampai dalam kul 7.00. Hidang semua sempatlah berbuka sekali.
2 Ramadhan.
Pagi tu pergi pasar cari stok barang basah. Beli ayam dan sayur2. Dua bekas yang tak pernah kosong ialah bekas cili dan sayur. Kita memang hantu pedas. Cili wajib ada. Kiki. Sayur wajib sawi, kobis dan carrot. Senang nak masak bekal untuk Daniel boleh guna sayur2 tu.
Balik pasar goreng jemput pisang untuk budak kecik tak poser ni ha. Nampak Daniel ni banyak main je. Makan tu payah benor. Mami tak tau la nak buat macam mana bagi dia berselera makan. Kat rumah boleh la nak kawal dia kurangkan susu supaya dia lapar then bagi makan. Takpe la dik. Kurus ke asal awak sihat sentiasa yer.
Hari Jumaat la boleh masak banyak2 sikit sebab cuti kan. Awal-awal dah masuk dapur. Hehe. Punyalah excited nak masak kan. Siap masak asben ajak pegi bazar. Daniel pulak tido. Jam 6 tu kejut dia. Nasib baik tak ngamuk. Yelah mana nak ngamuk dapat naik moto suka lah dia kan.
Tart 3 ketul beli kat pasar pagi tu untuk Daniel. 2 ketul dia habiskan. Suka yer tart.
Murtabak, popia dan kebab beli kat bazar.
Mak masak nekbat. Menu rasmi orang ganu time puasa.
Lauk pauk saya masak kari ikan tongkol, kacang panjang goreng dengan ati dan pedal ayam, ikan goreng dan sambal belacan.
Dah macam 4,5 orang kan dalam rumah ni. Hakikatnya kami berdua jer bukak puasa. Nasib semua habis takde bazir2.
3 Ramadhan.
Pagi saya kerja balik jam 1 baru setelkan hal dapur.
Untuk lauk nasi saya masak ikan siakap masak 3 rasa. Tq mil selalu bagi ikan. Nak makan sorang memang tak la sebab besar. Makan berdua pon penat nak habiskan. Pastu goreng ayam berempah. Perap ayam tu dari tengahhari baru sedap. Asben memang suka ayam. Tak jemu makan ayam. Kita ni kadang-kadang tekak dah tak boleh terima ayam.
Saya terasa nak makan nasi dengan budu. Nasib ada lagi belen kari semalam. Panaskan la makan dengan budu dan ulam. Sambal belacan untuk asben.
Kuih bakar 2 layer saya buat. Haha. Sebab ada santan dan gandum tak tau nak buat kuih apa. Nasib la ada jugak rasa kuih bakar.
Pastu petang asben keluar cari kuih ngan Daniel. Beli ketupat palas dan ayam teng. 1st time try. Rasa macam ayam pusing tu jer cuma dia bakar dalam tin.
Dah cukuplah update untuk 3 hari puasa. Haha. Hari ni kita berbuka sorang2. Takdenya meriah atas meja makan tu.
Selamat menjalani ibadah puasa semua. Korang upload la menu ngan resepi sekali boleh kita tiru yer. Haha.
nekbat di bulan Ramadhan memang tak dapat dipisahkan dgn orang ganu
ReplyDeleteKan nizam.hehe
Deletesalam ramadhan.. walaupun dah nak habis.. ehhe..
ReplyDelete