Pages

Tuesday, 24 December 2019

22/12 - Daniel turns 4

Salam uolsss.

22 hb genap umur Daniel 4 tahun. Kebetulan hari Ahad birthday nya..so Sabtu malam tu bawak la pergi SR. Kemain cakap kat papa nak celebrate birthday anak padahal mami yang craving nak makan chocolate cake indulgence. Kiki. So beli dua slice cake jela satu lagi tu caramel. Sedap jugak tapi mestilah tak dapat menandingi kesedapan chocolate cake indulgence kegemaran saya. Hehe.




Daniel punyalah suka nyanyi lagu birthday ni. Tiap kali mami buat kek mesti nyanyi lagu birthday. Hahaha. Mami potong kek pisang yang beli kat kedai pun dia kemain nyanyikan lagu birthday. Hahaha. Insyaallah nanti kita celebrate birthday awak dengan family kita okey.


Sekejap masa berlalu. Syukur Allah kurniakan kesihatan buat anak teruna mami. Ni gambar 1st day mami dapat riba Daniel dipangkuan selepas 38 hari berada kat Nicu dan Scn. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Terima kasih Tuhanku. Panjangkan usia anakku supaya dia dapat menemaniku sepanjang usiaku didunia ini. Aamiin.

Saturday, 14 December 2019

Daniel nak masuk tadika dah!!

Salam uollss..


Kejap jer masa. Tahun demi tahun berlalu tahun depan anak mami dah masuk tadika dah. Alhamdulillah mami decide hantar tadika berdekatan dengan office. Boleh ambil sampai 6.00 petang. Sekarang petang-petang kakak tolong ambilkan dia kat taska. Ambil ngan moto plak. Kalau hujan lencun la diorang. Semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan Daniel tahun depan.


Ni pergi tadika ambil baju. Excited sangat masuk tadika banyak mainan. Sampai nangis tak nak balik. Adoi la anak. Tunggu yer 29hb nanti start sekolah main la puas-puas.


Semoga behave la kat school nanti yer anak. Semoga jadi anak soleh, cerdik dan pandai. Seminggu lagi birthday awak..mami belum terpikir nak bagi hadiah apa nih. Haha. Nanti kita sambut okey =)




Bye. Korang anak yang masuk sekolah tu macam mana persiapan. Semua dah settle ke. Harap dipermudahkan semua urusan korang yer. Semalam saya pergi Eco berduyun-duyun manusia beli pensil alat tulis untuk anak-anak. Takleh lalu la lorong alat tulis tu. Haha. Pelik kita apsal ramai sangat orang, lupa nak masuk sekolah dah. Hehhehe.