Pages

Sunday, 27 December 2020

Majlis hari jadi Daniel yang ke5

 Salam uollss..

Hari Jumaat lepas kami sambut birthday Daniel. Majlis kecil-kecilan jer untuk keluarga sahaja. Memang plan tak jemput orang lain dengan musim-musim macam ni. Tapi memang plan nak agihkan makanan tu so beli laksa lebih.

Saya tempah laksa 8kg. Buat kuah laksa lemak (3kg ikan selayang). Remark sini takut lupa. Haha. Lepas tu mak buat pulut kuning. Kakak masak rendang dan gulai ayam sempena anniversary dia. So kita pakat makan ramai-ramai kat rumah saya. Tq jugak kakak tempah kuih muih. Saya just buat kek mentega jer. Haha. 


My favourite cake. Choc cake indulgence. Sedap sangat sebab asben bukan penggemar kek. Tapi dia boleh makan 2 slice kek ni. Pernah tempah ngan sis ni 2 tahun lepas. So kita repeat order. Harga kek RM60 add RM10 untuk edible image atas kek tu.


Excited sangat anak mami potong kek. Sejarah sambut birthday Daniel ni masa umur dia setahun kaki dia laju jer pijak kek wei. Haha. Nasib baik sipi-sipi kek jer. Mami sentiasa beringat. Kuat-kuat pegang tangan dia. Haha. Daniel pon macam mami. Penggemar chocolate cake😍.


Papa, mami dan seketul Daniel. Deco simple jer. Belon tu tahun lepas punya sebab plan nak sambut tapi lastly sambut 3 beranak je kat Secret Recipe. So ballons tu simpan guna tahun ni. Tq Kak Ya, sepupu Daniel tolong mami deco simple-simple.


So kalau papa yang tak suka ni cakap sedap kira sedaplah kek ni. Haha. Papa ni pelik. Milo pon dia tak suka. Sebab tu makanan berasaskan coklat ni dia kureng sikit.


Ni Kak Ya. Anak buah mami. Sepupu Daniel. TQ banyak sangat tolong mami.


Adik beradik datang makan.


Saya tempah laksa dan laksam ni dengan student. Laksa ayah dia buat memang sedap. Lembut je dan tahan lama. Nak simpan sampai keesokan hari pon masih elok.


Mak mertua datang dengan biras dan adik-adik ipar. Kesian plak dari jauh datang. Lamanya tak balik kampung rumah mertua. Dah dekat 2 bulan tak balik. Ampunnn.


Saya, mak, mertua, adik-adik ipar dan anak buah yang umur 2 bulan lebih Mikaila comey debakk. Geram betul budak nehh.


Tq mak2 dan ayah sedara bagi hadiah macam-macam. Semoga dimurahkan rezeki semuanya.



Alhamdulillah selesai majlis ringkas untuk kenangan kita. 


Wednesday, 23 December 2020

Genap 5 tahun anak mami.

Salam uollss..

Anugerah terindah dalam hidup. Semoga awak membesar jadi orang yang kaya.

Kaya ilmu dunia akhirat.

Kaya sifat pemurah.

Kaya sifat hormati orang tua.

Kaya sifat baik hati.

Kaya sifat penyayang.

Kaya sifat tolong menolong.


Dan kaya dengan nilai2 murni yg lain.

2020 berlalu dengan pantas sekali. Mami pun tak sedar. Tiba2 awak dah genap 5 tahun. Terima kasih menjadikan kami papa mami yang penuh sifat kesabaran terhadap awak😂

22.12.2020.

5 tahun.

Monday, 21 December 2020

Tukar ID dan kata laluan iakaun KWSP

 Salam uollss..

Korang semua dah berjaya ke mohon Isinar tu. Good luck buat semua yang memohon yer. Semoga wang tu mampu membantu korang selamatkan ekonomi keluarga yang terjejas akhibat pandemik ni. 

Actually semalam saya baru je ke KWSP. Siap ambil cuti kau nak pergi KWSP. Haha. Takdelah kebetulan ada urusan lain lagi so alang-alang ambil cuti settlekan KWSP terus. 

Dulu masa daftar KWSP dan iakaun tu guna no lama. So bila dah tukar no hp baru ni saya nak log in lupa password la pulak. Bila nak buat forgot password tak boleh la sebab TAC hantar ke no lama tu. Terus iakaun jadi deactivated. 

Lama jugak sebenarnya pending untuk update no hp sampai la berapa kali pkp bertukar dah ni ha. 

Semalam pergi memamg ramai sangat umat manusia. Rasa macam nak blah macam tu jer. Tapi memikirkan dah alang cuti baik settle jer terus gagahkan jugak beratur.

Beratur dari basement kat parking kereta. Lepas tu baru naik melalui tangga kat basement tu. Tak sia-sia kental beratur sebab kaunter banyak bukak so urusan tu cepat jer la.


Kerusi pon ada jer. Nanti penat duduk jela. Diorang lepaskan 10 orang sekali. Macam biasala sop kena ikut. Pakai mask,  cek suhu,  scan QR Code or tulis detail nama baru boleh masuk.


Kat dalam kat mesin tu pun ada pegawai yang guide untuk kelancaran. Supaya kau tak terkial-kial kat depan mesin tu. Hehe. Alhamdulillah berjaya update no hp. Lepas tu kena tukar password sendiri la. Senang jer. Bagi yang belum ada iakaun nanti korang akan dapat id dan password so boleh la create iakaun.



Ni step by step bagi yamg nak tukar id atau kata laluan. Senang je step kan. Okey good luck semua.


Saturday, 19 December 2020

Pokok keladi hiasan.

 Salam uollss..

Dah start balik blog ni sampai hari-hari nak post ni ha. Hehe. Hari ni dari pagi hujan. Kejap lebat kejap reda. Petang tak hujan terus turun kemas sikit kat laman. Lama tak cabut rumput-rumput liar. Mak datang bagitahu keladi merah ada kat tepi rumah mak bawah pokok kelapa. Cepat-cepat saya ke rumah mak. Kebetulan pasu ada seketul lagi. Excited la nak tanam dalam pasu. Harap tumbuh subur la sebab masa cabut tu akar dia putus sekali cuma tinggal sikit je akar. So kita letak bawah atap dekat matahari. Kalau hujan pun kena tempias. Kalau panas pulak dapat sumber cahaya yang cukup. Pasu-pasu tu saya beli masa balik kampung mil. Mil pon suka tanam bunga. So kami berdua pergi borong pasu murah-murah. 


Lepas tu organize sikit laman kecik nih. Mintak ngan ayah tunggul kayu pokok durian yang ayah tebang tu. Asben tolong angkatkan. Dapat dua ketul. Buat masa ni kita letak jer kat situ. Pokok kunyit tu ha, hari tu penuh pasu so saya asingkan jadi dua pasu. Pun rasa macam padat. Nanti beli pasu lagi. Siapa nak beli pokok kunyit kita jual ngan pasu sekali okey. Haha.


Tenang sikit rasa tengok kawasan ni clear sikit. Ni kalau tak tanam apa-apa memang malas tau nak hadap rumput liar yang tumbuh segar sangat. Kalau dah ada tanaman tu terasa la rajin sikit. Kih. Okey. Jumpa lagi next time kalau saya rajin menulis.

Selamat tinggal memori.

 Salam uollss..

Ni cerita semalam. Depan rumah mak ada dua pohon pokok durian. Yang sepohon tu dah mati tapi hari ke hari ayah plan nak tebang tak tebang jugak. Sekarang kan musim tengkujuh. Angin kuat. Risau jugak kalau tumbang pokok ni. So semalam kebetulan abang ipar ada,  asben kita pon ada ayah pon tebang. Tiga orang tukang tarik dengan tali. 

Mengimbau kenangan pokok durian ni tau. Banyak tahun jugak dapat merasa kesedapan durian ni. Durian kampung kan memang lemak manis sungguh isinya. Lama kelamaan pokok ni tak berbuah sangat. Sekali berbuah boleh dibilang je atas pokok tu. Tak lama lepas tu mati. Rupanya dahan yang kat atas tu dah reput. Nasib baik la tak tumbang menghempap rumah.


So tinggal sepohon lagi pokok durian depan rumah mak. Yang tu pon nampak dah uzur. Tahun ni ada lah 2, 3 biji berbuah. Mungkin dah sampai usia dia uzur la jugak macam manusia jugak eh. Hehe boleh pulak samakan pokok dengan manusia yer. Daniel suka sangat. Ni 1st time pengalaman dia tengok tok ki mesin pokok depan mata. Excited dia tengok bila pokok dah tumbang siap bersorak tepuk tangan lagi.



Okey kita share video sekali. Haha. Simpan sebagai kenangan. Selamat tinggal kenangan. Terima kasih pernah berjasa pada kami sekeluarga.


Wednesday, 9 December 2020

Resepi nasi minyak kuah gulai ayam yang mudah.

Salam uollss..

Resepi Nasi Minyak

Beras Basmathi 3 cup
 ( Sukatannya 3 cup beras = 3 cup setengah air + 1 cup susu cair)
Minyak masak setengah cawan
Margerin 1 1/2 sudu

Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
Bawang besar 1 biji -hiris
Bawang putih 4 ulas - ketuk
Halia 3 inci - ketuk
Daun pandan 4 helai - simpul
Garam 2 sudu kecil.

Masukkan minyak dalam kuali kemudian planta. Lepas tu tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Seterusnya masukkan bawang2, halia dan daun pandan. 

Masukkan air dan susu. Dah mendidih masukkan garam. Lepas tu tuang dalam rice cooker yang ada beras tu. Kacau-kacau sikit tekan on suis. Nanti dah masak cucuk tiga lubang guna chopstick. Masuk kan pewarna kuning. Biar kejap pastu gaul nasi tu. Tapi kalau tak suka pakai pewarna pun terpulang.

Resepi Gulai Ayam

Ayam dibasuh bersih
Santan
Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 2 inci
*Lengkuas 1 inci
Cili boh 4 sudu
Rempah gulai 2 sudu
Ubi kentang

Masukkan minyak, dah panas tu masukkan cili boh. Gaul sampai garing. Lepas tu masuk kan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Kemudian baru masukkan bahan-bahan bertanda * yang dah diblend dan rempah gulai. Rempah ni saya beli kat pasar siap dah. Bila dah naik bau masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul dulu kejap pastu barulah masuk santan dan air. Bila dah mendidih boleh masukkan garam, gula dan perasa.


Tuesday, 8 December 2020

Terjebak dengan hobi bertanam sayur la pulak.

 Salam uollss..

Actually sejak pkpb hari tu terjebak dengan group Berkebun Dirumah kat FB. Kemudian saya banyak follow ig pekebun-pekebun dirumah. Suka tengok masing-masing punya pokok sayuran dan tumbuhan. Saya ni dari kecil memang membesar dengan suasana kehijauan disekeliling rumah. Rumah kawasan kampung kan. Mak pun memang tanam sayur. Kecil-kecil dulu selalu la ikut mak tuai sawi,  kacang panjang,  terung,  bendi macam-macam lagi la. Sekarang mak tak larat sangat dah. 

Saya pulak menyewa tanah sekangkang kera je kat laman tu. Boleh la nak tanam sikit-sikit sebagai hobi masa lapang.

Sebelum ni memang tanam pokok kari,  serai,  pandan. Yang tu memang keperluan la senang nak masak ambik je sebelah rumah. Then hari tu nak beli daun kunyit payah sangat nak ke pasar selalu je habis. Dah la mahal daun kunyit ni. Lastly saya bukak Shopee order kat situ. Pertama kali beli pokok hidup. Puas hati sangat. Haha. 


Pokok ni saya beli awal bulan September 2020. Tanam dalam pasu. Tanah pon beli kat Shopee jugak campur tanah bakar ambil kat rumah mak. Sebab tanah kat rumah saya tu tak sesuai sangat. Pasu beli kat Eco. Ni masa mula-mula tanam. Dalam 5 anak pokok dapat. Harga berapa tak ingat dah. 

Ni update awal bulan November 2020

Now dah semakin membiak. Rasanya kena tukar lagi pasu ni kesian pulak dia bersaing untuk hidup. Pasu dah beli dah. Cuma masa jer mencemburui. Haha. Kemain bizi kau yer. Pokok pon terabai.

Okey. Next kita story pokok lain pulak yang saya tanam. Takdelah gigih sangat menanam yer. Cuma nak mengisi masa terluang. Plus bila bertanam kat tanah sekangkang kera tu nampak la rumput liar kurang tumbuh sebab saya rajin cabut. Hehe.

Okey bye. See u soon. 


Sunday, 6 December 2020

Singgah sapu laman kejap. Haha.

 Salam uollss..

Lamanya tak mencoret memori di dinding belogku. Sibuk dengan urusan seharian. Dekat draf macam-macam ada konon nak share. Sampai ke sudah uollss. So hari ni kebetulan tengah tunggu turn kat bank ni kita sembang kejap. Haha. Macam la kau tengah live yer nak sembang bagai. Nak masuk bank ni masih lagi ikut sop. Pakai mask,  cek suhu. Tak ramai boleh masuk. Kena inform dulu pegawai bertugas kat depan tu apa urusan. Lepas tu tunggula turn kau baru boleh masuk ni ha. So macam mana korang menghadapi pandemik ni ha. Berdepan dengan pkp-pkpp-pkpb ni. Semoga dilancarkan segala urusan dan semoga diperluaskan rezeki seluas lautan yer. Ok turn dah nak sampai. Nanti kita rajin kita singgah lagi. Hehe.

Wednesday, 24 June 2020

Buka akaun ASNB untuk anak

Salam uollss..

Alhamdulillah hari Isnin lepas baru berkesempatan pergi ke ASNB untuk buka akaun untuk anak. Dapat duit raya kita masuk ASNB untuk simpanan awak masa akan datang yer. Masih lagi dalam mood sop, keluar pakai mask, nak masuk 5 orang sahaja. Isi borang kat luar pastu duduk atas kerusi kat luar tunggu turn. Record nama, no.hp, suhu lepas tu nak masuk sanitize tangan dulu.



Kalau ibu/bapa wakil untuk bukak akaun Didik, just bawak ic ibu/bapa sendiri dan mykid anak. Kalau penjaga boleh perlu bawak surat beranak. Borang pun boleh je download siap-siap kat laman web ASNB kat bawah okey. Tapi saya ambil borang kat sana dan isi kat sana terus senang nak tanya apa-apa masa isi form tu.


Alang-alang pergi ASNB saya terus tanyakan pegawai tu pasal akaun saya yang kena freeze. Sebab lama tak aktif. So pegawai tu tolong reset balik akaun online tu. Dan bagi guideline baru untuk bukak akaun online yang baru. 


Alhamdulillah settle dua perkara hari tu =)

Wednesday, 17 June 2020

Resepi ayam ala tiga budak gemuk yang sangat sedap.

Salam uollss..



Sejujurnya awal-awal saya memang tak tahu kewujudan nama menu ni tau. Lepas tu ada kawan bagitahu ia berasal dari nama sebuah kedai. Haha. Ingatkan memang nama menu dia macam tu weh. So saya try la masak since asben suka ayam goreng kering macam tu. Eh dia puji sedap sampai ratah makan lauk tu saja. Haha. So kita simpan resepi kat sini okey. Kalau tengok kat internet macam-macam versi resepi yang ada. So saya try resepi ni sedap pastu duk ulang masak resepi ni jer la.

RESEPI AYAM KICAP ALA TIGA BUDAK GEMUK

Ayam (dipotong sederhana saiz). Jangan besar sangat nanti tak bersalut sangat kicap tu. Resepi saya buat untuk 3 orang makan.
Bersihkan ayam, potong dan gaul dengan garam dan kunyit. 
Lepastu goreng ayam.

Kayu manis 1 (saiz kecik)
Bunga lawang 3 kuntum
Buah pelaga 3 biji
Cengkih 3 biji

(Empat sekawan tak yah letak banyak sangat. Kalau tak nak letak pun terpulang)

Bahan tumis 
Bawang merah 5 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1 inci*
Cili api ( ikut tahap kepedasan masing-masing) *

Tumbuk bahan tumis sampai naik bau. Masukkan daun kari 3 pelepah.
Tumbuk lada hitam sikit dan masukkan dalam kuali. Seterusnya bancuh serbuk kari 1 sudu dan masukkan dalam kuali.
Masukkan kicap lemak manis 3 sudu besar, sos tiram 1 sudu besar. Kacau sentiasa sampai sambal kicap jadi pekat. 
Masukkan garam dan perasa secukup rasa.

Okeyy done.

Serius sedap sangat tau sampai bertambah nasi. Makan pulak dengan nasi panas-panas.




Sunday, 14 June 2020

Misi menanam pokok

Salam uollss..

Sekarang heboh betul dengan pokok lidah mertua yang viral tu. Siapa dah terjebak angkat tangan. Sampai ada nursery jual harga ratusan. Over betul kau yer. Saya pon terjebak sebenarnya. Pastu jenuh berfikir kat mana pernah tengok orang tanam pokok ni rupanya rumah mertua. Mak mertua memang pencinta pokok bunga. Macam-macam ditanamnya. 

Jadi bila tahu anak menantu pon berjinak suka pokok bunga ni suka la dia dapat share hobi. Weekend minggu ni balik rumah mertua. Mil dah plan nak ajak tengok bunga kat nursery. Saya memang suka tapi bila fikir laman kecik, anak yang super aktif ni pokok artificial mami pon habis dikerjakannya ni kan pulak pokok hidup. Adoi la. Takpelah. Kita tanam kat luar rumah jela dulu yer. Duduk plak rumah sewa. Kang nak pindah berangkut berpasu-pasu jenuh lah. So kita tanam seadanya jela yer.

Semalam dua tempat nursery pergi, geram tengok pokok bunga. Tapi kita beli pokok limau purut je RM14.  Pastu beli tanah RM1 satu plastik tu boleh beli limit sorang 3 jer.  Sebab datang 4 orang boleh beli 12 plastik. Balik rumah tolong mil ceraikan pokok lidah mertua untuk bahagikan buat anak menantu. Pastu ma bagi pasu dan pokok bunga kertas dan pokok keladi hiasan tu. Penuh bonet keta. 

Harap kamu semua membesar dengan baik dan subur yer. Seram jugak nih macam galas satu tanggungjawab besor jer gaya. Mesti pasni mil selalu call tanya macam mana keadaan pokok dia. 

Tuesday, 9 June 2020

Rak kasut baru yeayyy!

Salam uollss..

Sepanjang pkp sampai pkpp ni apa yang korang buat di rumah tu. Mesti dah deco macam-macam, dah ubah susun atur perabut rumah, atau bermacam hasil tanaman dah ditanam yer tak. Hehe. 
Dan semestinya macam-macam la korang membeli dihujung jari kan. Saya even wfh dan tak banyak masa sangat sebenarnya, nak deco organize bagai, tapi sebab hari-hari duduk di rumah sampai satu tahap bosan tau tengok susunan meja kat situ, susunan perabot kat sini. Haha. Apakan daya kita rumah kecil tak mampu nak susun ikut kehendak. Plus rumah sewa jer tu. So organize seadanya ikut sedap mata memandang. 
Alkisahnya lama sangat dah nak tukar rak kasut ni. Rak kasut terbuka macam ni cepatlah masuk habuk kan. Terutama kasut yang jarang pakai. Yang asben punya lah banyak kasut. Aku tengok yang dia duk pakai selipar tu je . Adoi. Semak kan mata tengok. Hahaha.


So beli la satu rak ni kat online. Sampai lepas raya. Suka sangat even murah dan simple jer asalkan tertutup kemas. Taklah semak mata memandang. Lepas dah sort kasut selipar semua..ada yang kena buang sebab dah rosak pun simpan lagi. Takde makna nak sayang2 bagai kita buang jer. 


Tq asben tolong install. Haha. Saya malas betul bab-bab nak install ni tak gigih. Nasib baik sepanjang pkp asben ada sekali. Sangat menyumbang bab nak deco rumah ke apa.

So beginilah kejadiannya rak kasut bertutup kita. Nak cari design yang takde gambar-gambar nan hado lah. Takpelah gambar basikal pun boleh lah. Semoga selamat sejahtera kasut-kasut didalam tu. Kihkih.

Monday, 1 June 2020

Eidulfitri 2020 yang penuh bersejarah.

Salam uollss..

Seminggu berlalu. Macam mana dengan sambutan raya korang semua. Harap tetap meraikan dalam kesederhanaan tanpa keriuhan tapi penuh penghayatan.

Tahun ni ikut giliran kami sambut aidifitri belah keluarga saya. So sambut di rumah sendirilah sebab rumah mak sebelah rumah je pun. Macam kebiasaan, raya kedua baru gerak balik beraya ke kampung keluarga mentua. Tapi disebabkan PKPB dan patuh sop ziarah hari raya pertama sahaja..maka petang raya pertama tu jugak balik raya rumah mentua. Bukan niat nak berhari raya sangat sebenarnya. Tapi nak raikan aidilfitri dengan mak ayah dan keluarga mentua tu sebenarnya. Lagi pun kami rentas daerah je so takde hal la. Direct balik rumah mil takde singgah mana-mana.

Ok berbalik kepada sambutan aidilfitri. Tahun ni memang betul-betul bersederhana. Baju tiga beranak tema color emerald green awal-awal lagi beli. Masa awal-awal ramadan lagi. Color tu pun decide bila asben tengok pilihan warna yang ada. Hari Jumaat sebelum raya tu baru lah semangat sikit nak keluar beli baju tshirt untuk anak dan suami sebab pikir nak balik kampung kan. Kot tetiba nak beraya rumah jiran-jiran ke. Beli jugak untuk suami 2 helai tshirt untuk Daniel 3 helai tshirt, sepasang baju siang dan 2 pasang baju malam. Kebetulan baju dia banyak dah singkat. Gigihkan jugak beratur tengah panas, pakai mask lagi berkicap oii.

Tahun ni buat jugak biskut raya beberapa jenis. Tu pun harap ada adik dan anak buah tolong buat jugak. Boleh la nak mengunyah pagi raya. Kerepek kacang langsung tak beli. Cuma order online jer untuk mentua. Beli kat Shopee. Saja test nak tengok ok tak kerepek dan kacangnya. Sedap rangup. Boleh la order lagi lepas ni.


Biskut cornflakes madu


Biskut kacang


Biskut Dahlia

Malam raya macam biasa juadah wajib buat rendang ayam. Tengok warga FB IG sehari sebelum raya dah merendang. Saya ni memang tradisi masak rendang lewat malam. Haha. Pukul 9.00 malam tu baru masuk kebun petik daun kunyit. Haha. Tapi petang tu dah buat persiapan la. Sediakan bahan blend dan ayam dah goreng garam kunyit siap-siap. Selain daripada rendang, malam raya saya masak sambal ikan bilis untuk makan dengan lontong. Bangun pagi raya masak kuah lodeh. Sedapnya. Lontong ni my favourite menu raya la tau. Makan dengan nasi himpit dan sambal bilis. Aduh. Dua mangkuk tau belum tentu cukup. Haha.
.

Malam-malam buta baru nak pergi petik daun kunyit. 



Dah masak rendang dan sambal bilis baru lah tidur. Dah pukul 2.00 am lebih masa ni. Kemas rumah sikit. Esok bangun pukul 6.00 pagi masuk dapur masak kuah lodeh. Nasi himpit mak dah rebus siap-siap rumah mak.


Kena paksa bangun awal. Moody sikit dia. Hehe.


Lepas dah siap-siap terus beraya rumah mak bersalaman hari raya dengan mak ayah dan adik beradik. Sesungguhnya memang tak meriah sangat la kan. Memang tahun ni tak beraya ke rumah sedara mara. Walaupun diizinkan untuk menziarah pada raya pertama tu, tapi saya menghormati tuan rumah. Sebab kita tak tahu tuan rumah bersedia ke tak nak terima tetamu. Takpela. Kami hantar wakil je pergi hantar juadah raya. Mak sedara pun hantar wakil anak beliau datang raya. 


Bagitahu nak pergi umah tok baru happy. Hehe.


Kesayangan tokki ni.


Peluk kuat sikit kot nanti tok ki bagi duit raya lebih. Haha. Dah beraya rumah mak makan nasi beriani yang jiran hantar terus balik ke rumah. Anak-anak buah datang makan lontong kat rumah saya pulak.


 Lontong dan rendang ayam saya masak untuk juadah raya tahun ni. Sate dan ketupat ayah tempah. Kuah kacang kakak yang bagi.






Anak-anak sedara semua dah besar dari mak sedara. Tahun ni dua orang abang, sorang kakak dan sorang adik laki tak dapat pulang beraya sekali. Rasa sayu sikit aidilfitri kali ini. Harap sangat cepat-cepat covid ni pergi. Rindu semuaaaaaa..


With adik bongsu.

Lepas zohor kemas baju, kemas dapur semua siap-siap untuk balik kampung rentas daerah. Sebenarnya saya tak confirm kan dengan mil kami balik raya petang raya pertama tu. Saja nak surprise kan diorang. Haha. Diorang mesti ingat kami tak jadi balik beraya. Alang-alang bos bagi cuti seminggu kita manfaatkan sebaiknya balik menziarahi orang tua. Alhamdulillah.

Raya kedua mil ajak beraya rumah besan. Dekat jer dengan rumah. Tu jelah raya tahun ni. Hari-hari seterusnya duduk rumah makan kerepek dan kacang. Hehe. 


Hari Khamis balik semula ke rumah. Lima hari tinggalkan rumah baju dua bakul tak terlipat. Ahad dah mula start kerja dah. Begitulah alkisah Aidilfitri tahun ini.