Pages

Saturday, 23 January 2021

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

 Salam uollss..

Bila teringin sangat nak makan kuih keria gula melaka, teruslah google resepi. Jumpa macam-macam source. So kita try dulu resepi ni. Tampal kat sini next time boleh try lagi.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka.

Ubi keledek

Tepung gandum 1 cawan

Tepung beras 2 sudu

Baking powder 1 sudu

Ubi keledek direbus hingga empuk. Lepas tu lenyekkan sampai hancur. Masukkan gandum sedikit demi sedikit. Gandum ni bergantung pada ubi keledek. Kalau terlebih gandum tak best pulak makan. So berpada-pada la okey.

Next masukkan tepung beras dan baking powder. Gaul sampai sebati. 

Okey now bolehlah bentukkan bulat dan lubang kat tengah. Kalau tak nak dia melekat kat tangan kena standby tepung masa bentukkan tu okey.

Kemudian boleh lah digoreng. Dah masak angkat dan toskan. 

Lepastu dalam kuali lain pulak masukkan seketul gula melaka beserta secawan air. Masak sampai gula melaka cair, lepastu masukkan 3 sudu gula. Gaul sampai berbuih. Api pastikan slow je okey. Lepastu tutup api dan gaul kuih keria dengan salutan gula melaka dan gula. Gaul laju-laju okey sebab bila tutup api cecair tu akan mengeras.


Sedap sangat. Ceewah masuk bakul angkat sendiri ni😂.

Selamat mencuba😘


Friday, 15 January 2021

Deko hantaran untuk pertunangan.

Salam uollss..

Ahad minggu lepas adik lelaki saya selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya. Mengejut jugak keputusan ni. Asalnya plan nak pergi merisik jer. Tapi memandangkan dalam keadaan sekarang ni nak balik kerap pun payah,  sebab adik kerja kat KL. Dan orang kuat dalam adik beradik kami iaitu abang menetap kat Klang. So alang-alang diorang balik terus bertunang. Majlis pun simple jer. Asalkan tercapai niat dan hasrat utama tu nak menyatukan dua jiwa. Ceewahh. So untuk hantaran pihak laki bagi 5 hantaran :

1. Sireh junjung
2. Kain pasang
3. Telekung
4. Manisan (kek)
5. Buah-buahan

Pihak perempuan membalas 5 hantaran juga.
1. Baju melayu
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Manisan (kek)
5. Buah-buahan

Mak sarungkan dua cincin iaitu cincin merisik dan jugak cincin pertunangan.

Dan gubahan hantaran dari pihak lelaki of course la digubah oleh kakak yang gojes ini. Haha. Alhamdulillah boleh la nak gubah simple-simple.
Untuk lapik hantaran saya recycle jer yang majlis kahwin kakak hari tu. Cuma tukar renda dan bunga. 
So,  macam biasalah,  bila nak buat deco ni kena plan dulu design macam mana. Match dengan warna apa,  dan hiasan apa yang nak dibeli. Sebelum beli sy akan cek dulu kotak craft sy. Saya selalu juga buat deco hantaran dan bouquet. Banyak bunga extra. Kita guna mana yang ada dulu. Tak cukup baru beli supaya tak membazir. 
Saya beli barangan untuk hantaran kat kedai Era Nona,  kedai ni famous la kat Terengganu ni. Nak keperluan untuk hantaran ke deco ke apa semua ada kat sini. Iklan ini tak berbayar yer. Heheh. Saya just beli bunga dua jenis warna purple dan soft pink,  renda color purple 4 meter, sehelai lapik color purple. So boleh potong empat ngam2 dalam bakul hantaran, renda bunga kaler hijau untuk lilit daun sireh, gun stick sebab stok kat rumah dah habis. Total semua tu tak sampai RM50.

Excited tu nak deco ni. Saya memang suka gubah bunga. Masuk kedai bunga tu pun rambang mata tak tahu nak beli bunga apa. Suka tau kalau adik abang kakak kahwin,  kita boleh deco apa2.
Saya start deco malam Khamis. Mula-mula lilit bakul hantaran dengan renda seterusnya kat hujung tu susun bunga. Hari Ahad start tengahhari tu baru lah letak semua barang-barang hantaran dan juga deco sireh junjung. 
Mak tanam sireh kat rumah. Suka bau sireh ni fresh jer kan. Dalam pukul 3 petang siap semua baru pergi makan. Selagi tak siap selagi tu tak bergerak dari meja. Haha. Paling lama dan leceh sikit buat of course la sireh junjung.
Kitorang ke rumah pihak perempuan malam Ahad. Dua buah kereta jer perginya. Family perempuan pun memang takde panggil tetamu lain datang. Betul-betul keluarga kami sahaja.
Alhamdulillah majlis ringkas penyatuan dua keluarga berjalan lancar. Terima kasih Allah permudahkan. Semoga dipercepatkan jodoh adik ku dan bakal adik ipar untuk mempercepatkan proses mendirikan masjid. Aamiin.

Friday, 1 January 2021

Resepi kek margerin pelangi.

 Salam uollss..

Actually resepi ni dari blog aunty Azie Kitchen. Saya percaya ramai kawan-kawan diluar sana suka follow resepi aunty Azie ni. Resepinya mudah dan sedap. Dari mula-mula saya kahwin hidup dirumah sendiri memang bukak blog beliau. Nasi ayam,  mee soto, mee kari apa sajalah. Keyword kat google tu nak cari masakan apa-apa mesti tambah Azie Kitchen kat belakang. Haha. Okey jom cek resepi ni. Sedap tau. Simple jer okey.

Resepi Kek Marjerin 


Bahan bahan:

1 cawan gula halus (Saya tak letak penuh pun)

1 cawan marjerin. (Saya guna cap pelangi)

1 1/2 cawan gandum

1 sudu kecil baking powder

3 biji telur (Saya pakai saiz B)

1 penutup esen vanilla

Pewarna yang korang suka. This time saya pilih color pink dan hijau.

Okey jom kita mulakan.

Mula-mula pukul gula dengan marjerin sampai bertukar warna kuning putih macam tu. Saya guna whisk jer.

Lepas tu masukkan telur. Jangan masukkan sekaligus tau. Masuk sebiji pukul,  masuk lagi sebiji pukul. Macam tu sampai habis tiga biji tu.

Kemudian baru masukkan tepung gandum dan baking powder. Make sure ayak tepung-tepung ni semua. Kemudian last sekali masukkan esen vanila. 

Belum bakar lagi dah semerbak bau tau. Asingkan kepada dua bekas kemudian masukkan  color berbeza bagi setiap bekas.

Oles loyang dengan margerin sikit,  lepas tu masukkan adunan secara selang-seli. Then lorekkan sesuka hati korang. Saya lorek pakai chopstick.

Jangan lupa panaskan dulu oven korang 5 hingga 10 minit. Dah siap lorek tadi masukkan dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 40 minit. 

Tingggg. Dah siapppp.

2020 yang penuh memori.

 Salam uollss..


Kenapa pilih best nine kalau kita boleh pilih best twelve😆

1. Bawak anak n laki melawat Muzium Negeri Terengganu🤣

2. Dinner at Primula Beach Hotel

3. With mentees at Warisan Bonda

4. Covid19. MCO.PKPB.Online class.

5. Eidulfitri bersejarah di musim pandemik.

6. Culik pokok2 bunga mil😂

7. Outdoor photoshot - Kampung Cina.

8. Sambutan kemerdekaan

9. Live weiiii. Haha.

10. Tumpang pelamin sepupu😉

11. Deco2 money bouquet.

12. Oh tengkujuh!


Alhamdulillah ditahun 2020 ni aku masih ada insan2 yang bermakna disisi..

Suami yang memahami, 

Seorang anak yang sentiasa menemani sunyi, 

Keluarga yang menyayangi, 

Keluarga mertua ibarat keluarga sendiri, 

Bff tempat mengadu kecelaruan emosi, 

Officemate yang berkongsi idea hari2, 

Student bermacam ragam penguat semangat dan kesabaran diri ini.

Dan siapapun kamu yang pernah hadir menyinari..

Tiber jadi sajak pulak yer ke syair nehhh🤣🤣

Tqvm 2020. Sesungguhnya walaupun ia hadir bersama pandemik,  namun terselit 1000 perkara bermakna😘