Pages

Monday, 31 May 2021

Resepi Nasi Dagang Terengganu

 Nasi dagang ni one of my favourite dish jugak. Yelah orang Ganu lidah pior Ganu nasi dagang mestilah dihati. Ceewah gitu. Haha.

Dulu-dulu zaman bujang duduk dengan mak kan mak selalu masak nasi dagang,  tapi yelah mak arung nasi bangun 3, 4 pagi kot. Kita masa tu kat bulan bintang lagi. Haha. Dah kahwin duduk sendiri barulah terhegeh-hegeh belajar masak. Tapi zaman now resepi dihujung jari kan. Ko pilih jer mana resepi ko nak cuba. Tinggal menjadi dengan tak jer. Haha. Ampun. Kalau tak jadi tu usaha lagi. Jangan putus harap. Hehe. Saya pun baru 5, 6 kali kot masak nasi dagang ni. Bila dah buat tu barulah rasa eh, tak lah leceh sangat. Ok dah habis membebel jom kita tengok resepi.

RESEPI NASI DAGANG

1kg beras siam wangi

2 cawan santan pekat 

1 cawan air

7 ulas bawang merah ( dihiris)

3 inci halia (dihiris kecil)

2 sudu kecil halba (direndam dalam air panas kejap)

Garam

Gula


Cara-cara:

Mula-mula rendam beras dalam besen. Rendam sampai tenggelam la beras tu. Dalam 8 jam. Saya rendam malam tu siap-siap untuk makan pagi esk.

Didihkan air dalam pengukus sampai mendidih. Masukkan beras ke dalam pengukus. Kukus sampai wap kepul-kepul naik. Dalam 20 hingga 30 minit macam tu.

Bila dah naik wap tu,  angkat dan letak dalam bekas besar sikit. Siram beras tu dengan 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air hingga sekata.

Bila dah sekata masukkan bawang, halia dan halba. Gaul sekejap kemudian masukkan semula dalam pengukus.

Sementara tu 1 cawan santan pekat lagi tu masukkan garam dan gula. Kacau sampai gula dan garam hancur.

Apabila nasi dah masak angkat nasi dan masukkan dalam bekas sekali lagi gaulkan bersama santan bergaram gula tadi. Kami di Terengganu panggil teknik gaul-gaul ni 'arung'. Bila dah sebati biarkan sekejap dalam 5 minit supaya santan meresap dalam beras.

Kemudian kukus sekali lagi. Kukus sekejap kemudian boleh angkat dan hidangkan. Ada orang last step tu dah tak kukus dah. Tapi saya akan kukus supaya nasi lambat basi.

GULAI IKAN TONGKOL/AYA

Bahan A :

1 ekor ikan tongkol. Saiz sederhana. Saya guna aya hitam.

Asam gelugur 3 keping dan garam untuk direbus ikan.

Santan

Bahan B : Gaul sebati dengan air panas.

2 senduk besar cili blend tu.

3 sudu besar rempah nasi dagang (saya beli kat pasar cakap nak rempah nasi dagang)


Bahan C : Dikisar

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 inci lengkuas


Bahan D : 

2 keping asam gelugur

4 inci gula melaka

1 sudu kerisik (optional)

Cili padi sebanyak mana korang suka

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis.

Ikan aya yang dah dipotong dan dibersihkan direbus bersama asam gelugur dan garam kasar. Nak sedap rebus la malam tu sebelum masak gulai esok pagi.

Untuk gulai ikan aya mula-mula tumis Bahan B. Minyak lebihkan sikit. Tumis sampai naik bau dengan api sederhana sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan C. Tumis lagi.

Masukkan santan dan air. Saya masukkan air hasil rebusan ikan. Cuma kena rasa la nanti sebelum masukkan garam dan asam keping. Takut nanti terlajak masin pulak. Kacau selalu jangan sampai santan tu berketul.

Kemudian bila dah mendidih masukkan ikan. Masukkan gula melaka, kerisik dan perasa. Garam tu pandai-pandai la. Kalau dah cukup masin hasil air rebusan ikan tadi tak perlu tambah garam dah. Last sekali masukkan cili padi. Yang ni masukkan bila gulai dah masak. Okey dah siap gulai ikan aya.

ACAR MENTAH

Timun dihiris panjang.

Kobis dihiris nipis.

Carrot dihiris panjang dan kecil.

Cili besar merah dihiris.

Bawang besar dihiris.

Cuka 

Gula

Garam

Gaul semua dengan memasukkan cuka,  gula dan garam. Acar ni saya suka rasa manis-manis pedas. Terpulang pada selera rasa masing-masing.

Dah siap boleh dihidang dan dimakan. Jangan lupa tambah nasi yer. Hehe.


Monday, 24 May 2021

Resepi pulut kuning mudah dan sedap.

 Salam uollss.

Suka hati kan nak claim mudah dan sedap. Haha. Dah memang sedap dan sebenarnya mudah jer nak buat. Kita dah umur 30an ni baru gigih nak masak. Padahal dari kecik mak masak kita membuta lagi time tu. Bangun tido hureyy mak masak nasi kunyit. Hahah. 

Pulut kuning ni kami orang Terengganu sebut nasi kunyit. Saya suka sangat pulut kuning ni. Pekena dengan rendang ayam atau daging. Kaedah memasak hendaklah dikukus. Namun ada juga yang tanak. Cuma kalau tanak tu nasi akan melekat-lekat. Terpulang pada selera masing-masing. Kaedah saya masak ni kukus dalam periuk elektrik sahaja. Kebetulan beras pulut yang ada tu tak banyak. Jadi muatlah dalam periuk nasi saya.

Resepi Pulut Kuning (Nasi Kunyit Terengganu)

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut

1 1/2 cawan santan pekat 

1 sudu besar garam kasar

1 sudu besar gula

Serbuk kunyit 2 sudu kecil

Asam keping - 2 keping

Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:

Mula-mula basuh bersih pulut dan rendam dalam bekas bersama serbuk kunyit, asam keping dan sedikit pewarna kuning. Rendam pastikan tenggelam beras tu. Rendam dalam 2 jam macam tu. Sekali sekala ratakan beras dan color dalam bekas tu yer.

Santan dalam bekas lain tu masukkan garam dan gula. Boleh rasa kalau nak lebihkan masin atau manis.

Panaskan pengukus. Bila air dah mendidih masukkan beras yang dah ditoskan. Cucuk-cucuk beberapa bahagian bagi ada lubang. Saya lapik daun pisang sikit sebab lubang pengukus besar sangat. Haha. Tapi kalau nak lapik jangan sampai tertutup semua lubang-lubang pengukus yer.

Masak dalam 20 - 25 minit macam tu. Boleh rasa nasi dah masak atau belum. 

Kalau dan masak masukkan dalam bekas. Teknik ni kami panggil 'arung'. Kacau nasi bersama santan. Arung masa nasi tengah panas. Arung sampai sebati santan dan nasi tu. Arung dalam 10-15 minit macam tu. 

Bila dah sebati masukkan balik dalam pengukus. Kukus dalam 15 minit atau hingga pulut kuning dah betul-betul masak dan lembut. Saya kukus sekali bersama 2 helai daun pandan yang disimpul. Nak bagi aroma daun pandan.

Dah siap dihidangkan. Bolehlah makan dengan rendang atau gulai ikan. Selamat mencuba.


Sunday, 23 May 2021

Lirik lagu Bismillah Cinta

 Bismillah cinta



Tak dapat lagi ku lukis rasa
Ramadhan yang indah kini tlah tiba
Bulan penuh berkah rahmat dari Allah
Meski dalam suasana berbeda

Cobaan demi cobaan melanda
Kita bersama namun tak lagi sama
Jarak memisahkan semua tlah berbatas
Ini ujian bagi kita

Bismillah cinta percaya padaku percaya cinta
Yakin kita bisa lalui semua
Segala cobaan yang datang mendera

Bismillah cinta panjatkan doa pada yang kuasa
Bersujud padanya dengan air mata
Insyaallah ramadhan membawa hikmat

Bismillah cinta percaya kita
Bismillah cinta percaya cinta

Bismillah cinta percaya padaku percaya cinta
Yakin kita bisa lalui semua
Segala cobaan yang datang mendera

Bismillah cinta panjatkan doa pada yang kuasa
Bersujud padanya dengan air mata
Insyaallah ramadhan membawa hikmat

Bismillah cinta percaya padaku percaya cinta
Yakin kita bisa lalui semua
Segala cobaan yang datang mendera

Bismillah cinta panjatkan doa pada yang kuasa
Bersujud padanya dengan air mata
Insyaallah ramadhan membawa hikmat

Bismillah cinta
Bismillah cinta

Saturday, 22 May 2021

Aidilfitri PKP 3.0

 Salam uollss.

Amboi lamanya tak mengepost wei. Harap maaf blogku. Instagram ternyata telah merampas kasih sayangku terhadapmu. Ceewahhh. Haha.

Hari ni dah 10 Syawal kan. Dikesempatan ni saya dengan rendah diri menghulur 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada kata-kata di belog ini telah mengguris hari saudara saudari sekalian. Meh la kita sembang-sembang kisah Aidilfitri supaya jadi memori untuk masa akan datang.

Aidilfitri tahun ni jatuh hari Khamis kan. So minggu last tu hari Ahad saya masih bekerja. Hari Isnin tu dah cuti. So plan malam Isnin nak gerak balik rumah mertua. Sebab tahun ni turn raya rumah mertua. Tapi takdir penentu segalanya. Huwaaaaaa. PKP seluruh negara diumumkan. So pasrah jela tak dapat balik kampung beraya rentas daerah. Dah la siap buat baju sedondon satu family in law tu. Pastu dahla baju raya kita ada kat kampung sebab upah biras jahitkan. Nasib baik baju asben dan anak dah bawak balik sekali hari tu masa beli kat kampung. pastu berkira-kira nak beli baju baru lah. Tapi rasa macam ruginya. Dah lah raya duk kat rumah nak beria sangat tak payah lah kot. Lepastu teringat yang my friend pjj jugak asben dia balik rumah malam raya. Alang-alang tu kita pun kirim lah baju raya kat dia. Siap adik ipar plak kirim kuih raya macam-macam. Terharunyaaaa.



So bermula episod memikirkan apa menu pagi raya. Alhamdulillah even raya dirumah sendiri saya duduk sebelah rumah mak jadi kita beraya rumah mak jela. Mak tempah laksa kuah putih. So kita masak nasi la. Balance ada laksa ada nasi. Hahah. 

Nasi beriani ayam goreng berempah di pagi raya pertama. Tapi sebab takde orang kami-kami dalam rumah je duk makan sampai pagi raya kedua boleh breakfast dengan nasi ni lagi. Haha.



Pukul 10 pagi baru turun pergi rumah mak bersalaman bermaafan dan menghulur duit raya buat mak ayah. Ampun yer rentas 10 langkah jalan kaki pergi rumah mak. Sebab kita memang hari-hari duk pergi rumah mak.


Mula-mula bervideo call dengan abang kakak yang jauh diperantauan. Dapat bukak video call mak ayah tengok dan dengar suara anak cucu dia dah lega sikit. Lepas tu turun berphotoshot kat luar rumah.


Bawah daun keladi pon boleh yer. haha.





With anak buah.




Tepi semak pon boleh lah.


With mak kesayangan.


Then adik ipar hantar gambar family in law. Kita pon selit la kat bawah tu. Feeling-feeling bergambar sekali. Heheh.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.