Rasanya dah kali ketiga buat kek ni. Dua-dua part atas dan bawah tu my fav. Bila digabungkan sekali super fav la. Hehe. So kita save resepi kat sini unutk rujukan kelak.
Resepi Kek Coklat Puding Karamel
Rasanya dah kali ketiga buat kek ni. Dua-dua part atas dan bawah tu my fav. Bila digabungkan sekali super fav la. Hehe. So kita save resepi kat sini unutk rujukan kelak.
Resepi Kek Coklat Puding Karamel
Salam uollss..
Lama sungguh tak bersiaran, tiba-tiba terus bagi entri yang mengejutkan. Iyee dakk. Korang familiar tak dengan istilah ectopic ni. Saya sendiri tak pernah dengar pun kes kawan-kawan terdekat diuji dengan kehamilan ectopic ni. Tiba-tiba Allah uji pengalaman tu pada saya. So let's the story begin..
16hb September : Hari pertama start bleeding yang kusangkakan period (mr P)
Ceritanya bermula September yang lepas. Setiap bulan saya punya mr P on time jer. Bulan September mr P datang lewat seminggu. Mula-mula terfikir jugak ke aku dah hamil. Berkira-kira nak beli UPT tapi tunggu dulu la sebab pernah jugak datang lewat seminggu macam tu. Then malam tu mr P muncul. Musnahlah harapan ku. Haha. Actually pagi Jumaat tu saya baru plan nak hiking. So dah terpikir kalau tak period jugak kita tak jadila pergi hiking. Malam Khamis tu mr P datang. So kita pun onz jela pergi hiking pagi Jumaat tu.
25 September : Sakit perut yang amat sangat datang tiba-tiba.
Seminggu lebih lepas tu tiba-tiba satu hari tu saya sakit perut. Sakit yang amat sampai baring jer. Berpeluh satu tubuh. Sebelum tu saya makan nasi dengan sambal pedas. So saya assume sakit perut sebab makan pedas tu. Kebetulan hari Sabtu cuti kan. Lepas makan tu terus baring baru lega sikit. Petang tu dah ok baru keluar siram pokok bunga.
Biasanya mr P saya sampai 9-10 hari. Tapi bulan September sampai hari ke10 tu masih muncul. Dah pelik dah. Saya tunggu sampai hari ke 15. Duk terfikir kalau sampai hari ke 15 tu ada lagi kena pergi checkup la risau jugak takut sakit apa dalam perut tu mana kita nampak.
30 September : Hari ke 15 ke klinik untuk checkup.
Hari Khamis ni kerja, Time rehat tu saya keluar pergi klinik tak jauh dari ofis. Then kebetulan doktor laki jer yang ada. So batalkan hasrat. Kalau boleh nak jumpa doktor perempuan hal-hal berkait dengan perempuan ni. So balik opis la plan nak ke klinik dekat area rumah hari Sabtu macam tu. Jumaat kat sini kebanyakan klinik tutup.
01 Oktober :
4.00am - Sakit perut datang lagi.
Hari ke16. Saya terjaga dari tidur sebab sakit perut yang amat. Tengok jam masa tu dekat pukul 4.00 am. Dia rasa macam sakit time senggugut macam tu la. Sakit sampai nak baring tak boleh, nak meniarap pon tak selesa. Lepas tu duduk dalam keadaan sujud sambil istigfar je. Kebetulan husband plak masa ni demam. Tapi dia bangun jugak teman kita kat ruang tamu. Sakit sampai berpeluh la seluruh tubuh. Saya dah rasa semacam dah sebab still bleeding tapi dah macam bukan mr P. Risau campur takut. So saya tunggu pagi sikit nak pergi klinik.
7.30 pagi bersiap-siap pergi klinik 24 hours , Pusat Perubatan Intan. Asben demam urat memang tak boleh drive. So dia jaga Daniel kat rumah. Mak suruh adik saya temankan, tapi takut lama kat klinik kesian pulak adik. Saya pun masa tu dah tak rasa sakit sangat jadi gagahkan diri drive je sendiri. Perjalanan ke klinik tu dalam 20 minit macam tu. Drive slow je pagi tu jalanraya pun tak sibuk sangat pagi Jumaat.
Sampai klinik lega sebab hening je. Patient tak ramai. Saya patient kedua. Masuk bilik doktor ceritalah detail kat doktor. Doktor scan cek dalam rahim kosong. Bila dah soal selidik semua doktor suruh test upt. Test upt nampak clear double line. Doktor suspek mengandung luar rahim. Terus buat surat refer ke HSNZ. Blur terus saya dibuatnya.
Masuk kereta nangis call asben. Bagitahu asben suruh dia maklumkan kat mil. Tunggu dah bertenang drive balik. Rasa kosong masa tu. Kena pegi hospital tinggalkan asben yg demam. Anak pon demam jugak jangkit ngan asben. Risau jugak asben demam ni tapi dah cek saliva -ve covid. Sampai rumah mak datang rumah. Cerita kat mak jugak. Lepas tu call anak buah nak ajak dia teman saya pergi hospital. Lepas tu kemas barang-barang nak bawak ke hospital.
11.30 am : Refer to HSNZ
11.30 am saya ke hospital ditemani anak buah. Mula-mula fikir nak drive tapi takut nanti nak discharge kan payah nak drive so order grab je senang. Sampai hospital daftar kat bahagian kecemasan. Scan balik rahim tu then terus bawak ke red zone. Doctor cakap kalau OT kosong terus boleh operation. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pembedahan laparoscopy dijalankan dengan jayanya. Tiga lubang kecil ditebuk di perut seterusnya doktor akan cek melalui kamera. So untuk detail korang boleh google yer. Hehe.
Dah sebulan berlalu masih terbayang suasana kalut di red zone, lepas tu misi tolak masuk ambulans sebab kena OT bangunan sebelah. Then kalut pulak di OT. Paling tak boleh lupa masa di red zone ada sorang misi tu tanya saya 'puan dah call suami ke, call la suami minta maaf..sebab kita tak tahu lepas ni macam mana'..berlinang air mata. Sebelum tu dah call asben tapi ramai doctor pelatih keliling saya so takde la kita nak cakap drama-drama sangat. Then pass hp kat doctor sebab dia nak explain pasal operation tu kat asben. Masa ditolak menuju ke OT tu anak buah follow jugak. So saya berkesempatan call asben minta maaf kesemua kesalahan saya, minta halalkan makan minum saya, minta dia jaga Daniel elok2. Masa tu baru terbayang kalau Allah takdirkan saya pejam mata ini untuk selamanya saya hanya berserah segalanya pada Allah. Sebelum operation mengucap, baca alfatihah dan istigfar. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan dan menjayakan semuanya.
Alhamdulillah saya buka mata nampak doctor mundar mandir. Pembedahan berjaya dan Allah masih panjangkan umur saya.
Start operation tu 2.00 petang ke atas macam tu, settle dalam 3.00 lebih. So dalam sejam macam tu jelah. Ni pun saya tanya doktor lepas dah masuk ward tu. Settle tu saya dimasukkan ke wad biasa. Terkebil-kebil jela mata sebab kiri kanan tangan ada wayar. Kesan ubat bius lama sangat tidur sedar-sedar kat luar dah gelap. Lepas tu terfikir takde orang ke update saya dah selesai operation ni.
Kesian pulak hp ada dengan anak buah. Dia tunggu depan OT berejam2 takde orang bagitahu dah settle. Waris plak tak dibenarkan masuk. Nasib baik la saya pinjam hp patient katil depan suruh anak buah tinggalkan barang2 kat guard. Malam baru guard hantar barang. Adoi. Barulah dapat inform kat semua family & opismate saya dah selamat operation.
Malam tu saya gagahkan diri ke toilet. Basuh muka rasa fresh sangat. Masih ada rasa sakit kat tempat operation. Jalan pun slow jer. Keesokan harinya rasa makin segar dah boleh mandi. Doktor bagitau tengahhari dah boleh discharge. Lega sangat dapat balik jumpa keluarga.
So bermulalah tempoh berpantang. (Bersambung ke next entry)
Terima kasih sudi baca pengalaman saya. Coretan untuk diari pengalaman diri sendiri untuk tahun-tahun mendatang.
Salam uollss..
Hari tu saya follow page Masakan Terengganu di FB. Macam-macam la resepi Terengganu yang keluar. Aduh terliur la semua makanan-makanan tradisi Terengganu yang keluar termasukla kuih bom ni. Kat Terengganu kami panggil 'kuih paung sambal'. So weekend hari tu kita try la buat kuih ni . Resepi senang jer ambil dari FB Masakan Terengganu. Kita tempek sini nanti boleh cuba buat lagi next time.
Resepi Kuih Bom Terengganu
Doh kuih bom.
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa parut putih
Garam secukupnya
Air secukupnya. Saya letak air suam.
Cara:
Mula-mula buatkan doh dahulu. Gaul sebati tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut serta garam.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang sebati. Doh yang dah ok dia tak melekat kat tangan.
Biarkan doh seketika. Sementara tu boleh siapkan sambal.
Bahan untuk sambal:
Ikan selayang 5 ekor sederhana besar
Nisan & Asam keping (untuk rebus ikan)
1 cawan santan cair
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Mula-mula rebuskan ikan selayang bersama asam keping dan nisan. Lepas tu asingkan isi ikan bersama tulang. Air rebusan tu jangan buang tau. Tapis air rebusan untuk buat sambal. Guna garfu untuk hancurkan isi ikan tadi.
Hiris bawang merah. Halia tu saya tak hiris sebab tak nak rasa halia sangat. Saya ketuk je sikit. So nanti siap sambal buang je ketulan halia.
Seterusnya dalam kuali campurkan santan, ikan, bawang dan halia. Masukkan juga halba, garam dan gula secukup rasa.
Masak guna api sederhana hingga agak kering. Tapi taklah terlalu kering tau. Kering lembab macam tu.
Seterusnya bila sambal dah ready bulatkan doh masukkan inti dan tutup.
Goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana.
Kalau nak frozen kan boleh goreng sekejap dan sejukkan kemudian simpan kat freezer.
Salam uollss..
Sedapnya petang-petang makan donat bersalut gula. Saya suka donat dengan gula castor tu. Kalau letak topping chocolate kurang suka. Hehe. Masing-masing punya selera kan. Jom buat donat. Dijamin lembut dan sedap tau.
1 paket yis mauripan
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 cawan air suam
Secubit garam
Campurkan bahan-bahan diatas dalam air suam. Kacau sikit biarkan yis mengembang naik buih-buih.
Sementara tu dalam bekas lain pulak ni.
1kg tepung gandum
4 sudu besar marjerin
Gaul gandum dengan marjerin. Bila yis dah kembang masukkan sikit demi sampai habis. Gaul sampai jadi doh. Kalau keras sangat boleh tambah air sikit-sikit. Doh yang elok dia tak melekat di tangan. Tumbuk-tumbuk doh tu seperti anda melepaskan geram pada musuh ada. Haha.
Biarkan sekejap sampai doh naik. Lepas tu boleh lah bentukkan. Ajakla anak anda join sekali. Cara goreng tu minyak kena lebih, api jangan terlampau panas. Make sure minyak dah panas baru masukkan donat. Kalau nak simpan untuk frozen goreng sekejap jer lepas tu sejukkan dan letak dalam bekas bertutup.
Tabur gula castor pada donat. Nyum pekena dengan tea o panas sedapnya!
Selamat mencuba!
Nasi dagang ni one of my favourite dish jugak. Yelah orang Ganu lidah pior Ganu nasi dagang mestilah dihati. Ceewah gitu. Haha.
Dulu-dulu zaman bujang duduk dengan mak kan mak selalu masak nasi dagang, tapi yelah mak arung nasi bangun 3, 4 pagi kot. Kita masa tu kat bulan bintang lagi. Haha. Dah kahwin duduk sendiri barulah terhegeh-hegeh belajar masak. Tapi zaman now resepi dihujung jari kan. Ko pilih jer mana resepi ko nak cuba. Tinggal menjadi dengan tak jer. Haha. Ampun. Kalau tak jadi tu usaha lagi. Jangan putus harap. Hehe. Saya pun baru 5, 6 kali kot masak nasi dagang ni. Bila dah buat tu barulah rasa eh, tak lah leceh sangat. Ok dah habis membebel jom kita tengok resepi.
RESEPI NASI DAGANG
1kg beras siam wangi
2 cawan santan pekat
1 cawan air
7 ulas bawang merah ( dihiris)
3 inci halia (dihiris kecil)
2 sudu kecil halba (direndam dalam air panas kejap)
Garam
Gula
Cara-cara:
Mula-mula rendam beras dalam besen. Rendam sampai tenggelam la beras tu. Dalam 8 jam. Saya rendam malam tu siap-siap untuk makan pagi esk.
Didihkan air dalam pengukus sampai mendidih. Masukkan beras ke dalam pengukus. Kukus sampai wap kepul-kepul naik. Dalam 20 hingga 30 minit macam tu.
Bila dah naik wap tu, angkat dan letak dalam bekas besar sikit. Siram beras tu dengan 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air hingga sekata.
Bila dah sekata masukkan bawang, halia dan halba. Gaul sekejap kemudian masukkan semula dalam pengukus.
Sementara tu 1 cawan santan pekat lagi tu masukkan garam dan gula. Kacau sampai gula dan garam hancur.
Apabila nasi dah masak angkat nasi dan masukkan dalam bekas sekali lagi gaulkan bersama santan bergaram gula tadi. Kami di Terengganu panggil teknik gaul-gaul ni 'arung'. Bila dah sebati biarkan sekejap dalam 5 minit supaya santan meresap dalam beras.
Kemudian kukus sekali lagi. Kukus sekejap kemudian boleh angkat dan hidangkan. Ada orang last step tu dah tak kukus dah. Tapi saya akan kukus supaya nasi lambat basi.
GULAI IKAN TONGKOL/AYA
Bahan A :
1 ekor ikan tongkol. Saiz sederhana. Saya guna aya hitam.
Asam gelugur 3 keping dan garam untuk direbus ikan.
Santan
Bahan B : Gaul sebati dengan air panas.
2 senduk besar cili blend tu.
3 sudu besar rempah nasi dagang (saya beli kat pasar cakap nak rempah nasi dagang)
Bahan C : Dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Bahan D :
2 keping asam gelugur
4 inci gula melaka
1 sudu kerisik (optional)
Cili padi sebanyak mana korang suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Ikan aya yang dah dipotong dan dibersihkan direbus bersama asam gelugur dan garam kasar. Nak sedap rebus la malam tu sebelum masak gulai esok pagi.
Untuk gulai ikan aya mula-mula tumis Bahan B. Minyak lebihkan sikit. Tumis sampai naik bau dengan api sederhana sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan C. Tumis lagi.
Masukkan santan dan air. Saya masukkan air hasil rebusan ikan. Cuma kena rasa la nanti sebelum masukkan garam dan asam keping. Takut nanti terlajak masin pulak. Kacau selalu jangan sampai santan tu berketul.
Kemudian bila dah mendidih masukkan ikan. Masukkan gula melaka, kerisik dan perasa. Garam tu pandai-pandai la. Kalau dah cukup masin hasil air rebusan ikan tadi tak perlu tambah garam dah. Last sekali masukkan cili padi. Yang ni masukkan bila gulai dah masak. Okey dah siap gulai ikan aya.
ACAR MENTAH
Timun dihiris panjang.
Kobis dihiris nipis.
Carrot dihiris panjang dan kecil.
Cili besar merah dihiris.
Bawang besar dihiris.
Cuka
Gula
Garam
Gaul semua dengan memasukkan cuka, gula dan garam. Acar ni saya suka rasa manis-manis pedas. Terpulang pada selera rasa masing-masing.
Dah siap boleh dihidang dan dimakan. Jangan lupa tambah nasi yer. Hehe.
Salam uollss.
Suka hati kan nak claim mudah dan sedap. Haha. Dah memang sedap dan sebenarnya mudah jer nak buat. Kita dah umur 30an ni baru gigih nak masak. Padahal dari kecik mak masak kita membuta lagi time tu. Bangun tido hureyy mak masak nasi kunyit. Hahah.
Pulut kuning ni kami orang Terengganu sebut nasi kunyit. Saya suka sangat pulut kuning ni. Pekena dengan rendang ayam atau daging. Kaedah memasak hendaklah dikukus. Namun ada juga yang tanak. Cuma kalau tanak tu nasi akan melekat-lekat. Terpulang pada selera masing-masing. Kaedah saya masak ni kukus dalam periuk elektrik sahaja. Kebetulan beras pulut yang ada tu tak banyak. Jadi muatlah dalam periuk nasi saya.
Resepi Pulut Kuning (Nasi Kunyit Terengganu)
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
1 sudu besar gula
Serbuk kunyit 2 sudu kecil
Asam keping - 2 keping
Pewarna kuning (optional)
Cara-cara:
Mula-mula basuh bersih pulut dan rendam dalam bekas bersama serbuk kunyit, asam keping dan sedikit pewarna kuning. Rendam pastikan tenggelam beras tu. Rendam dalam 2 jam macam tu. Sekali sekala ratakan beras dan color dalam bekas tu yer.
Santan dalam bekas lain tu masukkan garam dan gula. Boleh rasa kalau nak lebihkan masin atau manis.
Panaskan pengukus. Bila air dah mendidih masukkan beras yang dah ditoskan. Cucuk-cucuk beberapa bahagian bagi ada lubang. Saya lapik daun pisang sikit sebab lubang pengukus besar sangat. Haha. Tapi kalau nak lapik jangan sampai tertutup semua lubang-lubang pengukus yer.
Masak dalam 20 - 25 minit macam tu. Boleh rasa nasi dah masak atau belum.
Kalau dan masak masukkan dalam bekas. Teknik ni kami panggil 'arung'. Kacau nasi bersama santan. Arung masa nasi tengah panas. Arung sampai sebati santan dan nasi tu. Arung dalam 10-15 minit macam tu.
Bila dah sebati masukkan balik dalam pengukus. Kukus dalam 15 minit atau hingga pulut kuning dah betul-betul masak dan lembut. Saya kukus sekali bersama 2 helai daun pandan yang disimpul. Nak bagi aroma daun pandan.
Dah siap dihidangkan. Bolehlah makan dengan rendang atau gulai ikan. Selamat mencuba.
Cobaan demi cobaan melanda
Kita bersama namun tak lagi sama
Jarak memisahkan semua tlah berbatas
Ini ujian bagi kita
Bismillah cinta percaya padaku percaya cinta
Yakin kita bisa lalui semua
Segala cobaan yang datang mendera
Bismillah cinta panjatkan doa pada yang kuasa
Bersujud padanya dengan air mata
Insyaallah ramadhan membawa hikmat
Bismillah cinta percaya kita
Bismillah cinta percaya cinta
Bismillah cinta percaya padaku percaya cinta
Yakin kita bisa lalui semua
Segala cobaan yang datang mendera
Bismillah cinta panjatkan doa pada yang kuasa
Bersujud padanya dengan air mata
Insyaallah ramadhan membawa hikmat
Bismillah cinta percaya padaku percaya cinta
Yakin kita bisa lalui semua
Segala cobaan yang datang mendera
Bismillah cinta panjatkan doa pada yang kuasa
Bersujud padanya dengan air mata
Insyaallah ramadhan membawa hikmat
Bismillah cinta
Bismillah cinta
Salam uollss.
Amboi lamanya tak mengepost wei. Harap maaf blogku. Instagram ternyata telah merampas kasih sayangku terhadapmu. Ceewahhh. Haha.
Hari ni dah 10 Syawal kan. Dikesempatan ni saya dengan rendah diri menghulur 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada kata-kata di belog ini telah mengguris hari saudara saudari sekalian. Meh la kita sembang-sembang kisah Aidilfitri supaya jadi memori untuk masa akan datang.
Aidilfitri tahun ni jatuh hari Khamis kan. So minggu last tu hari Ahad saya masih bekerja. Hari Isnin tu dah cuti. So plan malam Isnin nak gerak balik rumah mertua. Sebab tahun ni turn raya rumah mertua. Tapi takdir penentu segalanya. Huwaaaaaa. PKP seluruh negara diumumkan. So pasrah jela tak dapat balik kampung beraya rentas daerah. Dah la siap buat baju sedondon satu family in law tu. Pastu dahla baju raya kita ada kat kampung sebab upah biras jahitkan. Nasib baik baju asben dan anak dah bawak balik sekali hari tu masa beli kat kampung. pastu berkira-kira nak beli baju baru lah. Tapi rasa macam ruginya. Dah lah raya duk kat rumah nak beria sangat tak payah lah kot. Lepastu teringat yang my friend pjj jugak asben dia balik rumah malam raya. Alang-alang tu kita pun kirim lah baju raya kat dia. Siap adik ipar plak kirim kuih raya macam-macam. Terharunyaaaa.
Salam uollss..
Asalnya tengok bff zaman u up status nasi kerabu. Ya allah, terus teringat nasi kerabu zaman belajar dulu. Berebut beli nasi kerabu kat pasar malam. Gigih beratur walaupun ramai orang. Sedapnya. Kemudian kita pun nak try la jugak masak. Kali ni nasi kerabu ni saya makan dengan ayam bakar. So let's check it out.
Resepi Ayam Bakar:
Ayam 6 ketul
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Serai 1 batang
Sos bbq 3 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Garam
Gula/madu
Minyak 1 sudu
Blend bawang, halia dan serai. Kemudian masukkan gula/madu, sos tiram, sos bbq dan minyak. Perasakan dengan garam. Sos tiram tu dah masin tau, jangan terlebih garam. Kemudian perap dalam 30 minit lebih. Bakar ayam sampai masak.
Resepi Nasi Kerabu:
Nasi
3 pot beras (Saya guna pot kecil sebab bilangan ahli dalam rumah tak ramai)
Air mengikut sukatan masak nasi biasa.
Pewarna biru sedikit.
Daun pandan 2 helai disimpul.
Nasi dimasak macam kaedah masak nasi biasa tu okey.
Sambal Tumis:
Minyak masak untuk menumis.
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Cili giling 2 senduk
Santan pekat
2 keping asam keping
3 batang serai diketuk
1 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa
Budu dalam 3 sudu
Mula-mula masukkan minyak dan tumis cili giling. Sambil-sambil tu kisar bawang2 dan halia. Masukkan pes kisar dan tumis sampai pecah minyak.
Lepastu masukkan santan. Kena kerap kacau supaya santan tak pecah. Masukkan serai, belacan dan asam keping. Masukkan budu dan bahan perasa secukup rasa. Kuah tumis ni kena rasa masin sikit baru ngam makan dengan nasi.
Sambal kelapa:
1/2 biji kelapa parut (untuk 3-4 orang makan)
4 ekor ikan selayang
3 ulas bawang merah
2 batang serai
Gula 1 sudu besar
Garam 1 sudu besar
Kelapa parut digoreng hingga kekuningan. Api kecil jer okey. Kau jangan sesekali tinggalkan kelapa parut tu dalam kuali pastu pergi layan social media tau. Tak pasal2 hangus😆. Lepas tu tumbuk la kelapa parut tu. Tak payah sampai hancur sangat pun takpe. Asingkan letak dalam bekas.
Ikan direbus bersama garam dan asam keping. Kemudian asingkan tulang ambik isi. Tumbuk ikan tu.
Tumbuk serai sampai hancur lepas tu masuk bawang2. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah hancur tu letak dalam bekas kelapa parut tadi. Gaul sekali dengan ikan yang ditumbuk. Gaul sampai sebati.
Sambal lada:
10 biji cili padi
(Kalau tak nak pedas kurang cili padi ganti cili besar)
Gula 1 sudu besar
Garam 1 sudu kecik
Limau nipis (diperah)
Blend cili,kemudian masukkan gula, garam dan perah limau.
Okey siap. Nasi kerabu ni wajib ada ulam kan. Antaranya kacang panjang, taugeh dan kobis. Lepas tu nak ngam lagi boleh makan dengan ikan bilis, bawang putih jeruk, solok lada, keropok dan telur masin. Sedapnya
Salam uollss.
Hari tu saya ada bawa student melawat rumah tradisi di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Actually setiap kali ada subjek Basic Drawing saya akan bawak diorang untuk hayati kesenian yang terdapat di kawasan tersebut. Sebelum ni pernah bawa diorang ke Muzium Negeri Terengganu dan rumah tradisi Kat Losong iaitu Rumah Warisan Haji Su. Kali ni bawak pergi Pulau Duyung pulak.