Para Pengikut..

Showing posts with label My Cooking Diary. Show all posts
Showing posts with label My Cooking Diary. Show all posts

Monday, 21 July 2014

Bakar biskut cornflakes guna pemanggang ajaib.

Salam uollsss..
 Tahun ni kononnya gigihlah nak buat biskut raya. Saya memang tak tempah sangat pun biskut raya. Cuma beli biskut arab, tart nenas dan almond london. Tu pun satu bekas jer. Kemudian beli rempeyek mini tiga bekas, rumah mak, rumah mil dan rumah sendiri. Tapi perancangan nak beli oven tahun ni tak dapat dilaksanakan lagi. Sobsob. Tapi kunun gigih jugak nak buat guna pemangang ajaib. Ajaib sangat kau kann.

Beli bahan-bahan nak buat biskut raya, dan plannya nak buat cornflakes madu dan biskut badam cornflakes. Tapi buat cornflakes madu jadi keras pulak. Agaknya lama sangat atas dapur sampai jadi keras. Tapi tetap tak putus asa. Buat biskut kedua biskut badam cornflakes. Walaupun rupanya tak secantik mana tapi rasamu boleh tahan la kan. Hehehe.


Pastu ngadu la kat mil kita takde oven nak bakar biskut raya. Then mil cakap nanti nak kirimkan oven kat asben. Yeayyy. Tak sabo tunggu asben balik. Tapi hari apa entah dia balik. Jangan balik hari Ahad sudahhhh. So, stop dulu la bakar biskut raya. Cuma nak buat popia sira dan karipap simpul macam taun lepas. Semalam dah beli serunding, petang ni nak beli kulit popia. Lain-lain bahan dah ada. Hope diberi kerajinan la malam ni. Kihkihkih.

Sunday, 6 July 2014

5,6 dan 7 Ramadhan

Salam uolls.
Alhamdulilah. Hari ni 8 Ramadhan. Masih diberi kesihatan untuk berpuasa dan melakukan ibadat di bulan Ramadhan ini.  Weekend asben balik. Ai is eksaited. Boleh masak untuk en.beliau. Hehe. Bulan puasa ni sebenarnya niat tak nak letak pun gambar makanan yang mengiurkan di media sosial ni. Letak dalam bentuk bertulis atau berbungkus je. Semoga istiqomah la. Tapi hari-hari duk snap gambo, daily report katanya. Hehe. Kang asben tanya berbuka hari ni masak pe?terus whatsapp juadah kat dia. Hahaha.
Petang Khamis en.beliau bertolak balik. Saya kan habis kerja jam 6.00 petang. Ngam-ngam beliau sampai kat opis saya 6.00 lebih. Balik ajak sepupu dia buat teman. Plannya nak beli juadah kat bazar pastu makan kat taman. Mula-mula kitorang ke Bazar Pantai Batu Buruk. Haih. Bersesak-sesak kereta. Nak parking pun susah. Pastu gerak ke Bazar Taman Shahbandar pulak. Ingatkan parking penuh, rupanya luas yang amat boleh parking. Coz satu kawasan yang tahun lepas-lepas ada jual-jual tahun ni dah takde. Tempat tu dijadikan tempat parking. Lega.
Masuk dalam bazar dah satu hal tak tau nak beli apa. Semua yang nampak dimata best. Tapi en.beliau cakap tak payah beli banyak-banyak. Kang membazir. Baik tuan. So, kitorang just beli nasi kukus ayam berempah sorang satu, kemudian pulut panggang rm3, air ikut selera masing-masing. Makan santai atas rumput. Best makan macam ni. Meriah.
Balik rumah sebelum tido saya masak tom yam siap-siap untuk sahur. Senang nanti panaskan jer. Bangun sahur goreng ayam goreng kunyit ngan sawi goreng sos tiram.
Hari Jumaat ajak asben ke rumah my bff yang kematian ibu 3 Ramadhan yang lalu kat Kuala Berang. Harap beliau kuat dan tabah. Tak dapat bayangkan bagaimana rasa kehilangan ibu atau bapa. Tapi mereka semua pinjaman buat kita. Sampai masa akan dikembalikan pada yang Esa. Balik dari KB pegi kedai jual barang basah. Tengok ada pucuk paku. Terus decide nak buat bubur lambuk. Antara juadah paling saya suka. Asben dan sepupu dia pun orait je. So masak bubur lambuk la kita. Petang asben pegi bazar belikan popia goreng ngan ayam golek. Nyumnyum..
Banyak jugak saya masak bubur. Kami bertiga makan siap bertambah lagi. 1st time masak bubur lambuk sendiri. Sebelum ni tolong mak kat dapur je. Hehe. Tapi bubur lambuk ni senang sangat nak masak nya pun. Alhamdulilah asben puji sedap. Masuk bakul kejap. Eh, tak muat pulak. Bhahaha.
Sahur pun panaskan bubur lambuk je. Nasib baik licin jugak. Tak membazir la.
Sabtu asben dah gerak balik. Dia hantar saya balik umah mak. So petang Sabtu berbuka umah mak. Masak lauk-lauk simple je. Umah mak wajib ada nasi time berbuka. Even mak masak bubur lambuk ke, mee goreng ke tetap kena ada nasi. Dan yang pelik asal makan nasi umah mak mesti tambah nasi. Hehe. Sampai anakmu ni dah terbiasa mak. Setiap hari nak kena makan nasi. Tak jumpa nasi terus lesu tak bermaya. Haha. Over.

Monday, 30 June 2014

Cerita pertama Ramadhan.

Salam uollss..

Wahh kau, gigih nak update jugak hari pertama ramadhan. Hehehe. Tahun ni memang patah kaki betul. Nak pegi beli barang  basah pun susah. Hurmm. Pasrah je la aiolls. Nasib baik la kedai runcit dekat jer. Plus depan kedai runcit tu jugak ada jual barang basah sikit-sikit. Boleh lah nak beli ayam sayur tu semua. Nasib baik jugak duk dengan anak buah. Dia balik sekolah dia keluarkan kan siap-siap ayam or ikan ke. Saya ni tak suka rendam ayam ikan tu semua. nanti kang rasa tak sedap, rasa tawar. So kena keluarkan awal-awal la. Sempat la saya balik kerja dah mencair ikan tu.

Malam sebelum puasa tu saya dah masak gulai siap-siap. Masak gulai ikan masin jer. Bangun sahur hangatkan gulai tu then tanak nasi. Eh, malam tu pon sempat buat agar-agar jugak. Agar-agar kopi + susu. Sebab tu je bahan yang ada. Kahkah.
Sahur pertama tu kemain set alarm kul 4.00am kau. Haha. Semangat kan. Pastu bunyi alarm tu ntah berapa kali pegi tekan button sampai la jam 4.30am baru betul-betul bangun. Saya ni kan wajib ada nasi. So kena sahur dengan nasi lah jawabnya. Heeeee.
Semalam balik kerja singgah bank dulu settlekan urusan yang patut. Sampai rumah dalam 6.40pm. Panaskan gulai ikan masin, goreng ikan dan goreng kacang panjang, tanak nasi. Alhamdulillah ada pak cik tu jiran sekampung tu bagi kurma satu kotak. Macam tau-tau je weolls takde lagi stok kurma. Pak cik tu baik betul. Dia selalu duk sembang ngan anak buah saya time anak buah nak pegi sekolah, kemudian dulu kalau lalu depan umah dia mesti dia senyum angkat tangan. Kita pon tak kenal dia. Rumah pon jauh jugak dari rumah dia. Alhamdulillah, kita buat baik dengan orang Allah hantarkan orang baik-baik untuk kita.

Duk umah sewa sekarang pun surau dekat dengan rumah. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. 

Eh, sahur pagi tadi dah mula liat dah. Berapa kali dah jam bunyi. Dah la set 10 minit sekali bermula kul 4.00 am. Mesti stress jiran kalau dengar alarm saya bunyik. Kakaka. Tadi pukul 4.50am baru betul-betul bangun. Sebab dah plan nak goreng nasi je. Nasi dah tanak siap-siap malam tadi. 

Okey, now berbuka petang ni nak masak apa yer??kemain list menu ramadhan tulis sangat tapi kelaut. Hahahaha.

Wednesday, 4 June 2014

Makan megi jer.

Salam uollsss..

Malam tadi sorang-sorang aje kat rumah. Saya kan duk ngan anak buah. Pagi tu hantar siap-siap dia kat rumah mak sebab petang ni kita nak gerak balik Dungun. Esok dah cuti sampai Ahad...Yeayyyyyy.

Petang balik opis singgah kedai runcit beli megi. Teringin sangat nak makan megi. Lama dah tak makan tau. Sekarang ni duk folo cerita Kerana Terpaksa ku Relakan pulak. Suka sangat Izreen berlakon. Heee. Kalau dia berlakon saya sentiasa folo cerita dia start dia jadi Cikgu Zakiah lagi.
 
 Kul 8.00 baru start masak megi. Heee.

Bawang merah + bawang putih 
Cili padi 
Telur sebijik
Sayur kobis
Kicap + sos cili

Makan tak pandang kiri kanan dah.

 

Tuesday, 6 May 2014

Puasa bulan Rejab.

Salam uollss..

Semalam pakat dengan anak buah nak puasa. Pastu dah terbayang-bayang mee dalam fridge. So, goreng mee la kita. Hari tu masa kat rumah fil ma masak mee goreng basah. Ya Allah hai teringat-teringat okey. Terus nak buat mee goreng basah. Pukul 5.00 petang msj siap-siap kat anak buah suruh dia keluarkan ayam dan mee. 

Balik keje kul 6.00 petang terus ktung ktang kat dapur. Ngam-ngam siap goreng mee bunyi azan. Penuh pinggan dua-dua ni makan. Heee. Macam mana la lemak tak berkembang dengan jayanya kann.


Satu bungkus okey aiolls masak. Haha. Sebab mee tu dah beberapa hari kot dalam fridge. Kalau masak separuh bimbang nanti sampai membeku mee tu. Bhahaha. Belajar dari pengalaman okey.

Kemudian pagi tadi konon nak bangun sahur pulak. Bangun 5.30 am. Elok-elok tengah makan siap jerang air nak buat tea o panas tiba-tiba bunyi azan. Huwaaaaaa. Ni nak teruskan puasa ke tak neh. Hahaha. Terus telan mee dalam mulut. Takpe la. Kita sambung puasa sunat Rejab esok plak yer.


Hari ni tetiba terasa nak makan nasi berlauk. Pegi kedai seberang jalan opis. Ni la lauk yang biasa aiollss tapau. Sekarang kan banyak bawak bekal. Jarang da nak tapau nasi berlauk.

Nasi putih
Ayam goreng berempah
Kuah gulai terung
Ulam-ulam
Curik cili dalam kuah singgang


Tak lupa jugak tea peng yang kawww.


Heeee. Sori kekawan yang berpuasa. Terliur pulak nanti. Heee..
 Selamat berpuasa dan selamat berbuka =)

Sunday, 16 March 2014

Resepi agar-agar pelangi.

Salam uollss..

Hurm..lama betol tak hapdet. Rasa macam mood ke laut je. Huhuhuhu. Weekend balik rumah mertua. Pastu mak mertua nak makan agar-agar. So aiolls ngan adik ipar plan nak buat. Tak tahu nak buat agar-agar apa. Godek-godek resepi jumpa la agar-agar ni. Tak ingat apa nama, kita kasi nama agar-agar pelangi okeyy. Kemain semangat. Lepas jumpa resepi terus keluar beli santan. Nak link entri asal tak dapat la, saya gugel guna hp xingat pulak link apa.

AGAR-AGAR PELANGI

Senang jer semudah abc, nanti nak buat pulak kat rumah. Hehhee.

Bahan-bahan adalah :

Bahan A
Telur 8 biji
Santan pekat 2 cawan
Gula 5 senduk
Garam sikit je
Esen vanilla satu sudu
Perisa pandan satu sudu
Pewarna (empat warna berbeza)

Mula-mula kacau telur  dalam bekas bersama dengan santan, gula, garam. esen vanilla dan perisa pandan. Kacau sampai sebati, sampai gula cair.

Kemudian bahagikan ia dalam empat bekas. Saya letak dalam tipuware je. Carik yang elok la nanti nak kukus jangan cair plak tipuware tu. Nak buh dalam loyang pun boleh. Sukati la.

Kemudian empat perwarna yang berbeza tu kacau la dalam bekas tu sampai warna sebati. Dah dapat empat warna kan, so masukkan dalam kukusan, kukus sampai masak.


Bahan B
Agar-agar (serbuk/yang macam tali)
Air
Gula 5 sudu

Kemudian dalam periuk yang lain pulak, masakkan agar-agar. Ikut je la arahan kat plastik agar-agar tu. Hehehe. Masukkan jugak gula. Kalau rasa nak kurang manis kurangkan gula. Tapi kitorang buat ni ngam-ngam betul. Tak manis sangat pon.


Okey, nanti bila Bahan A yang kita kukus tadi dah masak keluar kan la dari kukusan. Lepas tu dengan menggunakan sudu, ambik la Bahan A tu masukkan dalam bekas secara selang-seli. Susun cantik-cantik. Tapi kitorang ni malas. Nak tengok hasil jer macam mana, so buat laju-laju comot sekali hasilnya. Hahaha.

Dah habiskan semua empat warna tu curahkan agar-agar yang dah masak tadi atas Bahan A. Jangan bagi tebal sangat. Bagi tenggelam je Bahan A tu. Haku pon tak tahu apa nama sebab tu duk sebut Bahan A jer. Kahkahkah.


Dah siap biarkan diorang sejuk dulu, kemudian baru masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk. Nyummmy sangat. Mak mertua lalu sebelah pon tak perasan. Hehehehe.


Selamat mencuba. 

Monday, 10 March 2014

Nasi goreng ayam kunyit

Salam uolls.

Saya kan ada habit kalo makan nasi goreng suka add on ayam goreng kunyit, takpun sotong goreng kunyit. Baik order di kedai ataupun masak sendiri di rumah.

Dulu en.beliau ada tak bleh sukati masak ikut selera kita. Kena tanya apa dia suka. Opkos la kontra kan. Dia suka ayam taruk dalam nasi goreng. Saya kureng suka. Tak tau la. Macam pelik je. Kalau makan masakan bergoreng saya tak suka makan ayam dalam masakan tu. Pelik sebab dulu tak pun habit macam ni. Dah sekarang ni faktor usia la kot. Bhahahaha.

Jadi, kalau ada ayam harusla kutip satu-satu letak dalam pinggan husben. Takpun awal-awal lagi ada garfu merayap dalam pinggan saya cari ayam. Ekeke. Nasib la kontra husbeng. Takdela membazir. Hehehe.

Tuesday, 31 December 2013

Cerita pasal makanan jer.

Salam uollss..


Lama dah tak cerita pasal makanan kan. Okey, mula-mula nak citer pasal caramelo neh. Sedapnye Ya Allah. Hari tu ada opismate jual. Kita kan macam sayang skit nak keluar duit  untuk makan mahal-mahal neh. Haha. Mahal okey. Tapi sebab terliur sangat kan. Beli la jugak. Sedapnya. Mula-mula makan 2-3 keping jer konon nak bawak balik bagi en.beliau rasa jugak. Eh,makan punya makan tak sedar tengok tinggal 2-3 keping jer. Agak-agak lah nak bawak balik kat suami pon. Terus ngap sampai habis ler jawabnya...Hehee. Asben, nanti saya beli lain eh.

Nanti nak gugel resepi lahh..

Kemudian alkisahnya minggu yang lalu adik ipar, Ateh ikut kitorang balik rumah. Tak bosan la saya neh. Duk dapur je ada peneman, kadang-kadang pagi tak sempat nak siapkan makanan untuk bawak bekal si ateh tolong. Mekasih Ateh. Lain kali datang lagi. Hehehe.

Pastu mak mertua kirim ikan patin. Saya tak pernah pon masak patin masak tempoyak . Ateh tolong masak. Sedapnya. Si en.beliau plak tak makan ikan patin, so kitorang buh la ikan lain jugak dalam tu untuk en.beliau.


Hari Jumaat lepas ada kawan nak datang, asben suh buat puding gula hangus, dia pun lama tak makan. Buat sikit jer. Loyang aiolls kecik jer. kena beli loyang besar sikit la baru puas hati makan. 

Kemudian ada satu malam tu saya ni perut teringin sangat nak makan kuew tiaw ladna. Sedapnya sedapnya. Try masuk kedai makan ni. Selalu lalu tengok ramai orang. Patutlah. Memang sedap rupanya.

Khusyuk duk tengok en.beliau duk main game. Adik ipor snap gambar. Heeee

Udang banyak, besar-besar pulak tu. Tapi saya kan tak boleh makan udang, jadi rezeki en.beliau la jawabnya.



Nasi goreng.
 Resepi nasi goreng yang saya biasa buat tu senang je. Nasi goreng campak-campak jer pon. Tapi yang ni lah yang selalu en.beliau suh buat..

Goreng ikan bilis garing rangup asingkan.
(1) Tumbuk 3 biji bawang merah + dua ulas bawang putih +beberapa ekor ikan bilis+ cili padi beberapa biji
Tumis (1) sampai harum baunya, masukkan sesudu sos tiram.
Masukkan sayur gaul sebati pastu masuk la perasa garam ajinomoto pastu gaul nasi tuh
Last skali baru masuk ikan bilis. 

(Eh, tiba-tiba nak bagi resepi ni kan. Thehehe)

En.beliau ni dia nak nasi goreng tu betul-betul kering, kalau basah je mula la mengkomen kan. Agak-agak nak gaul nasi tu dia datang la kat kuali tolong gaul sampai kering. Thehehee.


Ni pulak mak mertua kirim ikan keli jugak skali ngan ikan patin tu. Mula-mula konon nak goreng berlada, pastu malas nak tumbuk bawang. Ambik bawang mesin ngan hiris bawang. Siap curah atas ikan. Ambik ko, tenggelam terus ikan. Hehehe.


Kemudian baki ikan keli tu buat lauk gulai ikan keli. Tak pernah try pon. Kat rumah mak biasa tolong tumbuk bawang then kacau gulai jer pon. So internet dihujung jari mari kita gugelll.

Ikan keli pon en.beliau tak makan. Dia rekues ikan kering jer dengan sayur goreng.


Ni hari lain pulak. Kitorang pegi beli ikan aye (ikan tongkol). En.beliau nak makan ikan aye goreng berlada.

Senang sangat haihhh.

Mula-mula ikan aye gaul garam kunyit, goreng ketepikan.

 Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi.

Tumis la bawang-bawang tu masuk perasa garam gula, masuk kicap sikit kemudian gaul dengan ikan aye goreng tadi.

Nyum-Nyum. Makan lauk ni jer dengan nasi pon dah cukup.

Tak habis lagi...

Hari yang lain pulak beli ikan selayang. Singgang ikan selayang untuk saya. Dan wajiblah ada lauk lain untuk en.beliau.  Masak ikan masak sambal, tumbuk belacan ikan kering (sukati bagi nama).


Alhamdulillah. 
Diberi kerajinan dan kesempatan untuk memasak even simple asal mengenyangkan perut suami sudah. Heeehee.

Sunday, 8 December 2013

Roti ala-ala pizza.

Salam uollss.

Lama tak bersiaran. Weekend balik melepaskan rindu pada ma mertua tercinta. Tu story lain lah. Nak cerita hari sebelum balik rumah ma mertua.

Hari Khamis tu saya rushing nak pegi kerja. Sebab baju tak iron malam. Bila kena iron pagi alamatnya terkejar-kejar lah. Husben pulak kebetulan dia tak kerja hari Khamis. Jadi plan nak masak untuk dia makan lunch. Boleh jugak saya bawak bekal ke opis sekali...tapi fail disitu. Memang tak sempat pon nak masak.

Lalu saya selongkar dapur tengok ada roti. Konon nak buat pizza di hari-hari sebelumnya kan tapi asyik tertangguh je. Jadi pagi tu buat pizza la. Kejap jer pon. Kemain ko kan nak bagi nama pizza kat roti ko. Agak-agaklahh. Haha.

Zapp zupp zappp..siap letak dalam pemanggang ajaib kiter pastu pegi iron baju. Siap pizza 6 keping. Bawak pegi opis skit.

Kat opis plak tengahhari jugak la..dapat msj dari +Buah Hati+
"Sedap la syg, malam ni buat lagi tau"

Ehem.Ehem.Ehem..

Ni akhir-akhir ni asyik puji ni nak pape kerrrr?Hahaha.
Apapun terima kasih sudi puji saya masak even saya lempar-lempar jer pon roti tu. Hehehh.

Balik kerja lewat. Pastu dengan baju tak packing lagi (nak balik rumah mil malam tu). Nak masak pizza lagi. Nak kemas-kemas rumah dulu skit sebelum tinggalkan rumah. Nasib baik balik tu asben dah settle hiriskan sosej.

Asben datang mengintai jugak aiollss masak. Tapi macam intai jer kot. Nak buat sendiri kalau aiolls takde taknya kan asben. Hehehe.

Senang jer. Letak jer apa-apa yang ada dalam peti ais tu atas roti. Hehe.
Saya punya style :-
1. Hirisan sosej yang digoreng dulu sekejap
2. Bawang besar dihiris kecik-kecik
3. Cili dihiris
4. Tomato dipotong kecik-kecik

(Susun la nak susun macam mana pon. Letak sosej banyak-banyak sedaplah)
Taburkan dengan lada sulah.
Potong kepingan Kraft Single tu susun la atas roti tuh. Suka hati la nak susun macam mana pon.

Bakar dalam pemanggang ajaib ke yang tak ajaib pon boleh. Tengok kraft tu dah mencair tu dah boleh angkat la tuh. Makan panas-panas. Nyumnyummm.

Wednesday, 4 December 2013

Gulai ikan masin.

Salam uollss.

Eh, tak perasan pulak kita, rupanya dah dua hari tak makan nasi berlauk. Dua hari tak masak nasi kat rumah. Apa kessss?? Tadi timbang berat turun sekilo. Ting tong betul berat ni. Kejap turun kejap naik kan. Main-main plak. Serius rasa 2-3 lepas hari bosan pulak makan nasi. Hehehe. 
Tapi kat kerja tadi fikiran meronta-ronta nak makan nasi berlaukkan gulai ikan masin. Sedapnya-sedapnya-sedapnya. Balik kerja terus bersilat kat dapur. 


En.beliau kadang-kadang makan jugak tempoyak. Tapi tempoyak kosong jer, takde budu. Yang ada budu tu untuk aiollss..


Tu la ikan masin yang kitorang beli tu. Sedap rangupnyeeer.

Sayur ni masak macamni jer olwez. Heheh. pastu asyik kobis jer ka. Ko dah macam takde sayur lain kan. Hahahha. 


Ikan goreng saya tak suka sangat goreng garing nanti hilanglah rasa kemanisan ikan. Nak buat macamno laki ai suka garing, terpaksa ikut selera tekak suami lahh.


Nah, ambik kau, penuh meja ha. Bila lah agaknya nak beli meja makan ni asben. Huhuhu.


Alhamdulillah. Kenyang bersandar la kitorang neh.

Sunday, 24 November 2013

Entri membuang rasa lapar.

Salam uollss..

Laparnya. Dah telan roti ngan Dutch Lady Chocolate pon still lapar ni. Kau dah kenapa perut oii. Buang tebiat eh. Hari Ahad penat skit sebab kelas pack. Huhu. Berkejar kesinun berkejar kesini. Huhu lagi. Nasib baik bawak bekal siap-siap. So takde lah nak bazir masa pegi tapau makanan pulak. 3-4 hari ni rasa mood kelaut sangat. Masak pon takde semangat sangat. Tapi bab makan tu semangat jer. Lol!

Masak malam pon ala kadar je sebab now asben asyik balik lewat je dan dah makan siap-siap kat luar. So, kita yang makan sorang ni makan je apa yang ada, selera tekak sendiri kan, rebus telur makan ngan kicap pun sodap. Pastu godek-godek hp ada gambar-gambar makanan yang diambil masa mood ok lagi minggu lepas.












Erkk. Alhamdulillah. Kenyang tengok makanan. Thehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...