Wah!tibe-tibe entri saya kali ni pasal JODOH..
Adakah kerana saya rasa jodoh saya dah sampai? Haha. (boleh gelak lagi ni). Kenapa tiba-tiba malam ni terpikir pasal jodoh pulak. Jodoh kan dah ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tapi kita kena jugak mencari. Kalau tak cari macam ne jodoh nak datang. Boleh ke dia datang sendiri? Hmm..saya sebenarnya pelik tengok banyak da status kawan-kawan di Fb. Ada yang dah kawin, dalam proses melahirkan cahayamata, ada yang bergelar tunangan orang. Owhh.. Baru saya sedar. rupanya saya dah 24. (Ingatkan baru 21 tahun.hehe.) Kakak pertama saya kawin masa umur 18. Umurnya 19 sudah dapat sorang cahayamata. Kakak kedua pulak kawin masa umur 23. Dan jika saya berada di tempat dia sekarang saya sudah mempunyai sorang cahayamata. Nasib baik emak tak pernah persoalkan pasal ni. haha. Saya betul-betul tiada kekosongan dalam ruang fikiran untuk fikirkan tentang ini. Biarlah Tuhan tentukan. Saya banyak dengar pengalaman tentang jodoh ni..
Pertamanya cerita sorang kawan ini. Beliau kapel 5tahun dengan si A. Tapi kerana tiada jodoh akhirnya kahwin dengan si B pilihan ibu bapa dan bahagia sampai sekarang dengan cahayamata2 yang cumel2. Saya doakan beliau tabah hadapi dugaan hidup dan terus bahagia ke akhir hayat mereka.
Lain pula cerita teman kedua ini, bercinta 2 tahun akhirnya kahwin atas dasar suka sama suka. Hidup bahagia dikurniakan cahayamata2. Selepas 8 tahun akhirnya cinta si suami terbahagi dua. Insan asing hadir dalam hidup mereka. Dan kerana tak sanggup berkongsi kasih, si isteri mengundur diri. Hmm. Mungkin tiada jodoh mereka. Juga saya doakan semoga beliau mendapat jodoh lain yang terbaik untuk beliau.
Lagi cerita kawan terdekat saya, yang ni sedikit menyentuh hati sensitif saya. Dia pernah kapel dengan A. Laki ni sangat baik, hormat orang tua, solat tak tinggal dan macam-macam nilai murni lain ada pada A. Dua tahun jugak mereka bercinta. Dan si gadis ni betul-betul dah yakin kekasih hati merupakan jodoh terbaik untuknya. Tapi kerana tiada jodoh jugak mereka terpisah. Dipisahkan kerana mendapat tentangan keluarga si gadis. Cuba melupakan A, akhirnya si gadis menurut kemahuan keluarga dikahwinkan dengan pemuda pilihan ibu bapanya B. Namun mungkin tiada juga jodohnya dengan B. Anak sulungnya enam bulan dalam kandungan B meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Adakah jodohnya sudah mati? Adakah tiada jodoh untuknya selama-lamanya seperti pemergian B yang tak kan kembali? Yang pastinya dia menemui cinta baru yang kekal bahagia sehingga sekarang. Sudah jodoh dia kan.
OK!
Jadi tak semestinya anda yang sedang bercinta bagai nak rak, jiwa raga diserahkan akan berjodohan dengan kekasih hati anda itu. Kerana jodoh kita Dia Yang Maha Kuasa tentukan. Mungkin juga anda akan temui jodoh dengan Secret Admirer anda masa sekolah rendah dulu. Mungkin juga dengan awek yang pinjamkan anda gam kat pejabat pos tengah hari tadi. Atau mungkin stranger yang penah duk sebelah anda dalam bas. Yang anda mengutuk dia kerana tak beri ruang sorang penumpang mengandung yang berdiri. Atau sesiapa saja la. Dan mungkin kalau jodoh anda sangat kental. Kekasih hati anda yang sudah lima tahun sama-sama menyulam cinta menjadi jodoh anda sampai akhir hayat anda..Insya Allah. =D
Friday, 30 April 2010
Saturday, 24 April 2010
JUMAAT hari HIJAU
Jumaat sungguh indah. Pertamanya sudah tentu OFFDAY. Jadi boleh rehat puas-puas. Boleh makan sepuas-puasnya dengan senang hati. Boleh kemas dapur sambil dengar radio kuat-kuat. Boleh sembang-sembang dengan mak dan akak lama-lama tanpa rasa bosan. Dan yang paling penting boleh hirup udara segar dalam suasana hijau keliling rumah. Alhamdulillah..=)
P/S : baru perasan rupanya buah-buahan dah mula berbunga n berputik..=)
Wednesday, 21 April 2010
Lapar Lapar
Tajuk entri merupakan nama kedai selera saya kali ini. Lapar Lapar Kopitiam..
So, tempat makan untuk lunch hari ini ialah Lapar Lapar Kopitiam. Terletak di Kuala Ibai. Dalam perkarangan Noor Arfa Batik. Tak perlu saya petakan di mana kerana saya kurang menghafal jalan-jalan sepanjang perjalanan tadi. Haha. Yang penting anda perlu masuk melalui pintu pagar Noor Arfa Batik. Mula-mula menjejakkan tayar kereta saya sudah mula terkedu melihat permandangan yang sangat cantik. Kopitiam ini terletak dibibir sungai dengan suasana yang sangat tenang lagi mendamaikan di bawah redupan pokok bakau digigi air. Sangat menarik! Setiap pondok dinamakan dengan nama pulau di Terengganu. Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Duyung dan lain-lain. Air sungai bawah pondok pula sangat jernih dan ada ikan berenang-benang.(rasa entri ini dah jadi macam sajak da)
OK!
Itu pujian melangit untuk dekorasi. Kita tunggu dan rasa masakannya pula.
Fresh Orange
Tea O Ais Limau
Nasi Putih
Tom Yam Seafood
Telur Dadar
OK! Makanan disini dikategorikan sederhana. Tapi tom yam itu sedap. Pekat n pedas. Cuma saya tak suka fresh orange yang ada 'hampas' orange di dalamnya. Sangat cerewet seorang saya! Dan kesemua makanan yang menjadi santapan hari ini berjumlah RM20.50. Mungkin agak mahal dibandingkan kedai-kedai lain. Tapi berbaloi la dengan layanan mesra alam dan suasana yang menarik itu. So, siapa yang nak amik gambar menarik berlatarbelakangkan sungai boleh berkunjung ke Lapar Lapar Kopitiam. Promote lagi...=)

Subscribe to:
Posts (Atom)