Para Pengikut..

Thursday, 6 January 2011

Whoaaaa..shopping yang langsung tak meletihkan.

Mari menjadi sang penglipur lara sebelum terlena di ulit mimpi. Ceewah, berpujangga gitu.

Minggu lepas saya tiba-tiba gila shopping. Mentanglah gaji masyuk habis kau borong yer. Mula-mula terjumpa blog best nie http://chantekdress.blogspot.com/ . Usha-usha shawl yang ada terkenan pulak dengan shawl combo itu. Tak pasal-pasal saya angkat itu shawl.

Kombinasi corak yang menjadi kecintaan.

Sold to Noor'Hafizah

Sampai rumah 9.00 malam. Bukak muka pintu terus mak tanya 'posmen hantar apa?'. Ok. mak pun teruja mahu tengok. Jangan terkejut suda saya borong 6 item sekaligus. Excited mahu pakai, bukak lemari terus pilih baju yang boleh match in untuk ke opis esok.. Lalala. (sambil menyanyi riang)

Ambil gambar pandang arah lain senyum skit. Pang!

Ok. Rancangan Jangan Tidur Lagi belum tamat yer. Tak cukup dengan itu, saya bersiar-siar kat fb ketemu ini pula. Butik Pesona . Dia takde blog la. Tengok hbeg lawa-lawa. Memandangkan hbeg saya dah uzur koyak rabak without think twice terus angkat itu hbeg.

Lantakla korang cakap tak cantik pun saya tetap beli jugak. Pagi tadi abg posmen hantar. Suka suka. Tengok gambar macam kecil jer. Rupanya besar jugak. Tahun depan nak balik rumah mak mertua tak perlu bawak beg balik kampung. Pang!!

Dah!
Rancangan nak habis dah.
Sila pergi tidur semua.
Saya nak sambung shopping.
Lalala..
*Baru nyanyi sebaris ayat, terus hujan turun dengan lebatnya*

Saturday, 1 January 2011

Mukasurat baru lagi. Bertambah tebal buku kau.

Assalamualaikum semua. Saya saja je gedik nak post entri ini semata-mata nak wish..


SELAMAT ber2011!!!

Kaler merah kau. Bukan kaler amaran. Tapi konon azam baru nak lebih berani, melangkah lebih jauh. LEBIH JAUH? Heh! Doakan azam saya untuk bertukar status pada tahun ini berjaya. Amin. 

Apa azam korang? marilah kita share dan Aminkan sama-sama. Tinggalkan link kat komen.
Nanti saya terjah. =)

Di ambang 2011.

Whoaaa. Tibe-tibe rasa tajuk entri macam filem terbaik Anugerah Skrin. Cittpoodah!

***
Kejadian yang berlaku semalam. Tapi kerana fenat sangat malam tadi ketiduran dengan laptop terbukak sempat tulis tajuk jer. Pastu terus krohhhhh.

***
Sebenarnya semalam seperti dijanjikan saya dan en.beliau berpergian ke Mesra Mall. Konon nak shopping la. Pastu sebab masing-masing teringin nak makan nasi kukus odw ke Mesra Mall itu, jadi kental la mahu pergi walaupun hujan lebat.

Sampai kat Merchang nasib baik jalan dah boleh lalu. Sebab masa en.beliau datang jalan tu ditutup kerana banjir. Bila nampak lori-lori Petronas itu menandakan kami hampir sampai. Yeaaa.

Hadiah memujuk.
Saya : "Nie bukan hadiah besday saya bulan depan kan?"
En.beliau : "Anggapla saya bagi awal. Kira hadiah besday la jugak tu"
Saya : "Waaaaaaaaaaaa"
Terima kasih awak. Baru merajuk seminggu. Lepas nie nak try merajuk sebulan pulak. Theee.

Mari menggeledah.
Hape ingat pompuan jer ada beg makeup?

Dah sampai Mesra Mall. Seronok-seronok!
Tapi takde la sales gilak pun. Tak menarik sangat pun. Sampai takde satu pun perkara yang membuatkan saya teruja mahu beli.
Sebenarnya en.beliau dah usha baju untuk dibeli minggu lepas. Tu yang kaler hijau bawah tu untuk saya.


Lebih jelas lagi. Lengan panjang untuk saya dan pendek untuk en.beliau. Maceh. Ni bertambah sayam nie. Theee..


Memang pompuan suka kot ambil gambar enterprem dalam fitting room nie. Sebelum testing baju sempat lagi kau. Apesal tangan macam cacat je?


Dah habis shopping mari puaskan selera orang mengidam. Our ferevet NASI KUKUS. Dah licin pinggan tiba-tiba rasa mahu tambah. Malu sikit hoi. Ok.


Dah kenyang ayuh kita pulang. Singgah Dungun lepaskan rindu pada ma (mak en.beliau) juga mak (nenek en.beliau.

P/S : Maceh en.beliau luangkan masa di hari penghujung tahun. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...