Para Pengikut..

Monday, 10 December 2012

Review filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina

Salam uollsss.


Aritu pergi Sunway konon-konon nak window shoping. Eh, tiba-tiba pulak menerjah ke wayang. Masa kitorang sampai tu around 9.15 pm. So, sempat la nak tengok citer Lagenda Budak Setan 2 start kul 9.30.

Sebab dah lama baca novel Katerina so saya ingat-ingat lupa la jalan citer dalam novel.

Yang pastinya Lagenda Budak Setan 2 tak la sesedih citer yang 1st. Yang 1st sangat sedih kan. Tengok 3-4 kali pun still leleh air mata. Hover.


Kesinambungan LBS ni pasal kehadiran Athirah dan Katerina dalam hidup Kasyah. Pastu pasal mamat saiko yang gilakan Kate tu. Menjadi jugak watak Bront tu. Saiko sangat okeh. Part yang saya sedih pon 1st masa Kate gaduh ngan mak ayah dia bila mak dia tak restu hubungan dia dan Kasyah. Then kedua lepas Kasyah kena fitnah then kate pegi serang kat rumah Kasyah. Eh. Tapi takdela sedih sangat pon. Sedih biasa-biasa jer.

Korang nak tau detail sila pegi wayang hokeh. Lemak la nak citer dari A sampai Z kan.

Tapi biasalah bila menonton filem adaptasi novel ni biasanya sukar kita nak dapat kepuasan macam kita baca novel. Novel tu sangat detail. Dah filem tu pulak 2 jam plus jer. Lain lah kalau dijadikan drama rantaian macam Adam Hawa kan.

Tapi best jugak LBS 2 ni. Mesej yang paling utama saya boleh nilai adalah 'cinta tak semestinya memiliki'. Ewaahhh. Tiba-tiba terjiwang pulak kan. Cuma untuk saya tonton lebih dari sekali tu taklah kot. Kalau tak puas hati saya akan baca novel Katerina je la nanti. Alamaknya kena selongkar rak buku kat rumah lah.


Sunday, 18 November 2012

Sembang kosong macam-macam perkara.

Salam uolls..

Hari ni nak sembang kosong jer. Tiga hari cuti lepak kat rumah saja. Hari Khamis 1 Muharam tu banyak kenduri. 5 rumah yang kena terjah ok. Saya, mak ngan anak buah dua orang. Tapi saya pegi dua buah rumah je. Satu kawan sekampung satu lagi sepupu ayah. Yang lagi dua rumah tu saya tunggu mak dalam kereta saja. Boleh.

Kemudian hari Jumaat. Sebab ayah nak pegi kenduri jadi kami rileks sikit la. Ayah kami ni wajib makan nasi dua kali sehari. So, awal-awal dah kena masuk dapur dah. Jadi bila ayah pegi makan kat kenduri bolehlah settlekan kerja lain dulu kemas bilik, kemas rumah, kemas dapur, basuh baju dan tengok citer kartun.
Tup-tup mak kata jom kita buat nasi kerabu. Wah. Suka lah. Peberet tuh. Belakang rumah mak ada tanam kacang. Bunga dia la yang jadik pewarna untuk nasi kerabu neh. Tapi kalau nasi kerabu pasar malam tuh biasanya diorang buh pewarna dalam botol tu kan. Sebab tu kaler dia over biru dan warna tak sekata. Kalau nak masak nasi kerabu esok pagi malam ni dah boleh ramas bunga dalam air. Biarkan dalam air tu lama skit. Esok tanak nasi buh air kaler biru tuh.


Makan nasi kerabu untuk breakfast dan lunch. 2 in 1. Jimat tenaga i uollsss.

So hari Sabtu adalah hari bermalas-malasan dirumah. Baca buku motivasi Dr.Tuah yang beli kat Karangkraf Mall hari tu. Pastu bosan baca buku pegi tengok tv, bosan tengok tv pulak bukak laptop tengok Abang Am. Abang Am??Kemain.

Eh. Citer Adam Hawa tu pelbagai lapisan masyarakat tengok kan. Malam tu saya duk dapur hidang nasi untuk suami kan. Tunggu punya tunggu dia tak datang-datang dapur. Pastu pegi la mengintai kat bilik kot-kot la dia tertidur kan. Rupanya duk ngadap laptop. Bila panggil ajak makan dia cakap 'Tunggulah, skit lagi ni'. Eksaited nak tengok citer apa yang membuatkan dia sampai tunda perut untuk makan...rupa-rupanya Adam Hawa. Haha. *Gelak sopan. Sebab biasanya dia kureng la layan drama leleh air mata neh. Agaknya dah bosan sangat kot. Pastu bila dah tengok beberapa episod terus ketagih.

Malam tu pulak dia duk khatam tengok Adam Hawa sampai 4.30 pagi baru tido. Semangat hokeh. Tahniah en.beliau dah habis tengok sampai episod 42. Konfirm balik keje kang dia tanya..."Dah ada ke sambungan Adam Hawa tuh?"..Haha..Jangan tiba-tiba nak pasang Astro semata-mata Adam Hawa sudah..

 Macam-macam kan.

Now, kami dah lapan bulan 1 minggu dan 2 hari menjadi suami isteri. Alhamdulillah Tuhan masih dekatkan jasad kami duduk sebumbung. Harap lepas ni takde dah episod PJJ dalam kehidupan rumahtangga kami. Kalau dah Tuhan tentukan pun kami terima dengan redha. Kerana hanya Tuhan yang tahu perjalanan kami untuk hari mendatang*eeewahh. Tiba-tiba cakap pasal PJJ kan. Nak nangis la tuh.

Eh, nak tau cerita. Hari tu tiba-tiba en.beliau cakap pasal impian dia nak memiliki kereta Audi. I yang buta pasal kereta2 ni terus google Audi R7. Berangan lah sorang-sorang en.beliau. Nak renew roadtax maunya 2,3 bulan gaji. Tapi mana tau kot angan-angan tu boleh jadi kenyataan kan. Amin. Amin. Amin.

Boleh tak nak print gambar neh framekan bagi kat en.beliau. Hahaha.

Perancangan.
Setakat ni perancangan en.beliau nak bukak kedai sendiri. InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kami. en.beliau cakap kalau terlaksana pembukaan kedai tu dia suh saya berenti keje sekarang dan tolong dia kat kedai. Sob. Sob. Perlukah? Sayangnya nak tinggalkan suka duka tawa menangis setelah tiga tahun setengah keje sini. Tapi syurga isteri di telapak kaki suami kan.
^_____________^

Ok...muzik sedih sedang berdendang. 


Bye korang... 




Wednesday, 14 November 2012

Lunch time.

Salam uolss.

Semalam cuti. Esok pun cuti. Tapi hari ni saya bekerja. Sedih hokeh. Nak cuti tapi tak sempat hantar borang cuti sebab pegi KL hari tu. Kalau tak mesti masa ni saya join mak sembang petang takpun join adik tengok citer kartun. Sob. Sob.

Datang opis pagi tadi tengok parking lot sangat la lengang. Kalo tak penuh je petak2 parking. Sob lagi. Ok. Pastu sebab rushing pagi tadi tak sempat breakfast. Beli mee goreng kat kedai mamak plus milo panas.

Tengahhari pulak buntu tak tahu nak makan apa kan.

Pastu teringatla hari ni kan hari Rabu, so restoren seberang jalan tu jual nasi beriani. Nasi beriani ni hanya available hari Ahad dan Rabu saja. Tupun kena beli awal-awal. Kalau lewat dah habis lorh.

Nasi sangat banyak. Kalau rasa lapar sangat boleh la habiskan.



Ok. Tu jer.
Eh. Eh. Pesal akhir-akhir ni asyik post pasal makanan jer kan.

Esok dah 1 Muharam.

SELAMAT BERHIJRAH KE TAHUN BARU KAWAN-KAWAN.
MOGA TAHUN NI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. AMIN =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...