Para Pengikut..

Tuesday, 10 June 2014

Bila cik ti mengganas.

Salam uollss.

Rumah saya ni ada cik ti. Geram sangat haih. Sebab tak pernah nampak kelibat dia jadi tak terfikir pulak dia wujud kat umah. Pada suatu hari tu (eh,macam cerita kanak-kanak pulak) nampak plastik mihun berlobang. Huwaa ai is stress tau kalau ada dia neh. Tak bleh nak handle. 

Rumah ni takde kabinet bertutup. Jadi kadang-kadang saya letak stok bihun, gandum atau gula dalam kabinet takde pintu tu. Habislah jadi mangsa. Nampak je kesan dia gigit, satu plastik tu la saya buang. Membazir betol. Dahlah gigit je, tak nampak kesan luak pun. Makanla habis satu plastik tu. Grrrrr.
Lepas kejadian tu semua stok makanan saya simpan dalam bekas bertutup tipuware tu. Macam leceh pulak. Tiap kali nak ambik kena bukak tutup, bukak tutup. Ada tiga bijik bekas tipuware besar tu. Kadang-kadang terlupa bekas mana letak barang itu tiga-tiga bekas kena bukak. Huwaaa. Asben, nak kabinet ada pintu!!!

Aritu 4 hari takde kat rumah. Berpesta la dia gamaknya. Pagi tadi baru saya perasan tengok botol herblax saya tergolek kat tepi kabinet tak bertutup tu. Ingatkan dia jatuh sendiri. Rupanya pun jadi mangsa cik ti jugak. Huwaa. Berlobang botol tu dibuatnya. Terus saya buang dalam tong sampah. Tak terfikir pulak dia boleh gigit botol tu. Kalau tau simpan dalam bekas jugak. 

Dulu masa umah mak guna perangkap cik ti. Letak keropok bakar. Pastu bila dia dah terjerat jemur je tempat panas. Tapi ai is penakut. Kalau guna perangkap cik ti kat umah ni sape nak tolong alihkan dia? nak buang dia. Huwaa.

Kalau korang tau ada apa-apa jenis tumbuhan atau alat atau produk untuk halau dia bagitau tau. Kita nak halau dia tanpa kita perlu tengok muka dia boleh?? Muahahaha.

Monday, 9 June 2014

Tengok terus terliur.

Salam uollss.

Hari Ahad pegi pasar dengan mil dan adik ipar. Ma nak beli bahan-bahan nak wat tom yam. Jalan-jalan kat pasar ternampak la pak cik jual buah ni. Kat Ganu kitorang panggil buah stor, ma panggil buah gemia (kelate) tapi biasa orang panggil buah kundang kan. 

Terliur sangat. Tapi gigi ni sengal tak bleh blah. Makan pauh sebiji pon dah 3 hari ngilu tak hilang. Tapi dah terliur sangat beli jugak. Beli setengah kg jer.


Masa kecil kat belakang rumah saya ada pokok stor ni. Suka sangat kalau musim dia mesti pegi belakang rumah bawah galah. Kait banyak-banyak. Cicah dengan kicap + gula. Agaknya sebab tu la besar ni gigi dah tak kuat sangat. Makan masam skit terus ngilu 2-3 hari. Sebab masa kecik suka makan masam. Huhuhu. Biji buah ni kaler purple. Pahit biji dia neh. Nak makan kena kuarkan biji dulu.


Kebetulan kat umah ma ada kuah rojak Mak Bee yang sedap + pekat tuh. Sedapnya-sedapnya. Masam sangat. Yang tu jer berjaya saya habiskan.


Wednesday, 4 June 2014

Makan megi jer.

Salam uollsss..

Malam tadi sorang-sorang aje kat rumah. Saya kan duk ngan anak buah. Pagi tu hantar siap-siap dia kat rumah mak sebab petang ni kita nak gerak balik Dungun. Esok dah cuti sampai Ahad...Yeayyyyyy.

Petang balik opis singgah kedai runcit beli megi. Teringin sangat nak makan megi. Lama dah tak makan tau. Sekarang ni duk folo cerita Kerana Terpaksa ku Relakan pulak. Suka sangat Izreen berlakon. Heee. Kalau dia berlakon saya sentiasa folo cerita dia start dia jadi Cikgu Zakiah lagi.
 
 Kul 8.00 baru start masak megi. Heee.

Bawang merah + bawang putih 
Cili padi 
Telur sebijik
Sayur kobis
Kicap + sos cili

Makan tak pandang kiri kanan dah.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...