Pages

Sunday, 6 June 2010

Tentang pengalaman itu..

Entri mengenai jalan-jalan ditempat orang..

Betullah kan orang cakap,jauh perjalanan luas permandangan,bertambah pengalaman dan taulan.. Saya hampir-hampir membatalkan hasrat untuk pergi bercuti. Tapi disebabkan En.Dia memujuk dengan semangat tahap gaban, berjaya jua saya keluar dari Terengganu untuk menghirup udara di bumi Kajang. Masa memang diakui sangat mencemburui kami kerana sempat berjalan-jalan selama 1hari 1malam sahaja. Namun saya seronok sangat. Langsung terlupa saya masih punya agenda yang maha banyak di opis. Terima kasih sangat En.Dia atas percutian yang mengujakan ini. Yang penting kami enjoy dengan keletah si Haiqal yang sangat comel dan sangat baik perilakunya. Maksud saya dia tak banyak meragam. Owhh!!Saya baru perasan sepanjang mengenali dan berteman dengan Haiqal saya belum pernah mendengar dia menangis. Saya pun nak lah anak macam dia. Thehehe. Yang paling tak boleh lupa ketika di KLCC. Haiqal langsung tak rimas bila dipakaikan spek itam bergaya. Malah dia sangat gembira. Mungkin dia nampak gelap dan tak silau kot. Semasa En.Dia dukung Haikal yang sedang bergaya dengan spek hitamnya ada pulak pasangan warga India minta izin untuk snap gambar Haikal kerana tertarik dengan aksinya. Wah2. Dah macam artis dah Haikal. Terus saya mengusik En.Dia. 'Habis la awak,nanti orang India tu bomohkan gambar awak.haha..'

OK! Ini Haiqal sebelum dipakaikan spek. Tengok apa jadi lepas pakai spek. Ngalahkan artis u.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha. Tengok..comel kan..
Betullah jauh perjalanan tu menambahkan taulan. Tapi saya sedikit terkilan 30 minit sebelum naik bas pulang ke Terengganu baru saya perasan kewujudan galeri lukisan ini. Tu pun setelah saya kedahagaan untuk membeli minuman favourite 100plus. Terpandang akan galeri itu terus mendekatinya. Best borak-borak dengan cikgu ini. Tulah. Bila cikgu grafik bertemu cikgu lukisan. Terkedu saya mendengar setiap ceritanya. Sampaikan En.Dia datang mencari risau setengah jam berlalu 100plus tak kunjung tiba. Saya khusyuk mendengar kerana beliau sangat kelakar. Lukisan yang dihasilkan pun cantik-cantik. Nantilah ada masa lagi saya promote beliau dalam entri lain ya.


p/s : Incik masa terluang, lain kali jenguk-jenguklah saya lagi supaya saya dapat bercuti ke pulau pula..lalala..

2 comments:

  1. wah..g bercuti ke??seronok
    haiqal???ingatkan abg haiqal kite !!hehehehhehhe

    ReplyDelete
  2. haha,,yerp..ujung mngu yg lalu..
    abg haiQal??haha..xde maknenya bwk abg haiqal kite..lalala..

    ReplyDelete