Pages

Monday, 16 August 2010

Hari ke-5 ber Ramadhan

Entri ini berkaitan ramadhan..

Ramadhan datang lagi (sebenarnya sudah hari ke-5). Dan masuk kali ini sudah Ramadhan yang ke-3 kali saya ber Ramadhan di home sweet home terchenta setelah meninggalkan alam kampus di Kedah seterusnya Penang.

Di Kedah suasana seperti asrama masa sekolah dulu. Berebut ke kantin supaya dapat cop tempat sebelah-menyebelah geng-geng rapat. Dan dalam tray makan tu wajib ada ialah 2 biji kuih dan 2-3 biji kurma. Kemeriahan berbuka beramai-ramai sangat berbeza bila ke Penang. Namun pengalaman balik kuliah singgah di bazar dalam keletihan dan berbuka bersama beberapa geng rapat buat saya seakan mahu kembali ke alam kampus. Seronok!! Dan kembali ke home sweet home lagi bertambah seronok. Berbuka dan bersahur bersama keluarga tercinta. Sediakan menu berbuka bersama mak dan akak saya. Dan paling teruja bila seminggu sebelum Aidilfitri (akan menyusul entri lain pula.Hee..). Tengok anak sedara main bunga api dan saya tumpang sekaki. Heee..

Dan barangkali untuk Ramadhan akan datang adakah situasinya masih begini? Yang pasti semoga Tuhan sentiasa dekatkan saya dengan orang yang saya sayang supaya rasa ini terus utuh bersarang..lalala..

Kek ni makan untuk berbuka sedap kan..lalala (saja nak menguji ketahanan diri menahan nafsu makan)

No comments:

Post a Comment