Pages

Saturday, 23 October 2010

Jalanraya bukan kau punya sorang!

Apa motif tajuk entri sebegitu emo?

Jadi entri kali ini bukan mahu membebel atau mengutuk sesiapa. Cuma pemerhatian saya dan dari sudut pandangan saya.  Berada di jalan raya bukan semudah bermain game lumba kereta. Terpaksa bersabar dengan kerenah pengguna jalan raya yang lain. Errr..sama juga macam pengguna lain yang mungkin terpaksa bersabar dengan kerenah kita di jalan raya. Jadi mari kita tinjau gelagat kita di jalan raya. (macam nak ajak tinjau ramalan cuaca pulak yer)

1. Sebenarnya untuk pengetahuan kalian signal bertujuan sebagai accesories sahaja. Tidak lebih dari itu penggunaanya. Jadi siapa yang percaya sila angkat tangan dan keluar sana belajar pandu helikopter. Mungkin ini paling mencabar kesabaran. Tambah-tambah yang suka-suka stereng jer nak potong line. Kalau ada budak kecil sebelah mau jer saya buka tingkap suruh dia sound 'Sila beratur, uncle mampu mengubahnya'

2. Encik lori dan bas. Yang berskala lebar. Sila jangan berada sejarak 2cm dengan kenderaan depan kalian yer. Yer saya paham. Anda tinggi tak dapat mengagak jarak selamat. Tapi plz..Kalian sangat mengerunkan tambahan lagi selepas fikiran masih terbayang-bayang kemalangan 1010 itu yang mereka post di FB..owhhh..

3. Jadi berbalik kepada pernyataan 2 diatas (dah macam soalan exam pulak) kalau bas dan lori berada rapat dibelakang pastikan anda dan kenderaan depan jangan terlampau dekat. (errr..rasanya xperlu bagitau pun semua sedia maklum kan)

4. Motosikal (..dan basikal. Beca dikecualikan). Tolongla kalian. Janganla riang-ria berada tengah-tengah jalan. Ketepi la sikit. Gerun bila lori brek mengejut kerana kalian. Sayang nyawa plz.

5. Kalau ada excident (atau kereta rosak..atau majlis bandaran tengah siram bunga tepi jalan) sibuk jer perlahankan kenderaan nak tahu apa terjadi. Hello..ni bukan drama Samarinda. Tu belum shooting Impak Maksima. Kalau tak maunya saya naik bot pergi keja. Ok. ok saya salah. Betul kalian concern. Berjiwa muhibah 1Malaysia. Tapi kalau bawak 20km/j di selekoh sambil menjenguk-jenguk kepala keluar tingkap baik kalian terjun jer tingkap pergi selamatkan mereka yang tercedera. ok. Paham aunty? (err...harap aunty tiada blog)

6. Waaaa..(nangis) dah kalian nampak anak panah punyalah besar menghala ke kanan pasai pa kalian jalan terus pulak. Kalian sesat ke? (cuba berfikiran positif ni) Tak pasal-pasal terbebel. Jangan buat lagi yer. Luruh jantung saya.







Eh..Ada lagi ke? malas dah mahu fikir. Jadi selamat menjadi pemandu berhemah kalian-kalian sekalian. Semoga sentiasa selamat dijalan raya. Jalan raya milik bersama. Pandu cermat jiwa selamat (ceewah. Dah macam iklan raya pulak)

7 comments:

  1. dulu bawak kereta kecik terasa macam kena buli, ye la... kita naik kelisa, dia naik kereta mata belalangkan... lagakla.

    sekarang bawak kereta besar pun terasa kena buli lagi, ye la... kita naik waja, dia bawak lori & bas. adeiii...

    ReplyDelete
  2. perlukan pakcik guard yang dekat parking belakng bank...masihkah dikau ingat?????

    ReplyDelete
  3. cha: nampaknya kta pn kena bwk bus jugak la.hehe..

    ReplyDelete
  4. encik kat: haha.itu uncle bikin panas ati je kalo ingat.muka 10sen je.hehe..

    ReplyDelete
  5. persetan kan la mereka yg berlgak menjadi samseng jlanan tu...

    ReplyDelete
  6. Tapi kalau bawak 20km/j di selekoh sambil menjenguk-jenguk kepala keluar tingkap baik kalian terjun jer tingkap pergi selamatkan mereka yang tercedera.

    HAHAHA. I LIKE :D
    MUJO SY DOP NAIK KETE.

    ReplyDelete
  7. ghathis : yer.biarkan mereka asalkn daku bahagia

    dear epal : Kamu xpe bsenam smbil bjalan.kalo sy maunya lunch hour bru smpi kolej..=P

    ReplyDelete