Pages

Wednesday, 24 November 2010

ACCIDENT!!depan mata..owhhh..

Entri hari ini dalam sejarah. Yer. Sejarah hidup saya . Bukan sejarah Malaysia pun. Semalam yang berlaku waktu pagi. Waktu saat genting ketika semua mahu tekan pedal minyak laju-laju supaya sempat  punch card atau thumb print sebelum 9.00 am. Ok. Tu anggapan saya saja.

Dan sejarahnya bermula bila lampu hijau di suatu simpang. Jadi macam biasa tak perlu nak bagitahu semua kereta bergerak la kan. (ok. Bagitahu juga). Tiba-tiba saya nampak sebuah motor di hadapan saya ditunggang seorang lelaki dewasa-hensem-tough tiba-tiba jatuh gedebuk betul-betul dihadapan kereta saya. Maksudnya di tengah-tengah simpang traffic light itu. ok. Tarik nafas. Hembus. Tergamam. Terkedu. Kesian owhh.

Nasib baik saya tak laju kalau tak mesti dah terlanggar dia..
Nasib baik juga saya ternampak dia jatuh jadi saya sempat brek..

Jadi saya terkedu disitu. Sedangkan kereta dibelakang beratur mungkin terjenguk-jenguk untuk ketahui apa terjadi dihadapan. Dan jejaka itu terkial-kial bangun-angkat motor- hidupkan motor..Tapi rosak pulak. Kesian lagi. Yer. Saya tak mampu buat apa-apa. Tengok sahaja dengan mata membulat. Kalau saya keluar pun saya sendiri tak tahu nak tolong dalam bentuk pertolongan yang macam mana. Sekadar bersyukur dia ok dan tidak tercedera. Dan pastinya kereta belakang cakap saya langgar kerana saya yang paling hadapan. Lantak la. Yang penting Allah Maha Mengetahui. Nasib baik juga ada polis bandaran yang nampak dan tolong jejaka tu tolak motor.

Saya nampak jejaka tu tunjuk-tunjuk atas jalan mungkin maksudkan jalan licin kot. Entahla. Saya nampak dia dah jatuh bergolek dengan motornya. Atau mungkin dia tak dapat kawal motor di selekoh itu. Kesian.

Buat encik jejaka, lain kali hati-hati lebih ya. Semoga awak tiada luka atau cedera.

Sekian.

No comments:

Post a Comment